I – Mahu Tinggal Di Sabah Bukan Sekadar Perlu Pandai Makan Bambangan
Setelah lebih 6 bulan di Sabah aku dapat merasakan asimilasi yang sempurna di sini. Kadangkala aku memandu seperti orang Sabah, kadangkala bila bercakap di telefon dengan rakan dari Semenanjung aku akan tersasul cakap Sabah dan lebih hebat lagi ada masanya aku lebih tahu selok-belok tempat di Sabah lebih dari orang tempatan.
Asimilasi itu penting. Dalam bahasa Melayu yang mudahnya ia tentang menerapkan peribahasa ‘masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak’. Ya, ianya soal di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Kita perlu mengikut acuan budaya dan resam tempat kita diam dan mencari rezeki.
Itu prinsip yang aku pegang. Dalam berpuluh tahun hidup di merata tempat, aku berubah mengikut keadaan geografi dan faktor demografi. Ketika di Kulim dulu aku belajar untuk bercakap loghat utara versi Pulau Pinang. Di Arau pula aku perhalusi loghat utara aku dan memperkayakannya dengan versi Kedah serta Perlis.
Kita perlu berubah mengikut keadaan setempat. Di Arau bila keluar bersama teman wanita menggunakan teksi aku akan memilih untuk duduk di hadapan bersebelahan pakcik lebai yang memandu teksi. Di Kuala Lumpur aku memilih untuk duduk rapat-rapat bersama teman wanita di tempat duduk belakang kerana brader pemandu teksi tidak berapa kisah. Pokoknya kita perlu fleksibel, sesuai dengan tuntutan keadaan.
Satu masa dulu aku pernah menulis tentang insiden buang bayi di UTP. Di sebalik pos tersebut aku juga membuat teguran ke atas pelajar UTP di Tronoh yang tidak berapa pandai menjaga kelakuan atau perangai bila tinggal di kawasan kampung seperti Tronoh. Reaksi yang aku terima dari pelajar UTP rata-rata negatif, hampir semua tidak puas hati dengan aku.
Orang-orang Malaysia (baca Melayu) memang mempunyai satu kecenderungan untuk tidak mahu menyelami kebudayaan dan cara hidup masyarakat yang lain. Bukan setakat menyentuh kaum lain, malah bila dengan kaum Melayu sendiri pun kadangkala gagal. Bila Melayu Selangor dicampak jauh untuk hidup bersama Melayu Kelantan, kemungkinan untuk berlakunya masalah asimilasi tetap wujud.
Mungkin sebab itu kita orang Malaysia kebanyakannya bukanlah pengembara yang baik. Orang Barat bila melancong mereka turun ke jalan untuk menyelami budaya dan adat resam negara yang dilawati. Orang Malaysia (baca Melayu) bila pergi melancong kita lebih suka turun jalan untuk membeli-belah.
“Jom pergi Vietnam, aku dengar kat sana barang murah.”
“Pergi Afrika? Ish tak mahulah, bukan ada jual apa pun kat sana. Silap-silap nanti kena makan dengan singa.”
Sekadar contoh.
Di Sabah ini bagi aku, bukan sekadar perlu pandai membawa diri dengan belajar cakap Sabah atau makan makanan Sabah. Lebih dari itu adalah penting juga untuk belajar adat resam dan budaya masyarakat di Sabah. Semua 32 etnik yang ada di sini. Dan juga penting untuk memahami cara hidup mereka dan berani menerima keterbukaan yang ada di sini.
Lalu ketika duduk berbual di Sabah dengan seorang rakan yang juga dari Semenanjung, aku ditanya soalan cepu emas kenapa agak susah untuk dia berkenalan lebih mendalam dengan sumandak di Sabah khususnya dari kelompok KDM.
“Kalau kau naik kereta dia, yang ada gantung lambang salib di cermin pandang belakang, kau sanggup tak?”
Dia jawab tidak.
“Kalau sumandak tu ada bela anjing cute di rumah, kau sanggup timang-timang anjing tu?”
Tidak juga jawapannya.
Aku tepuk belakangnya sambil menerangkan kenapa aku yang baru 6 bulan di Sabah lebih mudah bergaul di sini berbanding dia yang sudah hampir 2 tahun di sini.
Asimilasi.
II – Mahu Kahwin Sumandak Sabah Bukan Sekadar Perlu Cukup Wang Berian
Wang berian itu samalah dengan istilah wang hantaran di Semenanjung.
Salah satu penyakit untuk kebanyakan lelaki dari Semenanjung, termasuk aku, yang berpindah dan menetap di Sabah ialah kebarangkalian yang tinggi untuk sangkut dengan sumandak Sabah.
Ia bukan salah kami semata-mata. Bayangkan bila kamu bertembung mata dengan sumandak Sabah, yang tenungan tajam dan penuh makna mereka membuatkan kamu yang terlebih dulu berpaling dan tersipu-sipu malu. Dan sekali kamu tegur terpancar keramahan dan keakraban mereka, diserikan pula dengan senyuman.
Dari mata jatuh ke hati. Dari sekadar bercinta membawa ke ikatan perkahwinan.
Cuma masalah yang lazimnya berlaku ialah pertembungan budaya dan kadangkala, agama.
Soalannya sejauh mana orang Semenanjung (baca Melayu, khususnya) yang jatuh cinta dan berkahwin dengan orang Sabah mahu belajar adat resam, budaya dan bersikap tolak-ansur atas perbezaan yang mungkin wujud sesama mereka.
Si rakan dari Semenanjung yang bertanya kepada aku itu pernah berkenalan dengan beberapa sumandak dari kelompok KDM. Tapi semuanya perkenalan yang tidak pergi jauh.
Masalah dengan dia ialah sikap hostile diri sendiri terhadap adat resam dan budaya orang Sabah. Macam aku katakan tadi, Melayu khususnya ada kecenderungan untuk menjauhi diri dari mempelajari kebudayaan bangsa lain.
Memang susah kalau begitu. Apa lagi mahu mengikat ikatan perkahwinan.
Kahwin campur bukan perkara mudah. Kahwin itu sendiri kita tahu sudah terlalu rumit maka apalah lagi kahwin campur.
Perkara pokok di sini ialah sejauh mana kita boleh bersikap terbuka.
Adakah perlu merasa kurang senang jika ada lambang salib tergantung dalam kereta si sumandak? Perlukah merasa jijik mahu ke rumah si sumandak jika ada anjing di sana?
Semua itu tidak menjadi masalah jika kita sanggup belajar, menyelami dan memahami budaya serta adat resam orang lain. Harus faham di Sabah ini agama adalah satu perkara yang sangat terbuka, manakala bangsa itu sangatlah kabur dan bercampur aduk.
Maka bila kamu pergi ke majlis kenduri kahwin dan terlihat anjing duduk melepak di bawah meja makan, adakah kamu mahu buat muka jijik dan tidak mahu makan?
Itu yang berlaku minggu lepas ketika kenduri kahwin di Ranau, yang dihadiri aku berserta beberapa rakan Semenanjung.
Akhirnya aku yang terpaksa mengusap kepala sebelum mendukung dan memindahkan Jonie (anjing tersebut) agar selesa rakan-rakan Semenanjung mahu makan.
Hasilnya hampir semua lelaki Dusun yang ada di situ menegur dan berbual dengan aku, manakala sumandak Dusun yang ada menjeling penuh makna. Bahkan sehingga seorang lelaki Dusun penuh tatu di badan berkeras untuk aku tunggu sehingga upacara moginum di waktu malam.
Kerana anjing adalah sebahagian dari kehidupan orang-orang Dusun ini. Tidak merasa jijik dengan anjing bermakna tidak merasa jijik kepada mereka.
Ini bukan perihal masuk bakul angkat sendiri. Ini perihal bagaimana jika kamu boleh menghormati dan memahami cara hidup masyarakat lain, mereka bukan saja hormati kamu kembali malah sanggup menerima kamu sebagai sebahagian dari mereka.
Sama juga dengan hal lambang salib di dalam kereta. Kristian di sini adalah tunjang pegangan kelompok KDM sama seperti Islam untuk Melayu. Sama seperti kita mahu mereka merasa selesa dengan perkataan Allah yang digantung dalam kereta begitu juga kita perlu selesa dengan salib mereka.
Kakak bertudung di Sabah ini ramai yang tidak kisah duduk satu kereta dengan rakan Kristian yang menggantung salib di dalamnya.
Itu sebabnya kenapa dalam blog aku yang satu lagi, aku boleh mengembara jauh ke dalam perkampungan Kadazan di Moyog dan Babagon, berjalan di antara rumah kampung mereka dan babi-babi peliharaan yang bebas berkeliaran.
Tidak, bukan sebab aku gantung lambang salib. Tapi kerana aku menegur, tunduk hormat dan berbual mesra dengan mereka semua sebaik mungkin dalam dialek Sabah.
Dan cuba untuk tidak merasa gelisah dengan anjing, babi atau lambang salib di pintu rumah mereka.
Sama seperti Ian Wright mengembara ke seluruh pelusuk dunia mempelajari kebudayaan bangsa lain. Atau Anthony Bourdain yang mendalami adat resam dan makanan masyarakat asing.
Jika kamu tahu adat resam serta budaya individu tersebut dan belajar untuk menghormati dan bertoleransi dengannya, tidak wujud masalah untuk berkenalan dengan lebih mendalam mana-mana sumandak Kadazan, Dusun, Murut, Sungai, Lotud, Rungus atau apa-apa saja.
Dan ya, jika mahu berkahwin ia bukan sekadar soal jika cukup wang berian atau tidak. Ia juga soal sejauh mana kamu boleh menerima perbezaan yang ada dan menghormati itu semua. Keluarga si sumandak itu akan kekal dengan kepercayaan, budaya dan adat mereka sendiri. Mahu atau tidak itu wajib kamu hormati.
Rakan aku yang juga dari Semenanjung perlu lebih dari sekadar tahu cakap Sabah atau makan makanan Sabah. Dia juga perlu belajar dan hormati budaya, adat resam, cara hidup dan kepercayaan orang di Sabah.
Itu semua akan membawa dia pergi lebih jauh. Maksud aku, dalam konteks berkenalan dengan sumandak di sini.
Bila perkara itu semua sudah dibereskan, soal wang berian cukup atau tidak, bukanlah masalah yang besar.
13 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
37 komen:
piaget developmental theory.
next after assimilation, it's accomodation.
tapi tak semestinya yang sudah berjaya berasimilasi akan berjaya dalam peringkat akomodasi ini pula.
ah, lucius maximus!
siapa lagi bah yang buli tulis ini macam, yang buli pikir open minded kalau bukan ko!
atukoi!
I am not surprise if you are the one who end up marrying the sumandak there.
I am not surprise either that your mix marriage with her will go well n be the prime example to all others.
Haha!
Kalau ikut Kohlberg's moral development theory, Lucius sudah tiba di peringkat Post Conventional.
Social contract orientation dan universal ethical principle.
Good for u!
Yes, d attitude of d semenanjung who come to sabah, juz becoz our culture n religion is different.
good to know ur open to our diferences n able to deal with it. memang kau ni buli la tinggal di sabah, haha!
bout the marriage, yeah tough issue huh? ada juga sa kenal urang sabah yang kahwin melayu semenanjung tapi tia sukses oh. sa nda paham kenapa walapun suda convert tapi husband semenanjung masih lagi mo berkira pasal agama dia punya fameli.
mo keep in touch pun tia buli, apala mo balik kampung lagi for krismas, langsung no-no!
kenapa ya, encik lucius?
are semenanjung that close minded? sa tia pernah sampai sana so sa tia tau ni bah
and i forgot to mention about pluralism.
good for u, aku dah setahun di kelantan, aku masih gagal makan budu.
aku tak boleh tolerate dengan kandungan garam dalam budu
Someone promote ur blog to gua. we have diferent oponion. u make gua respek to u.. u are amaizing.. gua pernah duduk sana jugak masa kecik dulu.. gua belajar kat arau.. jengka.. but when enter in dunia kerje ni.. keadaan membuatkan gua berubah, bukan tak bole terima asimilasi but until now, gua just start ngan adaptasi dulu.
haa ah... yes lucius
aku amat terharu pada 'post'ni..
klo tak silap aku "bambangan" tu sejenis jeruk kan..(rasa sedikit masin), "wang berian" ngko dah jelas kan..
bila aku tengok 'globe trekker' gelagat 'Ian Wright' (dlm hati kecil ku secara spontan berkata 'best gak')dlm bab bagaimana dia cuba memahami adab dan budaya tempat yg dia kunjungi....
aku cuba jadi org perak yg open open minded.... he he
dulu aku nyaris kawin dengan seorang perempuan dusun...
ah, entri-entri kau akhir-akhir ini memberi nostalgik peribadi untuk aku.
Hoho.
bambangan is one of them, beside tuhau, tarap n so on.
;)
n oh ya. utk mensapot artikel ini, sy as one of org ranau prefer anjing compare kucing. hee.
Ramai juga orang lelaki semenanjung yang kahwin perempuan muslim sabah dan sudah beranak pinak pun. Tapi sikap memandang rendah sama orang sabah (muslim ka atau tidak) tetap tinggi sama macam mula-mula mereka sampai di sabah.
Hairan aku...
Cuba kaji lelaki-lelaki semenanjung yang kahwin perempuan-perempuan sabah terutamanya yang di ranau atau tepatnya di kg tagudon baru itu... hehehehe...
Padam komen ini jika tidak berkenaan. Araimaitee
samak tak pas pegang anjing?
hehe
Mr Lucius,
Saya ni pembaca hantu blog Lucius semenjak tahun lepas lagi. Memang selama ini tidak pernah bagi komen langsung, baca saja. Tapi kali ni saya terasa mo komen kerana pos Lucius sangat bersangkut-paut dengan diri saya.
Sebelum saya proceed, mo kasi warning awal-awal yang komen saya ni agak panjang juga. Harap Lucius paham. Dan satu lagi maybe I will mix between malay and English through out the writing. I hope its okay.
Well the most interesting part for me bout your post is the one on mix marriage between semenanjung and Sabahan. Sebab isu ini sangkut-paut dengan saya, I have been thru it and I just wanna share it here with you and the readers.
I am a Murut woman, married to a Malay guy from Melaka for 2 years before we finally agreed to go separate ways (bercerai talak satu) early last year. Yes I was a Christian before marrying him. For the sake of marriage I converted to Islam. Now selepas kena cerai talak satu, saya sendiri pun tidak tahu if I am still a Muslim atau tukar balik jadi Christian.
Tough thing kan?
We got to know each other during my study years in semenanjung, at Universiti Malaya. He is already a career guy during that time, 27 years old and I was 24. We dated for 3 years before he finally decided to propose me.
Mula tu memang susah. Macam Lucius cakap dalam pos, we have the differences. The race and religion of course jadi isu yang paling besar. I was reluctant to convert, I grow up as Christian so what do you expect? And marrying him bermakna I am breaking the family tradition. None in our family has ever married a Malay Muslim before.
But he assure me that everything gonna be okay. Of course la he wont be expecting me to tiba-tiba pakai tudung and shits. I mean despite him being a Muslim as you know, he still drinks, gamble (beli nombor) and yes we slept together before getting married.
No issue kan, those kinda things are normal.
So walaupun saya reluctant mulanya, I finally agreed to marry him. I trust he will be reasonable with me, tak terlalu demanding on the religion part and flexible on me being a Sabahan Murut, my lifestyle and my family yang Christian.
The family on both sides, well they are not very enthusiastic with it. His family kinda berat hati and my family pun sama. But again we believe its not going to be a problem, as long as we both love each other the family issue shouldn’t be the batu penghalang.
So I did the conversion thing, belajar about Islam sikit and yes even went thru a painful process to get rid of my butterfly tattoo, becoz he said kubur tak terima my body nanti when I pass away?! And before I can really pronounce the syahadah perfectly, we are married.
As we both working in KL the city become our home base. Things seem pretty cool, he is still the liberal guy I know doing things which I have learnt are sinful and haram to Muslim. I was not being told to wear tudung, sembahyang pun tak kena paksa. But of course la I stayed away from church, I no longer wear my cross necklace because as he said I am a Muslim and no longer a Christian.
Psst, but tell you I still don’t have faith in Islam. Another story.
But I guess this is the thing about the Malay. They can be so open and liberal but yet so close minded on other religion. Macam yang Lucius pernah cakap, Malay can drink, have sex and gamble but then when they see the cross of Christ or heard anything about church they start to become orang alim dan ustaz.
Right?
So he still drinks. But when it comes to Christmas and I begging him to take time off so we both can go back to Sabah and celebrate it with my family, he start giving excuses. And one of it was we are Muslim so there’s no need to celebrate Christmas!
Tapi niat saya balik is just to spend time with family, becoz Christmas is our annual family gathering just like balik kampung for hari raya. I don’t need to go to church or whatever. It’s fine with me.
But not ok to him?!
And even when one of my cousin getting married, and of course la as Christian she getting married at the church, he still refuse to come back to sabah and attend the wedding. I was damn pissed, question is murtad ke kalau masuk church?
His excuse was it’s a Christian punya worship house so Muslim takleh masuk. And plus the wedding ceremony involve some religious ritual which the muslim cant take part.
His ass. I wonder lak drinking beer and gambling tu bukan haram ke dan lagi berdosa? And yet he still does that.
One year into the marriage, I started to feel unhappy with him. I sense he is trying to keep me away from my family. Yet also at the same time I found myself not being accepted by his family. Balik raya, I felt alienated by his huge family of 7 siblings, yang semuanya semenanjung people. Just because I am a non-malay and used to be a Christian.
Bullshit lah!
And I know his mother never approved of our marriage. I happened to discover this myself when she talk to one of his sister yang she have to let him marry me becoz her son dah kemaruk sangat, maybe becoz dah kena sihir with me.
Another bullshit!
But believe me the worst is yet to come. I got pregnant and when I thought this will at least make things better for me and him and his family, it turned out to be a blessing in disguise!
I give birth to a baby boy. And biasalah after labor while still dalam pantang, I prefer to went back to sabah with the baby and stay with my parents. I prefer my mum to look after me and the baby but what I got was a big no-no.
The reason because his family want him to send me to them. Because kalau saya balik sabah the baby gonna grow up in a Christian environment and kena baptized di church dan jadi murtad!
It all went downhill from there. I cant take this anymore, all this effort to pisahkan myself from my family, his paranoia to my family and such. I feel he never try to understand my family and our culture. I think he is behaving like a hypocrite becoz perasan macam dia alim sangat tapi still buat benda yang haram.
All this because him being a malay muslim dari semenanjung, yang memang anti dan takut sangat dengan Christian.
So why bother to marry me at 1st place if he cant take this differences?
It is all the same kan? He met me and thinks he is so cool dating a non-malay and non-muslim. So liberal and open minded in the beginning tapi once they start the family, tiba-tiba rasa insaf and try to be true muslim.
Tapi true on the part yang menguntungkan dia saja la.
We got ourselves into a lot of argument. I demand more rights for myself, right to be with my family, right to be respected by him and right to be fully understood on my culture. He never give a damn bout all that.
What happens next? His family interfere and his mother start telling him it’s a mistake to marry me. And me being a converted muslim apa semua, kononnya tak berakhlak and terbawa-bawa perangai jahat myself when I was a Christian before.
Like his asshole son tu baik sangat.
I had enough. I cant live with him, I cant let him take me away from my beloved family. Saya tak boleh hidup dengan orang yang tak boleh memahami dan menghormati saya, budaya saya dan cara hidup saya.
We went through a lengthy divorce process. Of course la kan the Islamic way. Naik turun mahkamah syariah and yes I tell u, all the time it was like I am the one, the culprit, the perempuan rosak who fail to be a true muslim.
Because I asked for the divorce.
And the law side with him. Even the hak penjagaan of my son was given to him. Because if my baby stay with me he is going to grow up in that Christian environment and jadi murtad like what they are so afraid of.
Apa yang saya dapat? Nothing.
I wasted 2 years of my life with him, 5 if you plus the dating years. I got scar at my back resulting from the painful tattoo removal process. I forgo the dream of every young Christian girl to walk down the aisle of the church with her dad because I chose to marry a muslim guy.
All that for him. And you know what he said to me after we finalize the cerai? He thinks he needs to be with a Malay muslim woman because he need such woman to take care and raise the family in a proper Malay muslim way. Because he is not so good in Islam so he needed someone with good knowledge on the religion to help guide him.
All this while, masa he so eager to ask me to marry him, tak pernah pun occur this entire thing. Why only after we got married?
Perhaps he changed. Maybe as he grow old and having responsibility baru sedar nak jadi alim, nak jadi true muslim nak jadi true Malay.
I don’t mind that. Yes I was willing to learn bout Islam, yes I was willing to listen to him just for the sake of the marriage and our little boy. The only thing that I asked him to tolerate is to accept my family, the differences they have. The only thing I need from him is to take me as I am. Yes I am not a Malay, I am a converted so live with my lacking that’s all.
But I guess not.
So Lucius that’s my story. I just wanna share it with you because I can see you are different. I don’t know if you are open and liberal now but mellow down once you start your family. We never know.
But knowing you through your blog, I guess maybe you are indeed different. You seems to be open to Christianity and other religion, you are more tolerant and hell you are even critical of your own religion (you muslim kan?).
Yes it didn’t work out between me and him because there was lack of tolerance, lack of understanding and willingness to accept each other differences. Like what you said. I agreed with what you wrote. Any semenanjung people who wish to marry sabahan, especially the non-muslim sabahan need to be able to tolerate, understand and willing.
I’d be lying if I tell you I have no regret with the decision I made. Because of what happen I quit my job, come back here to sabah to live with my family. I need them, their support. And yes the environment here, the openness here makes me feel better and able to assimilate (pinjam kata Lucius) as I have been before.
It’s painful of course. Kalau saya mahu jumpa anak saya, I have to go there to semenanjung. I can’t take him back here even for a week or two because ‘the lack of Islamic environment in the family’, as what the syariah court decides.
Him? He is happy now married to a Malay woman yang semestinya true Islam. Just like what he need I guessed.
I guess that’s all. Panjang saya membebel. I have to create a different blogger ID, privatize it because kalau anonymous I don’t think you would entertain me (not that I need attention). But privatize because I know there will be assholes like him who will going to attack me personally.
Sorry I took kinda long commenting. But I just want to share what I have experienced on this mix marriage thing.
Maybe this can be a story to share with others. I know there are many other sabahan out there who married semenanjung people, especially those who have to convert and such. And maybe to those sabahan (girls especially) who are non-muslim and planning to marry their muslim boyfriend, at least my story can give you all something to prepare for or work out with your boyfriend before procceding with the marriage.
You don’t have to reply this Mr Lucius but yes I do hope if you can say something on this. You always have a different view on thing and I would love to know what you think.
Thanks for the time. Saya rasa macam menulis untuk cik sri siantan.
pada aku, majoriti rakyat malaysia, melayu terutamanya macam ada letak dinding pada diri masing-masing. pulak tu, tak tau nak membezakan agama dan budaya.
baru-baru ni, abang kepada kawan aku berkahwin dengan perempuan sabah. dan bila aku dengar benda-benda yang terjadi waktu perkahwinan abangnya. aku envy. sangat menarik.
Ui na, gila panjang komen si clarice.
sa pun ada satu auntie yang convert dan kahwin sama urang semenanjung. lasted for 13 years with 2 kids before they decide for divorce.
similar story. ex husband mula-mula macam ok ja, open n yes they still come back here to sabah once in a while.
it was only that sa punya auntie convert cara kampung and just for the sake of the marriage. indada belajar pasal agama but the ex husband himself was ok with it in the beginning.
but after few years i think the ex husband changed. dia mula mo serius bab agama ni bah n start to pressure auntie sa. have to wear tudung, pray 5 times a day, go for haj n puasa lagi.
prob was auntie sa nda mo buat ni semua coz deep inside she still a christian. they cant settle this differences so the obvious answer was divorce.
nda juga sa paham, coz dulu ex husband dia bilang nda kisah kalo auntie sa mo remain a christian atau nda betul2 mo practice islam.
the 2 kids now live with the father. dengar cerita macam ni memang sedih dan takut oh. jadi sa buli paham juga la apa perasaan si clarice tu. sa harap clarice pun ok dan tabah macam auntie sa.
Diam tak terkata lepas baca cerita Clarice Gilbert.
I think her comment has taken centre stage from your post :)
You should reply on that Lucy, give us what your view will be
admin, sila respon komen clarice. i wanna know ur opinion.
dari pandangan aku lah sebagai orang sabah, walaupun bukan 100% sabahan sebab mak aku org perak, kita memang perlu bergaul, bersikap lebih terbuka dengan orang lain. tp, kena letakkan limit lah. agama kita x melarang kita berkenal-kenal, bermesra dengan agama lain, tapi, jangan pulak kita gadaikan agama kita.
i have a lots of kawan2 yg non muslim. they drink. tp saya nda la ikut moginum sama2. haha
ekceli rasa sedih bila ada kawan-kawan yg muslim pun minum. aiyaa..
mcm clarice cerita ni la. islam, tp minum arak, main nombor. fundamental agama tu dah hancur, memang tidak ada base pun, bukan setakat MENYUSAHKAN orang, tp memburukkan agama sendiri.
bikin panas ba kn org mcm ni?
patutnya dia yg guide. bagusla tu clarice kmu tulis cerita pasal hal kahwin campur ni.
kalau sudah lain agama, mo kahwin juga senang ja aturan dia bah:
1) cinta agama kekasih kau dulu
2)sudah cinta baru kau convert ke agama dia
3) baru kau kahwin sama dia
tapi kalau kau nda cinta atau percaya agama dia, bagus ko nda payah convert lagi, nda payah kahwin sama dia...
jangan menyesal kemudian, itu ja asal kamurang tahu
i think that is very typical of the malays.
as they grow old, the start to have self realization and turn pious. and then they blame it on their originally non-muslim spouse who lack the religous knowledge just because the malay husband themselves failed to teach them anything bout it.
who knows, even lucius maximus might end up like one some day
Terima kasih pada semua yang memberi komen. Menyentuh isu kahwin campur, memang ia bukan perkara yang mudah dan banyak perlu difikirkan sebelum kita benar-benar yakin untuk meneruskan perkahwinan.
Untuk Clarice Gilbert, terima kasih kerana berkongsi pengalamn kamu. Saya akan cuba mengulas kisah kamu berdasarkan pada pendapat saya sendiri. Harap beri masa kerana isu yang kamu bangkitkan bukanlah benda yang mudah untuk dihuraikan.
Teruskan memberi komen dan berbincang. Aku cuma harap jangan ada yang bersikap tertutup atau cuba kutuk mengutuk. Yang itu aku akan reject komennya.
setuju dengan 'asal kamurang tahu'. kalau tukar agam sebab nak kahwin, memang susah.
macam auntie sumandak rumandawi tu, dia remain kristian kan? so macam mana dengan anak dia? muslim ke atau jadi kristian?
dan bab tatu tu memang kena kikis la. x kikis nanti mcm mana bila dah tua nanti walaupun dah masuk islam tapi bertatu.
masalahnya ramai yang muda pikir seronok kahwin je, konon x kisah kalau lain agama atau partner tak ikut agama betul2. tapi kena ingatlah bila dah tua, kubur kata mari rumah kata pergi takkan belum nak insaf kot.
time tu la aku rasa masalah akan timbul. kalau yang si convert tu convert atas nama je, boleh ke nak pergi haji di mekah? boleh ke nak tanam di tanah kubur orang islam? kalau pulak dia tu bapa, macam mana nak jadi wali anak perempuan dia kahwin?
banyak kena pikir. jangan pikir nak kahwin je tapi lepas kahwin huru-hara.
kisah si clarise ni mmg byk berlaku terutamanya dikalangan yang kawin campur ngan org dari semenanjung... kalau among sabahan errmm rasanya kurang la isu ni pasal mereka mmg sudah sedia maklum dgn cara2 hidup masing2
saya suka Matlan Marjan!
aku tak fikir ianya tentang menjadi melayu atau agama islam. ianya adalah tentang manusia.
manusia ada pelbagai ragam dan peel.
semua bangsa ada ragam manusia baik dan buruk. phobia dan sebagainya.
ianya tentang manusia.asimilasi sebagai manusia sesama manusia.
ianya sebuah artikel yg sangat bagus,saudara lucius.
clarice, you're not alone.
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
Sekadar nak komen..
Tatoo untuk "saudara kita" yang baru convert tidak perlu dihilangkan. Boleh check pada fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan (tahun berapa tak ingatlah pulak) atau check dengan cerdik pandai agama masing-masing.
Kahwin campur ni kalau kena dengan cara dan niat yang betul, susah nak jadi macam cerita Clarice tu. Moral dia ialah untuk kawin campur ni, kena kuatkan pegangan diri dulu sebelum cuba2 membawa buah hati masuk Islam. Kemudian ditinggalkan terkontang-kanting. Bila dah jadi macam Clarice, sapa yang nak bertanggung jawab?
Simpati jugak pada Clarice.
aku dah duduk 4 tahun kt sabah, dan aku lebih tahu jalan sabah lebih dari jalan2 di Penang (tmpt asal aku).
Amazing kan??
bab lain aku xnak komen. sensitif sgt. ilmu x cukup
thumbs up!!...i like ur entri..ni buat aku makin sayang sm ko ni..huhuhu
good one bro!.
aku tertinggal keretapi untuk beri komen.
itulah masalahnya.
dengan kaum Melayu ini.
proses asimilasi ini yang penting. bagaimana kau bergaul dengan persekitaran kau.
pokok pangkal diri sendiri. kalau bergaul sampai kalian lebih daripada mereka, mereka akan suka tapi berbaloi kah?.
aku sendiri mahu hampir kahwin dengan awek POLISH masa belajar dulu tapi terkantoi lak ada GF lain. :P .
dan aku sendiri pernah hadiri masjlis perkahwinan coursemate aku di gereja. takde masalah pun. we were treated like keluarga belah lelaki lagi gitu!.
it's all about how you mix and blend it together. stir it very well and try to not spill it from the bowl and you will have a good nice delicious cooking.
Mama aku Cina (katolik) bapa bumis Sabah (Islam). Krismas dan Hari Raya adalah masa yang paling aku tunggu-tunggu sewaktu kecil dulu kerana akan dapat Angpau. Makan dan minum di rumah sebelah mama indada masalah bagi sia. Makanan di rumah stail Cina. Restoran atau gerai yang kami sekeluarga kunjungi adalah Cina. Kalau bukan masakan cina susah bah mau telan. Mee makanan utama kami sekeluarga. Bila aku merantau belajar di Semananjung sya amat sukar menerima sesetengah jenis masakan. Mau pigi gerai Cina takut inda halal, walaupun di Sabah sya tidak ada perasaan was-was tu. Rakan-rakan semenanjung samada Melayu, Cina atau India menganggap orang sabah ini amat mundur. Tapi sya inda paduli itu semua sebab mau berjaya. Sya berusaha mendapatkan sumandak tapi mungkin inda ada jodoh sya kecewa dan terus menyambung pelajaran. Semasa itulah sia berjumpa isteri sya anak jati KL yang sya rasa agak open sikit. Tetapi bila sya bawa dia balik kampung di Sabah (sya punya kampung tu Bandar sebenarnya)ada sikit masalah iaitu sya tidaklah dapat mengunjungirestoran atau gerai kegemaran sya diSabah. Balik-balik pigi kedai Mamak. Bila hari dekat Krismas dia capat-capat ajak sya balik KL dan bila Raya dia lagi paning sabab umpama Tahun Baru Cina di rumah mama sya. Sia terpaksa pergi curi-curi ke my Fav restoran. Kini sudah labih 20 tahun disini sya bila balik ke Sabah selalu merasa was-was seperti mereka jua. Bayangkanlah jika sya punya isteri itu dari kampung, yang tidak ada peluang bergaul dengan kaum lain. Dengan Orang KL pun sya ada sadikit masalah.
Itulah sedikit tentang cerita dari sya bergaul dgn orang Malaya.
mfrahim
My grandfather was Chinese immigrant from mainland China. My grandmother was Orang-Sungei (bumiputra Sabah). That made my father a Sino-Sungei (religion was Anglican Christian). My mother is Chinese (religion is Buddhist). My father married a second wife, a Muslim native of Sabah without converting to Islam which I guess is against the 'Malaysian' Islamic law.
My point is that the law is man-made and only in Sabah which is big and far from the power center of Malaysia, can such thing happen. Sabah's most tolerant community is also a big PLUS factor. In Chinese, there is a saying that means something like this, "The mountain is high and the emperor is far away. There is a limit to the power of even the emperor"
Last but not least, the concept and definition of 'marriage' is out-dated and is too closely linked to religious dogma. It is facing not just the problem of inter-faiths marriage but other issues like same sex marriage.
Now there is an on-going discussion in the international community to create an alternative socially and legally binding secular concept of relationship that is not burdened by the dogma and dictates of religiosity. Your faith is your own and it can be separated from a relationship between 2 humans, if both parties is agreeable to it. As for same sex marriage, who define that marriage is for the sole purpose of propagation of the next generation? This strict definition is just another religious doctrine that we are all brought up to think it is gospel truth.
This alternative socially and legally binding secular concept of relationship between 2 human (regardless of gender) will not replace the religious concept of 'marriage' but is an alternative to the maturing human society. So for those who still wish to have their relationship be blessed by the creator of their faith, 'marriage' is still available for them.
Itu lah masalahnya Orang Malaysia (baca Melayu), tebal betul racial barrier mereka. Kalau aku pergi business trip ke luar negara, aku lebih 'selesa' pergi dengan colleague-colleague japan aku daripada pergi dengan Orang Malaysia (baca Melayu).
Bila sampai satu-satu tempat tu, mulalah buat perangai. Itu taknak, ini taknak, itu tak boleh, ini tak boleh. Dah sampai tempat orang, kena la belajar budaya orang. Setidak-tidaknya cuba belajar. Kadang-kadang tu, cuba pun tak mahu.
Aku sangat kecewa dengan Orang Malaysia (baca Melayu) dalam hal yag ini.
helo...when i found diz blog im really interested with it...why? easy...i have a ibanese girlfriend...even its not sabahan but i think i should say something here....im a malay young man who fall in love with ibanese kristian girl...some people say love is blind...but im not agreed with that, because we can choose who should we fall in love with...BUT...im really fail with that,im really dont know why, i not blinded cause i still got 2 eyes and im not oku....tp tu cerita lain laa...saya juz nk bg pendapat dlm hal ni dan harap x menyinggung sesape.....im a man from semenajung...sye juga ada gf dari sarawak yg bragama kristian....lps baca comment dari atukoi85....saye mmg terasa...walaupun blum kahwin tp ada hubgn mix camni mmg ssh...dari segi adat dan agama akan jadi penghalang....some people will sacrifise their agama untuk cinta...bt some people not..gf saye still ragui dgn kesanggupan saye...ape yg dia bimbang same dgn ape yg terjadi dgn atukoi85...and im admit it...saye pn ragui kalu2 saye x bleh terima adat2 orng iban...bt what can i do...before our relations maju selangkah sye dh usaha untuk belajar ape yg saye perlu...wlpn x dpt komitmen dri gf sye coz die x setuju...im still try my best...i learn to talk iban, i learn their lifestyle, saye bnyk belajar dari adik gf sye...smpi dia skang jdi antara bez fren sye....tp walau ape pn yg sye buat, some things will not change....kami x nk tersilap langkah...x nk meluka kan hati parents, x nk ambil risk...n mcm2 lg....ok laa tu cerita saye...walaupepun pendapat saye dlm kahwin mix ni cuma komitmen yg kita boleh bg....mcm saaye kate td...adat dan agama is a different thing...orng melayu bleh ikut adat mana2 bangsa sekalipun selagi x melanggar hukum agama....cuma yang perlu hanya lah komitmen & kemahuan...kalu sesape yg nk convert juz beacause nk kahwin dan sbb cinta sye cadangkan fikirlah balik...walaupun benda yg sama berlaku pd saye....sye cintakan gf sye, sye snggup belajar ape2 psal orng iban, tp sye x bleh ubah agama gf sye....kalu dia x terbuka untuk islam what else can i say?...wlaupn sye bukan seorang alim tp skit psal agama ada dlm diri sye...sye pon ade blaja skit2 psal kristian...saye pon prnh msuk gereja...dan mmg x salah dan x dosa...even my ustaz pn masuk gereja...dia ckap perlu utk belajar tntg agama lain...secara basic kebanyakkan agama sama...buat salh dosa...tp kalu sentuh bab agama mmg sensitif untk kebanyakan orng...sye mmg mengaku orng melayu agak closed minded kalu bab2 ni...tp bukan semua...its happen to me...kwan2 saye prnh mrh saye bawa kereta gf saye yg ada lmbg salib...saye terima mereka mrh tp sye still berpendapat x salh pon....i know who i am...plng pntg niat...last word thanks laa kat atukoi sbb ceritakan kisahnya yg bleh jadikan teladan....lg skali dlm hal kahwin mix ni yg menjadi masalah ialah komitmen dan sikap manusia sendiri...bukan semua kahwin mix fail...ada juga yg bahagia...sye pon berharap sye berjaya memilih jlan yg btol....tp walau ape pun sye mmg sygkan gf sye...pray me for gud luck...thanks guy
Post a Comment