18 Disember 2010

Pelancaran Cerita Piala Dunia & Forum Perdana Sokernet

Aku sekarang di Kuala Lumpur. Dan tujuan murni aku balik ke Kuala Lumpur kali ini ialah kerana 2 perkara berikut.



Pelancaran buku Cerita Piala Dunia (setelah sekian lama terjual) bersempena dengan Bookstock 2010 UYA!. Macam biasa, ada jualan buku dan sesi autograf bagi mereka yang berminat.



Selepas pelancaran gilang-gemilang itu pula, akan ada Forum Perdana Sokernet buat julung kalinya bersempena dengan perlawanan Chelsea menentang Manchester United. Aku kira ini benda paling 'rare' yang pernah dibuat oleh Sokernet setakat ini. Selepas forum, ada sesi tonton bola secara berjemaah.

Jadi, datang jangan tak datang. Sebab buku Cerita Piala Dunia tinggal sedikit saja lagi dan ini mungkin satu-satunya peluang pembeli di Kuala Lumpur untuk mendapatkan autograf kalau mahu. Dan Forum Perdana Sokernet pula, seeing is believing kata Alex Ferguson!

03 Disember 2010

Maximus


Selepas waktu solat Jumaat tadi aku turun KLCC dengan Mem untuk menonton filem suka ramai, Rapunzel (atau Tangled di negara yang lain).

Filem ini punya plot dan jalan cerita, aku bagi 4 setengah bintang.

Siapa-siapa yang belum tengok, dalam filem animasi ini ada satu watak bernama Maximus. Sayugia aku mengingatkan bahawa Maximus ini bukanlah aku, hatta watak Maximus tersebut dalam filem ini adalah seekor kuda.

Tapi sebab kuda ini nama dia Maximus, aku bagi dia 5 bintang penuh.

Mantap.