07 April 2009

Sultan Syok Sendiri


Sekilas pandang, kita mungkin boleh mengaitkan gambar di atas dengan lelaki dalam lingkungan 30-an, mempunyai perniagaan sendiri dan mungkin memandu BMW 3 Series berpelekat logo UMNO terpampang jelas di cermin kereta.


Atau mungkin tukang masak.


Atau usahawan MLM.


Atau sekali-sekala ada juga iras-iras pramugara yang terlampau.


Apa pun jejaka sekadar boleh tahan di atas ialah Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram I, Sultan Sulu dan Sultan Sabah ke-35.


Ke sini untuk laman di raja beliau. Aku cuba cari Facebook beliau tapi tidak jumpa.


Tidak cool kalau tidak ada Facebook. Macam mana mahu tarik sokongan Sumandak Sabah kalau tiada Facebook?


Si mamat Fuad Kiram ini percaya beliau ialah pewaris Kesultanan Sulu. Kesultanan yang suatu masa dulu pernah sell-out dan agak kapitalis hingga memajakkan Sabah pada Syarikat Borneo Utara milik British.


Sekarang bila sudah terlepas Sabah bising pula.


Orang-orang Sabah pun aku pasti tidak berminat untuk menghabiskan duit negeri mereka untuk bayar elaun seorang Sultan yang tidak sedar diri.


Kecuali 12 ekor yang bangang ini.


Sementara itu, dalam insiden yang lain pula ada beberapa orang Sabah yang tidak puas hati dengan artikel aku sebelum ini.


Cerita lain, hari lain aku layan mereka ini.



8 teguran:

Obefiend berkata...

where do i sign in. the guys looks like a proper clown. ha ha

apa kata kamu buat sendiri FB dia. aku sure add dia sebagai "friend"

ayobkelubi berkata...

well, ni dah macam kes kat melaka dah nie..ada gak sorang org melaka yang samdol kata dia waris sultan melaka terakhir,siap tayang keris dan cokmar lagi bai!.

dunia

nak

kiamat

agaknya

Desert Rose berkata...

Sapa lagi keji, mamt ni ke Sultan Melaka yg ari tu kuar paper tu, ape ke namanya tah......

Caracol S. Trampt berkata...

weh, komen sket game semalam

Disaffection Nan Tsab berkata...

mari manuju ke arah republik sosialis malaysia...

fafarafa berkata...

hahahhaha. sabah ada sultan ekk?? baru aku tau. dh mcm org yg tuntut utk jadik sultan melaka laa plak.

tapi sultan sabah ni ada buat upacara tepi sungai sabah ke utk kuarkan keris tak?? sbb the so-called 'sultan melaka' tu penah buat. siap pakai baju kuning bagai. ada mamanda menteri seme. hahhahahahahah

Mr Hitler berkata...

Kalau tak silap masatu super moyang aku ada terbabit dengan penjualan Sabah tu dulu. Sultan Sulu kalah judi ke apa ntah.

Cg berkata...

nak jadi sultan jugak lah




http://chronicgerillagallery.blogspot.com/