I
Tidak ramai yang kenal siapa itu Mohan Singh. Aku pun sama, hinggalah minggu lepas bila aku terbaca kisah beliau di akhbar.
Mohan Singh a/l Janot Singh semasa hidupnya bekerja sebagai pengarah seni. Salah satu filem terakhir beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah Talentime karya Yasmin Ahmad.
Pada 25 Mei 2009 Mohan maut akibat serangan jantung di dalam apartment miliknya di Damansara Damai. Mayatnya kemudian di bawa ke Hospital Sungai Buloh dan ditempatkan di bilik mayat bukan Islam dan hingga saat ini ianya masih di sana.
Ya sudah lebih satu bulan mayat Mohan tidak diuruskan sewajarnya.
Niat ahli keluarga Mohan untuk menuntut mayat beliau bagi upacara pembakaran mengikut kepercayaan Sikh bagaimana pun terbantut apabila pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendakwa Mohan sebenarnya seorang penganut agama Islam.
Maka bermulalah satu lagi episode ‘The Body Snatcher’.
Mengikut saksi-saksi yang terlibat, mereka mendakwa Mohan Singh telah memeluk Islam pada tahun 1992 di Pulau Pinang dan menukar namanya kepada Mohammad Hazzerry Shah Mohan Abdullah.
Pelik bin ajaib, Mohan Singh bagaimana pun berkahwin dengan wanita bukan Islam pada tahun 1997 sebelum kemudiannya bercerai pada tahun 2002. Hasil perkahwinan tersebut Mohan dikurniakan seorang anak perempuan yang mengikut sijil kelahirannya jelas menyatakan nama Punjabi dan Sikh sebagai agama si bapa.
Mohan juga pernah kehilangan Mykad pada Oktober 2008 dan ia kemudiannya digantikan dengan Mykad baru yang masih menggunakan nama Mohan Singh dan tidak mempunyai perkataan ‘Islam’ tertera pada kad tersebut.
Ahli keluarga Mohan juga turut mendakwa bahawa Mohan kerap berkunjung ke Gurdwara sepanjang hidupnya dan melakukan upacara-upacara keagamaan Sikh.
Hujah MAIS mengenai bukti pertukaran agama Mohan kepada Islam terletak pada salinan sijil memeluk Islam yang ada pada simpanan mereka. Hanif Khatri Abdulla, peguam yang mewakili MAIS berkata bahawa kewujudan sijil memeluk Islam tersebut adalah bukti konklusif bahawa Mohan ialah seorang Muslim.
“Ia bukan satu persoalan penting bagaimana atau di mana sijil tersebut ditemui. Ia juga bukan satu persoalan penting sama ada pihak yang menuntut sedar atau tidak akan pertukaran agama tersebut. Apa yang penting ialah sijil itu wujud.”
Dan awan mendung berarak lalu saat mayat Mohan Singh dibiarkan mereput di Hospital Sungai Buloh.
II
Ramai yang kenal siapa itu Michael Jackson. Aku pun sama, semenjak pandai membaca dan berjoget bila dengar muzik.
Michael Jackson semasa hidupnya cukup diketahui ramai apa kerjanya. Cuma yang agak meragukan orang ramai ialah apa agama anutan Michael Jackson. Macamlah ianya terlalu penting.
Lantas bila abang Michael, Jermaine Jackson mendakwa bahawa adiknya telah memeluk Islam maka hampir seluruh dunia Islam menghela nafas lega.
Lebih-lebih lagi yang di Malaysia. Bukan senang mahu dapat King of Pop dari kalangan umat Islam. Elvis Presley bukan Islam, semua ahli The Beatles juga bukan Islam.
Hanya Cat Stevens atau Yusof Islam saja penyanyi antarabangsa tersohor yang Islam. Selain dari Mawi barangkali, yang lebih kepada penyanyi Felda tersohor.
Kemudian Michael Jackson menemui ajalnya. Selepas seminggu lebih mayatnya belum diuruskan sewajarnya, tersebar pula berita bahawa Michael Jackson bakal dikebumikan di Taman Peringatan Forest Lawn di dalam keranda bersadur emas yang bernilai USD25,000.
Setakat ini belum ada insiden ‘The Body Snatcher’ lagi di Los Angeles sana.
Tapi Taman Peringatan Forest Lawn bukanlah kawasan perkuburan Islam. Dan pengebumian Michael Jackson yang pastinya akan lengkap dengan pakaian sut mewah dan disemadikan di dalam keranda bersadur emas 14K yang berharga USD25,000 langsung tidak menyerupai upacara pengebumian Islam.
Hanif Khatri Abdulla dan MAIS, tidak mahu pergi ke Los Angeles sana dan berebut mayat Michael Jackson kah?
III
Aku tidak pasti berapa ramai pula manusia yang kenal Lucius Maximus. Aku pun selalu tertanya-tanya, siapa Lucius Maximus?
Lucius Maximus semasa hidupnya kadang kala menulis blog. Tidak, dia belum mampus lagi saat artikel ini ditulis.
Oleh kerana Lucius menulis dalam bahasa Melayu maka ramai orang dengan mudah membuat kesimpulan Lucius ini berbangsa Melayu. Dan dek kerana di Malaysia ini setiap lelaki dan perempuan yang termaktub dalam sijil kelahirannya sebagai Melayu secara automatik juga menjadi Islam, maka Lucius Maximus disyaki Islam. Berdasarkan hujah tersebut dan bukti-bukti lain seperti kisah-kisah hari raya atau sembahyang Jumaat yang pernah ditulis di blog beliau.
Tapi nama Lucius Maximus bukan nama lazim seorang Islam. Yang kurang membaca akan mendakwa nama tersebut berasal dari nama seorang paderi Rom di Mesir dulu. Yang membaca lebih sedikit tahu yang di Mesir itu satu masa dulu ialah seorang gabenor Rom dan dia bukanlah beragama Kristian.
Apa pun mengikut kata Lucius Maximus nama beliau tidak ada sangkut paut dengan mamat Rom dari Mesir yang sudah lama mampus itu.
Tapi itu tidak menghalang segelintir pembaca untuk bertanya Islamkah Lucius Maximus? Kerana di blognya beliau juga kerap bercerita tentang minum atau masuk bilik anak gadis orang.
Kita juga akan bertanya Islamkah Mohan Singh? Betul ke Michael Jackson itu Islam? Lina Joy, Islamkah dia? Mahathir Mohamed pula, Islam atau tidak? Neil Armstrong? Mike Tyson? Puteri Diana? Astora Jabat? Nabil? Optimus Prime?
Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran yang dibangga-banggakan dunia Islam termasuk yang di Malaysia, Islamkah dia? Kerana kalau mengikut acuan Islam Malaysia, mazhab Syiah itu sudah ibarat menjadi ajaran sesat, boleh dikira murtad. Dan Mahmoud Ahmadinejad itu bermazhabkan Syiah.
Senang cerita, sembang pasal apa agama si polan ini dan si polan itu, sampai kiamat pun tidak akan habis.
06 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 komen:
live with it
En. max
hehehe.. aramaiti..
dulu sa ingat ko c maximus ongkili.. rupanya sia sala urang.. ;)
*sigh
cakap sampai esok pun tak abis. To me Islamkan diri sendiri dulu baru boleh Islamkan diri orang lain. if u're not "Islam" enough don't judge other people "Islam". Religion is sort of sacred thing. Don't make fun of it. The media just want to sell their paper. Religion issues usually sells. So why not.
Mengaku islam pada aku sikit pun tak membantu kita untuk mendapat pahala ke, direct access ke syurga ke, ape ke..
Tapi menzahirkan keislaman tu dalam perbuatan, amalan dan kepercayaan adalah lebih penting dari sekadar pengakuan "I'm muslim"..
Lagipun penulis tak pernah lagi menulis yang dia pernah menyembah apa2 patung atau berhala yang ada di negara ni. Yang dia tulis dia menghormati lain2 agama yang dianuti kawan2 beliau.
Kalau dengan penulisan pasal sneak out bilik anak dara n "minum" dah boleh memmbuat kesimpulan pasal agamanya..hm payah la.
isu agama akan sentiasa menjadi current or seasonal hype..
it's typical..
agama dan anutan ialah terletak di dalam hati masing-masing..
orang lain tak boleh judge atau tentukan agama org tu..
mcm kes mohan tu, aku rasa baik la MAIS bagi je mayat tu kat ahli keluarga die. sukati la ape die nak buat dgn mayat tu. nak bakar ke, buang kat laut ke...
dah kalau dia masuk islam tapi duk pergi kuil, ape guna kan?
lagipun, membiarkan mayat tanpa di kebumikan (kalau dlm islam pun) tak baik jugak kan?
kes MJ tu.. aku pun tak tau la....
macam hikayat Neil Armstrong... ade yg kata dia islam, ade yg kate dia tidak...
pelik la malaysia ni..
islam yg bermazhabkan Syiah haram...
habis islam hadhari boleh lak....
tak de pun dlm quran tulis islam hadhari..
Kdg2 org melayu ni pelik...
kalau bercerita pasal mazhab lain, terus kata mazhab tu tak betul...
mazhab kat malaysia je yg betul...
pelik2...
sekarang walaupun agama itu jadi isu panas dan ada orang bergaduh-gaduh dan berdebat-debat, bagi aku sudah cukup ok, sudah menjadi satu bentuk kemajuan/progress sebenarnya.
aku rasa ini kerana pada zaman dulu-dulu efek agama ini adalah lebih dahsyat, perang besar-besaran (crusades), mass murder, dan juga even genocide, banyaknya dilaksanakan atas nama agama.
aku bagi 7 bintang utk ayat terakhir mu max
Itulah, orang Melayu ingat sendiri saja yang betul. Kata Syiah murtad sebab sembah Imam Ali, bukan sembah Allah. Bila tanya, "Mana kau tau?"
"Orang kata lah!"
Orang yang kata tu pun bukannya tau sangat, sekadar dengar dari orang yang tak tau apa-apa juga. Suruh kaji sejarah malas. Sikit pun tak tau punca adanya mazhab Sunni dengan Syiah sebab Sunni nak Abu Bakar jadi khalifah padahal Syiah nak Ali jadi khalifah. Tu je.
Tapi itulah. Bila tak puas hati, mulalah memurtadkan orang lain sampai ke zaman sekarang.
Buat research sendiri, tengok dengan mata sendiri tak nak. Lepas tu dabik dada konon tau semua. Padahal, sumbernya,
"Orang kata lah!"
ni mesti dapat idea dari comment semalam mamat kan....
lucius, make sure they cremate me with big fire once i'm dead yeah
hohoho
=P
anon @ 9:08 - yeah
tenz - tu si maximus ongkili adik beradik sia juga tu
pgl - agree with u. religion should be personal
zan - setuju dengan kau bro. mengaku islam berdegar-degar tidak ada maknanya, lagi bagus amalkan sejauh mana yang kita mampu untuk diri sendiri. kekadang yang gah mengaku islam sana sini bila di tengok balik tunggang langgang juga. baik duduk diam-diam buat hal sendiri
lang legar - yup, sangat tipikal
amirul - biasalah tu, tu lah akibatnya bila pemerintah bermain agama
47 - tapi penindasan tetap berlaku, biarpun tidak sampai bunuh-membunuh
yeastisdead - ish, baik bagi 700 ringgit ke, ada gak faedah tu
n82 - bertekak pasal holier than thou ni sampai bila pun tak habis. pas tu sibuk murtadkan orang sana sini kononnya dia saja yang betul
bekam - haha, lebih kurang
firdauz - fird, u dont fancy armani suit n gold plated coffin?
bagi aku soal dosa dan pahala ni biar la saja tuhan yang tentukan... kita sebagai manusia hanya perlu buat apa yang sepatutnya.. kita ada akal.. so, guna sajalah akal tu... cheers!!!!
Yang nama Optimus Prime tu I tau agama dia.
haha,dh agk dh...
:)
kebanyakkan melayu islam malaysia.
suka bongkak dengan islamnya.
merasakan berkuasa kerana islam.
so, bila hak tercabar. keras kepala tak tentu pasal.
padahal, dalam ajaran islam. takde pun ditulis 'kalau masuk islam, maknanya akan lebih special dari orang lain, agama lain adalah kelas bawahan'
ada ke?
manusia semua sama saja tak kira agama. sebab semua manusia akan di adili selepas mati. tak kira islam atau tak.
yang akan selamat ialah orang2 beriman.
siapa cakap orang kristian tak boleh masuk syurga? boleh saja kalau dia buat banyak kebaikkan. dan percaya kepada tuhan.
inilah masalah bila terlalu banyak prejudis.
"Hanif Khatri Abdulla dan MAIS, tidak mahu pergi ke Los Angeles sana dan berebut mayat Michael Jackson kah?"
uh-oh! oh no thats unfair.dont be cruel..MAIS just doing their job, memperlekehkan kerja mereka bukanlah sesuatu tindakan yang bertimbangrasa..
let just put it this way ok....Biar orang pandai agama bercerita tentang agama, dan orang yang pandai tengok bola tulis tentang bola ok? :)
Hang p selit buat apa Optimus Prime tuh.. gelak smpi batuk2 aku.. siot aa.. HAHA
Pasal Mohan Singh tu, nama panggilan dia Jim Bob. Semasa geng-geng JAIS pergi geledah rumah beliau untuk memastikan cara hidup beliau, mereka terjumpa botol arak, dan sebuah kitab al-Quran.
Dengan sebuah kitab tersebut maka mereka sahkan Jim Bob patut disemadikan sebagai seorang muslim.
Aku personally kenal Jim Bob, dan dia seorang yang easy going, dan fun to be hang around with, dan aku hanya mahukan beliau rest in peace. Kesian keluarga beliau tetapi aku harap ini menjadi pengajaran kepada semua orang bahawa kerja menukar agama bukan hal main-main.
jairo - cheers to u too
neem - apa agama dia?
bekam - :)
abdullahjones - :)
qareem - ish, perenggan kedua terakhir kau tu kalau ustaz atau mufti baca mengamuk sakan diorang
oh me - pandai agama bercerita tentang agama? yang tak pandai agama ikut membuta tuli? itu sebab ramai orang tinggalkan agama
tanpagraviti - kena wujudkan unsur jenaka, kalau tidak bosan
pojam - kalau jais geledah rumah aku dan jumpa injil, macam mana kot?
@maximus, rasanya kalau macam tu still dikebumikan muslim melainkan anda sudah sah menjadi Christian melalui perbicaraan mahkamah ala Lina Joy. Tetapi ini adalah spekulasi personal.
Aku rasa sebagai muslim tidak salah membaca Injil, Torah dan Zabul (kalau dapat cari lah).
(OT:Aku hairan dengan muslim yang paranoid dengan penganut agama lain yang kononnya mahu korupkan agama Islam dan convertkan melayu menjadi Christian.
Aku pernah masuk gereja dua kali tak ada rasa macam nak convert jadi Christian pun?)
pojam - ditto
kenapa lah pak lebai JAIS dan JAWI nak sangat mayat si Mohan hanya kerana sekeping certificate.
Adakah kerja JAIS dan JAWI nak tanam keling2 yang pura2 masuk islam.
Tak tahulah apa sebabnya tapi banyak sangat nampaknya keling pura2 masuk islam tapi tak bagi tahu keluarga, masih menganut singh dan hindu.
Mereka sebetulnya mempermainkan orang Melayu atau ingin diterima oleh masyarakat melayu.-
Tapi sampai pergi mahkamah berebut mayat keling yang kita tak kenal buat apa? Bodoh bodoh.
bod tree - secara keseluruhannya komen kau agak bernas. tapi penggunaan keling tu sangat degratory, c'mon bro, respect la sikit
Salam,
Mungkin sdr. Lucius boleh tanyakan kepada khalayak, apakah maksud Islam? Kemudian sama-sama hujjahkan jawapannya secara ilmiah dan berhemah.
Semoga kita semua akan menemui apa yang dicari-cari oleh Timur dan Barat selama ini.
Soalan tambahan, apakah kesinambungan ajaran yg dibawakan oleh berpuluh ribu Nabi dan beratus Rasul sejak zaman Adam A.S. hingga kepada Rasulullah Nabi Muhammad SAW, selain nama agama yg diredhaiNya itu bergelar Islam?
Jika benar Islam itu diredhai oleh Tuhan, mengapakah masih dilahirkan atau diciptakan juga makhluk2 yang ingkar dan akhirnya tersasar dari keredhaanNya selama ini?
P/s: Sdr. Lucius mungkin boleh simpan sahaja komen ini, tidak perlu diterbitkan. Saya sekadar mahu membaca percambahan ilmu tentang Islam yg dibahaskan oleh golongan yang saya lihat berfikiran bebas atau terbuka macam sdr.
anon@4:11 - sungguh menarik soalan dan cadangan saudara itu. walaupun aku rasa kalau mahu dibahaskan di ruangan blog ini akan hanya lebih menjerumus kepada pergaduhan atau caci-mencaci
Kalau perbahasan tersebut telah dilihat oleh sdr Lucius sebagai bakal menjerumus kepada pergaduhan dan caci mencaci walaupun ia masih di peringkat cadangan, kalau ikut sabda dari kitab The Secret, memang akan berlakulah jua pergaduhan dan caci mencaci itu nanti. Lebih baik tak payah. Mungkin patut tunggu masa yg lebih sesuai. Dan pastinya, saya akan tunggu masa itu tiba.
Terima kasih.
anon@5:51 - sama-sama. kamu anon yang bernas berkata-kata, elok juga kalau buat satu profail peribadi di blogger untuk kamu. takut nanti anon yang lain menyamar jadi kamu. mungkin bila aku rasa masanya sesuai untuk berbincang sesuatu yang rumit seperti itu, akan kita lakukan.
Mungkin saya sebenarnya sudah ada profail di blogger tapi saya lebih suka bersembunyi apabila bicara topik begitu. Nantilah, macam sdr Lucius juga yg mungkin menanti masa sesuai, apabila tiba waktu itu, akan saya kongsi juga profail tersebut demi untuk memanfaatkan penghujjahan tentang kebenaran hakiki.
P/s: Kalau ada anon lain yg cuba-cuba menyamar, saya hanya mampu menampung kedua tangan menghadap ke atas tinggi-tinggi, lalu berharap semoga anon penyamar itu berniat ke arah kebaikan dan akan mendapat manfaat hasil samarannya itu. Jika sebaliknya yg berlaku pula, saya berharap anon penyamar tersebut akan dilindungi dari kekesalan yg abadi, demi sesungguhNya kebenaran itu adalah hakiki.
Sekian.
Adakah tugas JAIS dan MAIS untuk menanam mayat orang Islam? Kalau begitu kenapa hanya mayat orang dari India yang pura2 masuk Islam saja di rebut dan ditanam?
Kenapa Kerajaan Negeri dan Pusat tidak beri bantuan tanam percuma mayat2 orang Melayu yang lain?
Tak de kerja lain? Membazir duit pembayar cukai saje.
Ada sebut dalam undang2 mana atau peraturan tugas dan KPI Jabatan Ugama orang Melayu adalah untuk menanam mayat orang India yang ada certificate islam?
Kerajaan takde kerja lain ke? Buang masa mahkamah sahaja. Biarlah keluarga terdekat yang uruskan mayat.
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat buat apa masuk campur dalam urusan kematian keluarga. Mayat2 itu tidak bermakna kepada ketua jabatan JAIS dan JAWI tapi bermakna kepada anak dan keluarga mereka.
Jika mereka tidak memberi tahu kepada keluraga mreka bagaimana nak ditanam buat apa orang Melayu sibuk?
Gila ke?
Post a Comment