30 April 2009

I Bet You Look Good On The Dancefloor

Aku harap kamu nampak apa yang aku mahu kamu nampak.

Ya, jemputan sebagai dif undangan ke Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2009.

Jemputan untuk aku dan isteri. Walaupun sebenarnya aku belum beristeri. Bakal isteri itu ada tapi malangnya Si Sumandak tidak dapat turut serta.

Jemputan sebagai dif undangan membawa maksud tempat letak kereta khas, tempat duduk khas dan makan tengah hari bersama Ketua Menteri dan Huguan Siou.

Tapi bukan itu yang menjadi tarikan utama untuk aku.

Yang lebih menjadi tarikan ialah pertandingan Unduk Ngadau dan satu lagi acara yang akan berlangsung selepas selesainya pertandingan Unduk Ngadau tersebut.

Iaitu tarian Sumazau bersama peserta-peserta Unduk Ngadau, khas untuk para dif undangan.

Dalam kata lain, aku bakal menari dengan sumandak-sumandak tercantik di Sabah.

Ini Bukan Shebby Singh Yang Tulis

Mengharap arsengal ke final... bersama barca. Bukannya pemain bacul mcm chelshit.
- Anonymous

Aku suka berceloteh tentang bolasepak di sini. Lebih-lebih lagi bila melibatkan Chelsea. Dan aku tidak kisah juga bila kamu-kamu kaki bola semua datang membaca di sini dan memberikan komen bernas kamu.

Walapun kadang-kadang komen bernas itu lebih kepada komen budak sekolah.

Tapi tidak apa. Kutuk-mengutuk di kalangan peminat bolasepak ialah lumrah. Aku juga selalu kutuk Liverpool, Arsenal, Manchester United dan Selangor.

Komen macam yang diberikan oleh Anonymous seperti di atas sepatutnya aku tolak saja. Pertama kerana ianya komen kurang bijak yang lebih kepada kutukan. Kedua kerana si pemberi komen ialah Anonymous, dalam erti kata lain aku tidak kenal siapa budak sekolah ini.

Tapi aku biarkan sekali ini.

Adakah Chelsea bermain seperti sekumpulan bacul di Camp Nou tempoh hari?

Chelsea turun ke Camp Nou dengan mengambil kira bahawa untuk musim bolasepak 2008/2009 ini, belum pernah ada pasukan yang bertandang ke Camp Nou dan menghalang Barcelona dari menjaringkan gol.

Jadi Chelsea bertandang ke Camp Nou dan Guus Hiddink memilih attrition dan bukannya artistry. Barcelona ibarat seorang pelukis agung yang bakal melukis satu lagi mahakarya di atas kanvas putih dan Hiddink menjawab dengan memberikan sekeping kanvas hitam.

Menatang mahakarya apa yang kamu boleh lukis di atas kanvas hitam?

Memang ramai yang mengutuk Chelsea. Bacul, kata mereka. Memalukan bolasepak, kata mereka. Satu penghinaan ke atas seni bolasepak, kononnya.

Tapi kita lupa jauh lebih malu lagi buat Bayern Munich bila tersungkur 4-0 di Camp Nou. Atau jauh lebih aib untuk Lyon yang tunduk 5-2 di Camp Nou.

Tidak ada sesiapa mengatakan kekalahan besar Bayern Munich dan Lyon satu penghinaan ke atas seni bolasepak. Tapi mereka kalah. Jurgen Klinsmann akhirnya dilucutkan jawatan sebagai pengurus Bayern Munich manakala Lyon walapun juara Ligue 1 tujuh kali berturut-turut akhirnya sedar mereka hanya jaguh kampung.

Ada yang kata Chelsea membosankan dan alangkah baiknya jika Liverpool yang berdepan dengan Barcelona. Okay Liverpool akan bermain dengan corak menyerang dan akhirnya bolos 4 gol seperti apa yang berlaku menentang Chelsea dan Arsenal.

Tidak dinafikan perlawanan separuh akhir itu membosankan. Bosan kerana Chelsea memilih untuk bermain posisi 9-0-1 dan bukannya 4-4-2. Bosan kerana 99% hantaran antara pemain Chelsea berlaku di antara Petr Cech dan Didier Drogba.

Namun kita juga lupa perlawanan itu menjadi bosan kerana Barcelona gagal mencari ruang di sebalik tembok kuning Chelsea.

Soalnya jika trio Eto’o-Messi-Henry adalah trisakti bolasepak yang teragung dalam galaksi Bima Sakti ini kenapa mereka menjadi begitu membosankan dan gagal merobek gawang Chelsea? Eto’o langsung tidak efisien, Messi tersungkur dan Henry ibarat tidak wujud.

Kalau betul Barcelona ialah pasukan bolasepak paling gah di dunia, paling berseni bolasepaknya dan paling digeruni barisan serangannya kenapa berdepan dengan Chelsea mereka gagal melakukan perkara paling asas dalam bolasepak, iaitu meletakkan bola di dalam gol lawan?

Pernah bertanya kenapa pepatah Melayu menyebut buku bertemu ruas, bukan buku bertemu buku? Kerana hanya ruas yang boleh membendung buku, atau dalam kata lain lawan yang setanding dengan buku.

Bila Chelsea disahkan bertemu Barcelona di separuh akhir keyakinan aku untuk Chelsea menang kurang dari 50%. Lain-lain pasukan dalam Liga Juara-Juara aku yakin, termasuk Manchester United, tetapi bukan dengan Barcelona.

Tapi Guus Hiddink tidak dipanggil Golden Guus tanpa sebab. Hiddink ada pengalaman dalam perlawanan-perlawanan besar. Dia arif hal ehwal taktik lebih dari posisi seks yang macam mana digemari isteri beliau. Dan Hiddink sedar di dalam Chelsea dia ada barisan permain ternama yang terlebih bayar dan sudah veteran tetapi cukup pengalaman dan ada mental yang kuat dalam perlawanan besar seperti ini.

Hiddink memilih untuk menjadi ruas. Tidak seperti Klinsmann bila berdepan Barcelona di Camp Nou atau Benitez bila bertemu Chelsea sebelum ini di Stamford Bridge.

Klinsmann cuba menggunakan Franck Ribery seperti mana beliau lazim digunakan dalam mana-mana perlawanan Bundesliga. Hasilnya gawang Bayern Munich bolos 4 kali.

Hiddink memilih untuk menggunakan Frank Lampard sebagai salah satu dari 9 pemain pertahanan Chelsea. Hasilnya 0-0 dan Chelsea kini boleh bersandar pada kelebihan tempat sendiri dalam perlawanan kedua.

Kadang kala dalam bolasepak kita perlu pragmatik. Berpijak di bumi nyata.

Agaknya kalau Arsenal yang bertemu Barcelona, dua pasukan yang mempamerkan aksi menyerang penuh berseni, bolehkah Arsenal menang? Perlawanan akhir 2006 berkesudahan dengan Arsenal menjaringkan gol pembukaan tapi akhirnya bolos 2 gol kepada Barcelona.

Tahun lepas Manchester United bertandang ke Camp Nou dan seri 0-0 menentang Barcelona. Untuk perlawanan itu penguasaan Manchester United ke atas bola hanya pada kadar 27.2%.

Chelsea memilih untuk melakukan perkara yang sama. Mereka hanya mempunyai penguasaan bola sekadar 29.5%, hampir serupa dengan Manchester United tahun lepas.

Resipi untuk membendung Barcelona, ialah dengan menutup ruang dan mengekang pergerakan mereka di gelanggang sendiri. Sir Alex Ferguson tahu akan hal ini, Jose Mourinho juga pernah melakukannya dan Guus Hiddink bukan bodoh untuk melawan api dengan api.

Chelsea bacul? Membosankan? Menghina seni bolasepak?

Kita semua pastinya bukan pengurus bolasepak. Tapi jika FIFA Manager 2009 permainan komputer harian kamu dan pasukan kamu bertembung dengan Barcelona di gelanggang mereka, kemungkinan besar kamu juga akan mengambil pendirian yang serupa.

Ada orang kata ini bukan textbook display. Ini lebih kepada berkampung di gol sendiri, atau datang ke Barcelona dengan kapal terbang dan kemudiannya meletakkan kapal terbang kamu di depan pintu gol.

Tapi bila menentang trio Eto’o-Messi-Henry yang musim ini saja sudah mengumpul sejumlah 78 gol di kalangan mereka bertiga, berkampung di gol sendiri atau meletakkan kapal terbang di depan pintu gol ialah ruas untuk menjawab buku tersebut.

Menafikan gol pada Barcelona selama 90 minit di Camp Nou, itu satu pencapaian. Memastikan selama 90 minit barisan pertahanan kamu tidak lalai atau tersilap, itu satu pencapaian. Membuatkan Pep Guardiola naik angin dan berkata “It is difficult to play against a team who don’t want to play football”, itu juga satu pencapaian.

Pep Guardiola sudah terlalu biasa dengan anak buahnya merobek gawang setiap lawan mereka di Camp Nou, dia kini terkejut beruk bila ada pasukan bolasepak yang mampu menafikan apa yang sudah hampir pasti.

Aku bukan berhujah ini semua kerana aku peminat Chelsea. Tapi bagi aku apa yang dicapai selama 90 minit di Camp Nou itu ialah sesuatu yang hampir mustahil. Kredit yang sama juga untuk Manchester United bila mereka melakukannya tahun lepas.

Ada masanya untuk pergi jauh dalam bolasepak, kamu tidak perlu bermain cantik. Tanya Sir Alex, tanya Mourinho atau tanya Hiddink.

Masih tidak percaya?

Tanya Rafa Benitez dan Liverpool yang bermain cantik musim ini, tapi masih juga bakal tidak memenangi apa-apa.

(Sila beri komen kamu, tapi komen yang bernas dan ada ilmu bolasepak. Kita yang di sini bukannya budak sekolah, kan?)

29 April 2009

Ah, Sengal!

Semoga berjaya menumbangkan Syaitan Merah!

Tiada Telefon Samsung Percuma Untuk Kanak-Kanak Unicef

Samuel Eto'o berdansa tarian tradisional Cameroon bersama Petr Cech
Sejak Euro 2008 lagi aku memang sudah hilang keyakinan dengan Petr Cech. Reputasi mamat scrum cap ini sebagai goalie paling hebat di dunia sudah lama tercalar.

Pagi tadi pun dia bermula agak goyah. Tapi latihan menangkap ayam denak yang aku berikan tempoh hari membuahkan hasil juga. Entah berapa kali Messi and Co. cuba merobek gawang Chelsea tapi dinafikan oleh aksi cemerlang mamat scrum cap ini.

Kredit untuk Petr Cech.

Secara jujur perlawanan malam tadi memang bosan tahap Gaban. Dan aku tidak nafikan Chelsea bermain macam sial, ambil jalan selamat. Rasanya possession bola untuk Barcelona saja mahu cecah 75% barangkali. Tidak pun 99%.

Bosan, tetapi ada satu perkara yang perlu diambil kira. Chelsea ‘berjaya’ menafikan Barcelona hatta sebiji gol sekali pun di Camp Nou. Bukan sesuatu yang mampu dilakukan oleh mana-mana pasukan.

Ramai yang akan mengutuk Chelsea. Mengutuk kerana pemain tengah seperti Lampard dan Ballack bermain di posisi pertahanan. Mengutuk kerana John Terry cuma tahu merampas bola dari Samuel Eto’o dan kemudian melakukan clearance jauh ke atas dengan tidak mengambil kira kepada siapa bola itu pergi. Mengutuk kerana hanya Drogba saja yang sekali-sekala naik ke dalam kawasan Barcelona.

Tapi bagi mereka yang meminati bolasepak dari aspek pertahanan yang utuh dan disiplin taktikal, Chelsea telah memberikan mereka apa yang Guus Hiddink panggil, a text book display.

Hiddink membuktikan pagi tadi dia bukan sekadar pakar motivasi, tapi juga a shrewd tactician. Yang mengingatkan aku kepada The Special One, Jose Mourinho.

Gaya bolasepak Chelsea pagi tadi ialah gaya pragmatik Mourinho. Bertahan habis-habisan bila kamu tahu agak mustahil untuk menang di Camp Nou menentang Barcelona.

Hiddink mungkin mengambil inspirasi dari Mourinho. Tidak mustahil di Stamford Bridge nanti Chelsea akan mencari gol awal dan kemudian memilih untuk bertahan bermati-matian.

Dan akhirnya menang 1-0. Ala Mourinho.

Aiman tak kisah. Aku pun tak kisah, janji menang.

27 April 2009

Bulan Mei Hampir Tiba; Tauke Kedai, Sila Pastikan Bekalan Air Dalam Tin Mencukupi






Perkampungan yang dikelilingi sawah padi. Satu pemandangan yang biasa kelihatan di utara Semenanjung.

Bezanya tiada bendera PAS berkibar di tengah bendang, melainkan jaringan tin-tin beer untuk menakutkan burung.

Pastinya ini bukan di Pendang, Kedah; tapi sebaliknya di Penampang, Sabah.

Penghujung bulan April menandakan akan berakhirnya musim penanaman padi. Di beberapa kawasan aktitiviti menuai telah pun dimulakan dan akan berlanjutan hingga ke bulan Mei.

Bulan Mei di Sabah bukan sembarangan bulan. Ianya bulan menuai padi, yang akan diakhiri dengan Tadau Kaamatan.

Ini kali pertama aku bakal menyambut Kaamatan. Seriyesli, aku memang penuh bersemangat menantikannya.

Harapan aku sepanjang bulan Mei nanti bekalan Tiger dan yang seangkatan dengannya untuk Aramaiti tidak kehabisan.

You know what I mean, right? We need those beer cans to scare the birds when the next paddy farming season started.

23 April 2009

Telefon Bimbit Korea Telur, Beer Siam Telur, Pagi Tadi Aku Makan 2 Biji Telur Separuh Masak

It ain't over till the fat lady sings.

But who the fuck is the fat lady?

Guus Hiddink cakap semuanya sudah berakhir. Aku setuju.

Rafa Benitez masih menanam keyakinan. I think he is the fat lady. Fat Spanish lady.

Arsene Wenger sudah lama sedar Gunners bukan lagi dalam perlumbaan merebut kejuaraan liga.

Alex Ferguson bakal mencatat satu lagi kejuaraan liga. Itu fakta.

Tapi ini senario yang patut kita semua renungkan bersama.

Manchester United sudah pasti menjuarai EPL, dan mungkin Liga Juara-Juara.

Chelsea mungkin bakal memenangi Piala FA, dan mungkin Liga Juara-Juara.

Arsenal berkemungkinan memiliki Liga Juara-Juara.

Liverpool tidak lagi mempunyai peluang yang cerah untuk EPL, sementara pintu untuk Piala FA dan Liga Juara-Juara sudah lama tertutup.

Fakta, you will never wank alone.

Kembalinya Pos-Pos Klasik

Semalam aku padam pos-pos yang ada. Bukan kali pertama aku buat kerja gila ini.

Tapi jangan risau, aku cuma mahu mengstrukturkan kembali blog ini.

Sebulan dari hari ini Trankuiliti Tronoh akan genap 2 tahun usianya. Jadi mulai sekarang aku akan paparkan kembali pos-pos klasik untuk tatapan ramai.

Bukan semua, hanya pos-pos terpilih sahaja.

Let's walk down the memory lane :)

22 April 2009

Pengstrukturan Semula

Macam tak biasa.

21 April 2009

Macam-Macam Ada

Sabtu dua minggu sudah, selepas berkali-kali di pujuk rayu oleh Si Sumandak yang mahukan saluran E! dan lain-lain dalam pakej Variety di rumah, aku pun dengan rela hati mendail 1300-82-3838.

Sebelum ini Astro di rumah aku hanya ada pakej Learning dan Sports. Ya aku kaki Animal Planet dan ESPN.

“Hello, Astro? Ya saya Lucius Maximus, nombor akaun XXX-XXX. Saya mahu tambah pakej dalam langganan Astro saya.”

“Okay encik Lucius, pakej apa yang encik Lucius nak tambah ni ye?”

“Pakej mini, Variety. Yang ada E! tu. Kalau tambah ni monthly bill saya RM59.95 kan?”

“Setakat ni mengikut rekod kami, encik Lucius ada satu pakej mini, Learning, pakej Sports dan juga Movie. Monthly encik kena bayar RM89.95.”

“Huh? Setahu saya tak pernah pun subscribe Movie.”

“Tapi dalam sistem kami encik Lucius ada pakej Movie. Cuba encik tekan 413?”

Aku tekan 413. Star Movie. Tiba-tiba terpampang filem Mission to Mars. In full glory lagi.

Sentap!

“Ni sejak bila ada Movie ni?! Saya tak pernah langgan Movie pun!”

“Er, encik tak pernah langgan? Tapi dalam sistem kami ada ni.”

“Masa saya mula-mula pasang Astro dulu, saya langgan Learning dengan Sports je, tak mintak pun Movie!”

“Tapi encik mengikut rekod kami, 16 Mac dulu kami ada call encik untuk tambah Movie dalam Astro encik dan encik Lucius setuju.”

Aku imbas kembali ke 16 Mac. Hari lahir aku. Shamrock. Guinness, Irish Flag dan Flaming Lamborghini. Tak boleh jadi ni.

“Jam berapa call saya tu?’

“Jam 11 encik.”

Habis. Aku mabuk dan tak sedar apa yang aku cakap kot?

“11 malam?”

“Tak, 11 pagi.”

Nasib baik. Jam 11 pagi aku masih di pejabat dan masih waras. Jam 11 malam lain cerita.

“Tapi saya tak ingat pun siapa-siapa dari Astro call saya masa tu.”

Masih waras tapi pelupa, nampaknya.

“Okay 16 Mac tu, salah seorang kakitangan kami call encik dan tanya jika encik mahu tambah Movie dalam Astro encik. Dan encik bersetuju.”

“Tapi setahu saya memang tak pernah pun saya minta Movie. Kalau saya setuju mesti dah lama saya tengok HBO. Ini tak, baru hari ni je saya tahu saya ada pakej Movie.”

“Jadi encik tak mahu pakej Movie?’

“Tak. Saya lagi suka beli DVD cetak rompak.”

Dipendekkan cerita, minah Astro yang jawab panggilan aku akhirnya akur dan padam Movie dari akaun Astro aku dan tambah pakej Variety. Minah Astro itu juga berjanji untuk tidak mengenakan sebarang caj pada kadar pakej Movie kerana aku berkeras tidak mahu bayar untuk sesuatu yang aku langsung tidak pernah tengok walaupun menatang Movie itu sudah ada dalam Astro aku hampir sebulan lamanya.

Okay, aku sempat tengok Mission to Mars sampai habis sebelum semua saluran Movie dipadam dari Astro aku. Tapi itu kira bayar balik kos panggilan telefon aku ke Astro sebentar tadi.

Fast forward ke Jumaat lepas, dalam perjalanan aku ke kereta untuk pergi ke pejabat aku ternampak sampul putih melambai dari peti surat rumah.

Bil Astro.

Aku koyak sampul dengan penuh keghairahan ibarat budak-budak koyak sampul duit raya.

Jumlah Perlu Dibayar – RM89.95

Wak lu! Cam siye! Pungkok mak hang! Nate beruk! Tambirang ja ni Astro!

Sampai pejabat, dengan penuh berasap aku karang satu e-mel tidak puas hati sama Astro, dengan tidak mengikut standard karangan bahasa Inggeris darjah 6.

Hantar kepada wecare@astro.com.my

“Thank you for contacting Astro Customer Service. We have received your recent email and our Correspondence Unit will be responding to you soon.”

Hampeh!

Sabar itu separuh dari iman, kata orang. Separuh lagi ada pada Sabarudin. Nasib baik semalam (kelmarin kata orang Kedah dan Sabah) seorang lagi minah Astro telefon aku untuk menghuraikan segala kekusutan yang melanda.

“Saya tak mahu bayar RM89.95.”

“Tapi encik kena bayar, sebab kami sudah caj dalam akaun encik.”

“Saya tak mahu bayar untuk benda yang saya tidak minta.”

“Jadi encik berkeras tak mahu bayar?”

“Tak mahu.”

“Kenapa encik tak mahu bayar?”

“Sebab saya tak pernah minta Movie. Awak yang pandai-pandai letak Movie dalam Astro saya. Saya tak tahu pun selama sebulan yang lepas saya ada Movie. Sekali pun saya tak pernah tengok HBO atau Star Movie, Cinemax jauh sekalilah.”

“Tapi kami ada bukti yang encik sendiri setuju mahu tambah Movie.”

“Ada bukti?”

“Kami ada rakaman perbualan.”

“Boleh saya dengar?”

“Maaf encik polisi syarikat kami tidak membenarkan pelanggan mendengar rekod perbualan kami.”

Cilanat!

“Kalau awak tuduh saya kata setuju dan awak kata ada bukti, saya pun ada hak untuk dengar rekod perbualan yang awak kata bukti tu!”

“Encik berkeras mahu dengar rekod perbualan kami?”

“Ya saya nak dengar sekarang. Atau tak nanti peguam saya yang akan dengar.”

Kasi gertak sikit, baru dia tahu!

“Encik Lucius boleh beri saya 2 minit sebentar? Saya mahu bincang dengan supervisor saya.”

Aku tunggu. Seminit. Dua minit. Tiga minit.

“Maaf encik Lucius kerana lama menunggu di talian.”

“Awak kata 2 minit.”

“Maaf encik saya terpaksa berbincang dengan supervisor saya sebentar tadi.”

“Jadi sekarang ni macam mana ni?”

“Okay ada sedikit salah faham sebelum ini. Encik tak perlu bayar RM89.95, cuma bayar RM54.95 untuk bulan lepas mengikut pakej asal encik. Bulan ini encik bayar RM59.95 sebab encik ada tambah satu lagi pakej mini.”

Aku dah agak. Mula-mula kata ada bukti rakaman perbualan, bila aku mahu dengar tiba-tiba kata ada salah faham.

Tipikal.

Macam-macam ada.