Aku dengar cerita di Malaya sekarang sedang sibuk bergaduh pasal roti. Ya hanya di Malaya saja yang suka bergaduh pasal benda-benda kecil ini. Di Borneo kami semua masih rilek minum montoku di tepi kali.
Sebenarnya hal roti Gardenia ni siapa punya, beli bekalan tepung kat mana atau perkauman ke tidak bukanlah menjadi keutamaan buat rakyat 1Malaysia dari sebelah Borneo. Yang menjadi keutamaan rakyat 1Malaysia dari sebelah Borneo ialah setiap kali mereka jalan-jalan ke Malaya, adalah wajib untuk tapau sebanyak mungkin roti Gardenia pelbagai jenis dan perisa untuk dibawa pulang ke Borneo.
Sebab itulah kalau kita ke LCCT atau KLIA, roti Gardenia di sana memang cepat kehabisan.
Hal ini kerana di sebelah Borneo ini, tidak ada kemewahan untuk makan Twiggies atau Squiggles sesuka hati. Butterscotch memang jauh sekali. Di Sabah walaupun ada roti putih Gardenia tetapi ianya berlubang-lubang dan mempunyai kecenderungan untuk berkulat sebelum tarikh luput. Manakala di Sarawak pula jika tidak silap aku, memang langsung tidak mempunyai sebarang spesis roti Gardenia.
Maka oleh itu isu yang menjadi perhatian lebih utama buat rakyat 1Malaysia di sebelah Borneo ialah hak mereka sebagai rakyat untuk mendapatkan bekalan roti yang bermutu tinggi dan sedap. Aku harap ahli-ahli politik dari sebelah Borneo boleh memperjuangkan hak asasi ini dalam PRU akan datang.
Bagi rakyat 1Malaysia dari sebelah Malaya pula, bersyukurlah kerana anda boleh mendapatkan bekalan roti yang bermutu tinggi dan sedap semudah melangkah ke 7 Eleven. Kerana anda tidak tahu betapa seksanya hidup di dunia tanpa roti yang bermutu tinggi dan sedap seperti kami di sebelah Borneo.

20 teguran:
nasib baik
kalau tak lagi banyak kaum berbalah kat borneo sana..
haha
Ini peluang bisness nie. Boleh jado towkeh roti kat sana.
tidak ada ke usahawan yg berusaha buat usaha roti putih ni?
orang sebelah malaya je yg duk gaduh pasal roti. dah takde benda lain nak gadyh. bengong.
OrangAkaun
orang d sabah, biarpn byk kaum tetap hidup aman sentosa..
roti tu xda pn xpa.
ooo baru rau ruapnya rori gardenia tak dieksport ke sabah n sarawak...
malaysia unik
Nope..diorang ada syarikat sendiri..even tesco pn xdibenarkan masuk..yup, jd student selama 5 tahun kat Sarawak, time balik bawak gardenia je utk buah tgn utk kwn² ;)
setuju la part roti tu memang tak ada di sini ...
kalau nasib baik boleh juga jumpa tak semua tempat ada.. dan agak terhad jualannya.
tempat luar bandar macam sini lebih banyak makan roti dikeluarkan oleh peladang saja...
Seingat aku dulu kalau ke Malaya awal 90-an, tiada langsung dijumpai roti gardenia di supermarket malaya.Org Sabah yg ketagih makan roti gardenia sangap tidak dpt mkn roti gardenia di Malaya.Yang ada masa tu high5 atau roti2 yg tidak sekufu dgn gardenia.Zaman berubah,pasaran gardenia lebih luas di malaya berbanding sabah. Yang gardenia tinggalkan di sini hanya minuman pelbagai perisa yg dikomersilkan Abu Bakar Ellah.Itupun mungkin sbb MAS masih ambil khidmat in-flight catering dgn gardenia.Allahualam.
standed la.lagi mewah,lagi kuat bergaduh.
manusia ni mana tau nak bersyukur.
bornean tiada masa utk berbalah pasal kaum, sbb sudah terlalu bercampur dgn each other....
Gua nak pergi Speedmart beli roti Gardenia untuk menunjukkan rasa syukur.
Benar. Aku kena transfer kerja ke Kuching and right now I'm in Kuching. Terkejut gila my colleague cakap sini takda roti Gardenia nih. Last-last megi jela jadi supper.
sabah lebih aman dan kaya jika berpisah dgn malaya..
kahkah ya. tapau 1 plastic besar roti di klia. member kirim bawa balik kk.
tadi aku pergi Petronas, takde roti gardenia coklat tau yang spesis dengannya!!
Ah, macam mana aku nak brekfes esok??!!!
tiap kali balik raya roti gardenia je la yang jd buah tangan utk kaum kerabat di sarawak. macam2 perisa diangkut kat sarawak roti ada tapi kualiti tak la sebagus gardenia.takde carrefour,tesco dan giant tu takde hal, everest & H&L belambak
Hahaha..terbaik la Lucy! Aku dulu dok Semenanjung tak paham benda alah nih..dah dok sini baru paham..hehe
minum montoku di tepi kali tatap the best...
Catat Ulasan