04 Mei 2010

Polis Paling Terer Dalam Dunia - 2

I
Ada orang komen dalam pos sebelum ini, “macam mana polis nak tahu terlebih awal yang budak dikejar tu umurnya 15 tahun?”

Memang polis tidak tahu. Kita pun bila memandu, sukar kita nak tahu siapa pemandu di depan atau di belakang kita.

Orang di depan memandu macam siput babi, kita hon berkali-kali. Bila kita potong, tingkap dibuka dan yang keluar ialah penumbuk dari seorang lelaki bengis, yang kemungkinan besar profesionnya ialah Ah Long. Tak ke naya?

Jadi polis memang tidak tahu lebih awal bahawa kereta yang dikejar itu dipandu seorang budak berumur 15 tahun. Tapi tidak juga bermakna kita terus boleh membuat kesimpulan yang memandu ialah penjenayah merbahaya.

Dan kalau mahu jadikan alasan bahawa polis tidak tahu pemandu seorang budak sekolah maka jangan jadikan pemandu tidak berlesen dan mempunyai sebilah parang dalam kereta sebagai justifikasi untuk melepaskan tembakan.

Kerana polis juga tidak tahu terlebih awal bahawa pemandu sebenarnya tidak berlesen dan mempunyai parang di dalam kereta. Kan?

II
Satu budaya laporan kepolisian di Malaysia ialah kebanyakan laporan suka menyebut apa yang ditemui selepas saspek di tembak mati.

Polis menemui sepucuk senapang gajah dalam bonet kereta, atau sebilah parang di bawah tempat duduk.

Yang belum kita jumpa ialah laporan macam polis menemui set kayu golf dalam bonet kereta saspek yang ditembak mati. Atau lastik, pisau toreh gerah mahu pun pembuka tin susu.

Nasib baik tidak sampai begitu. Sebab kalau ikut cakap Musa Hassan, pistol ialah senjata, pisau ialah senjata, kenderaan juga ialah senjata. Polis boleh menembak untuk mempertahankan diri. Mempertahankan diri dari apa? Dari senjata-senjata tersebut.

Tali pinggang juga ialah senjata. Siapa yang zaman sekolah pernah berbirat badan kena tali pinggang pasti setuju. Aku harap kalau satu hari aku di tahan polis, janganlah sebab bertali pinggang aku ditembak pula.

Susah kalau sampai tahap begini. Pakai tali pinggang kena tembak. Tak pakai, terlondeh seluar pula. Yang dalam seluar pun senjata juga!

III
Baiklah, kalau kereta ialah senjata, perlukah polis menembak setiap kereta yang dikejar?

Dulu aku pernah tulis di blog ini tentang insiden 2 anggota polis mati ketika melakukan serbuan ke atas sindiket pengedaran dadah di Sungai Buloh.

Dalam insiden ini, kuasa tembakan yang dimiliki oleh penjenayah jauh lebih hebat dari polis. Penjenayah khabarnya dilengkapi senjata seperti raifal automatik, sedang polis hanya menggunakan pistol.

Dua anggota polis yang terkorban dikatakan tidak memakai baju kalis peluru ketika melakukan serbuan.

Maka kecohlah buat sementara waktu bila Musa Hassan mendedahkan peruntukan yang sedikit membuatkan pihak polis tidak mempunyai baju kalis peluru yang secukupnya.

Aku agak kekurangan peruntukan juga memaksa sesetengah pihak polis masih menggunakan senjata api yang agak ketinggalan. Polisi kerajaan dan faktor kewangan juga memaksa kenderaan peronda banyak menggunakan kereta Proton tanpa dilengkapi kamera video.

Terima kasih pada Astro, kita kerap disajikan dengan rakaman video aksi kejar mengejar antara polis negara-negara Barat dan saspek.

Dalam kebanyakan kes pihak polis memilih untuk mengekori saspek sambil kamera video yang dipasang dalam kereta peronda merakamkan operasi tersebut. Dengan koordinasi yang baik bersama unit peronda lain, pihak polis boleh melakukan kepungan. Atau jika tidak kenderaan saspek mungkin kehabisan minyak terlebih dulu. Boleh juga terjadi saspek terperangkap di penghujung jalan mati.

Namun jika keadaan mengizinkan polis akan melakukan apa yang dipanggil PIT Maneuver. Merempuh kenderaan saspek hingga ianya terbabas. Ini dilakukan oleh pihak polis bila ianya tidak membahayakan orang awam yang lain, contohnya di jalan yang tidak sibuk.

PIT Maneuver banyak dilakukan oleh polis-polis Amerika Syarikat. Di United Kingdom pula, mereka memilih Tactical Pursuit And Containment (TPAC). TPAC ialah koordinasi beberapa unit peronda yang menghalang dan mengepung kenderaan saspek dalam keadaan masih bergerak sehingga kenderaan saspek dapat dihentikan.

Semua ini dapat dilakukan dengan latihan yang baik dan peralatan yang lengkap dan bermutu untuk polis US dan UK. Di US mereka gemar menggunakan Ford Crown Victoria Police Interceptor sementara UK pula memilih Volvo T-5 V70 Estate. Kedua-duanya kereta yang lasak dan utuh sesuai untuk tugas peronda.

IV
Di Malaysia, unit peronda kita juga tidak kurang hebatnya. Salah satu model kenderaan yang digunakan ialah Mitsubishi Lancer Evo X.

Hanya ada beberapa buat unit peronda Evo X ini. Yang selalu aku nampak ialah ketika pameran-pameran atau ekspo yang melibatkan PDRM atau ketika ianya digunakan sebagai unit pengiring VIP.

Yang banyak digunakan untuk tugas-tugas peronda ialah model-model Proton dari zaman Saga lama hinggalah kepada Waja. Kereta model Proton ini tidaklah tahan lasak seperti model Ford atau Volvo. Atas sebab itu mungkin pihak polis di Malaysia lebih suka menembak sahaja saspek dari terus mengejar mereka.

Tembak Sampai Mati (TSM).

23 teguran:

babi cumil berkata...

hahaahha....teruja dengan tulisan ini..

a.c.a.b

Kamarul XY berkata...

1st.. Demm..

Hell Torres berkata...

sangat lah setuju...polis no satu dalam malaysia yer..ahaks!

GGK berkata...

bang ini kronologinya

1. Aminul melanggar sebuah kereta mewah. Kemudian melarikan diri.

2 Aminul kemudia dikejar oleh berberapa biji motor, kemudian berlaku kemalangan sekali lagi dan penunggang motor jatuh. Sekali lagi Aminul melarikan diri.

3. Semasa ni Unit MPV polis mendapat laporang tentang sebuah kereta yang terlibat dengan langgar lari di dua lokasi berbeza. Jika aku bukan polis pun aku akan syak sesuatu.

4. Aminul berselisih dengan unit MPV polis dan berlaku kejar mengejar. Aminul enggan berhenti wlaupun selepas di beri amaran. (ini dari laporan polis rakan aminul yang berada dalam kereta)

5. Kerana cara pemanduan aminul yang membahayakan nyawa orang awam dan ditambah lagi dua laporan langgar lari yang sebelum ni. Polis menembak kearah tayar. Forensik jumpa 20 kesan tembakan pada bahagian bawah kereta.

5. Kawan aminul (yng bersama aminul dalam kereta) berkata Aminul enggan berhenti walaupun kedua2 tayar belakang dah pecah dan kereta bergerak menggunakan rim sahaja.

6. Akhirnya satu tembakan ke kepala aminul di lepaskan.

-=ggk=-

hasil dari laporan polis rakan aminul sendiri

Jarr berkata...

Kes Norizan Salleh pon tak settle lagi..tambah arwah Aminul ni plak.Basikal tayar 4 anak aku tu pon consider senjata kalau aku hayun kat muka jiran sebelah kan?

apa rasionalnye?aku tgk rekrut polis semua budak budak je skang.baru kenal pistol.Mesra mengejar, Cepat mnembak, Betul kat dlm ada parang?

Baik suruh suruh guard jajasko jaga keamanan kalu gini gayanya.hish.

Tanpa Nama berkata...

Hakikatnya lucy maximus ongkili,

Budak tu salah. Salah dia bukan setakat memandu tanpa lesen, malahan dua tiga empat lagi salah beliau. Aku suka nak kaitkan cara media dan masyarakat anti-pak-polisi melihat situasi, yang lebih stresskan kepada Aminul tu sendiri. How cruel Malaysian po-pos are, shooting at a 15 year old kid while he was on his way back from a mamak shop, with a friend.

Turning a blind eye to the fact, that the kid :

Bergesel dengan kereta orang, lari. Motor langgar belakang kereta, mamat tu jatuh bersepai, lari.

Hakikatnya, kalau dia tersangkut dalam jem masa tengah lari tu, dah lagi panjang ceritanya.

Masalah polis ni pada aku sebab mereka trigger happy. I wonder whether warning shots were fired. Dan lagi satu ialah probable evidence planting. This happens everywhere!

Bak kata filusuf Afrika-Amerika, Dave Chapelle "Let's sprinkle some weed on this muthafucka" . Oldest fukken trick in the book.

And to those who let a 15 yr old kid do up a press conference to tell you the story, mate, thats a sod tactic. Hearing one side of a story, especially the doers of the alleged crime, is always gonna go against the authorities.

Aku bangkang opinion ko, tapi kita harus tangisi kematian Aminulrasyid, sebab aku dengar dia adalah fan Chelsea yang baru balik tengok Chelsea vs Stoke City match kat kedai mamak.

Aminulrasyid lives forever in our hearts

Vito Corleone

Besi Karat berkata...

Mungkin polis yg menembak tu terpengaruh dgn game cs.headshot beb!

Lucius Maximus berkata...

@babi cumil :)

@kamarul lu 2nd la bro :)

@hell torres :)

@ggk bang, kronologi dia ada macam-macam. masalahnya terlalu banyak versi dan sikap polis sendiri yang asyik tidak konsisten dengan cerita mereka membuatkan benda ini agak kontroversi. merujuk poin nombor 5, teknik tembak ke tayar ini adalah cara lama dan di sesetengah negara tidak lagi boleh diguna pakai. itu sebab aku cerita berjela tentang PIT Maneuver atau TPAC. apa yang aku cuba sampaikan ialah, mungkin polis kita patutu diberi kelengkapan yang baik agar dapat menggunakan kaedah yang terbaik dalam insiden sebegini. bukan mempersoalkan kronologi. sila fokus bila membaca.

@jarr kau jangan simpan parang pula bawah basikal tayar 4 anak kau tu

@anon 7:58 opinion mana yang kau bangkang? aku tak kata budak tu langsung tak salah. yang aku cerita i) kita tidak tahu latar belakang saspek yang dikejar, oleh kerana itu langkah terbaik ialah untuk tidak membuat keputusan terburu-buru (tembak) ii) kepolisian malaysia suka mengjustifikasikan tindakan mereka dengan bahan bukti yang ditemui kemudian, contoh saspek ditembak mati kerana ada parang dalam kereta sedangkan parang ditemui kemudiannya, bukan si saspek menyerang polis dengan parang pun iii) polis negara maju tidak lagi menembak saspek dalam kejar-mengejar menggunakan kenderaan dan iv) polis malaysia mungkin masih terpaksa menembak bila mengejar kenderaan saspek kerana kekurangan peralatan yang sesuai. jadi encik anon, opinion mana yang kau bangkang? atau kau tak paham apa yang kau baca?

@besi karat kita kena ban counter strike di cyber cafe

Tanpa Nama berkata...

Apa kata En. Lucius memberikan cadangan dalam memperbaiki sistem Rules of Engagement untuk pihak Polis?

Sekiranya kita hanya tau mengkritik dan memberi komen sahaja, nanti tidak nampak input yang bernas dari En Lucius.

PS - Adakah En. Lucius mengamalkan pendekatan 'lesser than two evil', dimana En. Lucius lebih memberi tumpuan kepada tembakan pihak polis yang membawa kematian, dari cuba membincangkan tentang insiden yang membawa kepada insiden tembakan itu berlaku? Sekiranya ianya berlaku kepada seorang pemuda yang tidak bekerja, yang berumur dalam 30 tahun yang mempunyai beberapa rekod kesalahan trafik, adakah pendekatan En. Lucius sama?

Ejoi berkata...

Taktik PIT Maneuver tu kalau kat area freeway atau jalan kawasan perumahan yang besar ok la bro. Kat KL ni kat mana nak buat PIT Maneuver? Dekat kawasan NKVE yang tak ada kereta itu sesuailah.

Jalan kat area perumahan di malaysia ni, terutamanya di lembah klang pun penuh keta kiri kanan, tak amik kira lagi rumah yang begitu hampir dengan jalan. Sesuai ke guna Pit Manuever?

Untuk Tactical Pursuit And Containment (TPAC), ini perlu ada dana besar untuk jadikan realiti (Upgrade peralatan, sistem komunikasi, implementasi sistem, dan sebagainya). Untuk ikut cara polis negara besar ini berfungsi, memang mampu menggunakan kewangan yang banyak.

Tapi adakah semua orang boleh terima kalau Kerajaan bagi dana sampai berjuta-juta untuk jadikan ini satu kenyataan? Nanti ini pun jadi satu isu.

Tangkap 22.

Lucius Maximus berkata...

@anon 8:59 kau ni memang tak faham bahasa. yang aku tulis dalam poin (iii) ialah rule of engagement atau kaedah yang digunakan oleh polis US dan UK dalm prosedur mengejar kenderaan saspek. itu pandangan yang aku berikan. kita boleh guna kaedah sedemikian jika polis kita dilatih dan diberikan kelengkapan yang sebaiknya.

ini bukan cerita pendekatan 'lesser than two evil'. soal pokoknya ialah kaedah 'shoot to kill' tidak boleh dijadikan opsyen pertama. kalau ada cara lain yang tidak mengorbankan nyawa maka cara itulah yang patut digunakan dulu. saspek ialah orang yang disyaki, maka dia belum boleh lagi diklasifikasikan penjenayah atau dihukum bunuh secara terus. dan KPN sendiri bercakap bahawa polis boleh menembak kalau mereka diserang, adakah dalam kes ini polis diserang?

yang aku bangkitkan di sini, kalau encok anon boleh fahamkan ialah polis tidak sepatutnya menembak saspek. ia patut jadi opsyen terakhir atau bila polis sendiri diancam oleh saspek. tapi dalam kes ini ketiadaan kaedah dan peralatan memaksa polis menembak saspek. yang aku kritik di hujung pos ialah kelengkapan yang diberikan pada pihak polis tidak mencukupi. motor peronda yang terbaik dan terkini, kereta yang paling moden gunanya untuk tugas pengiring. bila ada vip sampai 6 motor dan 4 kereta barangkali jadi pengiring, semua yang paling moden dan terkini. yang digunakan meronda kawasan perumahan, meronda jalan raya ialah proton wira berumur lebih 5 tahun yang kadang-kadang lampunya pun mati sebelah. salah siapakah ini? bukan salah polis, tapi salah birokrasi kerajaan.

p/s: sekarang aku nak tanya, masa SPM dulu BM dapat apa? macam susah je nak fahamkan apa yang aku tulis ni?

Lucius Maximus berkata...

@ejoi PIT Maneuver @ TPAC ialah contoh. Dalam kes mereka juga bila PIT atau TPAC tidak digunakan akan ada opsyen spike dan sebagainya. We all know that and you don't have to state the obvious.

Sekarang, adakah kita boleh menerimanya jika kerajaan komited kepada peruntukan jutaan ringgit untuk menaik taraf perkhidmatan polis? Aku rasa kita semua boleh terima jika wang peruntukan ini datang dari sumber pembaziran yang boleh dielakkan (PKFZ, turap jalan masa pilihanraya kecil, stadium runtuh atau program lawatan isteri menteri ke luar negara).

Come on dude, I know you can be smarter than this!

GGK berkata...

memang betul, menembak ke arah tayar sebenarnya lagi membahayakan kerana kenderaan suspek akan hilang kawalan.

Sekarang dah ada teknologi, senjata khas yang menembak jejaring berpaku kearah tayar. jaring ni akan lock tayar dan kereta terus berhenti. PDRM patut cuba lihat pendekatan baru.

Koronologi yg aku tulis tu dapat dari laporan polis kawan Aminul yang dalam kereta tu.

Laporan dari polis merapik sikit.. mungkin sebab anggota tu cuba cover line.

Anyway Aminul berumur 15 tahun, seterer mana pun dia bawak kereta dia tak pernah didedahkan dengan kurus pemanduan seperti kita semua. Dulu sepupu aku umur 16 tahun eksiden dan masuk ICU kerana test kereta bapak dia.. kena maki dengan polis kow kow punya kat hospital.

Memang takde kesian sebab nya MEMANG SALAH MAK BAPAK.

Lucius Maximus berkata...

@ggk setuju, menembak ke arah tayar juga boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. aku rasa siapa tadi yang ada bercakap polis tidak ada pilihan lain selain menembak tayar atau PIT/TPAC tidak boleh dilakukan sebab merbahaya, adakah kereta yang hilang kawalan kerana tayar ditembak tidak merbahaya? dan senario yang sama juga dengan tindakan menembak mati pemandu mengakibatkan kereta hilang kawalan

Lilyliverbird berkata...

Guess I'm in the minority huh? Tragic, yes, but not intentional. I'm also in the 'cars are weapon' camp. Look at the death statistics.

zubaidah berkata...

juz some head ups

klau polis dah tembak tayar n kete jln pakai rim je n kesan peluru pn dkt 20 biji, mksudnye lambat laun kete tu akan berhenti gak kan..

so dah knp nak kene tembak lagi btl2 kat kepala lak tu n sah2 la org yang kene tembak tuh mati, maybe cik polis nih nk bgtau yg die adalah seorg sharp shooter

dua2 pihak ada salah dan betulnya,so kite tunggu je la ape pengakhiran kes nih

for the next 10-20 yrs maybe? =)

paehinc berkata...

Shoot 1st think later!

zewt berkata...

bro... yang dalam seluar tu, memang senjata... haha!

sebenarnya, kalau dibandingkan dengan polis di US atau UK, banyak berbeza. di UK umpamanya, polis tak bawa pistol langsung. hanya guna baton. itu pun, bukan suka suka ambik keluar nak pukul orang.

apa yang diperlukan bukanlah alatan teknologi tinggi.

kalau seseorang tu pasti yang dia-nya tidak perlu bertanggungjawab atas segala tindakannya, mestilah dia akan berbuat apa sesuka hati. itu masalah sekarang. sebab at the end of the day, yang bertanggungjawab, tak payah bertanggungjawab. macam kes korek korek korek tu, atau kes TBH. sama je. itu sebab aku cakap kat kawan aku... royal commission buat apa? bazir masa dan duit saje.

Lucius Maximus berkata...

@lily yes but the way chief police put it was more like permitting police to shoot anyone in the car they are giving chase

@zubaidah suruhanjaya ditubuhkan, 4 atau 5 bulan kemudian satu habuk pun tarak

@paehinc lebih kuranglah tu

@zewt betul bro, malaysia ni suka main lepas tangan

JAIRO berkata...

tembak jer la mana2 kekeke baru la nampak ganas

Tanpa Nama berkata...

ah....takda tempat kejadian..buleh la pung pang pung kang cakap.

cuba tengok kalau ko yang kejar masa tu.Entah-entah dua-dua budak tu ko tembak.

Setakat duduk atas kerusi menaip dalam blog buleh la.Ko ingat kerja polis ni macma posmen ke apa.

Macam-macam jenayah diorang jumpa.Kang kalau yang dia kejar tu betul-betul geng sindiket bahaya punya..pastu terlepas..besoknya masuk paper...aku rasa ko jugak la yang akan kutuk.

"Apahal la polis malaysia ni..pistol dah ada..tembak je lah.Jimat peluru ke apa."

mengomel itu lagi mudah kan dari menghadapi?

Lagi kecoh dari family arwah ko ni.

Haihhhh.....

zan berkata...

Apsal kat mana-mana blog, komen dari anon sangat-sangat bodoh dan annoying? Dah la guna nama anon, apa ingat nama anon tu melambangkan bodoh ke?

Aku bekerja di Shah Alam, kawan aku duduk di seksyen 11. Masa kejadian tembak-tembak tu (pasal tembak satu hala saja) memang gamat satu taman dan di khabarkan yang polis tengah kejar "indon"..

Kesimpulannya ada banyak sangat benda yang tersorok dalam cerita ni tapi apa yang boleh kita harapkan supaya dengan berlakunya peristiwa ni pasukan polis kita akan berubah lebih baik dan ibubapa pula akan lebih mengawasi anak-anak mereka..

Pherry Clucker berkata...

Kalau aku buat salah, gesel kereta orang misalnya, lepas tu kene tahan polis, confirm aku berhenti.

Bila polis tahan kita, kalau kita lari, mestilah 'nampak' salah kita tu (walaupun kita tak salah). Common sense.

Point kat sini, kenapa nak lari? Bukan salah bunuh orang pun. Gesel kereta je pun. Gentle la. Berenti dan mengaku salah. Habis kuat kene ceramah dengan polis. Kereta yang kau gesel tu dah tentu la kau kena ganti.

Aku rasa la, general knowledge tu bang kalau kene kejar dengan polis, siap ade siren bagai, nak lari lagi buat ape?

Kalau aku la, serius aku berenti. Gile kau, polis ade pistol. Kene tembak nanti.

Sendiri salah. Berani buat berani tanggung bai. Sebelum buat pikir dulu.

Umur baru 15, keluar rumah lewat malam, bawak kereta takde lesen. lepak5 hu ha hu ha. Budak nak PMR duduk rumah bace buku la. Kau dah besar nanti. Dah dapat degree. Dah dapat kerja. Dah ade duit sendiri. Dah ada lesen. Kau nak melalak sampai pagi itu kau punya hal la. Sebab kau dah besar, dah dewasa, dah boleh pikir, dosa dah tanggung sendiri. Ini nak beli rokok pun mintak duit mak lagi, ape cerita keluar malam-malam?

Sekarang salah siapa beb?

Sori aku emo tapi aku rasa budak tu salah.