09 November 2010

Pertanian Adalah Perniagaan

Ng Ang Jieng adalah sahabat aku di sekolah rendah dulu. Sebagai seorang anak Cina yang bapanya terlibat dalam bidang perniagaan asas tani, Ng Ang Jieng boleh dikatakan agak mewah.

Perniagaan bapa Ng Ang Jieng ialah penternakan babi.

Satu hari, aku menasihati Ng Ang Jieng tentang selok-belok perniagaan.

"Anjing, lu cakap sama lu punya bapak la, jangan bela babi. Bela lembu atau kambing la," nasihat aku. Anjing ialah nama yang digunakan di sekolah untuk memanggil Ng Ang Jieng. Di zaman itu yang belum ada Facebook dan 1Malaysia, memang tidak ada siapa peduli pun. Rasis atau tidak.

"Apa pasal mau bela lembu atau kambing?"

"Kalau lembu, orang Melayu pun ada makan maa. Kalau kambing lagi ada untung. Melayu, Cina, India semua ada makan. Babi tarak untung. Melayu tatak makan, India pun tarak suka sangat lor."

"Wa punya bapak tarak suka lembu kambing. Dia suka babi," jawab Ng Ang Jieng. "Dia kasi tau, bela babi lagi manyak untung ma!"

Zaman itu, masih agak susah lagi untuk aku faham kenapa berniaga ternak babi lagi untung dari ternak lembu atau kambing. Kerana mengikut otak sekolah rendah aku ketika itu, pasaran daging lembu dan kambing jauh lebih besar dan muhibbah jika dibandingkan dengan pasaran daging babi.

Dua puluh tahun kemudian, baru aku faham. Pagi tadi dalam satu perbincangan dengan seorang usahawan ternakan babi, aku telah disajikan dengan fakta-fakta menarik tentang betapa lumayannya perniagaan ternakan babi ini. Menarik hinggakan aku rasa kalau Donald Trump pun ada di situ dia tidak ragu-ragu untuk turut serta melabur.

Mana tidak, seekor induk babi hanya melalui tempoh bunting 3 bulan 7 hari. Dalam setahun maknanya ia boleh beranak sebanyak 3 kali. Setiap kali beranak hasilnya adalah sekitar 13 hingga 16 ekor anak babi.

Maknanya dengan permulaan hanya 5 ekor induk dan seekor babi jantan, dalam tempoh setahun saja sudah boleh membiakkan sekitar 190 ekor babi. Ini mengambil kira purata 14 ekor anak babi setiap kelahiran dengan kadar kematian 10%.

Bandingkan dengan penternakan lembu fidlot atau kambing Boer. Lumayan bukan?

Patutlah Ng Ang Jieng pakai BMX masa sekolah dulu sedangkan aku Shimano sahaja.

6 teguran:

Qhamel berkata...

xnak try ke?

foo berkata...

shimano pun bole tahan.

afterc berkata...

pelihara 'ayam' lg bagus..dr daging mentah terus dapat wang tunai..tak payah dibiakkan

HASRUL NIZAM berkata...

Mana tidak, seekor induk babi hanya melalui tempoh bunting 3 bulan 7 hari. Dalam setahun maknanya ia boleh beranak sebanyak 3 kali. Setiap kali beranak hasilnya adalah sekitar 13 hingga 16 ekor anak babi.

Maknanya dengan permulaan hanya 5 ekor induk dan seekor babi jantan, dalam tempoh setahun saja sudah boleh membiakkan sekitar 190 ekor babi. Ini mengambil kira purata 14 ekor anak babi setiap kelahiran dengan kadar kematian 10%.

he3..mintak izin nak copy and paste.. nice entry laa bro...

SyDen berkata...

Orang Melayu better ternak babi. Bukan depa nak cepat kaya ke?

Pet Shop Boys berkata...

The best thing u wrote this year.

Funny,psuedo-racist, economic and nostalgic.