I
Michael Jackson, raja pop sedunia telah pergi meninggalkan kita semua tanggal 25 Jun 2009.
Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu seperti Billie Jean, Beat It, Thriller dan sebagainya pemergian Jackson ialah satu kehilangan yang besar.
Aku masih ingat lagi ketika di sekolah rendah, tidak jemu-jemu menonton pita rakaman video klip lagu-lagu seperti Beat It atau Billie Jean. Aku juga suka lagu Rock With You kerana ianya evergreen dan muncul pada tahun yang sama aku lahir. Dan aku suka lagu Ben kerana melodinya yang lunak dan filem itu sendiri salah satu filem kegemaran aku ketika masih kanak-kanak.
Selama 30 tahun aku membesar dengan lagu-lagu Michael Jackson. Agak menyayat hati bila memikirkan tahun-tahun kehidupan aku yang berikutnya tidak lagi akan diserikan dengan sentuhan seni Michael Jackson.
Semoga rohnya berada dalam ketenangan dan kedamaian.
II
Malam berikutnya selepas pemergian Michael Jackson, aku melepak di rumah sahabat. Sama seperti aku, si sahabat juga turut merasakan kehilangan lagenda muzik era moden ini.
Kami sedang berkira-kira untuk mengadakan upacara membakar lilin dan minuman ucap selamat sehinggalah Kamaruddin Mape, pembaca berita Buletin Utama di TV3 memaklumkan Michael Jackson telah memeluk Islam.
Seriyesli aku tidak tahu.
Untuk beberapa ketika kemudiannya TV3 dengan penuh ghairah bercakap tentang keislaman Michael Jackson hatta hingga memetik Jermaine Jackson (abang kepada Michael) untuk mengukuhkan fakta mereka.
Si sahabat berkata, “Aku ingat kita jangan bakar lilin. Sedekah Al-Fatihah saja kot?”
“Okay, kita sedekah tapi lepas sedekah kita buat juga bakar lilin dan minum ucap selamat. Kasi keluar vodka cepat”. Aku jawab.
III
Oleh kerana aku tidak tahu menahu perihal keislaman Michael Jackson, dengan pantas aku bertanya pada Lebai Google.
Sambil melayari ruang Internet aku terbaca juga blog-blog atau forum yang sibuk menuntut dan berbangga dengan keislaman Michael Jackson.
Ada juga yang mengupas isu sama ada kita patut merujuk Michael sebagai mendiang atau arwah.
Lebih teruk lagi yang berbincang sama ada Michael akan dikebumikan menurut cara Islam atau cara Kristian.
Ada juga yang pergi lebih jauh, cuba merungkai persoalan agama ketiga-tiga anak Michael dan bekas isteri beliau.
Memang agak lucu seseorang yang telah pergi, biar sekalipun seorang lagenda seperti Michael, dan kita sibuk berbincang tentang hal agamanya.
Kenapa agaknya kalau Michael Jackson seorang Islam? Adakah ia satu kebanggaan dan bukti yang Islam itu hebat?
IV
Sebenarnya hal selebriti atau orang ternama memeluk Islam bukanlah perkara baru. Dan lama lagi semenjak berpuluh tahun dulu bila kedengaran saja khabar angin orang ternama memeluk Islam kalangan umat Islam akan merasa bangga dan ghairah.
Ya, betul Cassius Clay bertukar jadi Muhammad Ali. Tapi berapa kali agaknya kita dihebahkan kononnya Neil Armstrong, Will Smith malahan Barrack Obama juga dikatakan memeluk Islam?
Setiap kali khabar angin sebegini meletus, emel akan tersebar dan hampir semua Melayu Muslim (untuk konteks Malaysia) bercakap mengenainya.
Semacam ada satu keghairahan di kalangan penganut Islam bila ada selebriti atau orang ternama yang memeluk Islam. Ia bermula dengan tabloid luar negara, kemudian bergema di tabloid tempatan kita sendiri (Harian Metro contohnya, bahkan kekadang Harakah juga turut serta), kemudian menjadi buah mulut ramai dan kekadang hingga menjadi bahan ceramah ustaz-ustaz di masjid.
Mungkin mereka yang seronok sangat dengan hal sebegitu, patut membaca artikel ini.
V
Berbalik kepada hal Michael Jackson, adalah yang bertanya jika benarlah Michael Jackson itu Islam bagaimana agaknya dengan anak-anak Michael? Atau bagaimana agaknya balasan Michael nanti dek kerana terlalu banyak pembedahan plastik yang dilakukan semasa hidupnya, oleh kerana dalam Islam ianya dikatakan haram?
Ada juga yang bebal hingga bertanya masuk syurgakah Michael Jackson nanti kerana hidupnya selama ini yang bergelumang dalam dunia hiburan?
Sebenarnya ini persoalan remeh dan tidak perlulah kita sibuk-sibuk hal sebegini. Apa pun agama Michael Jackson ketika hidupnya itu hal peribadi beliau.
Tetapi di Malaysia ini Melayu Muslim yang dididik ibarat kerbau dicucuk hidung memang merasa pelik lagi takjub akan hal sebegini. Sama seperti ada yang pernah bertanya kehairanan perihal Mike Tyson peluk Islam tapi badannya bertatu.
Jelas acuan budaya dan pendidikan kita menjadikan mereka ini semua agak tertutup, sama seperti isu menyentuh anjing atau masuk gereja.
VI
Kalau kamu tertanya kenapa agaknya jadi begini, maka mungkin artikel ini dapat merungkaikan kerumitan yang kita alami hari ini.
Bagaimana agaknya kalau Michael Jackson dulunya hidup di Malaysia? Setelah meninggal dunia bagaimana agaknya nasib anak-anak Michael, seandainya benar Michael memeluk Islam? Adakah ini bermakna anak Michael automatik Islam lalu menafikan Lisa Marie Presley dan Deborah Jeanne Rowe hak penjagaan kerana mereka bukan Islam?
Kata Harussani Zakaria, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam maka anaknya dengan sendiri beragama Islam. Nooh Gadut pula kata agama si anak mesti mengikut agama si bapa.
Lucu, hal agama yang patut menjadi hal peribadi kita semua ditentukan oleh lelaki-lelaki hidup mewah berkereta Rolls Royce, gemar berkuda atau berkapal layar dan menjadi ketua agama dengan nasihat dari alim ulama bergaji lumayan.
VII
Kembali sekali lagi pada Michael Jackson, sebaiknya tidak perlulah sibuk-sibuk berfikir betul Islam atau tidak akan beliau. Itu sepatutnya soal peribadi dan hanya antara Michael dan Tuhan.
Yang sama juga untuk setiap individu yang masih hidup atau sudah pergi.
Dan pastinya Michael juga tidak mahu kita sibuk-sibuk hal agama beliau. Bak kata memetik dari lagu Leave Me Alone beliau,
“So just leave me alone, leave me alone.”
RIP.
30 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 komen:
Selalu layan earth song & black and white kat TV2 dulu.
Ignorant bastard
Mungkin dorang terasa yang agama yang dorang anuti ni perlukan seorang "duta" untuk menunjukkan kecemerlangan dan kesucian agama itu sendiri sampaikan perlu taksub teramat dengan status keislaman seorang selebriti "gergasi" seperti Michael Jackson.
Sama seperti berasa bangga tak tentu pasal apabila seorang pelakon "kelahiran" Malaysia yang berlakon sebagai gadis Bond. Padahal sah-sah minah tu dah pegang pasport Hong Kong.
Terasa malu apabila Neil Amstrong terpaksa membuat sidang akhbar khas untuk menafikan yang beliau mendengar "laungan azan" ketika menjejaki kaki ke bulan. Siapa yang buat cerita tu?
Fuh..artikel yg menarik dude...
congrats!!
at least michael jackson boleh berdakwah secara tidak terus terang selepas die pergi. Mesti ramai yang nak research tentang apa itu Islam setelah mengetahui Michael Jacskson itu muslim.
" eh michael jackson islam? islam tu ape, jap lagi tanye pakcik google lah atau tanya member muslim mana2 lah.."
harap2 begitu
Heal The World - Michael Jackson
Bravo good artikel.
aku suka lagu Ben!
aku suka cara positif Noor Ashraaf
untuk pengetahuan anda.. orang yang masuk Islam walaupun sebelumnya dosanya banyak, akan terhapus dan dia ibarat tak der dosa. Macam michael Jackson tu dia buat pembedahan plastik n peluk islam kira tak per cause maser dia buat tu dia blum Islam n tak dok ilmu Islam..Hal Islam k tak dia tu aku setuju itu urusan dia dengan Pencipta...
Post a Comment