30 Mac 2011

Bagaimana Kalau Malaysia Masih Di Bawah Pemerintahan Jepun?

Nippon Go!


Hari Ahad lepas aku pos status di Facebook selesai menonton marathon dokumentari WWII Lost Films, berbunyi:

“Just done watching a marathon of WW2 documentaries for 10 hours, felt like I have been living through the war itself”

Macam biasa status itu mengundang komen dan salah satunya dari seorang rakan yang mengatakan jika Jepun tidak mengebom Pearl Harbor maka mungkin Amerika Syarikat tidak menyertai perang yang menjadikannya kuasa besar dunia merangkap polis dunia. Dunia hari ini pastinya berbeza dari apa yang kita ketahui.

Susulan dari itu membawa kepada perbincangan bagaimana agaknya jika Jepun masih memerintah Malaysia? Mungkinkah cara hidup kita mirip kepada maysarakat Jepun? Mungkinkah kita ini maju seperti Jepun hari ini? Mungkinkah kereta yang dipandu ialah Nissan GT-R, televisyen di rumah ialah Sony Internet TV dan robot Honda Asimo membantu menyiramkan pokok cili kita di belakang rumah? Mungkin pasukan bolasepak kita setiap 4 tahun bermain di Piala Dunia agaknya?

Atau mungkin kita mempunyai ribuan video AV dan gadis tempatan kita sama hebat seperti Maria Ozawa?

Bagaimana kalau Malaysia masih di bawah pemerintahan Jepun?

Bagaimana Kalau – What If

Persoalan What If (Bagaimana Kalau) adalah persoalan yang kerap dibangkitkan dalam konteks ‘alternate history’ atau ‘counterfactual history’. ‘Bagaimana kalau’ kerap dipersoalkan dalam membincangkan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku sebaliknya. Sebagai contoh, bagaimana kalau Portugis gagal menakluk Melaka?

Perang Dunia Ke-2 kerap dijadikan ‘point of divergence’ dalam penulisan fiksyen bergenre ‘alternate history’ ini. Dan untuk membincangkan soal bagaimana kalau Malaysia masih di bawah pemerintahan Jepun kita perlu berpatah balik ke Perang Dunia Ke-2. Untuk itu berlaku, Kuasa Paksi (Axis) perlu menang dalam Perang Dunia Ke-2 atau paling tidak berjaya memaksa Kuasa Bersekutu (Allies) untuk duduk di meja rundingan membincangkan gencatan senjata.

Tetapi kita tahu dalam sejarah, Axis tumpas di tangan Allies sebaik sahaja Jepun mengebom Pearl Harbor. Kemasukan Amerika Syarikat mengubah imbangan kuasa dan kuasa-kuasa Axis hanya menunggu masa untuk mengangkat bendera putih.

Jadi apa senario yang perlu kita ubah untuk menjamin kemenangan Axis?

Senario Yang Memungkinkan Kemenangan Axis

Pada Oktober dan November 1940, Kesatuan Soviet di bawah pemerintahan Joseph Stalin cuba untuk memujuk Adolf Hitler supaya menerima Soviet sebagai kuasa ke-4 dalam Axis Pact.


Stalin - Peminat Axis


Soviet dan Jerman sebelumnya telah pun memeterai satu perjanjian yang dinamakan Molotov-Ribbentrop Pact pada 23 Ogos 1939. Perjanjian ini bersifat ‘non-aggression’ di mana kedua negara berjanji untuk tidak menyerang satu sama lain. Menyusul dari Molotov-Ribbentrop Pact ialah Perjanjian Komersil Jerman-Soviet 1939 dan juga 1940 di mana Soviet bersetuju membekalkan minyak, galian mineral, produk pertanian seperti gandum dan kapas kepada Jerman yang akan membalasnya dengan bahan perkilangan seperti mesin, senjata serta perpindahan teknologi.

Perang Dunia Ke-2 meletus pada 1 September 1939 apabila Jerman menyerang Poland. Britain dan Perancis pantas mengiystiharkan perang ke atas Jerman. Soviet memilih untuk berkecuali dan menghormati Molotov-Ribbentrop Pact dan memenuhi komitmen mereka dalam membekalkan sumber bahan mentah yang diperlukan industri perang Jerman.

Pendirian Joseph Stalin ketika itu ialah untuk melihat pihak manakah yang berpotensi menang. Soviet kemudian akan menyertai pihak yang hampir beroleh kemenangan bagi memastikan mereka juga mendapat keuntungan rampasan perang.

Apabila Perancis berjaya ditakluki pada 25 Jun 1940 dan Britain keseorangan berhadapan dengan Jerman (dan Itali), Joseph Stalin sedar masanya sudah tiba untuk Soviet milih berada di pihak yang mana. Axis Pact dimeterai pada 27 September 1940 antara Jerman, Itali dan Jepun.

Perbincangan Axis Jerman-Soviet

Bermula dari Oktober hingga November 1940, Soviet melalui Menteri Luar Vyacheslav Molotov telah membuka perbincangan dengan rakan sejawat di Jerman iaitu Joachim von Ribbentrop mengenai kemungkinan kemasukan Soviet sebagai kuasa ke-4 Axis. Molotov turut bertemu dengan Adolf Hitler dalam membincangkan beberapa isu sensitif yang menjadi duri dalam daging hubungan Jerman dan Soviet.

Suasana ketika perbincangan ini sangat positif. Pihak ketenteraan Jerman dan pemimpin politik lain mengalukan kemasukan Soviet ke dalam Axis Pact sementara Joseph Stalin juga serius dalam menjayakan perbincangan ini. Pada 25 November 1940 Stalin mengusulkan 5 protokol sebagai kondisi penerimaan Soviet sebagai kuasa ke-4 antaranya jaminan Soviet tidak akan meluaskan pengaruh ke bahagian timur Eropah dan juga satu perjanjian komersil baru yang sangat menguntungkan Jerman.

Tetapi Jerman tidak pernah membalas tawaran Soviet dan Adolf Hitler yang bangang menyerang Soviet pada 22 Jun 1941.


Hitler - Bangang!


Bagaimana Kalau Yang Berlaku Sebaliknya?

Adolf Hitler pada malam 25 November 1940 bersetuju menerima tawaran Joseph Stalin sebagai balasan penerimaan Soviet sebagai kuasa Axis ke-4. Itali dan Jepun juga tidak menolak dan kesemua 4 kuasa Axis memeterai pakatan mereka pada 30 November 1940 yang antara lainnya turut memuatkan perancangan untuk order baru dunia.




Dengan bantuan bahan mentah dari Soviet, Jerman berupaya untuk meneruskan kempen serangan udara ke atas Britain dan bersama Itali memerangi tentera Britain di utara Afrika. Britain terpaksa mengerah lebih ramai tentera dari koloni mereka di Kanada, Australia, India dan juga Malaya, sekaligus melemahkan pertahanan mereka di Timur Jauh.

Salah satu protokol yang ditawarkan Stalin ketika cuba membawa masuk Soviet ke dalam Axis Pact ialah sfera pengaruh Soviet ialah ke selatan dari Baku di Azerbaijan. Ke selatan dari Baku ialah Iran dan Iraq. Menjelang Januari 1941 tentera Soviet menyeberangi sempadan dan menakluki Iran (yang di bawah pemerintahan Reza Shah Pahlavi. Di Iraq Perdana Menteri Rashid Ali yang pro-Axis telah memberi kebebasan untuk tentera Soviet melalui Iraq bagi melancarkan serangan ke atas tentera Britain di Syria, Lebanon, Palestin dan Jordan.

Jepun mengebom Pearl Harbor lebih awal pada Jun 1941 dan serentak dengan itu tenteranya menyerang Indochina, Filipina, Hindia Timur Belanda dan juga Malaya. Pada masa yang sama Soviet mula melancarkan serangan ke atas China di sepanjang sempadan mereka dan ini memberi kelebihan kepada Jepun untuk menumpukan lebih ramai tentera mereka di Asia Tenggara. Menjelang Ogos 1941 tentera Jepun telah menjangkau ke New Guinea di selatan dan Burma di barat. Amerika menyertai perang sebaik sahaja Pearl Harbor dibom.

Kejayaan Axis menyemarakkan sentimen nasionalisme di India dan pejuang kemerdekaan Subhas Chandra Bose, dengan bantuan Jepun berjaya menubuhkan Indian National Army yang besar dari kalangan diaspora India di Asia Tenggara dan bekas tentera British India dalam tahanan Jepun. Melalui Burma tentera India bersama Jepun melancarkan serangan sementara tentera Soviet di Iran menyerang dari barat. Elemen tentera Britain di India tumbang pada November 1941.


Subhas Chandra Bose dan tentera Jerman pernah menubuhkan Indische Legion


Menjelang Disember 1941 tentera Britain di utara Afrika telah menyerah kalah setelah dikepung oleh Jerman dan Itali di barat dan Soviet di timur. Seluruh benua Afrika kini terdedah kepada serangan kuasa Axis. Sebarang tentangan dari tentera China di pedalaman China berjaya dihapuskan oleh tentera Soviet dan Jepun sebelum tamatnya tahun 1941.

Di Pasifik angkatan laut Amerika memerangi tentera laut Jepun dan beroleh beberapa siri kemenangan. Kelebihan industri Amerika ditumpukan kepada usaha perang. Amerika menghantar tentera dan senjata ke Britain yang diancam Jerman dan juga Australia yang dibayangi Jepun.

Adolf Hitler, pada Mac 1942 berjaya memujuk Sepanyol dan Turki untuk menyertai Axis Pact yang pada masa ini dianggotai oleh 4 kuasa utama dan 10 negara kecil yang lain. Di Britain, serangan udara berterusan selama lebih setahun lamanya yang ketika waktu ini dilancarkan oleh tentera udara Jerman dibantu oleh Itali dan Soviet, akhirnya membawa kepada sentimen kegusaran perang di kalangan rakyatnya.

Winston Churchill, ditekan oleh rakyat Britain akhirnya menyambut tawaran gencatan senjata oleh kuasa Axis pada Mei 1942. Britain terpaksa menamatkan perang mengakibatkan Amerika berseorangan dalam menentang kuasa Axis. Angkatan tentera Amerika di Britain dan Australia dilarang dari melancarkan serangan ke atas pasukan tentera Axis.

Franklin D Roosevelt, setelah ditekan oleh Kongres akhirnya bersetuju untuk menamatkan perang ke atas Axis dan menandatangani gencatan senjata pada 15 Jun 1942, yang juga merupakan tarikh tamatnya Perang Dunia Ke-2. Penguasaan di Pasifik adalah 50-50 untuk Jepun dan Amerika. Tidak ada bom atom digugurkan untuk menamatkan perang.

Dari Eropah, kecuali Britain, hinggalah ke Afrika dan benua Asia, hampir setiap inci muka bumi dikuasai sama ada Jerman, Itali, Soviet atau Jepun. Beberapa kerajaan boneka muncul seperti Manchukuo, Iraq dan juga Thailand. India muncul sebagai negara sosialis atau fasis dan turut menyertai blok Axis.

Amerika Syarikat bersama negara-negara benua Amerika yang lain mewujudkan pakatan Demokrasi untuk mempertahankan benua Amerika dari ancaman Axis. Turut serta ialah Britain dan dominion yang masih ada yakni Kanada, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan.

Malaya kekal di bawah takluk Empayar Jepun dan digabungkan dalam apa yang digelar Greater East Asia Co-Prosperity Sphere.

Tentang bagaimana kalau Malaysia masih di bawah pemerintahan Jepun, kita sambung esok (dah panjang sangat artikel ini).


Asia Untuk Orang Asia!

20 teguran:

Fahmi Ismail berkata...

Hitler tak mahu terima lamaran Stalin kerna menyangkakan ada agenda tersembunyi dari Stalin...

Awang Joe berkata...

mmg panjang....letih baca...hmm...tp klu jepun memerintah malaysia...mesti filem melayu heroin dia maria ozawa...hehe...

alia zarfullah berkata...

Panjangnyaaaa ;) Rajin taip! Sejarah sgt best!

zaX berkata...

Awesome.
Can't wait for tomorrow.

=)

PointBlankShot berkata...

thumbs up!

i need moar!!

Republic Aku berkata...

terpaksa baca walaupun panjang,bagus untuk minda yang beku mcm aku...

afrohead berkata...

entri esok sebenarnya yang saya nantikan.

100sun berkata...

Terbaik!!!!!

Gen Fujita berkata...

Very interesting. Aku teringat satu filem korea lama, tajuk dia 2009 Lost Memories. Background filem tu berkisar tentang alternate future kalau Korea masih di bawah Imperial Japan. Tapi dalam filem tu sejarah berubah lebih awal sebelum WWII, dan semasa WWII Jepun tak duduk bawah Axis tapi Allies. So masa WWII, sejarah berubah dengan ketara, hinggakan bom nuklear tak jatuh atas tanah Jepun, tapi dijatuhkan di Berlin. Quite interesting, I think.

Atiqah Ahmad berkata...

nice write.:)

bekam berkata...

potong stim betul la.....esok aku tunggu

Mommy Fara berkata...

elok juga, sekurang-kurangnye kite boleh pandai bersyukur....

Lucius Maximus berkata...

Oleh kerana hari ini aku sibuk, esoklah kita sambung.

Hehe!

Gunaqz berkata...

Thanks for posting this. Tak sabar nak baca sambungan.

Betik berkata...

abang... nak tragedi double six satu boleh?

TanpaGraviti berkata...

Aku yang tak suka subjek Sejarah pun leh rasa teruja baca entry nih.

Jangan lupa sambung.

aSr1 berkata...

aku suka subjek sejarah sbb sejarah takda simpang siur..its a fact!!

terfikir juga kalau kita masih under jepun adakah kita akan ada nuclear plant??

Ejoi berkata...

Dari cerita 'alternate history' yang kau tulis, adakah ini bermakna Plot 20 Julai untuk membunuh Hitler tidak akan berlaku?

akukadangkadangbotak berkata...

kalau........ mesti kartun upin & ipin dah terbit 30 tahun dulu, jambatan terpanjang di dunia menghubungkan kuantan dan miri dengan 47 hentian, 3 orang melayu pernah jadi setiausaha agung PBB, selipar jepun tak wujud tapi orang panggil selipar malaya...

lucius minimal berkata...

aku rasa kalau kita masih di bawah jepun mungkin kita masih kena pelempang jepun dan terpaksa panjat pokok kelapa untuk beri minum askar-askar jepun.