Aku tahu memang sudah lama aku tidak kemaskini blog.
Jadi bila puluhan susuk sudah mula bertanya, dan 90% dari si penanya itu pula ialah perempuan, aku arif masanya sudah tiba untuk sedikit kemaskini.
Perempuan semuanya mahukan perhatian. Jika tidak mereka akan capai tas tangan dan berlalu pergi dengan kasut tumit tinggi berdetup-detap. Oleh itu penting untuk aku kekalkan golongan perempuan yang merupakan pembaca majoriti blog ini.
Bila mereka bersuara, “You, kenapa tak update blog?” maka aku harus beri respon yang baik dak kemaskini blog seadanya.
Kebelakangan ini aku akui agak sibuk sedikit. Berkejar ke sana ke mari, berulang alik KK dan KL, kursus sana sini dan kerja. Tapi yang paling menyibukkan dalam banyak hal-hal sibuk ialah proses berpindah rumah.
September lepas adalah bulan terakhir aku diam di Putatan. Oleh kerana tuntutan semasa aku memilih untuk berpindah ke kawasan kejiranan yang lebih ‘menjadi’ atau happening kata orang putih.
Kawasan kejiranan seperti Beverly Hills, bukan 90210 tapi 88300.
Di sini kejiranannya lebih meriah. Hampir dengan bandaraya juga tempat kerja. Ada kemudahan seperti kolam renang, gimnasium dan gelanggang badminton. Kedai-kedai, pasaraya dan restoran yang lebih banyak.
Juga tidak lupa populasi tinggi gadis-gadis yang menetap di kejiranan ini.
Bercakap mengenainya, seorang gadis menjadi jiran depan rumah. Kali pertama bertembung ialah ketika si gadis membasuh pinggan di dapur, terlihat dari jendela dapurnya yang terbuka luas. Kali kedua, ketika si gadis hanya ber-hot pants dan ber-baby T duduk menonton TV sambil pintu rumahnya terbuka luas.
Aku kurang pasti motif sebenar pintu rumahnya terbuka luas, melainkan barangkali untuk menjemput aku masuk. Nasib baik pintu grill-nya tertutup.
Jika kamu menyimpulkan bahawa aku adalah lelaki bertuah kerna mempunyai jiran yang indah, kamu silap. Hendak dijadikan gosip, si gadis kerap menerima kunjungan lelaki tua yang kurang tampan dari aku tapi pastinya lebih berduit.
Tapi lewat malam tadi, mereka bergaduh. Dari balik daun pintu aku terdengar si gadis marahkan lelaki tua yang sudahlah tua ganyut tapi masih lagi miang mencari perempuan lain. Akhir drama, pintu dihempas dan lelaki tua berambus keluar.
Okay, mungkin ada peluang di situ.
18 komen:
entry gosip :)
sebenarnya dia sudah punyai problem dan secara hintnya membuka pintu rumahnya untuk kamu walaupun secara metafora dan hanya membiarkan grillnya saja ditutup mungkin secara metaforanya bahawa masih ada satu halangan saja untuk kamu berdua.
bila kes bergaduh itu terjadi, percayalah pagi esok pintu rumah dan grillnya akan terbuka secara metaforanya adakah ianya untuk kamu?
haha
Beverly is a nice place.
Milimewa still thre? ;p
i know you'll like it there.
hehe.
mungkin sudah tiba masanya kau meminjam daun serai atau garam atau serbuk kopi atau gula atau minyak masak dari dia.
p/s: paling sesuai sekali adalah menumpang menonton bola d rumah nya dengan alasan bil astro lupa bayar.
haha.. you are the man... ;)
tempah papan tanda plastik kecil dengan segera dan tampal depan pintu rumah "Dato' Lucius Maximus Dato' Marcus Aurelius". Jangan lupa sidai baju batik yang lu pakai pada hari Khamis mengadap ke dapur dia. Ada peluang.
hahaha..ngam la ko d beverly.hujung2 minggu boleh main jackpot d TNGC..mana tau menang
ikut pengalaman aku,dia nak jadikan kau alat untuk buat jantan tua tu jeles/bergaduh dan berpisah.
ikut pengalaman aku juga,jadi alat pun best dan ada pulangannya.tak tau la aku kat sana best ke tak.
peluang tidak datang bergolek beb.
tunggu sampai diorang gaduh betul-betul. mungkin lepas 2-3 kali gaduh. baru boleh mula langkah. steady Lucius.
gunakan peluang yang ada
oh, which phase, which block?
lu tinggal area pasir putih ka bai
bai lu tinggal area pasir putih kaa
boleh..cepat sebelum terlepas =P
ic pompuan jenis camtu mmg banyak kena bela kat sana tu.. heheheheheheh senang jer kalau terserampak lu tegur jer then ajak p lepak kat tngc kat atas bukit tu... hehehe ngko tinggal phase brape? phase tu la yang paling happening....
ngeh ngeh ngeh...si gadis ingin perhatian kejiranan di depan rumahnya barangkali...
Post a Comment