22 April 2011

Good Friday



Hari ini adalah hari kelepasan am buat negeri Sabah dan Sarawak, dua negeri yang mempunyai majoriti atau paling tidak populasi penganut Kristian terbesar di Malaysia. Hari kelepasan sempena apa yang disebut Good Friday, atau terjemahannnya Jumaat Agung (mengikut bahasa Indonesia). Oh, di negara Islam terbesar dunia yakni Indonesia, ianya adalah hari kelepasan am seluruh republik itu.

Sebelum berpindah dan bekerja di Sabah aku pernah juga merasai cuti Good Friday, ketika waktu persekolahan di Sekolah Menengah Methodist ACS Ipoh. Ya dari nama Methodist itu sendiri kita boleh faham kenapa sekolah tersebut bercuti setiap kali Good Friday sedang sekolah lain beroperasi seperti biasa.

Apakah yang dimaksudkan dengan Good Friday atau Jumaat Agung? Secara ringkasnya, ianya adalah hari memperingati penyaliban Jesus atau Isa, yang mengikut satu sumber berlaku 1978 tahun dulu pada hari Jumaat, 3 April 33 Masihi.

Tapi hari ini 22 April dan bukan 3 April?

Okay, kaedah pengiraan Good Friday sedikit sebanyak bergantung pada Easter Sunday (yakni hari kebangkitan semula Jesus atau Isa). Good Friday sentiasa jatuh pada Jumaat terakhir sebelum Ahad yang menjadi Easter Sunday. Easter Sunday pula ditentukan mengikut fasa bulan (lunar phase) mirip seperti kaedah melihat anak bulan dalam kalendar Hijrah. Oleh kerana dunia Kristian menggunakan kalendar Gregorian (Barat) dan Julian (Timur) yang merupakan kalendar matahari (solar calendar) maka Good Friday dan Easter Sunday boleh jatuh pada tarikh yang berlainan.

Faham?

Makanya lebih kurang 1978 tahun dulu, pada satu Khamis malam Jumaat di sebuah ladang atau taman bernama Getsemani, Jesus bersama para pengikutnya telah dikhianati oleh Judas Iscariot, yang menerima bayaran sebanyak 30 keping syiling perak untuk mendedahkan Jesus kepada para pengawal kuil, yang diarahkan oleh rahib Yahudi bernama Caiaphas untuk menangkap Jesus. Awal sebelumnya Judas telah memaklumkan kepada para pengawal bahawa individu yang akan dikucupnya di Getsemani nanti adalah orang yang patut mereka tangkap. Judas mengucup Jesus sebaik mereka bertemu, mendedahkan kepada para pengawal siapa Jesus yang sebenar dan membawa kepada istilah 'Judas kiss' atau kucupan pengkhianatan.

Sebaik ditangkap Jesus telah dihadapkan kepada Caiaphas dan rahib Yahudi yang lain atas tuduhan penghujatan yang membawa kepada hukuman mati. Namun begitu masyarakat Yahudi tidak mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman mati ketika itu, sebaliknya hanya pihak berkuasa Rom yang memerintah Jerusalem ketika itu berhak melaksanakan hukuman mati. Maka Caiaphas dan pengikut beliau membawa Jesus menghadap gabenor Rom, Pontius Pilate.

Perbicaraan yang dilaksanakan oleh Pontius Pilate tidak menemui sebarang alasan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada Jesus. Pontius Pilate sendiri ketika ini berada dalam dilema, kerana awalnya isteri beliau telah bermimpi tentang kehadiran Jesus dan memberi amaran kepada Pontius Pilate untuk tidak terlibat dalam menghukum lelaki tidak bersalah ini. Tetapi untuk menafikan tuntutan masyarakat Yahudi ketika itu boleh mencetus kepada rusuhan dan risiko besar kepada karier politik Pontius Pilate.

Menyedari bahawa Jesus berasal dari Galilee, Pontius Pilate memutuskan untuk menyerahkan Jesus kepada Raja Herod, pemerintah Galilee yang ketika itu berada di Jerusalem untuk Paskah Yahudi (Passover Feast). Juga Raja Herod tidak melihat sebarang sebab untuk menghukum Jesus dan memulangkan Jesus kembali kepada Pontius Pilate. Kebuntuan, Pontius Pilate menawarkan kepada masyarakat Yahudi yang dipimpin Caiaphas untuk memilih membebaskan salah seorang diantara dua individu dalam tahanan Rom, Jesus atau seorang pembunuh kejam bernama Barabbas (dengan Pontius Pilate berharap mereka memilih untuk membebaskan Jesus).

Namun, apa yang dipilih oleh Caiaphas dan pengikutnya ialah untuk membebaskan Barabbas. Mereka lebih rela seorang pembunuh kejam dibebaskan asalkan Jesus dapat dihukum mati.

Pontius Pilate memilih untuk memberi hukuman berat kepada Jesus, sekali lagi dengan harapan bahawa beliau dapat melepaskan diri dari mejatuhkan hukuman mati ke atas Jesus. Tapi sekalipun selepas hukuman berat dilaksanakan dan tubuh Jesus berlumuran darah, Caiaphas dan pengikut Yahudi beliau tetap menuntut hukuman mati dilaksanakan dengan menyalib Jesus. Pontius Pilate, selepas membasuh tangannya di khalayak ramai sebagai simbolik beliau tidak terlibat dalam penghukuman mati ini, mengarahkan agar Jesus disalib.

Dari kediaman Pontius Pilate, Jesus dipaksa memikul kayu salibnya ke tempat bernama Calvary, dibantu separuh jalan oleh Simon dari Cyrene, seorang pemerhati yang dipaksa membantu Jesus oleh tentera Rom. Dipakukan ke kayu salib, sekitar jam 9 pagi dan melalui kesengsaraan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3 petang. Tiga jam terakhir sebelum menemui ajal, langit bertukar gelap dan gempa berlaku sebaik sahaja berakhirnya hayat Jesus.

Mayat Jesus dituntut kemudiannya oleh Joseph dari Arimathea dan dimakamkan di sebuah gua yang ditutup dengan seketul batu. Di makam ini Jesus bersemadi selama 2 hari sehinggalah dibangkitkan kembali pada hari Ahad nanti yang kita kenali sebagai Easter Sunday.

Seterusnya kita akan sambung menjelang Ahad pula. Aku nak pergi solat dulu, hari Jumaat kan?

Be good on Good Friday!

32 teguran:

Sandokhan berkata...

pwergh..

mantap entri nie brader Luci.

Kipidap!

Biskut Merry berkata...

good bro...
info yang berguna...

Pojie berkata...

Good Friday.

Cenangau berkata...

Pasai apa aku langsung tak pernah dengar cerita macam ni?

Oh.. aku orang Islam, mungkin ulama' Islam takut aku terpesong aqidah bila dengar cerita macam ni...

TunjukSatuJari berkata...

mana dapat info ni sume, kesalahan ejaan pun langsung takde. buku teks masa sekolah methodist dulu kot.

Fahmi Ismail berkata...

Friday yang baik. Aku dah pi solat tadi..kehkehkeh

Obefiend berkata...

good read!!

Tanpa Nama berkata...

eh,saudara,bukankah judas iscariot yang ditukarkan oleh tuhan menyerupai jesus?dan dia yang disalib itu,bkn jesus?

Tanpa Nama berkata...

eh,saudara,bukankah judas iscariot yang ditukarkan oleh tuhan menyerupai jesus?dan dia yang disalib itu,bkn jesus?

sambungan..hehe berkata...

Begitulah tahyul dari Timur Tengah yang telah memberi kesan kepada dunia.

Perhatikan kebijakan orang Italy/Rome.

Lihat bagaimana mereka hijack idea Christian dari orang yahudi di Jerusalem dan menjadikan Rom pula sebagai pusat Kristian.

If you cannot beat them then join them.

Orang Rom yang tidak percaya kepada Kristus telah membunuhnya tetapi melihat bagaimana orang ramai senang di kawal melalui kepercayaan kepada Kristus maka Maharaja Rome Constantin mengambil Kristian sebagai ugama negara. Kononnya nampak salib di langit. walhal kemungkinan kerana dadah atau rekaan karut.

Tapi yang penting Gereja dan Kerajaan menjadi satu. Kerajaan Rom di panggil Maharaja Gereja Katolik.

Kini orang Eropah cuba menutup peranan Gereja Katolik dalam pembunuhan orang2 asli di merata dunia dengan menjauhkan mereka dari Rom. Pembunuhan Red Indians, Aztec, Incas dan sebagainya semuanya berdasarkan arahan Papal Bull.

Yang pasti Roman Empire semakin berkembang bila Constantin mengambil katolik Church sebagai penaung. Italy/Rom mengawal semua maharaja di Eropah.

Roman Catholic Monarchy of Spain, Portugis, Sepanyol, England di kerah oleh Pope melalui Papal Bull untuk membunuh orang2 bukan kristian "for the Kingdom of Christ dan Church".

Begitulah Katolik Kristian dari Portugis datang membunuh orang Melayu di Melaka. Armada Maharaja Katolik Sepanyol menyerang Filipina dan membunuh orang Melayu Filipina.

Catholic Monarchy Belanda atau Holland menyerang Indonesia dan membunuh orang2 Melayu di Indonesia.

Kepintaran orang ROM adalah menggunakan ugama yahudi jerusalem untuk mengaut kekayaan untuk paderi2 dan gereja mereka.

Pemegang tanah paling besar di England adalah gereja. Tapi apabila penipuan Kristianity disedari oleh orang Eropah mereka mula praktiskan secularism.

Pemisahan gereja dari Kerajaan.

Rakyat akhirnya menyedari peranan gereja Kristian yang menyebabkan rakyat tertindas.


Di Russia Monarki Kristian dibunuh. Di Peranchis di gilotin.
Manusia sama saja. Hanya tukang karut yang mengagungkan manusia untuk kepentingan mereka.

Malangnya mitos jerusalem ini dibawa untuk mempengaruhi kaum asli di Borneo dan Afrika yang kini masih dibelenggu tahyul bible sedangkan di US sendiri bible di haramkan disekolah.

HakUntukSemua berkata...

sambungan..hehe berkata...3:22 PM

jadi kau sokong haramkan bible di US lah?klu quran kena haramkan kau marah pula hehe

Tanpa Nama berkata...

To sambungan...hehe...

bunuh membunuh sesama manusia tu perkara biasa....mcm mana plak "nabi" yg ske berperang dan membunuh??

TanpaGraviti berkata...

Banyakkan post sebegini wahai Lucy, just like the good old days..

Tanpa Nama berkata...

sambungan..hehe berkata...
alahai~ ceteknya fikiran.asyik2 mengaitkan agama Kristian dengan kejahatan,tahyul... ni public beb.jagalah sensitiviti kami orang yg beragama Kristian..apabila kamu mengatakan BIBLE tu tahyul, seriously..sy sgt sakit hati.kamu sewenang2nya mengatakan BIBLE tu tahyul padahal kamu x faham apa y ada dlm BIBLE tu sbb kamu x belajar apa yg kami belajar dlm agama kami..and how if I said the al-QURAN is just a 'tahyul' too..padahal sy sendiri x tahu apa yg terkandung or apa maksud ayat2 dlm al-Quran tu.saya membuat kesimpulan berdasarkan apa yg sy dengar drpd org lain tanpa mengkajinya sendiri.. wajarkah saudara?

Saya x faham mengapa org sering mengaitkan agama Kristian tu kepada kejahatan. Padahal agama tu sebenarnya suci.tetapi ia bergantung kepada penganutnya.sama ada mereka mendalami dan mempelajari agama itu dengan betul atau sebaliknya. kalau pemahaman yg slh trhdp agama tu,mmg akan dpt ilmu agama yg salah.mcm tu juga dgn agama Islam. wlupun sy Kristian,tpi sy x pernah agama Islam tu karut or al-Quran tu tahyul.n i respect all religions.coz bagi saya, tujuan agama tu hanya 1..mengajar manusia untuk membuat kebaikan.n dalam Kristian sendiri, Tuhan itu cuma 1.walaupun korang dengar banyak nama as Kristus, Bapa,Allah, Lord, God,itu hanyalah variasi perkataan TUHAN dalam pelbagai bahasa di dunia.ttpi maksudnya cuma 1,and yg kami sembah pun hanya 1. Tuhan yg kami percaya dgn iman kami. And Jesus, Jesus tu mcm nabi Muhammad la. nabi..tpi kami menyebutnya sbg anak Tuhan coz Dia tu pesuruh Tuhan.yg diutus Tuhan. so, please jgn salah anggap dengan semua ini.

apa yg penting, jgn percaya sgt sumber yg didengar drpd org yg seagama dgn kamu mengenai agama Kristian or agama2 lain.kaji sendiri apa yg ada dalam ajaran agama tersebut.jgn terlalu pesimis.x semestinya kamu mengkaji sstu agama tu,then kamu akan murtad.kalau betul kamu beriman dlm agama yg kamu anuti,kamu xakan murtad.

jgn menganggap agama kamu saja yg betul.. di akhirat, kita semua 1,n sama ada kamu Muslim or Kristian,tu bukan penentu utk masuk syurga(if u believe the existence of heaven la).. adakah kamu mempunyai bukti yg kukuh dan konkrit bahawa semua yg beragama Islam saja yg masuk syurga? dlm Kristian,x pernah pun dikatakan dlm BIBLE bahawa orang Kristian saja yg masuk syurga.but dlm tu tertulis 'ORANG-ORANG YANG PERCAYA'..means..kalau kamu ada agama pun,tapi kamu x percaya Tuhan. that's meanless.. yg menentukan semua itu,iman kita, kepercayaan kita. agama tu hanya membimbing kita ke arah kebaikan. so, saya rasa x wajar membanding2kan agama. sy rasa x wajar menghina agama lain. sy rasa x patut menganggap 1 agama saja yg betul.kecuali ajaran sesat(ni x layak disebut sbg agama)...

Maaf, saya bukan berdakwah di sini. maaf andai tersalah bicara. niat sy hanya ingin menjelaskan apa yg kabur. tapi seriously,sy bangga dgn penduduk Sabah Sarawak.. sbb mereka sgt jarang bertelagah pasal agama. tapi di semenajung msia, seriously, sy muak dgn isu2 menghina agama..terutamanya menghina agama Kristian.seolah2 agama Kristian ni sgt berdosa.apa dosa agama saudara2ku?

thanx to writer sbb buat post mcm ni. at least bagi info kpd yg tertanya2 mengenai Good Friday ni..tapi sedih apabila ada org yg menganggap ini semua tahyul.

yusuf mujahidin ™ berkata...

aku pnah dgr kisah mcm ni dlm pelbagai versi..

tp dlm Al Quran tercatat satu versi pentg

..padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, akan tetapi (yg mereka bunuh adalah) diserupakan.."

Surah An Nisa' : 157

Mohd Firdaus berkata...

baru aku tahu...

koben berkata...

panjangnya komen. Malas nak baca..naper tanpanama...takut eeh?

afterc berkata...

Beberapa tahun lalu saya terbaca berita di akhbar arus perdana, seorang pegawai jabatan agama yang kerjanya menangkap orang berkhalwat telah ditangkap berkhalwat dengan pasangannya yang bukan muhrim.

Selain itu ada juga berita tentang pegawai agama yang merogol/mencabul gadis yang ditangkap berkhalwat.

Moral of the story:
Bukan agama yang menajiskan manusia tetapi kerana hati manusia itu sendiri yang memang dipenuhi najis. Tidak ada agama yang menyuruh penganutnya membuat kejahatan.

afterc berkata...

oppss..sorry. Komen saya tadi ditujukan khas buat sambungan..hehe

sambungan..hehe berkata...

Kepada Tanpa Nama...

Harap maaf.. jika anda atau sesiapa tersinggung. Tapi ini hanya catatan sejarah yang kita belajar di darjah 5.

bagaimana Alfonso D Albukaki datang menyerang Sultan Melaka dan membunuh orang Melayu.

Kenapa kamu mahu pertahankan Maharaja Katolik Kristian Eropah? Siapa kamu? Adakah kamu orang Eropah? Kamu orang Sabah yang hanya menganut katolik yang dibawa oleh orang
Eropah.

Kami orang Melayu yang ditindas dan dibunuh oleh armada Maharaja2 Eropah berhak menceritakna kisah Merong Mahawangsa yang sebenarnya...hehe.

Dengan adanya internet, kita boleh lihat serangan ke atas Melaka bukan sesuatu yang isolated. Ianya dari suruhan Pope melalui papal bull.

Bagi anda yang terpengaruh dengan dakyah orang Eropah, Belanda, Jerman Danish dan sebagainya cuba
baca di internet mengenai Papal Bull.

Bace lah. bukan saya yang karang. Saya cuma mengupas untuk dikongsi bersama mereka yang mahu membace.

Katolik Kristian tidak di ikuti sangat di Eropah sekarang. Bace paper STAR semalam. Indifference to Christianity... etc.

Bace kenapa Bible diharamkan di amerika dan Amerika memisahkan Gereja dari Kerajaan.

Cuba google bible in American schools..

Jangan shoot the messenger.. I am just the messenger...the messiahlah ala ala gitu...hehe

Memang pelik, sekolah di US haramkan bible, Dompok mahu bible diajar kepada anak2 Sabah.. ya hairan.. Dompok lebih pandai dari orang US agaknya..

Itulah bila kita ambil ugama dari bangsa lain kita tak akan faham selok beloknya..sejarahnya.

ambil yang baik saje.


Pesta menuai dan unduk ngadau patut di perhebat...

Özgür Çek berkata...

brader lucy,
pernah tengok tak movie
The Passion Of The Christ???

Tanpa Nama berkata...

Dear Sambungan..
First, kami x pernah mempertahankan Maharaja Katolik di Eropah ok. ini Malaysia. and kami menganuti agama yg kami percaya bukan kerana apa2 selain untuk kebaikan.dlm sejarah mmg ada perkara mcm tu.tpi, itu bukan salah agama Kristian.tu la silapnya manusia. cepat sgt membuat kesimpulan tanpa memikirkan sebab perkara tu terjadi. tu semua disebabkan oleh sikap manusia tu.terlalu ghairah menyebarkan agama sehingga lupa erti perikemausiaan.tu sudah tersimpang drpd ajaran agama.Agama kami x mengajar untuk membunuh org wlu dlm keadaan mcmna pun.walaupn org tu musuh.malah dlm Bible tertulis, jgn lawan kejahatan dgn kejahatan. N kalau mau ckp pasal agama kamu pun dlm hal ni, mgkin kamu x tau perkara ni, tpi sy sbgai org Sabah n prkara ni berlaku di daerah saya, sy sgt jelas dgn prkara ni. dulu, selepas merdeka, pernah berlaku pengislaman beramai2 org Kristian n org kafir di Ranau, Sabah. sampaikan paderi2 Katholik diseksa n dibunuh oleh org2 yg menyebarkan dkwah Islam di Ranau. tapisy x salah kan agama Islam.sbb yg salah, org yg berdakwah tu. cara mereka salah.x berperikemanusiaan.

1 lagi..jgn samakan penganut Kristian di Malaysia dgn penganut Kristian di Eropah. Sangat jauh bezanya.walaupun kepercayaan kami sama,tapi budaya org Kristian di Msia bukan seperti budaya org Kristian di Eropah ok?

'Itulah bila kita ambil ugama dari bangsa lain kita tak akan faham selok beloknya..sejarahnya.'
Means, agama Islam juga bukan drpd org Melayu ttpi kamu juga menganutinya bukan?so adakah kamu faham betul2 mengenai agama tu? kalau kamu benar2 faham, mengapa masih ada unsur2 penghinaan trhdp agama lain.Setahu saya, agama Islam x pernah menyuruh umatnya menghina mana2 agama lain.cuba bagi sy 1 ayat dlm al-Quran yg menyuruh umatnya menghina agama org lain.kalau ada, sy sgt x faham dgn agama kamu.jgn asyik mnyalahkan agama Kristian. sy x faham mengapa ramai penganut Islam seolah2 memusuhi dan sgt berdendam dengan agama Kristian.

ok. sy prnh bertanya kpd sahabat sy yg beragama Islam..pasal peperangan Israel&Palestin? apa kaitan org Kristian dgn peperangan tu?yg brperang tu org Yahudi.bukan org Kristian ok?n yg jadi mangsanya, org Kristian di Msia slalu ditindas sdgkan kami xda kaitan apa pasal peperangan tu.

entah la..sy pun x faham mengapa agama ni dijadikan penghalang untuk org2 di dunia bergaul tanpa sebarang persengketaan. yg sy tau n sgt faham, sikap manusia sendiri yg menyebabkan perkara ni trjadi. masing2 mahu menang.masing2 mahu mengatakan agama mereka la saja yg betul(tpi komen sy di sini bukan untuk mengatakn agama sy la yg paling betul,just untuk menjelaskan apa yg kabur,coz sy faham dan mendalami agama sy.)

Apapun agama yg kita anuti, yg paling penting adalah kefahaman kita trhadap agama t dan sikap kita.kalau ada agama pun, kalau hanya tahu menghina,mencaci, melakukan kejahatan, xda gunanya juga. ok.

redzabes berkata...

nice article

penggali telaga berkata...

kisah yang enak dibaca & olahan yang menyegarkan, terima kasih Mr. Maximus.

"Tiada Tuhan melainkan Allah SWT,
Muhammad itu pesuruhNYA"

aku berpegang kepada kebenaran kitab-kitab Allah SWT iaitu al-Quran, Injil, Taurat dan Zabur kerana aku meyakini bahwa salinan asal kitab-kitab ini terpelihara dari segi teksualnya, apapun cuma karya-karya tafsir atau terjemahan kitab tersebut sahaja yang perlu diperhalusi lebih lanjut.

aku juga berpegang kepada hadis-hadis warisan itrah ahlul bait atau ahli keluarga Rasulullah SAWW yang suci dan maksum.

dan jika aku punya kemampuan serta kesempatan, aku mahu membaca & mengkaji mushaf-mushaf utama semua agama langit untuk menemukan pencerahan tentang akhir zaman.

perbezaan sumber ilmu yang dianuti sesama manusia akhir zaman sewajibnya mampu mendorong seseorang itu supaya tetap beramal soleh serta saling berpesan dengan kebenaran dan juga pesanan itu pula wajar disampaikan dengan penuh kesabaran, seperti firman Allah SWT di dalam surah al-'Asr.

... bersambung ...

Tanpa Nama berkata...

islam percaya bahawa yg dtg menyelamat dunia pd akhir zaman ialah nabi isa dan bukan muhammad...klu lu x tau...mmng lu tara baca itu quran...khas utk mr sambungan...hehe

so apa pun lu buat...lu ptut doa sma itu nabi isa loh...jgn lu kutuk2...yg bersalah itu manusia...bkan nabi isa atau ajarannya...

ok x klu org kaitkan islam dan keganasan? islam itu keganasan? lu ada marahkah mr sambungan?

fiona

Tanpa Nama berkata...

to mr sambungan...hehe

islam jg harus percaya pd injil dan taurat...

klu ini pun lu x tau...lu mmng cakap kosong...lu sma spt itu mufti perak...mau tunjuk pndai sdangkn ilmu tara ckup....hoho

fiona

sambungan.. berkata...

Tanpa Nama.. Fiona dan sewaktu dgn nya..
"
'Itulah bila kita ambil ugama dari bangsa lain kita tak akan faham selok beloknya..sejarahnya.'
Means, agama Islam juga bukan drpd org Melayu ttpi kamu juga menganutinya bukan?so adakah kamu faham betul2 mengenai agama tu? "


Hehe... ini lah crux of the matter. Bukan saja orang Iban/Dusun/Kadazan/Bidayuh mesti awasi ugama yang datang dari Eropah, orang Melayu juga perlu awas ugama yang datang dari orang Arab.

Orang Arab dan orang Eropah telah berperang berkurun lamanya.

Mereka masing2 membawa pergaduhan mereka ke dunia lain dan kalau kita tidak aware kita akan jadi proksi mereka.

Bergaduh sesama sendiri seperti di Filipina yang separuh di jajah mental oleh Kristian Sepanyol dan separuh di pengaruh Moros Arab. Walhal mereka adalah polinesia.

Begitu kuat pengaruh ugama2 eropah dan arab. Tapi kita masih sempat untuk menyedari hal ini. Dont be pawns. Dont be impressed dgn gown mewah mereka dan ayat2 latin yang kita tak faham..Be smart macam negeri Cina. Mereka bunuh paderi Kristian sebelum mereka sempat mengacau bilau Cina. Di Jepun juga paderi Kristian di halau dan dibunuh sebelum mereka mengacau budaya Jepun. Freedom of religion ada di barat sebab mereka tidak percaya religion lagi. Kristianiti di england hanya untuk orang yang tak betul kepala saja..ini quotation. Di persenda. Kerana sebelum ini fahaman kristianiti menyusahkan hidup mereka dan menyenangkan raja dan paderi saje.

Begitu juga Islam, ambil yang baik dan rasional saje jika tidak, akan ada mereka yang terpengaruh dan jadi teroris yang dibiayai oleh Arab Saudi seperti al qaeda.

Dan cara hidup orang Arab seribu tahun lalu adakah sesuai untuk orang Melayu zaman ini? Ada simpleton mcm Muf_i Perak yang _ak mahu pakai huruf t kerana serupa dgn salib dan lambang kristianiti... hehe...

Emoon Zulhilmi berkata...

Haha..Senior gua rupanya..patutla bijak

tramkuil berkata...

afterc berkata...

oppss..sorry. Komen saya tadi ditujukan khas buat sambungan..hehe

Temoyong! ko jual satellite dish besar ya.

Best betul. Kat KL illegal bah tu.
Tapi kalokoboleba...hehe

Cinoi berkata...

Knape nak gadoh2.
Yg penting Jumaat diberi cuti di sini, kita cuti lah.

Lain2 tu jaga lah hal sendiri, jaga agama sendiri. Takpayah gadoh ok. Ini kan info bernas

Tanpa Nama berkata...

dalam islam memberi kebebasan beragama.
dan zaman nabi muhamad s.a.w pun tak menghalang orang yang menganuti agama nasrani dan yahudi

islam membawa maksud sejahtera

apa yang terjadi sekarang itu cuma dari golongan ektremis agama
tak kira la ektremis islam ataupun kristian

semua bukan salah agama tapi salah
manusia yang menganuti agama tu sendiri.

EN SAMBUNGAN
tindak U.S tu tak wajar
mengharamkan bible kat sekolah
mana hak kebesan beragama dia
membezakan agama dalam kehidupan(sekularisme)
tu tak patut

itu ideologi zionis tu
sebab islam banyak gaduh dengan kristian pun banyak bepunca dengan zionis

sebenarnya islam tiada masalah dengan kristian.

p/s tapi saya tak sokong isu kalimah ALLAH tu

-suaram-

sambungan.. berkata...

Tanpa Nama kata "EN SAMBUNGAN
tindak U.S tu tak wajar
mengharamkan bible kat sekolah
mana hak kebesan beragama dia
membezakan agama dalam kehidupan(sekularisme)
tu tak patut"

Itulah kamu orang Sabah tak faham ugama orang Eropah kena kelentong dng orang Jerman.

Di US, mereka haramkan bible Roman Katolik kerana Roman Katolik itu jahat di Eropah. Paderi Roman Katolik menjual penances untuk masuk syurga dsb. Jadi orang Eropah lari ke US.

Pilgrims Fathers tu mereka yg Protestants. Mereka benci Roman Katolik yang dicipta oleh orang Itali. Dari Maharaja Rom yang kejam Nero yang gantung Peter terbalik.

Lihat saja gerakan anti Roman Katolik di Eropah. google.

JAdi kamu orang sabah jangan senang2 jadi alat penjajah/roman katolik eropah. Kamu diminta percaya Pope itu adalah ganti Tuhan di dunia. Jadi sekarang sudah moden bah. Tak perlu percaya dongeng Itali mcm tu lagi. ORang Itali tu sama mcm kita orang Melayu.

Hidup Bobohizan! hehe... Hidup semangat padi..!!! yeeh sekarang kita green bah.. love nature not Italians.