13 May 2009

Berita Terlatest - MB Perak Yang Baru Diumumkan!

Dilaporkan pada 11 Mei bahawa Mahkamah Tinggi memutuskan Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar negeri Perak yang sah dan bukannya Zambry Kadir.

Zambry akur dengan keputusan tersebut dan berkata bahawa beliau akan meneruskan perjuangannya seperti Nelson Mandela.

Kemudian dilaporkan pada 12 Mei bahawa Mahkamah Rayuan menetapkan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar negeri Perak selagi kes belum dibicarakan, bukannya Nizar Jamaluddin.

Nizar akur dengan keputusan tersebut dan menyifatkan bahawa perjuangan demokrasi rakyat Perak akan diteruskan.

Hari ini pada 13 Mei Mahkamah Persekutuan yang juga tidak mahu ketinggalan dengan mahkamah yang lain telah membuat keputusan bahawa Menteri Besar negeri Perak yang sepatutnya ialah Nelson Mandela.

YB Mandela dijangka ke Istana Kinta petang ini untuk menghadap Sultan Perak bagi mendapat perkenan baginda untuk menubuhkan kabinet negeri Perak yang baru.

- Tidak Bernama


19 komen:

Obefiend said...

anda silap

MB sebenar Perak ialah dato' Nizambry

http://obefiend.blogspot.com/2009/05/how-to-solve-peraks-quagmire.html

Sipa Doomham said...

Em.. Tepat dan bernas.. Tapi YB Nelson dari DUN mana???

j or ji said...

Adun Tronoh!

Basuh Baju said...

hahaha ini kelakar beb..seb baik MB perak bukan Gandhi..haha

amirnazrin said...

kelakar sungguh bila zambry kata dia sama macam mandela and gandhi.
muka aku terus macam terhidu bau taik yang tengik.

Weed and Bandages said...

ok.

Ini lawak.

@km@r. said...

lama lama esok,perak akan tiadalah berkerajaan,hanya penuh dengan KERAjaan.

1412 said...

Sarkas

Nan said...

Bila nak riot ni..
parang dah asah tajam2..

Point of View said...

LOL!

Tidak apa asalkan bukan Idi Amin yang jadi MB

dida said...

hahahaha..aku suka entri ini :D

Lucius Maximus said...

obefiend - aku tak mahir photoshop, cuba kau photoshop zambry ngan mandela

sipa doomham - DUN kwazulu natal

jorji - adun tronoh sivakumar beb, orang kampung gua tu

basuh baju - kalau gandhi tak pakai camry atau perdana dah kot, pakai basikal je

amirnazrin - betul apa?

weed - :)

akmar - sekarang pun dah penuh KERAjaan apa?

1412 - royal perak circus

nan - dude, apa asah-asah parang ni? cuba anak bini kau yang kena tetak? nak?

point of view - LOL! matai na kudasai!

dida - thanks :)

zewt said...

hahahahaha... pasti semua sokong. parti afrika.

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

aku baca Gandhi tenun kain sendiri. Lepas ni industry Kecil Sederhana Perak berkembang maju. Paras API Perak juga menurun. Ramai rakyat berpuasa.

wah
wah
wah

aku nak pindah Perak!

Xam said...

hahaha...Nelson mandela dr DUN South Cape..

Lucius Maximus said...

zewt - boleh panggil pakatan afrika atau barisan afrika, ikut mana suka

blogger - cis takkan kau tak tahu zambry lama lagi dah memang pakai kain tenun sendiri. kain kapan

xam - hentam sajalah

TooLBoX said...

Gua ingat lu dah lupa Perak & Tronoh semenjak dua menjak bersumandak.. Ingat lagi kamu ghopernye

TooLBoX said...

Lupa gambar yg lu nak ada kat sini

Lucius Maximus said...

toolbox - tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain