Hari ini aku belajar untuk menerima hakikat tersebut. Segala idealisme yang dimiliki masa muda kini disilih ganti dengan realisme.
Mencecah umur 30 tahun aku lebih realistik dan tidak lagi terlalu idealistik.
Malam tadi realisme sekali lagi menumbangkan idealisme. Atau seperti apa yang aku pernah sebut minggu lepas, pasukan kedua paling pragmatik (atau baca realistik) menumbangkan pasukan kedua paling idealistik di dunia.
Bertahun lamanya Arsene Wenger berpegang pada idealisme bolasepak bukan tentang perniagaan atau duit dan ianya sukan yang indah dan perlu dimainkan dengan matlamat untuk mencapai nilai astetika yang tinggi. Wenger mahukan kemenangan tetapi tidak sebelum Arsenal mencapai nilai astetika yang menjadi matlamat mereka.
Chelsea pernah melalui denai yang serupa dengan Arsenal sebelum ini. Zaman Renaissance dari tahun 1996-2000 menyaksikan Chelsea bermain gaya bolasepak ‘seksi’ yang mempersonakan, tetapi ketiadaan konsistensi menentang kelab-kelab yang lebih kecil menafikan The Blues peluang untuk mencabar kejuaraan liga.
Hinggalah bila Roman Abramovich membeli Chelsea dan Jose Mourinho membawa masuk nilai-nilai pragmatisme dalam bolasepak Chelsea yang menjadikan permainan mereka lebih realistik dari idealistik.
Cemburu peminat Gunners pada Chelsea memang beralas. Jika tidak kerana Chelsea mungkin Arsenal berjaya memenangi gelaran EPL berturut-turut pada tahun 2005. Jika tidak kerana Chelsea juga pastinya Arsenal kekal sebagai satu-satunya kelab paling gah sekitar London. Dan jika tidak kerana Chelsea mungkin Ashley Cole masih kekal di Arsenal.
Boo-boy Ashley Cole ialah pemain terbaik malam tadi. Bagaimana dia memperdayakan Theo Walcott sebelum hantarannya disumbat ke dalam gol sendiri oleh Kolo Toure ibarat menusuk pedang Cossack ke dalam jantung Arsenal. Seorang lagi boo-boy malam tadi, Didier Drogba menjadi arkitek gol pertama bila tendangan percuma beliau disambut baik oleh Alex.
The babies. Pemain dan peminat Arsenal. Cesc Fabregas lebih gemar menyindir Drogba sebagai kaki terjun bila beliau sendiri menjadi punca Chelsea mendapat gol pertama. Dan pengunjung Emirates lebih gemar menghina Cole yang di akhir 90 minit membuktikan permainan beliau menyumbang kepada kekalahan terbesar Arsenal di tempat sendiri sejak 1977.
Bezanya bila Nicolas Anelka merembat kencang dari luar kotak beliau memilih untuk tidak meraikan jaringan beliau demi menghormati kelab lamanya. Now that is the real grown up man.
Kekalahan malam tadi meletakan Arsenal secara sah di tangga ke-4 EPL musim ini. Masih boleh layak ke Liga Juara-Juara tetapi pastinya ketinggalan jauh dari Big 3 di atas mereka. Ia bukan pencapaian yang baik dan hanya kerana Aston Villa atau Everton belum cukup kuat yang memastikan tempat ke-4 milik Arsenal.
Tidak dinafikan Arsenal bermain lebih menarik dan cantik berbanding Chelsea. Tetapi dengan 4 gol di tempat lawan permainan Chelsea pastinya lebih efisien dan realistik. Ia menjamin 3 mata penuh dan kelayakan automatik ke Liga Juara-Juara.
Arsene Wenger mungkin masih berpegang pada idealisme boalsepak beliau. Bakat baru, tenaga muda, permainan pantas, menyerang, menarik dan sentiasa mengejar matlamat nilai astetika yang tinggi. Tapi bagaimana agaknya falsafah begitu mampu mengatasi Chelsea, apa lagi bapa segala realisme dan pragmatisme bolasepak, Manchester United?
Sekali lagi realisme menumbangkan idealisme.
Untuk peminat Manchester United, ia berita baik buat mereka di Rom nanti.
Orang tanya kenapa Kolo Toure jaring gol sendiri? Aku jawab kerana ada pelombong blood diamond dari Ivory Coast di situ, macam mana tidak panik!
19 teguran:
second time in a week aku type pepatah ini
"Arsene Knows.................. how to lose"
ha ha
haha..hey EPL fan should unite lah come on...our feared enemy is Serie A and La Liga...
Premier League ni cam lawan bola adik beradik je bagi aku...
aku menonton perlawanan yang boleh diibaratkan penentuan tempat ke 3 dan ke 4 untuk BPL dan juga ECL di souled-out dengan senyuman.ramai gadis2 cantik peminat MU disana yang juga tersenyum2.mereka sangat seksi.kami bersama2 menonton perlawanan penentuan tempat pertama sebelum itu. tevez heading tiang gol.semua ketawa.liverpool kembali ke tempat ke 2.
Saja kasi intro pepanjang.
Arsenal kalah sebab gaya permainan mereka adalah gaya orang tak tahu nak menang. mereka takda spirit untuk melawan.mencari gol. bendtner nampaknya ada kesungguhan.
Abidal, nampak seperti perlu latihan basic footbal seperti menahan bola dan membawa lari bola,tapi bola lekat dikaki,bukan jauh 3 kaki.aku yg tak minat arsenal pun kecewa dgn gaya abidal,song dan lain2. langsung tak kreatif.
Anelka, aku baca dalam paper/magazine memang seorang yg dikagumi kerana mempunyai ketenangan,walau waktu menjaringkan gol atau miss penalti. jawapan anelka kepada persoalan itu ialah, Agamanya menjadikan dia sebagai orang yg tenang.
cayalah anelka!
Walaupun kalah, Arsene Wenger boleh cakap besaq yang arsenal main bolasepak dengan hebat dan cantik. Cuma team kurang mantap dalam perlawanan semalam yang buat bolos 4, satu daripadanya pun mintak tolong Player Arsenal!
And because of idealism that the Gunners are "The Invincibles" in the 2003-04 season.
And believe it or not, you really need IDEALISM!
Apapun, tahniah la atas kemenangan malam tadi dan disebabkan kemenangan itu, Chelsea hanya masih mampu duduk di bawah Liverpool yo!!!
HAHAHAHAHA
Tak kira la sapa menang malam tadi, yang NYATANYA kedua duanya sudah kalah perang!
Keep up the good work Hull City!
Jorji, Abidal ke Diaby?
Hang cerita Barca ke Arsenal?
Tahniah Chelsea. Gua nak tunggu tahun depan punya bola.
1. aku nak puji Cech, sebab dia dah mcm "lega sakit otak". Sangat responsive!
2. Aku nampak defense Chelsea makin kuat dari orang2 kat midfield. Plus, wingers lagi mantop. In future, kalau dapat asah atau beli striker, Chelsea sudah cukup bisa!
3. Owh, Chelsea romantik ranum. Kumpulan lelaki tua main bola sepak, masih ada persona.
4. Anelka itu muslim kah?
xkira ideal@real yang penting dan yang paling ideal+real ialah yang diatas,bukan yang di bawah..
syaitan pon syaitan lah!!
merujuk kepada blog Arsenal Analysis: Wenger dan seluruh Arsenal Board dan investor cannot afford untuk membeli player yang ternama bagi menampung hutang stadium tak habis bayar. Jadi Wenger dan rakan-rakan hanya mampu untuk melahirkan bintang berbanding membeli bintang.
Aku percaya ini sebab Wenger ada Master in Economics dan aku yakin dia sudah membuat kerja rumahnya.
Anon 12.59.
Abou Diaby. Saya tersilap.terima kasih atas pembetulan.
sakit mata la bila baca putih atas hitam. pembaca kamu bukan semua org muda
kau patut letak shoutbox
walaupun aku fans Arsenal tapi aku akur dgn ape yang ko cakap.tapi,tanpa arsene wenger,takkan wujud arsenal yang ade sekarang sbb arsenal dulu bosan nak mampos
caption foto ko mmg lawak
hahahaha
seriusnya..menyepak bola..statistik dan jualbeli..
hingga ke teknik menjagaan rumput..
setuju! hehe
chelsea di zaman gianfranco zola, gianluca vialli di tambah dengan di matteo, oh satu lagi: ruud gullit memang menjadikan chelsea punya permainan "seksi". dan jika bukan kerana gullit berubah haluan ke EPL, mana mungkin star2 seperti Cantona dan Bergkamp juga ikut ke situ untuk memeriahkan MU dan Arsenal.
mitsuo - cantona yang terlebih dulu datang ke epl sebelum gullit
ohh ya, cantona dulu. silap tulis, klinsmann sebenarnya. sorry, confused. diorang masuk epl lebih kurang aje waktunya. :)
Catat Ulasan