29 April 2009

Tiada Telefon Samsung Percuma Untuk Kanak-Kanak Unicef

Samuel Eto'o berdansa tarian tradisional Cameroon bersama Petr Cech
Sejak Euro 2008 lagi aku memang sudah hilang keyakinan dengan Petr Cech. Reputasi mamat scrum cap ini sebagai goalie paling hebat di dunia sudah lama tercalar.

Pagi tadi pun dia bermula agak goyah. Tapi latihan menangkap ayam denak yang aku berikan tempoh hari membuahkan hasil juga. Entah berapa kali Messi and Co. cuba merobek gawang Chelsea tapi dinafikan oleh aksi cemerlang mamat scrum cap ini.

Kredit untuk Petr Cech.

Secara jujur perlawanan malam tadi memang bosan tahap Gaban. Dan aku tidak nafikan Chelsea bermain macam sial, ambil jalan selamat. Rasanya possession bola untuk Barcelona saja mahu cecah 75% barangkali. Tidak pun 99%.

Bosan, tetapi ada satu perkara yang perlu diambil kira. Chelsea ‘berjaya’ menafikan Barcelona hatta sebiji gol sekali pun di Camp Nou. Bukan sesuatu yang mampu dilakukan oleh mana-mana pasukan.

Ramai yang akan mengutuk Chelsea. Mengutuk kerana pemain tengah seperti Lampard dan Ballack bermain di posisi pertahanan. Mengutuk kerana John Terry cuma tahu merampas bola dari Samuel Eto’o dan kemudian melakukan clearance jauh ke atas dengan tidak mengambil kira kepada siapa bola itu pergi. Mengutuk kerana hanya Drogba saja yang sekali-sekala naik ke dalam kawasan Barcelona.

Tapi bagi mereka yang meminati bolasepak dari aspek pertahanan yang utuh dan disiplin taktikal, Chelsea telah memberikan mereka apa yang Guus Hiddink panggil, a text book display.

Hiddink membuktikan pagi tadi dia bukan sekadar pakar motivasi, tapi juga a shrewd tactician. Yang mengingatkan aku kepada The Special One, Jose Mourinho.

Gaya bolasepak Chelsea pagi tadi ialah gaya pragmatik Mourinho. Bertahan habis-habisan bila kamu tahu agak mustahil untuk menang di Camp Nou menentang Barcelona.

Hiddink mungkin mengambil inspirasi dari Mourinho. Tidak mustahil di Stamford Bridge nanti Chelsea akan mencari gol awal dan kemudian memilih untuk bertahan bermati-matian.

Dan akhirnya menang 1-0. Ala Mourinho.

Aiman tak kisah. Aku pun tak kisah, janji menang.

10 komen:

Obefiend said...

seb baik tak tengok

dapat rasakan aura bosan

Effizzul said...

Pasukan paling hampeh untuk liga Juara-Juara Eropah tahun ini jatuh kepada Chelsea!

Baik semua player duduk berkampung dalam gol sendiri, senang cerita...
Main ikut textbook konon...

Kalau peminat sendiri pun akui tak best, apa lagi kalau orang yang tak minat...45kali hampeh la jadinya!

Satu taktik perlawanan paling hampeh yang aku pernah tengok selepas taktik serupa yang dimainkan Itali sewaktru mereka kalah kepada Perancis pada Piala Euro tak lama dulu!

Sekali lagi : CHELSEA HAMPEH!

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Pasukan yang penakut dan takde telo macam Chelsea memang suka main macam tu!

Saya masih boleh terima kalau yang bermain seperti itu adalah kelab K.A.A. Gent dari Belgium, tetapi untuk sebuah kelab yang dibarisi pemain handalan dunia (kononnya), ianya satu penghinaan kepada bolasepak!

Jules Rimet pasti akan bunuh diri jika dia dibangkitkan semula untuk menonton perlawanan malam tadi!

Qareem Need Rebel said...

jujur hati ini nak cakap.

taktik sebegitu..

amat keji dan tak menghiburkan..

hmm.. nak buat macammana.

bola sepak adakalanya kejam..

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

obefiend, sumpah tak bosan!

kau boleh tengok banyak aksi injured pemain Barca. semua sebab ballack, alex dan gerak Bosingwa.

dan, aku rasa Petr Cech dah lega sakit otak, next time dah boleh buka topi bodoh tu!

Anonymous said...

hahaha..Prince of Catalan tu takdelah hebat sangat rupanya...kalau Chelsea main bertahan sekalipun, kalau dah takleh score memang tak tak boleh score....banyak ah alasan Barcelona ni.

Obefiend said...

a question for the haters

would you rather have a 0-0 scoreline away from home for your team or went down in flames like Bayern?

be honest now

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Barcelona MEMANG HEBAT, tetapi yang hampehnya Chelsea!

Defending ala rugby (semua player blakang bola) campur foul yang banyak, memang ahh hampeh!

Chelshit!

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

"would you rather have a 0-0 scoreline away from home for your team or went down in flames like Bayern? "

Aku nak jujur ni : "would you rather have a 0-0 scoreline away from home for your team?" - Bagus la seri, ASALKAN PASUKAN KEGEMARAN KITA TU ADA SPORTING and FIGHTING SPIRIT! Setakat bacul atas padang, malu ahh nak bermegah seri tempat lawan!

"or went down in flames like Bayern?"
Biar kalah 10 gol, yang penting melawan sampai akhir! Itu lebih mulia dari jadi bacul atas padang bolasepak!

Menang atas kebaculan atas padang memang hina!

Chelski said...

hater-o-hater.

relax lah jon.

Chelsea certainly made your day blue ainnit TTB?

Dan, parodi Chelsea = Chelshit tidaklah begitu kelakar.