29 Mac 2011

Dilema Rumah Pertama

Toyota Vios - hanya 514,000 Baht (RM51,400) di Thailand, dengan jalanraya dari sempadan Bukit Kayu Hitam ke Bangkok tanpa tol, perkhidmatan BTS dan MRT yang cemerlang di kota Bangkok atau beli saja sebuah apartment 2 bilik di Sukhumvit pada harga 2,300,000 Baht (RM230,000)

Aku kadang-kadang rajin tengok Buletin Utama. Bukan apa, tengok Buletin Utama ini ada 'thrill' sebab boleh menaikkan darah tinggi. Satu alternatif yang baik sebenarnya bila tak cukup duit untuk pergi makan kambing golek di Le Meridien.

Semalam Buletin Utama keluar dengan laporan khas 'Dilema Rumah Pertama'. Laporan khas ini pastinya bersangkut-paut dengan Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang kerajaan ada lancarkan awal bulan Mac sudah. SRP ialah satu skim di mana kerajaan akan tolong 'payungkan' wang pendahuluan untuk pembeli rumah pertama, dalam erti kata lain si pembeli boleh buat pinjaman perumahan 100% dari bank.

Dalam laporan khas tersebut ada diceritakan salah satu dilema untuk pembeli rumah pertama ialah harga rumah yang mahal. Okay sebenarnya tak payah lapor pun tak apa, semua orang dah tahu!

Realitinya memang harga rumah mahal tapi tidaklah mahal yang melampau sangat. Ikut pada lokasi, rumah di Lembah Klang memang mahal dan luar sedikit dari Lembah Klang harganya boleh kira sedap. Tapi kalau dah kerja dalam Lembah Klang semestinya kita nak rumah yang dekat dengan tempat kerja bukan?

Dalam laporan khas itu juga turut didedahkan bahawa pihak bank menetapkan gaji ideal sekitar RM2,700 hingga RM3,000 untuk para peminjam membeli rumah berharga RM180,000 hingga ke RM200,000. Kita semua tahu dalam Lembah Klang mencari rumah berharga RM200,000 adalah ibarat mencari jarum dalam jerami dan kalau ada sekalipun rumah itu selalunya yang jenis melukut di tepi gantang. Macam rumah flat tepi loji kumbahan Indah Water.

Bagi aku, dan ini pendapat aku, dilema rumah pertama yang kononnya membuatkan ramai orang muda tak mampu membeli rumah ialah bukan kerana harga rumah itu. Tapi kerana pendapatan kebanyakan orang muda yang habis dikikis oleh komitmen lain (selain dari faktor gaji yang rendah).

Salah satu pengikis pendapatan utama untuk kebanyakan orang muda ialah komitmen kepada pinjaman kenderaan. Ya, bayaran ansuran bulanan untuk kenderaan peribadi masing-masing. Campur dengan tol, perbelanjaan bahan api dan penyelenggaraan servis kereta, ini sahaja sudah boleh mengikis 1/3 dari pendapatan bulanan orang muda yang bergaji RM3,000 sebulan.

Di Malaysia, harga kereta kita mahal. Di Malaysia juga tidak boleh dinafikan gaji kita sebenarnya masih rendah. Dulu aku pernah tulis pasal isu ini dan bandingkan antara situasi Malaysia dan Brunei.

Pada penghujung dekad 1980-an apabila Dr Mahathir mendapat idea menjalankan projek kereta nasional, ia adalah permulaan kepada satu fahaman baru di Malaysia. Fahaman yang menggalakkan pemilikan kereta persendirian. Untuk hampir 20 tahun lamanya sejak dari lahirnya Proton, komitmen kerajaan dalam membangunkan pengangkutan awam hampir tidak wujud kerana fahaman baru ini.

Serta-merta juga kerana hendak melindungi kepentingan Proton, harga kereta asing dinaikkan melalui pengenaan duti dan eksais yang melampau. Arwah Abah aku, yang pernah memiliki kereta jenama Itali, Perancis dan Jepun sebelum bermulanya era Proton, kini terpaksa setia kepada Proton hinggalah ke hembusan nafasnya yang terakhir.

Obses dengan fahaman pemilikan kereta persendirian ini, kerajaan kita lebih banyak menumpukan pada usaha memastikan kereta Proton (dan kemudian Perodua) laris terjual kepada rakyat Malaysia. Kita digulakan dengan keindahan bahawa kini semua orang boleh memiliki kereta sendiri. Dan bila terlalu ramai yang memiliki kereta, kerajaan terpaksa membina lebih banyak jalan dan lebuhraya, yang tugas membinanya diberikan kepada syarikat swasta dengan perjanjian konsesi tol sebagai bayaran balik.

Sebarang perancangan untuk pengangkutan awam, kalau ada, mungin terperosok dalam bilik fail di jabatan tertentu. Tidak ada siapa yang peduli sangat untuk tempoh 20 tahun lamanya. Dan dalam tempoh 20 tahun lamanya sejak dari Dr Mahathir mendapat idea kereta nasional kita kini mempunyai satu generasi baru, orang muda yang kebanyakan habis belajar dan pinjaman pertama dalam hidup mereka ialah pinjaman kereta (kedua jika pinjaman PTPTN diambil kira).

Hari ini, kereta adalah wajib terutama bagi yang tinggal di Lembah Klang. Fahaman selama 20 tahun yang tertanam menjadikan orang muda kebanyakannya berpegang kepada kepercayaan mesti ada kereta sendiri. Pengabaian selama 20 tahun kepada pengangkutan awam juga menjadikan orang muda tidak percaya kepada pengangkutan awam hari ini.

Jadi dilema rumah pertama bukanlah sangat kerana soal harga rumah yang mahal. Tapi lebih kerana cacatnya pengangkutan awam dan kikisan pinjaman kereta yang mahal harganya. Jika di Malaysia ini pengangkutan awamnya 5 bintang maka orang muda tidak perlu berkereta dan mereka pasti tidak mempunyai masalah untuk membeli rumah. Atau jika di Malaysia ini sebuah kereta sedan 4 pintu dengan kapasiti 5 penumpang berharga kurang dari RM15,000 maka orang muda tidak perlu berdepan masalah untuk mengambil pinjaman perumahan.

Tapi tidak. Sebuah Perodua Viva paling kurang pun berharga RM25,000 dan untuk membeli rumah berharga bawah RM200,000 di Semenyih kita akan menanggung beban kos bahan api dan juga tol. Untuk tidak menggunakan kereta dan berharap pada pengangkutan awam dari Semenyih ke Kuala Lumpur? Semoga berjaya.

Kesimpulannya, aku tak lihat masalah ini pada harga rumah. Tapi pada harga kereta yang melampau dan gaji yang rendah serta pengangkutan awam macam lahanat yang 'memaksa' kita semua memiliki kereta sendiri.

45 teguran:

Tanpa Nama berkata...

betul!aku baca dalam nada yang marah sebab apa yang kau cakap semua betul dan buat aku naik darah.zaman bila tah agaknya kita boleh keluar dari masalah macam ni.

JDepp berkata...

setuju sebagai salah satu punca..

Kehelan berkata...

dulu-dulu, tahun 2004, mula-mula pergi interbiu kerja, soalan pertama "awak ada kereta?" tak ada "macamana nak datang kerja kalu takde kereta?" naik bas kalu ada, tak pun tumpang moto ayah "bahaya naik moto"

selepas grad, takde kerje takde apa... macamana saya nak beli kereta? beli moto pun blum tentu...

SagaPutih berkata...

we are the victim of capitalism here.

biztoone berkata...

aku bersetuju lagi dgn penulisan kau kalu ni. bagus ni. aku sebarkan boleh?

The Alpha Kotey berkata...

sigh. true. sedang mentally prepare untuk jadi vagabond bila aku dah tak larat kerja bila tua nanti. sewa selagi mampu, lepas tu jadi vagabond.

Lucius Maximus berkata...

Boleh saja, silakan!

Lim Eng Leong berkata...

Lucy , gua setuju 140% pandangan lu .

Selain memperbaiki perkhidmatan awam di Malaysia yang teruk , kerajaan juga perlu menetapkan gaji minimum pada pekerja tempatan .

Ni , barang naik , harga tol naik , minyak naik , harga kereta motor naik , tapi gaji naik hanya seciput .

Terpaksa rakyat menjadi hamba duit untuk hidup !

afrohead berkata...

sebab tu aku pakai motor je (sementara masih bujang)

Fahmi Ismail berkata...

Faktor rumah juga dapat menyumbang kepada gejala sosial sesebuah keluarga...lihatlah saja gejala sosial yang berlaku dikalangan warga flat sekitar Lembah Klang; curi motor, curi kereta, mat rempit, kanak-kanak terabai etc..dan orang-orang Melayu yang paling banyak sekali menerima kesannya.

sekadar pandangan peribadi dari aku

Cob Nobbler berkata...

Sains.Petroleum adalah sumber bahan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

Tu pun Madey fail nak faham.....

Tanpa Nama berkata...

aku setuju..sekiranya seseorang yang berumur 25 tahun, umur purata untuk lulusan Ijazah di Malaysia, diterima utk jadi PTD @ Engineering dlm perkhidmatan awam, dengan permulaan gaji RM 2800(lbh kurang) pada umur berapa agak2 dia mampu beli rumah sendiri? belum masuk gaji bersih selepas di tolak pinjaman kereta, PTPTN dan sewa rumah... xmrase umur muda nak ada rumah sendiri.

AlexiaAqram berkata...

aku lihat cenderungnya masyarakat untuk beli kereta baru yang menyebabkan pinjaman berlipat kali ganda.

bagaimana pula dengan kereta terpakai?

Ejoi berkata...

Strategi aku sebagai calon MP untuk KL :

1) Kenderaan persendirian yang memasuki KL akan dikenakan bayaran/cukai jalan khas yang WAJIB diperbahrui tiap2 bulan. Hanya kereta yang mempunyai cukai jalan khas ini akan dibenarkan masuk KL pada waktu puncak. Yang tak ada cukai khas ini hanya boleh masuk selepas waktu puncak. Pengangkutan awam dan penunggang motosikal/basikal dikecualikan.

2) Kemudahan pengangkutan awam akan diberi penekanan. Bas-bas Rapid KL tidak boleh melebihi usia 5-8 tahun. Aku juga pastikan yang projek MRT untuk Greater KL itu dimulakan secepat mungkin.

3) Kemudahan untuk pejalan kaki akan diberi keutamaan. Susur gajah akan diwajibkan di KL.

4) KL Housing Board diwujudkan. Pemilikan rumah di KL dihadkan kepada 2 unit untuk satu keluarga. Dan selagi tidak berkahwin, DIHARAMKAN membeli rumah di KL.

5) Untuk perancangan masa panjang, aku pastikan DBKL ambil Jan Gehl untuk dapatkan khidmatnya sebagai perancang bandar untuk menjadikan KL sebuah bandaraya yang selesa diduduki.

(no 4 tu aku jadikan manifesto kempen sebab aku tau kau dah nak kawin dan mau cari rumah di KL.)

oni berkata...

aku nak forward kat Najib Razak

Republic Aku berkata...

sabar je laa...

modal berkata...

betul sangat apa yang kau suarakan....tapi bagi otai-otai yang hampir sampai kepenghujung karier dan yang mungkin kempunan untuk meraih pendapatan ke empat angka, jangan sebutlah pasal rumah dan kereta....apa yang akan disuapkan kemulut anak-anak demi survival lebih meruntun jiwa...ironinya drama begini banyak di Pekan sendiri...dan kitakan semua maklum Pekan ini kubang siapa....

morovlizki berkata...

Mmg pun.aku skong 110% bak kate zul nordin kataki.mmg tpat.aku pun dh lame pk psl hal ni.trf hdup mkin mdesak.kejaan dh aja rkyat bhtg dgn bank,ptptpu,htg kete x hrga x munasabah dek akal.mmg sjak lbh 20thn lalu rkyat d didik agr bbgga dgn kete prasan buatn malaysia (pdhal celup je),smpai kn rkyat tpkse bhtg dgn kdr yg tggi utk byr hrga kete.mmg cibai la madet mamak tu.nyusahkn rkyat.skt ati aku.gaji x staraf dgn hrga kete n taraf hdup.x seimbang.mampus rkyat kalu cmni,selg b.n haramjadah x tkubur d tnh air kte nih.damn.

morovlizki berkata...

Mmg pun.aku skong 110% bak kate zul nordin kataki.mmg tpat.aku pun dh lame pk psl hal ni.trf hdup mkin mdesak.kejaan dh aja rkyat bhtg dgn bank,ptptpu,htg kete x hrga x munasabah dek akal.mmg sjak lbh 20thn lalu rkyat d didik agr bbgga dgn kete prasan buatn malaysia (pdhal celup je),smpai kn rkyat tpkse bhtg dgn kdr yg tggi utk byr hrga kete.mmg cibai la madet mamak tu.nyusahkn rkyat.skt ati aku.gaji x staraf dgn hrga kete n taraf hdup.x seimbang.mampus rkyat kalu cmni,selg b.n haramjadah x tkubur d tnh air kte nih.damn.

Tanpa Nama berkata...

di penang, DAP yang di tuduh jahat or kominis menyediakan perkhidmatan shuttlebus (park and ride) untuk mereka yang berulang alik dari tanah besar ke pulau... bayaran hanya seringgit untuk parking.... penjimatan aku sebulan? ni calculation... kerja sebulan lebih kurang 22hari, tol Rm5.60 (kereta) dah jadi Rm123.00. minyak pegi balik dari rumah ke ofis, sehari Rm10 (kalau tak jem) dah Rm220.. total kasar dah Rm343@rm350)... so, naik bus sebulan Rm22... tambah drive dari rumah ke tempat parking di sediakan, dalam Rm3 sehari jadi Rm88.... aku save almost Rm250..... and the bus is always enough for all people.... pergi keje tak tekanan, balik pun boleh tidur dalam bas... ade awek cun dok sebelah, boleh la layan sembang... kekekke... fikir-fikirkanlah....

Hellioz berkata...

salah proton n perodua?
depa sebab utama kereta import mahal.

nak bangga dengan kereta buatan negara sendiri tapi terpaksa bayar kerajaan lebih sebab nak jaga proton n perodua.

Tanpa Nama berkata...

Aku orang Semenyih. Semenyih-KL pergi kerja, kalau nasib baik 1 jam, biasanya 1 1/2 jam. Kalau balik 1 1/2 jam. Total naik kereta 3 jam bukan sebab jauh je, sebab jalan jem giler. Rumah rm200,000 tu saiz besar mana je la. Nasib baik ayah aku beli rumah awal sikit dlm tahun 1998 dpt harga rm 85,000 kos sederhana satu tingkat, saiz of course lagi besar dari rumah2 kt semenyih skrg. Ada lagi harga lebih kurang rm200,000 dan besar sikit, kat Pajam. Tapi public transport kt situ mmg zero, compare dgn semenyih.
Boleh nak pegi KL naik public transport, tunggu bas 15 minit, sampai kajang dlm 30 min, jln kaki bndar kajang - KTM 20 min, KTM Kajang - KL Sentral 40 min. Total: nak dekat 2 jam. So, public transport Malaysia memang LOSER!

Sofeafaudzi.photography berkata...

tringat seorang kawan kat Brunei, keje sbg promoter dah boleh beli vios. sorang saudara aku yg keje kat restoran jepun brunei mmpu beli kereta kelisa dgn cash. emmm...

Özgür Çek berkata...

nak bagi sedikit pandangan yg tak tau bernas ke tidak...
kalau Thailand,kat sana minyak petrol dijual mahal kerana Thailand bukan negara pengeluar minyak,sebab tu la kereta dijual murah...pengalaman aku pernah pergi siam naik motor ex5,minyak habis,isi rm10/100baht pun xpenuh lagi tangki minyak..
kalau Malaysia pula minyak lebih murah dijual dan kereta dijual dengan harga yg mahal..
fikir2kn lah..

talkIZcheap! berkata...

ini semua salah Graviti!!

@Ejoi: mana ko nak cekau modal jadi MP KL? Duit tol? keh keh :P

aranhellstorm berkata...

kita di malaysia pay everything more for less.

beli kereta kena beli petrol kena renew insuran dan cukai jalan kena bayar tol hanya untuk bersesak-sesak atas jalan dengan traffic jam pagi-pagi dan petang-petang.

beli motor walaupun murah dan menjimatkan, hanya untuk menyabung nyawa di atas highway pagi-pagi dan petang-petang.

bukak tv kena bayar lebih hanya untuk menonton cerita2 ulangan. negara jiran yang kita pandang sebelah mata tu pulak tak perlu bayar lebih untuk tonton sukan import.

rumah dekat-dekat KL yang jadi idaman hati pasti tak mampu dimiliki melainkan pembeli sanggup settle for less dan membeli rumah serupa kotak. asal ada bumbung, ada dinding dan ada lantai. nak cari rumah idaman, kena further away dari KL barulah boleh match dengan pendapatan.



rumah oh rumah.....bila lah aku boleh beli rumah?

1412 berkata...

betul. kawan aku pun pernah cakap, kalau tidak kerana proton, mungkin sekarang dia mampu bawak kereta bentley ke hulu ke hilir. sebab dasar perlindungan industri 'permotoran' tempatan, public transport diabaikan. sekarang baru termengah-mengah nak bangunkan.

aku mengambil langkah mudah yang agak tak menyempitkan. cari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja dan berjalan kaki/berbasikal ke tempat kerja.

dan aku akan menyokokng mana-mana grup nak buat demonstrasi dan revolusi fasal berbasikal dan public transport ni.

Besi Karat berkata...

Pada aku,ada lagi 1 fahaman tentang memiliki kereta ni yakni fahaman memiliki kereta bermaksud sudah "berjaya".Lagi-lagi bila dah masuk alam pekerjaan.Keluarga,saudara-mara,rakan kebanyakkannya akan bertanya sama ada kamu sudah berjaya memiliki kereta atau tidak.Jika ya,maka kamu akan dianggap seorang yang berjaya walaupun terpaksa ikat perut,hutang sana sini.

Bayangkan fahaman ni,sampaikan mereka yang bergaji kecil pun berhempas pulas untuk memiliki kereta.Jadi,pada mereka memiliki kereta adalah perkara paling agung untuk dilakukan.

Sampaikan ada yang terlupa mereka sedang berhutang dengan pinjaman pendidikan,kad kredit,menyimpan duit...semata-mata nak memiliki kereta!

Tanpa Nama berkata...

tiada kereta ku,
bawa kau jalan2.

rumah ku pun tiada,
ADA PUN BAPA PUNYA.....

Lucius Maximus berkata...

@ozgur cek

Harga minyak kita pun mahal sebenarnya, disubsidikan oleh kerajaan sebab itu jadi agak murah.

Harga kereta di Malaysia pula murah sebenarnya, tetapi dicukaikan oleh kerajaan sebab itu jadi agak mahal.

Katakanlah, minyak tidak disubsidikan dan kereta pula tidak dicukai dengan melampau.

Duit subsidi minyak dulu boleh digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam kita sementara sesiapa pun mampu memiliki kereta dengan harga yang munasabah.

Harga kereta Thailand murah bukan sebab minyak mereka mahal. Tetapi sebab polisi automotif negara itu.

Lebih ramai rakyat Thailand mendapat pekerjaan di syarikat automotif asing yang buka kilang di sana, jauh melebihi jumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Proton, Perodua mahu pun Naza.

Ejoi berkata...

@talkIZcheap! - Kalau salah Graviti, sepatutnya semua harga mestilah jatuh, yea tak?

Apapun, pasal modal untuk kempen aku nak jadi MP tu semuanya aku serahkan kat kau, sebab kau begitu prihatin sampai kau fikirkan dari mana dana kempan aku nak datang... ;-)

Özgür Çek berkata...

ooooooooooooooooooooo
thanks lucy..
patut la kat sana ramai yg pakai kereta mewah...kilang2 kereta asing pun banyak..dan ada gerai jual minyak petrol dalam botol kat tepi jalan macam jual pisang goreng,haha..agaknya minyak yg di seludup dari malaysia...keh3

Pakcik Luar Otak berkata...

Superb review bro. Nanti kita group hug.

Tanpa Nama berkata...

bro...minta kebenaran copy artikel ni...utk rujukan rakyat kebanyakan terutamanya muda-mudi...

akukadangkadangbotak berkata...

setuju sebab memang bukan apa sangat pun kes rumah mahal sampai orang tak mampu nak beli, tambah pulak: 1.pinjaman keta yang macam iblis dia punya cekik darah. 2.perangkap hutang kad kredit yang mulut manis tapi kemudian bau macam bangkai. 3.makan minum yang boleh buat muntah darah (harga teh tarik gelas kecik kat seksyen 9 shah alam rm1.30). 4.bakal mak mertua yang letak hantaran kawin sampai rm20k. ha, tu baru 4 contoh je!

Tanpa Nama berkata...

cars are the second most expensive (movable) property one usually own and its generally known to all that car prices in malaysia are artificially inflated. if only, its not inflated, just imagine how much we all can save? instead of a 9 years loan, we're just making 5-6 years loan to pay the car. do the math and we know how deep this shit-hole we're in right now

Tanpa Nama berkata...

aku berharap sangat satu hari nanti proton akan muflis dan tak bloh bangun lagi. hatta kerajaan sendiri dah malas nak tolong proton. tapi kesian pulak warga kerja proton bila fikirkan balik.

abd rahim berkata...

Mohon share di facebook. its a good piece of writing.Hopefully someone with a right mind in the cabinet can read and realise how the new generation is suffering from the high cost of living. Kudos!

xyfix berkata...

Ingat lagi tak masa zaman paklah. Time tu minyak kita naik banyak. Dia gunakan alasan minyak naik untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam. Tapi haram apah pun takde. Adekah pengangkutan awam kita makin bertambah baik? Kita semua sedar, kita marah dengan SISTEM kita. Aku rasa tugas utama kita sekarang ialah untuk menyedarkan lebih ramai orang untuk MENUKAR SISTEM KITA yang sedia ada kerana memang mereka tak mampu membuat perubahan positif kepada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

ak pn tgl kat semenyih , kakak ak bru beli ruma berharga rm267 000 , mmg mahal n ruma tu xde la besa mane , tp terpaksa jgk beli sbb harga ruma smakin meningkat , x bli skrg lg 2 3 tahun mesti lg mahal :(

mujur ada solusi berkata...

mmm, mulanya aku pun tak paham sgt skim ni. macam syok jer la sbb ada pengecualian bayar untuk permulaan. bila pkir balik, susah sbb susah dapat rumah dalam lingkungan price tu.

mujur Najib Razak sudah mulakan perancangan rumah yang bawah 200k ntk belia mendapatkan skim rumah pertama ni. alhamdulillah, suara kita sudah didengar Najib Razak dan beliau pun sudah jalankan kaedah mengatasinya. YESSS !!

E10 berkata...

belh x nak share u punya blog ngn kwn2 dalam forum/mail?

E10 berkata...

klu nak share u punya blog ngn kwn2 dalam orum/mail bleh tak? mnyak ilmu bermanfaat mcm ni perlu di sebarkan..
BTW, i kan link kan blog u ni dlm forum..ok ka bro??

Lucius Maximus berkata...

Boleh saja berkongsi/share, tiada masalah

Tanpa Nama berkata...

mohon share ;)tq