24 Jun 2011

Rancangan 8 Tahun




"Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do"
- Mark Twain

"Regret for the things we did can be tempered by time; it is regret for the things we did not do that is inconsolable"
- Sydney J. Harris

Lewat kebelakangan ini kehidupan tidaklah begitu baik untuk aku. Ada beberapa isu berbangkit yang memberikan kesan. Tapi hidup memang sentiasa berdepan masalah dan dugaan. Hidup tanpa masalah adalah sama dengan mati yang sebenarnya.

17 November 2011 menandakan genap tiga tahun aku di Sabah. Tapi aku sudah buat keputusan untuk tidak tunggu genap tiga tahun atau paling tidak, maksima tiga tahun sahaja untuk aku di sana.

Bukan sebab aku tidak suka Sabah, tapi bak kata orang putih 'home is where the heart is'. Dan hati kita selalunya bersama keluarga tersayang, bukan? Apatah lagi bila berdepan masalah dan dugaan yang membuatkan kita lebih mahu dekat bersama keluarga. Seorang diri di Sabah berdepan dugaan boleh huru-hara sebenarnya.

Lantas pagi tadi sempena kepulangan aku di Kuala Lumpur, aku ambil kesempatan menziarah orang-orang di bahagian sumber manusia tempat aku bekerja. Perkara pokok yang dibincangkan ialah bila aku boleh kembali ke Kuala Lumpur.

Yang menjadi sebab utama untuk aku kembali ialah keadaan kesihatan Emak yang tidaklah berapa baik. Selepas kehilangan Abah semasa aku di Sabah dan melihat kepada pengorbanan Kakak dan Adik menjaga arwah semasa ketiadaan aku, rasanya adalah lebih adil untuk aku ada bersama dalam menjaga Emak semasa hayatnya pula. Setiap kita boleh mempunyai isteri atau suami dan juga anak-anak berkali-kali. Tapi kita semua ada Abah dan Emak hanya sekali.

Dan kerana itu, setelah menjalankan tugas hampir tiga tahun lamanya aku merasakan perlu untuk aku kembali ke pangkuan keluarga dan menjalankan apa yang perlu dilakukan oleh seorang anak lelaki sulung. Mengambil-alih peranan ketua keluarga sama ada aku bersedia atau tidak.

Berkira-kira dengan peluang untuk aku kembali sebelum tamatnya tahun ini, aku juga merasakan perlu untuk aku letakkan satu pelan perancangan dengan baki lagi 8 tahun sebelum aku mencecah umur 40. Dengan itu aku merancanakan Rancangan 8 Tahun kerana mengikut kata-kata Mark Twain dan Sydney J. Harris, satu hari nanti aku akan lebih menyesali perkara yang tidak aku lakukan berbanding perkara yang telah aku lakukan.

Aku tidak mahu menjelang umur 40 nanti aku akan termenung berfikir ke mana tersianya tahun-tahun 30-an dalam kehidupan aku yang juga hanya berlaku sekali sahaja.

Rancangan 8 Tahun, dengan aku kembali di Kuala Lumpur terdiri dari:

1) Melanjutkan pengajian di tahap ijazah dan seterusnya master dengan 4 tahun pertama diperuntukkan untuk memperolehi ijazah dan 4 tahun kedua untuk mendapatkan master.

2) Meningkatkan tahap kerjaya sehingga berada di dalam kumpulan profesional di dalam tempoh 8 tahun yang diperuntukkan.

3) Menguasai sekurang-kurangnya bahasa ketiga dan sebaik-baiknya hingga ke bahasa keempat yang terdiri dari mana-mana bahasa benua Eropah.

4) Memiliki aset hartanah (rumah pertama) sama ada untuk kegunaan sendiri atau pelaburan.

5) Menulis dan menghasilkan buku sendiri secara lebih konsisten dan profesional serta menjadikan karier penulisan sebagai kerjaya kedua untuk menyara hidup.

6) Melangsaikan hutang pinjaman kenderaan secepat mungkin dalam tempoh 8 tahun ini dan tidak lupa hutang PTPTN juga.

7) Merantau ke sekurang-kurangnya 4 negara di 2 benua.

8) Mencapai dan mengekalkan BMI yang ideal selama tempoh 8 tahun serta mengamalkan cara hidup sihat sebaik mungkin.

Lapan perkara untuk Rancangan 8 Tahun.

"Porque no tenemos nada, queremos hacerlo todo," kata Carlos Dittborn. Maksudnya "because we have nothing, we will do everything" merujuk kepada gempa bumi yang menimpa Chile sebelum bermulanya Piala Dunia 1962 di negara itu.

Memikirkan kepada kehidupan aku, ianya masih agak kosong. Pada umur 32 tahun secara peribadi aku merasakan belum ada apa yang boleh dibanggakan atau dijadikan pengukur kejayaan. Oleh kerana ketiadaan apa-apa inilah maka aku perlu memberikan segala yang termampu untuk diri sendiri.

Okay, mungkin ada yang akan bertanya kenapa beberapa perkara tidak termasuk dalam Rancangan 8 Tahun. Seperti menjadi lebih beriman dan tidak lupa solat. Atau tidak ada rancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam 8 tahun akan datang.

Bab solat dan menjadi lebih beriman bagi aku adalah berterusan selagi hidup. Tentang mendirikan masjid dan mempunyai keluarga sendiri, berdasarkan pengalaman aku ianya lebih baik diserahkan kepada Tuhan. Yang sebelum-sebelum ini bila ghairah merancang akhirnya tidak juga menjadi membuatkan aku lebih suka berserah kepada Tuhan dalam hal jodoh.

Rancangan 8 Tahun akan kita semak pencapaian separuh pertama pada tahun ke-4 dan semakan keseluruhan pada tahun ke-8 nanti. Tujuan aku tulis dan hebahkan di blog ini ialah supaya kamu-kamu di luar sana menjadi saksi dan pencabar kepada aku untuk melaksanakan Rancangan 8 Tahun ini.

Zaman di mana orang lain memandang rendah dan sebelah mata ke atas aku perlu berakhir. Mereka yang memandang sinis, yang tidak percaya, yang menolak aku kerana kurang berjaya dan sebagainya; ini adalah peluang untuk aku membuktikan mereka salah dan kerugian. Di mana aku pernah bermatian dan berkorban untuk hidup orang lain, kali ini aku akan melakukannya untuk diri sendiri.

Doakan kejayaan buat kita semua.

53 teguran:

Nur Yana berkata...

Nice plan. tp xde 1 pown ko selitkan plan ko nak contribute something utk mak n family ko.

For guys, life begins at forty tuh goes for what plak. Kih3x..

Moga semua plan ko tercapai. Amin.
(+_____+)

adibah berkata...

InsyaAllah. Walaupun tak pernah bersua, tak pernah kenal siapa, aku doakan sukses semuanya utk hang. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan!

Gunaqz berkata...

All the best to you. :-)

Awang Joe berkata...

aku suke dgn rancangan kamu...tp no.7 tue...mcm susah jer...keje...belajor...melancong?

Cob Nobbler berkata...

because we have nothing, we will do everything

ini macam Tyler Durden cakap masa tuang lye kat tangan si Edward Norton.

cool!

blogger1 berkata...

All the best, amin.

Dr. Ben berkata...

good luck bro... semoga menjadi insan yang lebih berkualiti

Lucius Maximus berkata...

Nur Yana - aku ada berdekatan keluarga adalah sumbangan terbesar untuk mereka. Ini semua pun persediaan untuk permulaan kedua yakni 'life begins at forty' :)

Awang Joe - tak susah sangat. Pergi Filipina, Vietnam dan Cambodia (Asia) kemudian pergi Australia, sudah 4 negara dan 2 benua hehe. Lagi pun ada sebab pengajian tertiari dibuat secara sistem semester.

Lain-lain - terima kasih dan moga sukses selalu juga!

alan zed berkata...

gambate kudasai sir ! :)

Jerry Ghazali berkata...

terharu aku baca entri ni sehingga tererak nak komen. gudluck bro.

Kelon Eric Bana berkata...

Good luck friend!

Pastikan belog ini juga terus hidup dalam tempoh 8 tahun lagi.

I Am Legend berkata...

Walaupun nama gua I Am Legend, tapi lu adalah legend yang sebenar bro.

Moga sukses dalam apa yang dirancang. Kagum gua dengan keberanian lu letak sini untuk dilihat orang lain. Gua yakin kami semua akan memberi sokongan moral!

Lu buat gua rasa tergerak nak sediakan rancangan hidup sendiri!

Tanpa Nama berkata...

selama ni jadi pembaca senyap tetapi hari ni tergerak hati mahu komen.

selamat berjaya abg lucy! dan pastikan blog ini berterusan lagi 8 tahun juga!

p/s: tak nak tulis ke fixie ke?

Trankuiliti Tampin berkata...

good plan. kdg bila kita dah mencecah umur 30-an & mungkin tak ada apa yang org lain ada (berkahwin dan keluarga sendiri) maka sebaiknya kita ada rancangan lain utk masa depan yg berbeza.

mcm ada pembaca lain yg cakap lelaki ada masanya life begins at 40. kalau pun masih bujang by 40 with what u plan n insya allah achieved pasti ianya hebat.

hidup sekali bro, biar bermakna ye tak?

Pompuan Emosi berkata...

:)

That's the spirit! *fist bump*

Apa yang saudara senaraikan di atas adalah perkara2 Objektif, di mana ia adalah apa yang saudara mahukan. Which will define you who you are. Tercapai ataupun tidak, bukan kita yang tentukan. Tapi yang penting, usaha dan tawakkal.

Berlainan dengan perkara2 Subjektif seperti iman, jodoh, nyawa; semuanya terlalu jauh di luar bidang kuasa kita. Tapi letakkan aje niat, bukan matlamat yang khusus.

Tiada siapa kata "Aku mahu mati bila umur 60 tahun." (ok, mungkin ada yang perasan dia adalah Tuhan, tak dapat la nak tolong...)

Tapi sentiasa perlu ingat, semua itu adalah Pasti. Tugas kita adalah untuk membuat Persiapan menghadapi semua itu bila masanya tiba.

Have faith in God's plan. He knows best :)

Good luck.

yusuf berkata...

salam

all the best bro
perancangan perlu ada supaya kita tak gagal dalam hidup

apepun subject to change oleh Yang Maha Kuasa

Point of View berkata...

buat jangan tak buat,
biaq depa yang pandang rendah pada hang sedaq,
biaq depa tau apa yang depa rugi,

its not ur lost, its their lost!

trankuiliti trolak berkata...

the greatest pleasure in life is doing things people say you cannot do

just do it!

p/s; jap ni takde kena mengena dengan frust pasal awek ke? hehe gurau je bro!

Faisal Zakaria berkata...

http://www.exec.upm.edu.my

first step.
Malaysia needs her economists.
Given your past analytic skills, and perhaps the ability to think critically, you'll be a good addition to our kind.

Aku nak buat Masters di sana by September.
Hope to see you there.

saidin berkata...

aminnn..gud luck!

saidin berkata...

aminn..gud luck!

Anoneemus™ berkata...

Very well planned and inspiring, Lucy. Keep it up! and thank you for the inspiration. You're the man!

j or ji berkata...

if you fail to plan, then you plan to fail.

dude,

perancangan yang terbaik adalah perancangan awal. 32 masih belum terlewat. aku suka untuk minum kopi bersama kamu hanya untuk mendengar tentang perancangan kehidupan.

semoga berjaya.

Penabik hormat berkata...

Lepas membaca apa yang anda tulis saya hanya boleh berikan tabik hormat kerana berani mendedahkan pada dunia apa yang anda mahu lakukan!

Dan saya pasti akan tunduk hormat jika 8 tahun kemudian anda berjaya melakukan apa yang dirancang.

Berusahalah saudara dan moga berjaya!

Tanpa Nama berkata...

benda mcm ini membuatkan aku terasa bersemangat di pagi ahad ini

tq lucy, aku pun mahu buat plan/rancangan sendiri utk masa depan

Blog Reader berkata...

Lebih kurang macam apa yang luca dk nak buat untuk projek bmw x6 dia

But u really take it to the next level!

Tanpa Nama berkata...

semoga berjaya bro! insyaallah. nak wat plan mcm ni jugak. huhuhu

Union Equatoriale berkata...

Its never too early or too late to plan bro. And the best time to start is now.

Admire ur vision n like most readers kat sini kagum dengan keberanian bro untuk menghebah dan dicabar umum.

Kejarlah ijazah dan master itu, moga sukses juga dalam kerjaya. Kekal sihat dan berbaik sesama insan selalu.

I pray for ur success n can't wait for the 8th year to come. Berjaya capai semua atau tidak, itu tak penting. Yang penting bro buat dan telah mencuba!

Oh tidak lupa, ya tulislah buku lagi. U got talent bro!

encik anonimus berkata...

tabahkan hati tuan, ini semua sebahagian dari pokok kehidupan

mcm kata tuan juga, hidup takde masalah dan cabaran sama dengan mati

moga berjaya, dpt master pun saya tabik tuan dah!

Buenaventura Durruti berkata...

Ur the man dude! Inspirational sampai aku pun dah berkira-kira rancangan peribadi aku sendiri

Tanpa Nama berkata...

wahwah terharu, perancangan yg mantap gitu!

tukang baca berkata...

tak mau komen banyak melainkan ucapan semoga tercapai apa yang dihajatkan

Encik Tanpa Nama berkata...

Planning is already 50% of the while thing. The rest of 50% is the effort you put in it.

So plaing kurang separuh dari 8 perkara tu mesti boleh dicapai :)

All the best bro!

ayobkelubi berkata...

membaca rancangan kau membuatkan aku tersedar bahawa rancangan aku sudah menghampiri ke penghujung!.

damn!.

pelan aku tamat pada umur 35!.

gerakkkkkkk!.

apa-apa pun.tabik!.

Tanpa Nama berkata...

rancangan ke-9...memiliki 2 istri bila umo 40...heheehheheheheeee

Tanpa Nama berkata...

eh ingatkan dah jd peg kjaan....tp thap pemikiran mmng matang....:)

Plus Ultra berkata...

And He will provide for him from (sources) he never could imagine

65:3

God willing brother!

Tanpa Nama berkata...

Moga Allah bersama kamu...
U inspired enuff people oredi..

spanar berkata...

Semangat pulak bila bc plan ko
all the best!

aku nk buat plan 8 thn gak!!
thanks for inspiration!

Next Blog Girl berkata...

by age 40 n u dah capai semua tu n still not yet married do let me know ;)

snot.snot berkata...

man with plan=sexy

Mommy Fara berkata...

ku aminkan doamu itu!

jo berkata...

banyak tu..kena usaha dari sekarang!!

Aku la.. berkata...

itu cina cakap angka 8 manyak ong....:)

Tanpa Nama berkata...

berusahalah wahai saudara, kamin meng-amin-kan

Orang Akaun berkata...

good luck bro

Adleen berkata...

kalau tgk pada apa yg disenaraikan, mmg mencabar untuk mencapainya..

saya pun ada rancangan yg sama, tapi only on the travel part dgn bab nak belajar bahasa lain

anyway, good luck mr maximus!

Tanpa Nama berkata...

Nasihat saya panda anda, teruskan niat murni Rancangan 8 Tahun ni. Buat betul-betul dan insya Allah jika berjaya dicapai semuanya mungkin boleh tulis buku untuk dijadikan panduan oleh semua orang di luar sana!

Paranormal-K berkata...

aku akan menjadi saksi kepada perancangan kehidupan kau ini..hehe

aku rasa patut juga aku membuat perancangan seperti kau...insayaallah..

Özgür Çek berkata...

point 5.
tulis bnyk2 buku aku nk beli...

Muhammad Fadhli berkata...

gud luck bro..

Faisal Zakaria berkata...

oi lucy,
1) Melanjutkan pengajian di tahap ijazah dan seterusnya master dengan 4 tahun pertama diperuntukkan untuk memperolehi ijazah dan 4 tahun kedua untuk mendapatkan master.

I finished my degree in 3 years.
And now doing my Masters in Business Admin (Finance) scheduled for 2 years.

Ko dah mula belum?

Ahmad Fuad berkata...

Kalau aku copy ko punya planning ni leh? haha..