
Sempena RON97 naik, aku nak cerita pasal minyak.
Salah satu bidang karier yang pernah aku ceburi sebelum ini adalah dalam industri minyak dan gas atau nama glamernya, 'oil and gas industry' (O&G). O&G ini memang satu cabang karier yang lumayan, jenis yang awek suka dan bakal mak mertua setuju pendek kata.
Ya, lama sebelum individu sembang kencang macam FdausAmad berkecimpung dalam bidang O&G ini aku telah terlebih dulu bergelumang di dalamnya. Pejabat aku masa itu dekat dengan Federal Highway, kalau dari Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur sebelum sampai Plaza Tol Batu Tiga, ada satu stesen pam minyak Shell. Itulah pejabat tempat aku bekerja. Kalau tak di kaunter tolong swipe kad Bonuslink, di tepi pam minyak mencuci cermin kereta awek-awek yang datang nak isi minyak.
Sepanjang karier aku dalam bidang O&G ini, banyak dugaan dan cabaran yang mendatang. Macam Mat Rempit yang hulur RM1 untuk minyak tapi minta aku tolong punch-kan RM2. Atau Brader Pakai Perdana V6 Tampal Sticker UMNO yang hulur syiling tabung berjumlah RM10 untuk isi minyak.
Namun itu semua aku lalui dengan tabah. Karier dalam O&G ini memang banyak pahit manis.
Tapi jenis yang paling aku tak dapat terima ialah pelanggan yang datang ke kaunter nak isi minyak dan cakap,
"Tu, yang sana tu yang kereta Proton tu!", merujuk kepada pam minyak yang mana.
Memang tak sesuai kalau pada masa yang sama ada lagi 4 atau 5 buah kereta Proton yang nak isi minyak.
Jadi, melainkan kereta kita Lamborghini atau Aston Martin, sentiasalah beringat untuk melihat dulu pam minyak nombor berapa sebelum berjalan penuh yakin ke kaunter.
Ini nasihat dari seorang yang berpengalaman dalam O&G.
19 teguran:
hahahahaha. okay serious entry ni comel.
i tho penglibatan macam mana la tadi hai~
hahah
nice.... aku ketawa.
hahaha
hampeh..bunyi serius benar.keh keh keh..
mcm haram! haa
demmm.
demm. ingat nak cerita pasal apa.
barisan hadapan dalam industri ni.
cesssss....haha...ye ye ingatkn nk bg thu sbb2 ron97 x ptut naik...huh...
ramai weh aku jumpa stail malas nk tgk nombor pam.haihh
"Tu, yang sana tu yang kereta Proton tu!", merujuk kepada pam minyak yang mana.
Aku selalu dengar benda ni kompom muka mamat di kaunter merah....kiki
mak mentua gerenti setuju.
ok.
shell kat situlah pernah bagi duit rm100, dia pulangkan rm 900
masa tu duit note rm 1000 masih bersepah2.
nasib baik dpt customer 'bukan mata duitan' dan gerak pun boleh pusing balik pergi pulangkan baki rm 900!
kenyang dgn ucapan terimakasih satu hari tu...
ok, mudah difahami...
hahah aku baru lepas isi minyak situ tadi...
Kau tunggu!, kau tungguu!!
sesungguhnya aku memula baca, percaya yang amat ini sure kes besar dalam O&G industry.
hahaha...
Ponuh ka saparoh ka?
saya sebut no pam. kan mudah
saya sebut no pam. kan mudah
aku trase..hahaha..mmg pesen malas nak sebut no pam even no pam tu bukanla sampai 6angka pon..pasni aku insaf la..
Catat Ulasan