Malam tadi, atau pukul 1 pagi sebenarnya, aku bangun dari tidur semata-mata mahu tonton upacara peringatan Michael Jackson, langsung dari Staples Center di Los Angeles sana.
Benda sebegini memang tidak pernah berlaku dalam hidup aku. Satu-satunya perkara yang boleh buat aku bangun tidur di malam buat ialah untuk ON Astro dan buka saluran ESPN kerana ada perlawanan bolasepak yang penting. Itu, atau gangguan-gangguan mesra dan penuh dahaga dari kaum perempuan.
Tapi malam tadi, atau pukul 1 pagi sebenarnya, aku bangun untuk ON Astro dan buka saluran E! kerana mahu tonton upacara peringatan Michael Jackson.
Itu pun atas pengaruh Si Sumandak, yang ajak aku tonton bersama, secara metafora.
Upacara bermula agak lambat, lebih kurang 40 minit lewat dari jadual asal. Menakjubkan aku boleh bersengkang mata selama dua jam lebih, kebanyakannya kerana eulogi-eulogi yang menarik bukan lagu yang dipersembahkan.
Yang terhebat pastinya dari Reverend Al Sharpton. Lebih-lebih lagi ayat berikut yang ditujukan kepada anak-anak Michael, “There wasn’t anything strange about your Daddy. What was strange was what your Daddy had to deal with. But he dealt with it anyway.”
Juga bacaan doa penutup dari Pastor Lucius Smith (tidak ada kena mengena dengan Lucius Maximus) yang turut memuatkan ayat berikut, “But, even now the ‘King of Pop’ must bow his knee to the ‘King of Kings’.”
Paris Michael Katherine Jackson, anak Michael, mengungkapkan, “Ever since I was born, Daddy has been the best father you could ever imagine. I just want to say I love him so much”, sebelum menangis dalam pelukan makciknya Janet Jackson. Saat itu aku sendiri pun terasa sebak di dada.
Setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua, kembali kepada Tuhan. Cuma satu perkara saja yang aku tidak pasti jawapannya.
“Why they all sing praises to Jesus just now, I thought the brother said Michael is a Muslim?” tanya Si Sumandak.
Terdiam juga aku.
Tapi, asalkan kita semua percaya kepada Tuhan dan berlaku baik, itu sudah cukup bagus.
08 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 komen:
yeah!
berlaku baik lagi bagus.
takde sape nak marah.
Ucapan dari Pastor buat aku terkesima. Dan ya, ucapan anaknya mmg buat ramai orang sebak. RIP MJ.
yep, sememangnya itu yang mencukupi. tak perlu melebih-lebih :)
bro,lu btl2 kipas susah mati sama mj ye...banyak bebenor entri pase die tu
Kalaupun ada upacara muslim, adakah akan mengubah pendirian Tuhan kepada si mati?
Kalau kita baca Yasin atau bertadarus seminggu untuk disedekahkan kepada si mati, adakah Tuhan dengan mudah mengampunkan dosa-dosa si mati?
Tak kira lah apa upacara sekalipun, urusan sesudah mati adalah antara Tuhan dengan si mati sahaja.
Kecuali untuk orang Muslim, hanya ada tiga perkara sahaja yang boleh membantu si mati. Kan ustaz Lucius?
Demikian adanya.
anak dia berucap agak 'terdiam'
perenggan terakhir kau tu tepat sekali.
your friend has got a point... MJ is indeed muslim...
paris jackson
in my book she will always be known as the girl who brought grown ass man to tears.
sebak sial!
aku pun sama dengan kau..
tak tidor sebab tgk rancangan selain bola sepak,,, sesuatau yg aku tak pernah buat.. hahaha..
Aku rasa puashati walaupun tak cukup tido pada esok kan harinya...
nyanyian Mariah Carie memang hebat. tak masuk lagi petikan gitar John Mayer. memang upacara memorial yang akan di kenang selamanya... kata pengacar E! tu lah.. tapi aku setuju
masa Pris memeberikan ucapan, memang aku pun sebak. orang selalu mencaci MJ sebagai bapa yg tidak pandai menjaga anak. kalau dia tidak menjaga anak dengan baik, tak kan si Paris tu nak bagi ucapan itu kan?
ucapan dari ahli keluarga MJ memang boleh buat kita sebak bila mendengarnya...
samada MJ tu islam atau tidak, tak payah lah kita nak menghakimi nya. itu antara dia dan tuhan nya. kita hanya manusia. tak layak nak kata dia meninggal sebagai muslim atau seorang kristian...
yang penting, dia sudah pun pergi selamanya dan tak mungkin ada king of pop yang baru...
Babak Paris anak MJ tuh mmg agak sedih..ekspresi dari kanak2 mmg sgt jujur..
dengar suara anak itu dalam menangis dalam radio pun terasa sebaknya.
kalau dah mati tu kubur jerlah... tapi kalau kita ni yang berjaya touch others life ... nescaya semangat kita tu akan hidup sepanjang zaman.... macam tu lah baru kena dgn peribahasa harimau mati tinggalkan belang.. manusia mati.... cheers...
walaupun lagu you are not alone by MJ tu famous, akhirnya kita akan alone jugak kan bila 'disana'?
:)
semoga roh beliau ditempatkan di kalangan org beriman...
3tahunmabukdilabuan - 3 tahun je kau mabuk? tak best
ferdows - yep, ucapan anaknya memang menyebakkan
47 - :)
bekam - apa nak buat, membesar bawah pengaruh MJ
kudingking - apa yang kita buat ketika hidup itulah yang akan dinilai sesudah mati, jadi pandai-pandailah nak hidup
weed - terdiam sambil pegang tisu?
1412 - terima kasih
zewt - yeah, i guess. but doesnt matter than how the memorial was like. praise to God, no matter what you call Him
pilin - agree
amirul - yeah, there is only one king of pop
xam - setuju
rambo - berat telinga mendengar, berat lagi yang memberi ucapan
jairo - cheers again!
firdaus - mudah-mudahan
Salam, Lucius & pembaca lain.
Terjemahan Surah al-Baqarah, ayat 62: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah(Tuhan) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
P/s: Mungkin sukar nak fahamkan bahasa asalnya. Jom kaji al-Quran melalui terjemahan dan tafsir. Kegemaran saya adalah tafsir al-Mizan yang tidak bias dan tidak fasis.
(Sama-sama kita elakkan daripada sekadar membaca semata-mata tanpa usaha berterusan untuk memahami kesemua empat Kitab Suci Tuhan)
http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
Untukmu MJ, apa pun agama anutan rasmi atau non-rasmimu, aku bacakan juga al-Fatihah dan selawat ke atas Muhammad & keluarga Muhammad. Moga rahmat Tuhan dan syafa'at kekasihNya akan menemanimu di sana.
anon@2:46 - terima kasih kerana berkongsi pandangan. ya sebaiknya kita mendoakan kesejahteraan setiap manusia tidak kira apa anutannya, warna kulitnya atau budayanya. yang itu lebih baik dari menyumpah mereka yang berlainan dengan kita.
Post a Comment