Kerja aku sekarang memang tak dapat berpisah dengan golf. Masuk mesyuarat cerita golf, melawat kilang cerita golf, tengah makan di hotel cerita golf, tengok upara pecah tanah atau potong riben pun mesti cerita golf. Bila datangnya Bos Besar dan para rombongan dari Kuala Lumpur ke Sabah, mesti usung set golf yang sesetengahnya disumbatkan dalam kereta aku.
Dan masalahnya di sini ialah aku sendiri belum berkecimpung dalam hal ehwal golf ini, walaupun aku tahu ianya hanya menunggu masa. Habis kalau dah hampir setiap hari diajak main golf, mana boleh nak tolak.
Semalam selesai satu majlis doa selamat untuk sebuah turbin gas, aku diajukan dengan soalan "bila kita nak main golf?"
Ikutkan hati, nak saja aku jawab dari main golf, jom kita pergi kayuh basikal hujung minggu ni.

12 teguran:
kenapa org korporat suka golf? haihhhh
Pehhh
Baca posting ni pun dah terasa macam orang korporat.
Golongan Orang Lebih Fulus....
Datang padang golf naik basikal, insyaAllah lepas ni takde orang ajak lagi.
hebatnya main golf ni ialah... "tiada minit mesyuarat"
orang kaya suka sangat-sangat dengan sukan yang boleh masukkan bola ke dalam lubang..
golf sangat memenuhi klasifikasi..
ahaks
lagi pun diorang main golf bukan terer, atau main sukan lain pun tak terer.jadi, bila main golf, kadar masa main tu sikit..masa tak main tu banyak, jadik sesuai laa..
sembang2 pasal bisnes.pasal politik.pasal pompuan..
Layankan jek Lucy. Dulu budak ofis aku yang N-17 pun layan golf, boss punya pasal.
kayuh basikal sambil main golf aje lah. senang...
If you are Sabahan and Sarawakian, please check this.
Sabah Sarawak Keluar Malaysia
http://www.facebook.com/groups/betterState/
Perjanjian 20 Perkara yang dimungkiri
http://www.youtube.com/watch?v=flm1Mi8SegI&feature=related
Sabah Sarawak Want Their Rights Back
http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html
Thank you, GBU.
G - Golongan
O - Orang
L - Lemah
F - Fikiran
Pengarah jabatan yang main golf ni memang makan gaji buta.
Golf mengambil masa yang lama kalau digunakan untuk berfikir pasal kerja tentu lebih manfaat.
Soal nya mereka tak cukup kerja ke gaji besar tapi duduk pukul bola golf berjam2?
Sebagai panduan, pengarah atau pengurus yang main golf ni semua kuat temberang.
Sebab temberang nak cari alasan belanja untuk golf tournament.
Kerja terlampau mudah sebab itu ada masa main golf berjam2.
Golf - Sekali terjebak, sangat susah nak kembali ke pangkal jalan.. Renung-renungkan.
Catat Ulasan