Petang itu cuaca tak berapa elok. Nun kat ufuk sana bunyi guruh berdentum-dentam. Eh, ke itu bunyi budak-budak main mercun?
Aku buat aksi regangan sikit sambil bersidai di gazebo laman rumah. Rumah aku jenis yang satu tingkat sahaja. Tak perlu buat 3 tingkat macam rumah milik Nazri M Annuar, seorang penulis buku, calon Anugerah Nobel dan baru-baru ini menerbitkan novel terbaru beliau bertajuk Popiah-Popiah Cinta. Orang yang buat rumah bertingkat-tingkat ini selalunya jenis yang ada tanah sekangkang kera. Tanah aku, kangkang gajah pun tak boleh ‘cover’.
Selesai buat regangan, aku jalan-jalan sekitar taman berkonsepkan Bali. Kemudian aku singgah di sangkar ular sawa peliharaan yang bernama Pipiyapi. Dari riak wajahnya aku tahu Pipiyapi lapar. Lantas aku capai dua tiga ekor tupai dalam tahanan yang aku jerat semalam atas kesalahan menebuk kelapa. Harus diingat ‘menebuk kelapa’ di sini hendaklah difahami secara literal. Tupai-tupai tersebut aku campak ke dalam sangkar Pipiyapi.
Sambil meneguk Guinness, aku tengok Pipiyapi meratah tupai-tupai tersebut.
Vrooom! Bukan bunyi Pipiyapi tengah makan, tapi bunyi kereta Volkswagen Touareg meluncur masuk ke laman rumah. Dari perut kereta itu keluar seorang wanita. Tip-top kondisinya.
Aku tersengih. Bangga pun ada.
“You, minggu depan dah nak puasa masih nak minum Guinness lagi…” tegur wanita tip-top.
“Mana ada, I minum Guinness Malta lah, bukan stout,” balas aku.
“Oh ye ke? Heh,” balasnya.
“Sempat jumpa Haji Firdaus Ahmad?”
“Dah, jumpa masa kat pekan tadi. I dah pesan kat dia majlis buka puasa dan moreh Masjid Tronoh, you akan sponsor untuk satu bulan.”
“Wunderbar,” aku jawab dalam Jerman. “Nanti jangan lupa, Haji Firdaus Ahmad tu suka lauk gulai. Lepas tu, kalau boleh bentang kain seperah dan hidang untuk dia seorang. Orang tua tu dari zaman UTP lagi kalau boleh nak pelahap seorang dia je.”
“Okay, nanti I ingatkan budak-budak katering Hotel Casuarina Ipoh tu. Eh you kata nak pergi stadium bola?”
Cis, baru aku teringat. Ini petang budak-budak Tronoh FC turun main. Kalau menang ‘game’ petang ini, memang sahih musim depan Tronoh main dalam Liga Super.
“Itulah saja I tunggu you balik. Okay I nak mandi dulu,” aku jawab sambil berjalan masuk ke dalam rumah.
“You! I nak mandi sama,” wanita tip-top itu merengek manja.
“Pagi tadi kan dah mandi sama?” aku jawab gaya seorang lelaki alfa.
“Tu pagi, petang punya belum lagi.”
Ah, perempuan. Getus aku dalam hati. Sia-sia aku mandi junub tengah hari tadi nampaknya.
Kami manda bersama dalam ‘jacuzzi’ yang aku pesan khas dari Eropah. Lamalah juga mandinya, mahu dekat sejam. Perincian mandi itu aku simpan sebagai kenangan manis suami isteri. Tidak perlu diluahkan kepada umum.
Usai mandi aku pantas menyarung pakaian. Tapi wanita tip-top masih tanpa seurat benang.
Dia seperti tahu makna lirikan mata aku. Masakan tidak, sudah sepuluh tahun hidup bersama, secara sah dan tidak sah.
“I penatlah. You sajalah pergi. I nak rehat,” dia bersuara bersahaja.
Hmm, aku cakap dalam hati. Tadi aku nak mandi, dia sibuk nak ‘mandi’ sama.
Tanpa berlengah, aku mencapai kunci kenderaan dan bergegas keluar rumah. Di laman, Volkswagen Touareg, BMW X6 dan Audi Q7 semua tersedia untuk dipandu. Aku nilai satu persatu sebelum membuat keputusan.
Prenggg! Prenggg! Aku hidupkan enjin kapcai Honda EX5. Ya, ini pilihan mod transportasi terbaik dalam sebuah kampung seperti Tronoh.
Honda EX5 aku tunggangi laju, tapi penuh konsentrasi. Petang-petang macam ini bukan boleh harap sangat, banyak rempit buat ‘test run’ kat jalan kampung.
Dalam perjalanan, aku melintasi rumah Ngah Daud. Ngah Daud yang sedang sibuk menyapu daun kering di laman rumah mengangkat tangan. Aku angkat tangan dan balas balik dengan simbol ‘peace’.
Begitulah juga halnya ketika aku melintasi rumah Man Koya, entah ayah kepada siapa. Senyuman Man Koya aku balas dengan aksi ‘wikang’. Susah jadi orang popular ni.
Di hadapan rumah Haji Firdaus Ahmad, lain pula ceritanya.
“Haa, Lucy. Pergi mesyuarat ke?” tanya Haji Firdaus Ahmad sambil menebang pokok buluh.
“Kot ye pun bagi le salam Haji,” jawab aku tak berapa ‘gentle’. Honda EX5 aku ‘pit stop’ tepi jalan sekejap.
“Isy, kalau dengan mike, tak payah bersalam-salam.”
Hek eleh ke situ pula orang tua ni. “Tebang pokok buluh, nak main meriam buluh ke Haji?”
“Mike bior benor. Apekehenye udah tua nak main meriam buluh lagi? Ni, aku nak buat tiang nak pacak bendera.”
Ceh, tak ada lainlah tu. Nak pacak bendera PAS. Aku masak sangat dah dengan Haji Firdaus Ahmad ni. Dulu belajar UTP, gomen Barisan yang tanggung biasiswa. Dah ‘graduate’, kerja dengan GLC. Lepas pencen, menyokong PAS pula.
“Ni tadi ada teman jumpa bini kamu di pekan. Katanya kamu nak ‘sponsor’ buka puasa dengan moreh satu bulan nanti?” tanya Haji Firdaus Ahmad mahukan kepastian.
“Hah, betul lah tu. Ngape Haji nak pesan lauk gulai, bentang kain seperah untuk Haji seorang ke?” aku jawab balik, sekali lagi dengan tak berapa ‘gentle’.
“Mike ni ke situ pulak perginya. Takde la aku nak menanya, apa mimpi mike nak buat buka puasa dengan moreh sebulan? Kena nombor ke?”
“Saja je Haji. Ada rezeki lebih sikit, nak bersedekah apa salahnya,” aku jawab. “Dah le Haji, saya nak pergi tengok bola ni, nanti Maghrib sambung sembang kat masjid.”
“Macam aku tak tau. Mike ni politik je,” Haji Firdaus Ahmad sempat lagi menyindir. Aku senyum dan tunjuk ‘middle finger’ sebelum beredar dengan aksi ‘wheelie’.
***
Setelah 5 minit merempit, akhirnya aku tiba di padang bola. Nampaknya ramai juga yang turun ke padang dengan wajah yang girang. Sambil menongkat Honda EX5 dengan teknik ‘double stand’, aku senyum nipis melihat pemain-pemain Tronoh FC di dalam padang.
Tapi macam ada yang tak kena.
“Woi, apa cer?” aku bertanya kepada pengurus pasukan, Firdaus Abdillah Hamzah. Nama glamer, Pipiyapong
“Eh YB, tak bagi tahu pun nak datang,” jawab Pipiyapong seakan hilang punca.
“Banyaklah kau punya YB. Kan aku SMS kau semalam bagi tahu nak datang. Hah, hilang puncalah tu!”
Pipiyapong sengih. Nasib baik dia ‘manager’ yang tip-top, kalau tak memang bersepai juga gigi mamat ni kena penampar.
“Ni aku nak tanya ni. Budak-budak ni pakai jersi mana lak ni?” aku tanya dengan tak sabar. “Baru minggu lepas aku ‘order’ jersi baru kat Al-Ikhsan, belum siap lagi. Ni jersi baru mana yang diorang dapat ni?”
“Er, er…” Pipiyapong hilang punca lagi. Bersepai juga mamat ni kejap lagi rasanya.
“Er, er. Jawablah cepat!”
“Er, jersi ni, Nazri M Annuar yang dermakan. Minggu lepas,” akhirnya Pipiyapong menjawab ikhlas. Takut makan penamparlah tu.
Dem! Aku membentak dalam hati. Belum sempat aku nak politik, Nazri M Annuar dah potong trip dulu. Ini gaya nampaknya untuk pemilihan pucuk pimpinan UMNO bahagian lepas raya nanti, buta-buta Nazri M Annuar dapat sokongan orang muda.
Tak apa. Nasib baik aku dah tempah majlis buka puasa dan moreh Masjid Tronoh. Sokongan orang veteran, aku dah kowtim baik punya.
“Hmm, dalam kampung kecil macam Tronoh ni pun, susah nak jumpa trankuiliti…” kata aku sendirian sebelum menghidupkan Honda EX5 dan bergegas balik rumah untuk ‘mandi’ sekali lagi.
(Nota kaki: Cerita ini diilhamkan dari kombinasi Sembang Kencang, Hilang Punca dan Dunia Vovinska. Insiden perebutan menderma jersi untuk Tronoh FC adalah kisah benar yang berlaku masa arwah Abah aku bersaing dengan lawan beliau ketika pemilihan pucuk pimpinan UMNO Bahagian satu masa dulu)
12 teguran:
Extended Version nanti sape yang buat?
dari semalam tunggu, nice.
baguh baguh
weh boleh francais ni. boleh buat trankuiliti tambun lak. terbaik ah!
hah.lucy yang sebenar kembali.gua rindu nak baca gaya tulisan lama lucy.
gabungan meletup.
dah macam gabungan komponen parti-parti pembangkang yang akhirnya terbit 'pakatan rakyat'.
nice one.
kahkahkah
hah.lucy yang sebenar kembali.gua rindu nak baca gaya tulisan lama lucy.
*macam sial..ini gaya penulisan berilmiah dan bagus? macam gampang je aku tengok..kau tak setanding dengan pidomat dan pipiyapong..tak payah menulis lagilah
:P heh...
terbaek!
I likeee!!!
@tanpa nama
aku setuju dengan komen kau
http://budakmaktab.blogspot.com/2010/08/tranquility-terendak.html
versi aku !
:P
Catat Ulasan