I
Ambil orang di lapangan terbang sepatutnya kerja mudah. Biarpun yang datang itu hanya 6 orang dengan 12 kotak sebesar budak. Cuma yang agak komplikasi ialah ianya berlaku pada hari Ahad, di Sabah.
“Nda dapat la bus. Sia mo pigi church ini hari.”
Jawab Encik W, pemandu kereta berbangsa Kadazan yang aku perlukan khidmatnya.
Dengan pantas aku tolak tepi semua pemandu yang bercirikan nama Kristian, dari 10 yang ada hanya tinggal 6 yang bercirikan nama Islam.
Tidak elok kacau orang lain beribadat.
II
Doktor, bukan perubatan, yang bekerja untuk sebuah syarikat kawasan perindustrian menjanjikan untuk aku beberapa sumandak penyambut tetamu untuk acara besar kami nanti. Petang Ahad itu si Doktor perkenalkan aku kepada mereka semua.
Memang da bomb.
Dalam mesyuarat sebelum ini jumlah sumandak yang diperlukan hanya enam, tapi aku perasan yang ada di depan mata tujuh semuanya.
“Yang ini pun penyambut tetamu juga?”, aku tanya pada si Doktor, merujuk pada seorang sumandak ber-hot pants biru.
“Eh yang ini my daughter la!”
Oops.
III
Hari Isnin, makin ramai pegawai-pegawai dari ibu kota yang tiba. Sehari suntuk aku berkampung di lapangan terbang, menguruskan pengangkutan untuk mereka semua dari lapangan terbang ke hotel penginapan.
Bila ada pegawai tertentu yang memerlukan perhatian istimewa, terpaksalah aku turut mengiringi mereka dari lapangan terbang ke hotel.
Di hotel, setiap tetamu akan disambut dengan welcome drink, termasuklah aku.
Itu baru kali pertama.
Tengah hari kemudian, aku tiba lagi di hotel bersama kumpulan pegawai yang berikutnya. Sekali lagi aku diberikan welcome drink.
Begitu juga berikutnya, sehinggalah pukul 5 petang aku telah menghirup 6 gelas welcome drink.
Akhirnya aku menghampiri Si L, sumandak pegawai perhubungan tetamu yang bekerja di sana.
“Wah 6 kali suda ko punya staff kasi sia minum welcome drink.”
“Oh ya ka? Bah sorry la nda kami perasan tu. Sia ingat ko ni hotel guest juga”, jawab Si L.
Tahulah tak handsome tapi janganlah sampai tidak perasan kot, getus aku dalam hati.
IV
Dalam satu perjalanan kembali ke lapangan terbang petang Isnin itu, aku memilih untuk menaiki kenderaan yang dipandu Encik W, si pemandu Kadazan yang juga merupakan pemandu paling senior dari semua pemandu yang aku ada.
Duduk di sebelah beliau, kami berbual banyak perkara. Dari Sabah sampai ke Semenanjung.
“Max, buli ka sia tanya ko sikit?”, kata Encik W, agak serius.
Aku kaget sekejap. Seingat aku memang tidak pernah aku kacau mana-mana sumandak Kadazan di Donggongon sebelum ini.
“Buli ba kalau tuan.”
“Sia punya anak, daughter, belajar sana di Semenanjung. Dia kawan sama itu budak Kelantan. Inilah sekarang mama dia tengah risau ni. Ko ingat, ngam ka itu kalau dengan budak Kelantan?”
Aku teringat kisah Clarice Gilbert. Aku tenung Encik W, dia tengok aku kembali. Perlahan-lahan aku geleng kepala.
Selebihnya dalam perjalanan ke lapangan terbang, aku bersyarah pada Encik W tentang komplikasi perbezaan budaya dan kepercayaan.
V
Jam 12.30 malam, butang panik ditekan. Salah seorang dari VVIP dalam senarai kami memerlukan sesuatu yang sangat mustahak. Pihak pengurusan hotel dihubungi dan sepantas kilat mereka bertindak, reputasi 5 bintang mereka kini sedang dinilai.
Lima belas minit kemudian chef bertopi tukang masak satu kaki tinggi di atas kepala keluar dari dapur dengan semangkuk bubur kacang.
Memang betul hotel 5 bintang.
VI
Pagi Selasa, hari besar untuk acara besar kami. Dari pagi hingga ke petang aku berkejaran ke sana ke mari.
Dalam dewan, runner yang ditugaskan untuk menghulurkan mikrofon kepada para peserta yang mengemukakan soalan nampaknya kurang faham apa yang telah aku ajar.
Pantang menghampiri mana-mana peserta yang sedang duduk dan meminta kad perniagaan mereka dari arah hadapan.
Pantang juga untuk mana-mana peserta yang mahu mengemukakan soalan untuk berceramah dulu. Just go straight to the question please.
Tapi aku rasa itu budaya Malaysia. Selepas jamuan tengah hari, dewan yang penuh tinggal separuh kosong. Selepas jamuan minum petang, dewan yang separuh kosong tinggal suku penuh.
Duduk keletihan di lobi hotel petang itu, Si L, sumandak pegawai perhubungan tetamu menghampiri aku.
“Ui kasihan ko ampai-ampai suda. Ko mo minum?”
Handsome juga aku, kalau tidak mana mungkin dia tegur. Aku senyum dan mengangguk. “Buli juga.”
Si L pergi mendapatkan minuman dari bar berhampiran. Di dalam kepala aku terbayang jenis-jenis minuman aramaiti yang selayaknya diminum selepas seharian bekerja.
Seminit kemudian, Si L datang kembali dengan segelas minuman kekuningan di atas dulang, ada sekaki payung kecil di dalam gelas minuman itu.
Ceh, welcome drink lagi!
10 komen:
dlm bilik hotel ada disediakan 'penyambut tetamu' ka? heheeee
patut kau bz
"Tahulah tak handsome tapi janganlah sampai tidak perasan kot, getus aku dalam hati."
Aku rasa hnaya inilah saja ayat yang benar dalam cerita kau tu!
Hahahaha
lelucon la entry kao kali ni..
Mana da orang Kadazan bawa bas di KK. Tu orang pilak suma tu..
hehe... bz memanjang kah ko bro?
wei dtg lah lbn kasi review skit
ini tempat.. psstt.. kestau uncle
W, kasi kanal ja anak dia sama sa..
;)
afterc - haha, bertuahlah kalau ada
blogger - :)
ejoi - sial la lu!
a8jnme - thanks
kudingking - siapa kata dia bawa bas? kau baca betul2 ke tak ni? Encik W pemandu kerajaan berhemah yang memandu Ford Everest
tenz - kalau datang labuan kena aramaiti tu
Kembung la ko dengan "fresh orange"..
Er.."welcome drink" kat sana dorang kasi "fresh orange" gak ke?
hahahaha nasib baik bubur kacang.
kalau tu cheff kluar bawa semangkuk air bilas tangan camana??
ingtkn montoku ka apa ka. rupanya welcome drink. hahaha
Post a Comment