07 May 2009

Omnes Viae Romam Ducunt

Maksudnya, semua jalan menuju ke Rom.

Kecuali dua batang jalan yang menempuh Emirates dan Stamford Bridge.

“It was 11 men against 11 babies,” kata Patrice Evra. Beza antara Manchester United dan Arsenal dalam perlawanan dua malam sudah jauh lebih ketara dari kedudukan antara mereka dalam EPL.

Arsenal adalah bayang-bayang Barcelona di England. Bolasepak yang pantas, menyerang dan penuh kecantikan. Arsene Wenger menyuntik falsafah ‘matlamat bolasepak bukan sekadar menang, tapi menang dengan bergaya’, sama macam Pep Guardiola.

Di dalam pemikiran Wenger pasukan yang baik bermula dari bawah, dari barisan pemain yang masih muda. Kemahiran mereka diasah dan dari situ Wenger membina barisan pemain yang berkaliber.

Apa yang Wenger lakukan tidak salah. Alex Ferguson juga melakukan perkara yang sama di Manchester United. Bezanya Ferguson mencipta Giggs, Scholes dan Neville dan sehingga hari ini masih memerah keringat pemain-pemain veteran ini. Wenger membentuk Alex Hleb dan Mathieu Flamini kemudian menjualnya kepada Barcelona dan AC Milan.

Hasilnya Arsenal tidak ubah seperti West Ham United. Kedua-duanya dilihat ibarat akademi bolasepak, cuma bezanya produk Arsenal lebih kepada pasaran antarabangsa sementara West Ham untuk pasaran tempatan.

Arsenal bermula dengan penuh keghairahan. Ketinggalan 1-0 membuatkan anak-anak muda Arsene Wenger penuh libido untuk mencari gol seawal mungkin. Hasilnya seawal minit ke-8 lagi pasukan yang jauh lebih berpengalaman dan banyak makan garam merobek keghairahan anak-anak muda Arsene Wenger.

Lima belas minit dalam perlawanan, beza Manchester United dan Arsenal bukan setakat antara pertama dan keempat dalam EPL, malah lebih jauh dari jarak antara Manchester dan London. Dan ini bukan pendapat aku seorang, tapi juga puluhan ribu penyokong Arsenal yang hadir ke Emirates malam itu, bila mereka awal-awal lagi sudah dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing bila sepak mula separuh masa kedua.

Pasukan idealistik kedua dunia tumbang kepada pasukan paling pragmatik di dunia.

“Fucking disgrace,” kata Didier Drogba, di hadapan kamera TV kepada jutaan penduduk dunia termasuk aku yang bersengkang mata di pagi buta.

Pride of London bertemu Pride of Catalan. Malam tadi hampir semua aspek kelihatan positif. Tidak ada corak permainan anti-football, tidak perlu Kopi Cap Kapal Api untuk menyegarkan mata kerana Guus Hiddink dan Pep Guardiola berjaya memastikan kebosanan tahap Gaban yang berlaku di Camp Nou sebelum ini tidak terbawa-bawa ke Stamford Bridge.

Chelsea mempunyai berbakul cubaan tepat ke sasaran tapi akhirnya Michael Essien juga yang melakukan apa yang bukan selalu beliau lakukan.

Menjaringkan gol yang hampir mustahil dari luar kotak penalti.

Barcelona hanya mempunyai satu cubaan tepat sepanjang 90+3 minit permainan dan akhirnya Andres Iniesta melakukan apa yang Messi dan Eto’o gagal lakukan selama 90 minit.

Menjaringkan gol di luar dugaan dalam masa tambahan.

Tetapi antara gol Essien dan Iniesta, hanya ada satu nama saja yang akan terpahat dalam ingatan ramai.

Tom Henning Ovrebo.

Euro 2008, selepas berjaya memporak-perandakan perlawanan antara Itali dan Romania, Ovrebo menjadi pengadil pertama yang dihantar pulang oleh UEFA.

Kenapa agaknya perlawanan antara kelab EPL dan La Liga diberikan kepada pengadil yang lazimnya mengadili perlawanan Tippeligaen, adalah di luar batas pemikiran aku. Kenapa tidak pengadil yang setiap minggu mengadili perlawanan Bundesliga, Serie A atau Ligue 1?

Tidak dinafikan Chelsea terlalu banyak mengharapkan penalti. Malouda, Drogba dan Anelka nampaknya lebih gemar tersungkur di dalam kotak penalti dari berusaha menjaringkan gol. Tapi bila tangan Gerard Pique menodai bola suci itu, tiada keraguan lagi di situ.

Dan atas sebab musabab apa agaknya Eric Abidal dilayangkan kad merah hanya Tuhan-Tuhan Viking di Norway saja yang tahu.

Pasukan paling idealistik di dunia menumbangkan pasukan pragmatik kedua dunia.

Tapi tidak sebelum segala idealisme bolasepak pantas, menyerang dan penuh kecantikan itu diuji sebegitu rupa.

Menjelang 27 Mei nanti dua jalan berbeza yang dilalui Manchester United dan Barcelona akan bertemu di Rom.

Piala keramat itu, pada firasat aku bakal kekal menjadi milik pasukan paling pragmatik di dunia.

Komen kamu semua dialukan. Tapi ingat, jangan buang masa dengan komen-komen tidak berakal. Bolasepak Malaysia sudah cukup hina, jangan kamu pula menjadi peminat bolasepak dari Malaysia yang juga tidak kurang hinanya.

21 komen:

Buenaventura Durruti said...

barcelona bermain terlalu banyak build-up play, sama seperti di nou camp dan menentang pasukan fizikal seperti chelsea ianya jelas tidak berkesan.

in the end the game end as 1-1 draw and what known as the best team in the world scrap through to the final on away goal.

how would they fare up against the best english side, which this season have beaten chelsea with a respectful margin?

aku setuju dengan kau, manchester akan menang champions league. chelsea bermain dengan baik dan barcelona layak kerana nasib menyebelahi mereka

zulhardy said...

Platini memang terkenal dengan usaha keras dia untuk menghentikan dominasi inggeris.

banyak praktis yang pasukan inggeris buat dia kritik. owner arab dia bising. owner pinjam duit nak beli dia bising.

dia pun bising2 pasal takde local talent main dalam team di EPL.

basically platini dengki inggeris.

mungkin time dia main dulu untuk juve, time tu pun team inggeris tengah konker. tu yang dia jeles sangat tu :D

so amatlah tidak mustahil, yang mana semua berlaku malam tadi adalah untuk memastikan not an all english final.

on the other hand,

salah chelsea jugak. tak skor :D
di nou camp main defensive sangat. di stamford bridge sibok ndengan penalti :D

so sama2 salah lah

viva darren fletcher !

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

aha,
mula mula aku positif lagi. aku fikir, lelaki gemuk tu tak fit, kalau fit pun, lari lambat untuk sampai tempat kejadian sebab faktor fisikal.

dan semua tu pengaruhi his own verdicts.

tapi bila bab bola kene tangan.
dan ballack sampai lompat2 nak appeal penalti, dan lelaki tu mmg hati kering.

aku kata, bodoh!

bodoh juga untuk kad merah merapu.

well, bola sepak rupanya bukan sekadar team yang bagus, padang yang tak sangkok stumble, atau taktikal.

pengadil juga kene consider.

dan tahniah untuk persembahan luar biasa Chelsea semalam.

j or ji said...

aku menonton perlawanan malam tadi dengan tenang. tiada debaran. tapi aku dapat merasakan debaran penyokong chelsea yang bertahan dengan hanya 1 gol untuk 90 minit.

bila-bila aje Barca boleh jaringkan gol penyamaan dan layak ke final.

tapi diminit ke 93 adalah terlalu kejam. tekanan berterusan dan berakhir dengan kekecewaan.memang sakit.

70% penguasaan barcelona dengan hanya satu percubaan ke gawang chelsea...dan...

iniesta,messi dan pique bermain dgn baik.

tapi brader...apakah badi mempunyai Ballack dalam team menjadi punca ketandusan piala??

TooLBoX said...

Nice post! Lu mmg ada bakat ganti Hasbullah (tapi lu cerdik lagi lar heheh)

Gua rasa kalau Chelsea menang semalam tentu berlainan gelecekan bahasa lu

Gua wonder sahabat gua yg di Libya tu; tentu skrg sentiasa senyum sorang2 diri :)

Obefiend said...

bro

stop with the excuses man... masa lawan barca 04/05 we get a biased ref and we won

lets just say

karma is now paid. roll on next year!

Anonymous said...

No comment for Meneer Hiddink - The Real Semifinal Coach...

Untuk Chelsea Fans: nangis boleh, marah pun boleh. Tapi jangan bunuh diri yer..

Jangan marah kalau aku anonymous sebab kau pun bukannya pakai nama ikut nama IC pun.

aranhellstorm said...

hehehehe.... mula-mula.. nak ucap takziah la bro, berputih mata sekali lagi nak kucup piala Eropah tu...

apapun aku rasa Drogba dan kuncu-kuncunya tak perlu meluahkan rasa amarah dan ketidakpuasan hati mereka kepada seorang referee botak dari Norway tu, kerana dari 4 claim penalti tu aku rasa yang valid hanya bila bola terkena tangan Pique.

Harus di ingat bila penalti belum bermaksud gol, kerana masih ada seorang penjaga gol yang harus ditewaskan.

Dan bila Chelsea claim mereka sepatutnya ke Final, JIKA penalti diberikan, adalah lebih baik mereka claim mereka layak ke final kerana lawan mereka kekurangan seorang pemain.

Namun aku sesungguhnya rasa sungguh lega kerana pasukan dari Catalan itu yang dapat melayakkan diri ke final dari aku melihat lagi aksi-aksi drama ala AF ataupun pementasan pentas di Istana Budaya oleh Drogba.

Sesungguhnya aku amat membenci beliau.

You'll Never in Blues Alone.

Hehehehe....

Mitsuo said...

ya, setuju sekali dengan ulasan kamu. ternyata pedih apabila gol di saat akhir tu sebenarnya berpunca daripada kelalaian dan sikap sambil lewa jentera serangan Chelsea yang seperti training. tapi, apa2 pun, syabas Barca. pertembungan dengan MU sesuatu yang sungguh menarik final nanti.

vovin said...

Benda-benda diluar kuasa teknikal membuatkan orang masih minat bola.

dan biaasa juga, atas kertas dan dalam padang kadang-kala jauh sangat berbeza.

Hoho.

CM said...

well, chelsea did play way better than last week.
but that's football, never expect anything.

it was a fair result,
because last week chelsea seri kat nou camp
barca seri kat stamford bridge kira adil la tu
hahah

it was a good game by chelsea
but they could do less with all the moaning and the drama, especially by drogba.

setiap kali kene tackle,
lagak macam kene tikam.
drama king betul padahal badan macam badak dah.

he's good but he need to polish his acting skills.

hahaha

cuba lagi chelsea
get jose back

Lucius Maximus said...

Durruti - ya setuju dengan barca yang terlalu banyak build up play. aku rasa bila bertemu dengan kelab-kelab inggeris yang menerapkan permainan pantas dan fizikal corak permainan barca tidak begitu efisien. jadi tidak mustahil man united dengan mudah dapat menundukkan barca di final nanti.

Zulhardy - teori konspirasi itu hanyalah sekadar, teori. memang kita tahu dalam bolasepak banyak faktor-faktor luaran atau politik yang mempengaruhi keputusan perlawanan, malah dalam piala dunia pun pernah berlaku. tapi bagi aku ianya bukanlah tindakan yang bijak untuk menggunakan teori itu sebagai alasan kenapa chelsea gagal ke final.

Blogger ini tidak mahu dikenali - ya aku setuju chelsea bermain dengan baik, bukan yang terbaik tapi pasti jauh lebih baik dari di camp nou yang lalu. referee aside, its a good game, well balanced. barca had more posession but chelsea had more shots on target.

Jorji - susah untuk percaya benda karut-marut ini, tapi ya, ballack dengan nombor 13 beliau (jerman dan chelsea) semacam ada satu nasib malang dan badi padanya.

Toolbox - kalau chelsea menang, memang lainlah bunyinya bro. kawan kita di libya tu, dia patut sokong al-ittihad tripoli, bukan man united.

Obefiend - no excuses there bro. i am being fair, pique handball constitute a penalty and abidal shouldnt be red carded. when im saying the quality of the referee sucks, im referring to the whole game, not only in chelsea favour. even in barca 04/05, id agree terry's goal is horrendous!

Anonymous - no issue for being anonymous, so long u have a good comment here. satu-satunya peminat yang bunuh diri ialah peminat arsenal selepas tewas kepada man united, jika tidak silap aku di nigeria barangkali.

Aranhellstorm - oh you liverpool wanker :) kemarahan drogba dan konco-konconya walapun boleh kita faham, tapi memang tidak dapat dimaafkan. dalam bolasepak ada satu pemahaman yang tidak bertulis, iaitu bila satu tuntutan yang sah dinafikan oleh pengadil, norma berikutnya menetapkan si pengdail itu bertanggungjawab untuk melunaskan hutang beliau bila keadaan memaksa kepada tuntutan kedua yang mungkin berada dalam keadaan 50-50. di sini bila bola tangan pique dinafikan, jangkaan ramai ialah si pengadil sebaiknya menghadiahkan penalti pada chelsea bila bola terkena lengan bahagian atas siku eto'o. case study, jerman barat dan belanda dalam separuh akhir euro 88.

Mitsuo - ya chelsea tidak sepatutnya berpuas hati dengan kelebihan satu gol dan kemudian mengharapkan gol mudah melalui rayuan penalti.

Vovin - drama, drama, drama.

CM - it appears to me that despite drogba being full of athleticism, physically strong and such it is a let down that he choose play acting more in the game. it's not the matter or bringing jose back, but maybe more on getting rid of drogba and ballack to start with. these players theatrical starting to get on my nerve!

Not your typical anonymous said...

Yes, agree on the reference of Euro 88, though the scenario was a bit different.

When the referee failed to note Pique handball, by right the expectation will be for him, tom henning ovrebo to hand over a penalty when the ball hits the arm of eto'o.

Four or 5 penalty claims, of course not all of it is valid. But when the first or the 2nd claim turned down, expectation will be that the referee should honour it on the 3rd and so on.

Anonymous said...

But remember..Barca going to the final not because they beat Chelsea..they just draw...and going to the final becuase of the scoring system.

kau rasa MAN U akan menang? well I support EPL, tapi kuasa Psychic aku menbayangkan Thierry henry akan menjulang piala itu.

Dont blame Drogba. Im proud with what hes been doing later that game. he is after all a cool striker on the field.

The best review on the game I read so far. Thank you.

AMMOSHAM said...

tony blair dah berjaya. sedang tersenyum lebar sekarang...

chec. said...

Bola sepak memang kejam. Apa-pun, aku lega, Barca lepas ke final.

Chelsea, tahun depan cuba lagi ok.

ustaz said...

utk final,aku harap kedua team tunjukkan permainan yg baik dn best team win....semi final mmg cukup mendebarkan,tahniah barca coz berjaya dapat gak gol last minit..chelsea,emmm...lumrah bolasepak...kdg2 pengadil pun bingai dan buat silap....man u,good work tahun ni...mantap...arsenal pasukan kesayanganku, cuba lagi next2 year...

Pipiyapong said...

Ingat perlawanan Arsenal dan Chelsea yang akan tiba tak lama lagi. Itu gua ingat kita kira sebagai perlawanan tempat ketiga dan keempat laa ye? Kah kah kah..

Lucius Maximus said...

Aku rasa ini satu masalahnya dengan bolasepak, sejenis sukan yang mempunyai set peraturan mereka tetapi masih terbuka kepada intepretasi yang berbeza. Dalam banyak hal pengadil perlawanan mempunyai kuasa mutlak, membuat keputusan sebagai individu di atas peristiwa yang berlaku dengan pantas.

Lebih buruk lagi, keputusan itu perlu dibuat secepat mungkin juga.

Tom Henning Ovrebo mungkin ternampak Pique menyentuh bola, dan kemudian berfikir sendiri sama ada perlu memberikan penalti atau tidak. Satu atau dua saat berfikir, dan peluang beliau untuk meniupkan wisel dan memberi penalti telah terkubur kerana perlawanan berlangsung dan semua orang telah move on with it?

Lucius Maximus said...

Aku tidak faham kaitan Tony Blair dengan perlawanan ini. Dan juga, perlawanan Arsenal dan Chelsea tidak boleh dikira sebagai penentuan tempat ketiga dan keempat :)

Amirul said...

gol cantik jaringan essien..
tapi bolos pun sebab essien jugak..
kalau dia clear bola tu cepat2, mesti dah settle...

chelsea jual la ballack...
dia tu betul2 pembawak "Bala" dlm team...