08 May 2009

Dua Negara Punya Cerita

Suleiman Akhlakhen adalah seorang anak muda Malaysia yang berumur 25 tahun. Graduan IPTA ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan dengan keputusan cemerlang yang diperolehi beliau memohon pekerjaan di sektor awam.

Tunggu punya tunggu, Suleiman Akhlakhen ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di dalam jabatan kerajaan. Gaji permulaan untuk Suleiman Akhlakhen ialah RM1899.01, tidak termasuk elaun-elaun khas yang lain.

Selepas tiga bulan lamanya Suleiman Akhlakhen bekerja di jabatan kerajaan, beliau membuat keputusan untuk membeli kereta buat kegunaan berulang-alik ke pejabat.

Lalu Suleiman Akhlakhen meninjau model-model kereta yang ada di pasaran. Selesai mempertimbangkan segala pilihan yang ada, Suleiman Akhlakhen akhirnya berjaya mendapatkan model kereta yang bersesuaian dengan kemampuan beliau.

Kereta pilihan Suleiman Akhlakhen yang berharga RM37498.00 ialah sebuah Proton Saga 1.3 kategori M-Line, transmisi manual dengan warna metalik. Untuk lelaki bujang yang masih muda seperti Suleiman Akhlakhen, kereta nasional ini memenuhi keperluan beliau.

Dengan membayar deposit sebanyak RM3749.80, kadar faedah 3.99% untuk pinjaman selama 9 tahun, bayaran bulanan Suleiman Akhlakhen untuk kereta tersebut ialah RM424.70.

Abang Sufian Abang Saufi pula ialah anak muda Brunei Darussalam yang berumur 25 tahun. Beliau ialah seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan sebaik saja tamat pengajian terus memohon pekerjaan dalam sektor perkhidmatan pentadbiran.

Selepas menunggu beberapa lama, Abang Sufian Abang Saufi ditawarkan jawatan sebagai Jurutera Sistem di dalam jabatan kerajaan. Gaji permulaan untuk Abang Sufian Abang Saufi ialah BND2270, tidak termasuk mana-mana elaun yang ada.

Tiga bulan selepas mula berkhidmat, Abang Sufian Abang Saufi merasa kepingin untuk mempunyai kereta sendiri agar senang berulang-alik ke pejabat.

Beliau mula meninjau beberapa modal kereta yang ada di pasaran. Setelah berfikir dengan mendalam, Abang Sufian Abang Saufi akhirnya menemui model kereta yang berkenan di hatinya.

Kereta pilihan beliau yang berharga BND32300.00 ialah sebuah Honda City 1.5 SV, transmisi auto dengan warna metalik. Untuk lelaki muda yang masih bujang seperti Abang Sufian Abang Saufi, kereta jenama Jepun ini memenuhi citarasa beliau.

Dengan membayar deposit sebanyak BND3600.00, kadar faedah 6% untuk pinjaman selama 7 tahun, bayaran bulanan Abang Sufian Abang Saufi untuk kereta tersebut ialah BND485.00.

Soalan 1: Adakah gaji Suleiman Akhlakhen terlalu rendah atau gaji Abang Sufian Abang Saufi terlalu tinggi?

Soalan 2: Adakah harga kereta di Malaysia atau harga kereta di Brunei yang tidak masuk akal?

Murid-murid, bincangkan untuk hujung minggu ini. Minggu depan kita ulas bersama-sama.

Selamat bercuti!

23 komen:

buruh said...

aku suka perbandingan kau.
kereta kat malaysia ni mahal.
ramai orang bising. tapi macam biasa, bising aje la yang mereka mampu,
orang kat 'atas' nun bukan kisah pun.
barangkali, barangan keperluan di brunei pun murah berbanding di sini (aku tak pernah pergi sana)

sEmut said...

cuba bayangkan Suleiman Akhlakhen beli honda city...

Von said...

ini analogi mudah untuk semua orang faham tentang ekonomi kita, tentang AP dan sebagainya. dalam blog aku(promote sikit boleh?), baru last week aku mencongak semua tu. bukan saja kereta malah harga untuk benda lain pun mahal. sekarang harga ayam pula naik. aku tak tahu mengenai kesemua perkara tentang ekonomi malaysia, tapi apa yang aku faham begitulah hakikatnya, mungkin dipengaruhi faktor FDI dan GDP negara?. mahal barang kita kalau mahu banding dengan negara lain. graduan universiti zaman 70-an boleh earn double or triple dari gaji graduan sekarang(ikut taraf hidup), purchasing power banyak. sudahlah peluang pekerjaan kurang, graduan kita sekarang gaji below 2k pula, di bawah paras kemiskinan kan?

kau berada dalam sektor kerajaan, dan aku sangat ingin tahu penjelasan panjang lebar kau untuk entri akan datang. kenapa perkara macam ni berlaku selain isu-isu common seperti pemimpin korup, makan duit rakyat dan sebagainya.

47 said...

persoalan yang menarik!

tapi aku takkan komen kerana pegetahuan ekonomi aku yang terhad.

i'm waiting eagerly for next week's discussion.

class dismissed?

abanglong said...

dan kalau dengar cakap orang politikus... mereka akan cakap, kadar negara kita masih jauh rendah dengan negara luar...

...

tanpa graviti said...

Dengan kuasa membeli yang kita ada (barang atau apa saja yang boleh dibeli dgn RM1),harga kereta kat Malaysia SANGATlah mahal!

Loan 9 tahun untuk membeli sebuah kereta BIASA (lupakan tentang nilainya yang akan susut), p crita kt org negara maju (eg. Jepun), depa geleng kepala.

Public transport kita tak efisyen (btolkah ejaan ini?)--> suma org kena beli kereta --> suma org kna bt loan 9 thn --> suma org 'kekurangan' duit --> duit yg bertukar tgn (circulated money ka apa taktau) kurang/sikit --> kita lmbt maju

Salah 1 faktor Jepun maju ialah sbb sifat 'boros' rakyat depa

Suleiman Akhlakhen said...

soalan 2:harga kereta import di brunei masuk akal,duit dia mahal.kalau brunei buat kereta sendiri,harga kereta brunei di brunei langsung tak boleh diterima akal.harga kereta malaysia di malaysia pun masuk akal,harga kereta malaysia diluar malaysia yg tak masuk akal.kalau malaysia tak buat kereta,mungkin harga kereta import di malaysia melampau-lampau tak masuk akal

soalan 1:gaji Suleiman Akhlakhen dan gaji Abang Sufian Abang Saufi standard.abang saufi bayar pakai BND,suleiman bayar pakai RM. kalau suleiman tu bekerja di sabah dengan gaji macam tu,bermakna suleiman tu seorang yang kaya, melebihi abang saufi.abang saufi mungkin cukup-cukup makan sahaja kalau dia nak beli rumah pulak...

harga barang mahal.tapi kita sokong jugak.benci-benci tapi beli jugak.lama-lama penguasa ekonomi pun faham orang kita macam tu...

takdelah orang kita nak simpan duit 1 sen, 5sen. takdelah nak berjimat tahap kedekut bila tak perlu.
lama-lama sampai lah kita ke tahap sekarang ni...

Amirul said...

harga kereta msia ni mahal sangat....
kereta import dikenakan pelbagai cukai supaya ia menjadi mahal untuk menggalakkan rakyat kita membeli kereta tempatan...
tapi kereta tempatan kita pun sebenarnya boleh dikatakan mahal...

kat indonesia, kereta toyota vios dijadikan teksi...
aku pernah terbaca kat India ada kereta yang bernilai RM 8,500 je....
kereta secondhand kat USA dijual bawah USD 5,000.

aku sendiri tak faham kenapa kereta tempatan kita ni mahal sangat?
kau ada jawapannya kan? cerita la...

farizzet said...

lucy hanya salah seorang pekerja di dalam kerajaan tak bermakna dia tahu semua. tapi tunggu saja jawapan beliau.

pendapat saya harga kereta di malaysia yg tak masuk akal. ini kerana kerajaan nak menyelamatkan proton dan perodua. oleh yg demikian harga kereta import wajib dinaikkan. tapi kenapa mahal? sebab setiap komponen kereta ada sub-connya sendiri. tingkap ada suppliernya sendiri, bumper pula supplier lain. oh, dan seterusnya lah. setiap sub con ni mesti nak untung bile berniaga so dia jual harga untung kepada proton. so proton pula pasang dan mereka nak untung jual mereka up lagi harga jualan. cara ni membolehkan beberapa org kaya, sebab supplier (production) bukan bawah 1 bumbung pemasangan. kalau fakta aku salah minta maaf, sebab tu yg aku faham bile jumpa dengan 'dato bumper malaysia'.
aku baru2 ni pergi bandung. kat sana kereta suzuki swift dan honda jazz baru dan lama belambak macam waja dan gen2 kat malaysia. kenapa? swift baru hanya lebih kurang 88juta rupiah aje(kira2 rm30ribu) kst malaysia bole beli proton saga kan?

Semi said...

Dude,

Suleiman Akhlaken tu tak silap gua orang sebenar tu. huhu.

Berbalik kepada topic ni. Gua sebaga pembayar cukai cadangkan:

1. Proton sebagai pengeluar kereta nasional, keluarkan kereta2 berkualiti dan mampu-milik, aka MURAH untuk rakyat. Boleh apa? Govt inject grant kat Proton apa tiap2 tahun. Grant datang dpd duit cukai. Patutnya, rakyat dapat kereta berkualiti dan murah. Camtu la patutnya! Syukur ada MD baru skang. Elok skit Proton aku tgk. (Mangkuk2 yang bagi pelingkup Proton time2 Mahathir tu, kita humban je ke laut! Pastu suruh nelayan jepun kejar macam kejar paus!)


2. Kerajaan sebagai... kerajaan lah. NAIKKAN TARAF HIDUP RAKYAT! Camana? Hah tu KERA jaan kena pikirlah! Takde kerja aku nak fikir. Aku pikir penat2 diorang pun peduli apa! (Aku paling rasa nak tumbuk orang bila ada yang cakap - bersyukur lah dengan jasa pemimpin dan kerajaan yang MEMAJUKAN negara. Taik la! Negara kaya ngan hasil bumi, takkan tak membangun! BUT*H betul!) >50thn merdeka, gaji ciput gak. Atuk2 dah pencen kena keja gak. Jadi jagalah, jual ais krim lah, molest cucu la (eh?), apa la.. Mahathir tu, syok je beli kapal layar baru lepas pencen! Memang BUT*H!

Sorry, obscene sket. Panas cuaca hari ni...

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

sinikal

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

sama sama hidup dengan rate yang sama.

tapi sorang ada kereta cap tin milo, sorang ada kereta jepun mari.

TooLBoX said...

Gua rasa lu buat perbandingan kalau nak nikah/kawin baru bloggers semua senang congak. Bab kereta ni tak ramai yang pandai tambahan pulak nak kira kena guna sempua

Xam said...

aku rase samada:
-Gaji kat m'sia rendah=kereta jd mahal.
-Gaji kat m'sia tinggi=kereta jd murah.
Secara rawaknya aku rase kerna gaji di sini terlalu rendah lah...

Anonymous said...

aku kerja kuat lagi la kot

aranhellstorm said...

pendapat aku sama macam sulaiman akhlaken dan amirul.

Aku rasa sebab Malaysia mengeluarkan kereta melalui Proton, (perodua tak relevan aku rasa kerana dia dipunyai oleh Daihatsu/Toyota) oleh sebab itu kereta-kereta jenama luar walaupun ianya CKD (locally assembled) harganya tetap berganda-ganda mahal.

Kerajaan terpaksa lindung Proton dengan mengenakan cukai/levi pada kereta jenama luar (walaupun ada AFTA, tak nampak beza pun?) kerana ianya memperkasa dan memperkaya beberapa kerat vendor Bumiputera, memberi pendapatan pada negara, memberi peluang pekerjaan kepada rakyat dan memberi produk kurang bermutu pada pembeli dalam negara.

Aku rasa kalau Malaysia tak keluarkan kereta, agak-agak sekarang ramai yang boleh pakai vios atau camry. Kat Bangkok, Camry tu buat teksi je kan? Aku tengok gambar lah...tak pernah pergi lagi.

Aku bukan orang ekonomi atau orang industri automotif, ini sekadar pandangan secara logik akal saja, tak lebih dari itu.

mr. carl arif said...

gaji mamat brunei dalam Ringgit Malaysia adalah RM5,446.40.

3kali ganda mamat malaysia punya gaji.

harga kereta honda mamat brunei pula, RM77,775.57

2kali ganda mamat malaysia punya harga proton saga.

menjawab persoalan1 - gaji mamat brunei tu tinggi, memang sepadan dengan harga kereta dia.

menjawab persoalan2 - harga kereta di negara kita dengan brunei lebih kurang sama. tiada cukai melampau.

what to say is, ukur baju di badan sendiri lah. kalau dah nak juga pakai T or H badge, work harder then.

tapi pada pendapat saya, T & H badge is nothing. just too overrated.

semi said...

1. Memang jawapan paling obvious - sebab ada Proton. Fine. kita mungkin boleh maki siang malam apa sal ada Proton ni. Kan dah harga kereta import mahal. Kalu nak argue, patut parlimen 25 tahun dulu dah argue dah. "Perancangan masa panjang, hah?"

Skang after 25 years, Proton tu dah jadi an industry by itself. DAh jadi an economic system by itslef. Berapa puluh ribu warga tempatan mahupun import yg bergantung hidup bekerja dlm industri tu..

Nak tak nak, kita kena support, directly dgn beli ah. Indirectly, tu duit cukai kita tu.. TAPI.., Proton WAJIB keluarkan kereta2 berkualiti dan MURAH untuk rakyat. Sebab, ia patutnya konsep dari rakyat untuk rakyat bai! Itu baru dinamakan kereta NASIONAL!

Dudes, Toyota dll tu net profit margin diorang per model 5-8% je. Proton double-digit wa cakap lu! So, ada banyak room for improvement. Improve economies of scale, maybe Proton boleh turun harga lagi. Skang, EON dah tak boleh nak mintak dealers margin tinggi lagi. So, ada lagi tempat boleh kurang kos, maybe boleh turun harga lagi masa akan datang. Kita bagi peluang lagi kat Syed Zainal and co. Dia join baru sejak Jan-06, tgk berapa banyak wonders dia dah buat? Jgn cakap la pasal model2 before Persona, itu semua legacy bai (ada sapa nampak Tg Mahaleel, company mana dia dah pelingkup kan lagi skang ni?)..

2. TAPI, perkara pokok yang memang tak boleh blah, TARAF HIDUP bai. Taraf hidup kita macam mana? Ke mana pergi semua potensi dan sumber yang banyak - yang kalau kita utilise elok2, insyaAllah taraf hidup kita tak ada la sedih camni.. check, per capita income.. kita satu group ngan GABON! okla, per capita income might not be a perfect indicator. tapi generally speaking, hidup rakyat pertengahan dan ke bawah (i.e. the majority) memang cam palat ah! negara gila mana takde safety net? support system bocor, wa tanya lu orang? Again, mana pergi semua resources yg banyak?

Lu pikir la geng, kos buat jalan kat sini 5x lebih mahal dpd kat China. AGAK2 SEBAB APA TU? Lu nak kata cina mark up harga tinggi? Hah, jgn terkejut bila jumpa kontraktor Melayu!

Anonymous said...

mr. carl arif: kalau macam tu..mungkin gaji penjawat awam di Malaysia yang kena dikaji semula.tapi looking back, rate degree holder kat malaysia ni mmg rendah kalau compare to other places.

zAkiAh_AbDuL said...

baru first time baca blog kau.
erm aku ada kawan Brunei, kereta di sana memang secara relatifnya lebih murah dari Malaysia. sorry aku tak pandai ekonomi. itu hanya statement setelah berkali kali aku berborak dengan kawan Brunei ku.

Pherry Clucker said...

[Fakta 1]
Gaji Suleiman MYR1900.00
Gaji Abang BND2200.00

Gaji penjawat kerajaan di Brunei berbanding di Malaysia lebih 300 unit matawang.

[Fakta 2]
Honda City di Malaysia MYR37500.00 atau bersamaan USD24200.00.
Honda City di Brunei BND32300.00 atau bersamaan USD22250.00.

Beza harga honda City 1.5 SV di Brunei berbanding di Malaysia ialah USD1950.

Fakta 2 menunjukkan harga Honda City di Malaysia cuma mahal sedikit. So bear with it. If you work hard you can earn it. Ramai encik-encik C boleh beli Honda City / Toyota Vios. Kenapa encik-encik M tak boleh?

[ini sudah lari tajuk, tapi perlu diberitahu]
Kalau di Malaysia memang harga luaran mahal. Jangan banding Proton Saga dengan Honda City. Memang bagai langit dengan bumi. Aku bandingkan Gen2 dengan City. Harga memang berbeza tapi in the long run, dari segi interest rate (honda rendah vs proton tinggi), free service (honda 2 tahun vs proton tiada), fuel consumption (honda sangat save minyak & proton minum minyak macam air), ketahanan kereta (honda dalam first 5 years memang jarang rosak vs proton baru nak masuk 2 tahun dah ada major break down) dan the list goes on (keselesaan, size, status, ciri keselamatan, after sales support, etc). Aku bukan dealer kereta. Tapi aku cakap based on pengalaman aku sendiri. Aku dah eksperimen kedua-dua kereta in real life. In the long run agak-agak yang mana untung? Sekarang mungkin kamu ada hint kenapa encik-encik C semua kalau boleh nak pakai City / Vios.

[kembali kepada topik asal]
Pada aku Soalan 2, harga Honda di Brunei dan di Malaysia, kedua-duanya sama mahal.

Kalau ikut Fakta 1, memang gaji penjawat awam Brunei lebih 300 unit matawang berbanding penjawat awam Malaysia. Tapi post di atas tak justify yang betul atau tidak 2300 unit wang brunei kalau belanja di malaysia dapat 2300 unit wang malaysia.

Contohnya kalau di Malaysia harga Coca-cola (tin) RM1.50. Adakah di Brunei juga BD1.50? Harga Set BigMac di Malaysia cuma RM6.95. Adakah di Brunei boleh dapat Set BigMac BD6.95 juga?

Kalau di Jepun haraga Coca Cola ialah 100 - 130 yen (RM3.60) dan Set BigMac ialah 650 yen (RM23.60).

Adakah Coke dan McD di Jepun mahal?

Oleh itu untuk menjawab Soalan 1, fakta-fakta tambahan sangat diperlukan.

Lucius Maximus said...

pherry clucker, honda city di malaysia bukan berharga rm37500. periksa balik fakta kau.

Pherry Clucker said...

Sory aku typo.
Harga Honda City di Malaysia MYR85000 bersamaan USD24200. Dlm MYR salah type tapi dalam USD masih betul!