30 April 2009

Ini Bukan Shebby Singh Yang Tulis

Mengharap arsengal ke final... bersama barca. Bukannya pemain bacul mcm chelshit.
- Anonymous

Aku suka berceloteh tentang bolasepak di sini. Lebih-lebih lagi bila melibatkan Chelsea. Dan aku tidak kisah juga bila kamu-kamu kaki bola semua datang membaca di sini dan memberikan komen bernas kamu.

Walapun kadang-kadang komen bernas itu lebih kepada komen budak sekolah.

Tapi tidak apa. Kutuk-mengutuk di kalangan peminat bolasepak ialah lumrah. Aku juga selalu kutuk Liverpool, Arsenal, Manchester United dan Selangor.

Komen macam yang diberikan oleh Anonymous seperti di atas sepatutnya aku tolak saja. Pertama kerana ianya komen kurang bijak yang lebih kepada kutukan. Kedua kerana si pemberi komen ialah Anonymous, dalam erti kata lain aku tidak kenal siapa budak sekolah ini.

Tapi aku biarkan sekali ini.

Adakah Chelsea bermain seperti sekumpulan bacul di Camp Nou tempoh hari?

Chelsea turun ke Camp Nou dengan mengambil kira bahawa untuk musim bolasepak 2008/2009 ini, belum pernah ada pasukan yang bertandang ke Camp Nou dan menghalang Barcelona dari menjaringkan gol.

Jadi Chelsea bertandang ke Camp Nou dan Guus Hiddink memilih attrition dan bukannya artistry. Barcelona ibarat seorang pelukis agung yang bakal melukis satu lagi mahakarya di atas kanvas putih dan Hiddink menjawab dengan memberikan sekeping kanvas hitam.

Menatang mahakarya apa yang kamu boleh lukis di atas kanvas hitam?

Memang ramai yang mengutuk Chelsea. Bacul, kata mereka. Memalukan bolasepak, kata mereka. Satu penghinaan ke atas seni bolasepak, kononnya.

Tapi kita lupa jauh lebih malu lagi buat Bayern Munich bila tersungkur 4-0 di Camp Nou. Atau jauh lebih aib untuk Lyon yang tunduk 5-2 di Camp Nou.

Tidak ada sesiapa mengatakan kekalahan besar Bayern Munich dan Lyon satu penghinaan ke atas seni bolasepak. Tapi mereka kalah. Jurgen Klinsmann akhirnya dilucutkan jawatan sebagai pengurus Bayern Munich manakala Lyon walapun juara Ligue 1 tujuh kali berturut-turut akhirnya sedar mereka hanya jaguh kampung.

Ada yang kata Chelsea membosankan dan alangkah baiknya jika Liverpool yang berdepan dengan Barcelona. Okay Liverpool akan bermain dengan corak menyerang dan akhirnya bolos 4 gol seperti apa yang berlaku menentang Chelsea dan Arsenal.

Tidak dinafikan perlawanan separuh akhir itu membosankan. Bosan kerana Chelsea memilih untuk bermain posisi 9-0-1 dan bukannya 4-4-2. Bosan kerana 99% hantaran antara pemain Chelsea berlaku di antara Petr Cech dan Didier Drogba.

Namun kita juga lupa perlawanan itu menjadi bosan kerana Barcelona gagal mencari ruang di sebalik tembok kuning Chelsea.

Soalnya jika trio Eto’o-Messi-Henry adalah trisakti bolasepak yang teragung dalam galaksi Bima Sakti ini kenapa mereka menjadi begitu membosankan dan gagal merobek gawang Chelsea? Eto’o langsung tidak efisien, Messi tersungkur dan Henry ibarat tidak wujud.

Kalau betul Barcelona ialah pasukan bolasepak paling gah di dunia, paling berseni bolasepaknya dan paling digeruni barisan serangannya kenapa berdepan dengan Chelsea mereka gagal melakukan perkara paling asas dalam bolasepak, iaitu meletakkan bola di dalam gol lawan?

Pernah bertanya kenapa pepatah Melayu menyebut buku bertemu ruas, bukan buku bertemu buku? Kerana hanya ruas yang boleh membendung buku, atau dalam kata lain lawan yang setanding dengan buku.

Bila Chelsea disahkan bertemu Barcelona di separuh akhir keyakinan aku untuk Chelsea menang kurang dari 50%. Lain-lain pasukan dalam Liga Juara-Juara aku yakin, termasuk Manchester United, tetapi bukan dengan Barcelona.

Tapi Guus Hiddink tidak dipanggil Golden Guus tanpa sebab. Hiddink ada pengalaman dalam perlawanan-perlawanan besar. Dia arif hal ehwal taktik lebih dari posisi seks yang macam mana digemari isteri beliau. Dan Hiddink sedar di dalam Chelsea dia ada barisan permain ternama yang terlebih bayar dan sudah veteran tetapi cukup pengalaman dan ada mental yang kuat dalam perlawanan besar seperti ini.

Hiddink memilih untuk menjadi ruas. Tidak seperti Klinsmann bila berdepan Barcelona di Camp Nou atau Benitez bila bertemu Chelsea sebelum ini di Stamford Bridge.

Klinsmann cuba menggunakan Franck Ribery seperti mana beliau lazim digunakan dalam mana-mana perlawanan Bundesliga. Hasilnya gawang Bayern Munich bolos 4 kali.

Hiddink memilih untuk menggunakan Frank Lampard sebagai salah satu dari 9 pemain pertahanan Chelsea. Hasilnya 0-0 dan Chelsea kini boleh bersandar pada kelebihan tempat sendiri dalam perlawanan kedua.

Kadang kala dalam bolasepak kita perlu pragmatik. Berpijak di bumi nyata.

Agaknya kalau Arsenal yang bertemu Barcelona, dua pasukan yang mempamerkan aksi menyerang penuh berseni, bolehkah Arsenal menang? Perlawanan akhir 2006 berkesudahan dengan Arsenal menjaringkan gol pembukaan tapi akhirnya bolos 2 gol kepada Barcelona.

Tahun lepas Manchester United bertandang ke Camp Nou dan seri 0-0 menentang Barcelona. Untuk perlawanan itu penguasaan Manchester United ke atas bola hanya pada kadar 27.2%.

Chelsea memilih untuk melakukan perkara yang sama. Mereka hanya mempunyai penguasaan bola sekadar 29.5%, hampir serupa dengan Manchester United tahun lepas.

Resipi untuk membendung Barcelona, ialah dengan menutup ruang dan mengekang pergerakan mereka di gelanggang sendiri. Sir Alex Ferguson tahu akan hal ini, Jose Mourinho juga pernah melakukannya dan Guus Hiddink bukan bodoh untuk melawan api dengan api.

Chelsea bacul? Membosankan? Menghina seni bolasepak?

Kita semua pastinya bukan pengurus bolasepak. Tapi jika FIFA Manager 2009 permainan komputer harian kamu dan pasukan kamu bertembung dengan Barcelona di gelanggang mereka, kemungkinan besar kamu juga akan mengambil pendirian yang serupa.

Ada orang kata ini bukan textbook display. Ini lebih kepada berkampung di gol sendiri, atau datang ke Barcelona dengan kapal terbang dan kemudiannya meletakkan kapal terbang kamu di depan pintu gol.

Tapi bila menentang trio Eto’o-Messi-Henry yang musim ini saja sudah mengumpul sejumlah 78 gol di kalangan mereka bertiga, berkampung di gol sendiri atau meletakkan kapal terbang di depan pintu gol ialah ruas untuk menjawab buku tersebut.

Menafikan gol pada Barcelona selama 90 minit di Camp Nou, itu satu pencapaian. Memastikan selama 90 minit barisan pertahanan kamu tidak lalai atau tersilap, itu satu pencapaian. Membuatkan Pep Guardiola naik angin dan berkata “It is difficult to play against a team who don’t want to play football”, itu juga satu pencapaian.

Pep Guardiola sudah terlalu biasa dengan anak buahnya merobek gawang setiap lawan mereka di Camp Nou, dia kini terkejut beruk bila ada pasukan bolasepak yang mampu menafikan apa yang sudah hampir pasti.

Aku bukan berhujah ini semua kerana aku peminat Chelsea. Tapi bagi aku apa yang dicapai selama 90 minit di Camp Nou itu ialah sesuatu yang hampir mustahil. Kredit yang sama juga untuk Manchester United bila mereka melakukannya tahun lepas.

Ada masanya untuk pergi jauh dalam bolasepak, kamu tidak perlu bermain cantik. Tanya Sir Alex, tanya Mourinho atau tanya Hiddink.

Masih tidak percaya?

Tanya Rafa Benitez dan Liverpool yang bermain cantik musim ini, tapi masih juga bakal tidak memenangi apa-apa.

(Sila beri komen kamu, tapi komen yang bernas dan ada ilmu bolasepak. Kita yang di sini bukannya budak sekolah, kan?)

17 komen:

Pipiyapong said...

Permainan Chelsea itu hari memang buat gua panas. Tapi disebabkan Guus Hiddink yang handle team tu, gua jadi tak kisah. Sebab dia King of Bola.

Effizzul said...

Tuan-tuan dan Puan-puan;

Bukan main panjang lagi hujah pembelaan peguambela terhadap anak guamnya!

Hampir2 saya melelehkan air mata untuk bersimpati dengan hujah pembelaan tersebut, tapi saya cepat2 tersedar dari pujukan pihak pembelaan yang bagaikan ayat mengorat power Matt Romeo terhadap teman perempuannya!

Saya sebagai pihak pendakwa ingin memohon penangguhan terhadap hujah balas saya sehingga akhir minggu depan untuk saya mendapatkan bukti dan asas kepada menyangkal pembelaan anda.

Apapun, sebelum saya mengundur diri, ingin saya ingatkan pembaca semua supaya tidak mudah terpengaruh apabila membaca pembelaan pihak pembela!

Faktanya jelas: permainan ala Chelsea itu satu keburukan dalam bolasepak secara amnya!

Takkan kita sebagai peminat, yang merupakan penggerak utama industri bolasepak patut dihidangkan dengan permainan yang membosankan?!

harga tiket dibayar, langganan saluran satelit juga dibayar, hanya untuk menonton perlawanan bolasepak yang mempu tidak mampu memberikan hiburan dan keseronokan kepada peminat?

SANGGUP ANDA BAYAR DUIT TIKET UNTUK MENONTON CARA PERMAINAN BOLASEPAK SEPERTI YANG DIBAWAKAN CHELSEA SEWAKTU BERTEMU BARCA?

Sekian.

aranhellstorm said...

" Tanya Rafa Benitez dan Liverpool yang bermain cantik musim ini, tapi masih juga bakal tidak memenangi apa-apa."

Aku sudah dalam posisi untuk menerima kenyataan yang aku dan fan the Reds yang lain bahawa gambar poster wallpaper the Reds musim hadapan bakal dihiasi dengan beg-beg kasut Adidas dan bekas air Gatorade sahaja.

Tanpa ada satu piala pun bakal menghiasi.

Tapi sesungguhnya dalam diam aku menaruh harapan.

p.s: LM, terima kasih kerana memberi sedikit kredit terhadap mutu permainan Liverpool musim ini. :)

drwtw said...

bak kata hishamudin rais,CERTUT.
CERITA KENTUT.KAH KAH KAH.

akap banyak pun tak ada guna.

Obefiend said...

aku main FM 2008. blackburn rovers. aku main 451.. aku memang di nou camp 3-0. blackburn mimang gagah!





itupun selepas 8 kali restart.. sebelum tu kena tapau tak kurang 3 gol. HA HA HA HA

btw lucius

jika gaya permainan chelsea itu bacul, agaknya gaya permainan bolasepak malaysia itu apa? pengkhianat?

Riise said...

owh Pep, apa lagi dia mahu kata, defend atau attack sebahagian dari bolasepak. takkan kalau main attack je dikira bermain bolasepak, apa haramnya logik tu. macam Arsene pula bunyinya.

Chelsea bukannya salah main defend, tapi dengan star2 yg ada dalam squad Chelsea tu, orang mahukan permainan yg lebih terbuka. Chelsea ke sana mungkin dengan niat utk tidak concede gol dan impian mereka tercapai. aku masih menyampah tgk theatrics Drogba mlm itu, begitu juga pada match lain.

Dengan Henry, Eto'o, Iniesta dan Messi pula orang mengharapkan gol. Jangan salahkan tukang defend, kalau kau tak reti score.

Malangnya, pada tahun sterusnya orang akan tengok pada trofi di kabinet dan orang dah lupa cara pasukan itu bermain kalau tiada trofi.

fil said...

liverpool memilih utk menyerang habis-habisan kat bridge sbb dah "terlepas" gol2 mudah lwn chelsea d anfield..so no other choice..

approach chelsea lwn barca mmg mirip dan mengimbau kembali ingatan ku kpd approach liverpool di kala kami memenangi CL utk kali ke 5..tika melawan juventus,lpool yg dibarisi the likes of biscan,traore ( yup traore dh mng CL,john terry x lg :P )hanya ada option utk bertahan selama 90 mins utk mengekang zlatan dan rakan2..dan hasilnya kami mara ke separuh akhir and the rest was history :)

mmg "x best" di mata neutrals,tp tu la bola sepak..besides "art" kt perlu "intelligence" jg..

nway,gud luck 2nd leg nnt :D br first half bro,another 90 mins to go..x tembus 4 goals lg sudah la k :D

YNWA

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

tak kira, bacul ker apa ker, aku still kagum persembahan Ballack, Alex, dan Bosingwa.

aku kira itu tactic apa?

seri 0-0 tempat lawan, dapat advantage kan?

jadi opportunist juga tactic.

bertahan itu bacul kah?

Baculkah Salman al Farisi bila mensarankan parit dibina sekitar Madinah time perang khandak?

aku kita bertahan juga startegi kan?

Nadiah Whoah said...

yes yes yes. entry sebegini yang i dok tunggu tunggu.

Faisal Zakaria said...

Hahaha, Chelshit. Fanaticisme yang membuta tuli. Aku pun tak faham kenapa Andres Iniesta, Xavi, Yaya Toure semua buat press statement mengeji corak permainan Chelsea. Sore losers. In fact tak kalah pun dah sore dah awal-awal.

Aku agak concern dengan nasib Chelsea even if Barcelona bertandang ke Stamford Bridge. Mungkin kita boleh mengharapkan 9-0-1 lagi, tapi kalau sampai ke penalty shoot-out pun, prestasi Cech tidaklah meyakinkan sangat.

CM said...

liverpool saja yang pernah bertandang ke nou camp dan menang 2-1.

better than 0-0.

a better tactician that fat Spanish lady, no?

and by the way, statement yang mengatakan chelsea menjadi lebih bagus daripada liverpool season ini is utter rubbish.

fakta:
chelsea kalah 2 kali kepada liverpool musim ini,
seri sekali,
menang sekali.

and liverpool did it with the same manager all these while.

Alien.Gory said...

Yeah, gua 110% setuju dengan komen Lucius di situ, dan Pipi.
Legenda seperti Sir Alex dan Guus lebih 20 tahun berpengalaman dari Pep.

Ikan Lemas said...

arsenal akan buktikan yang mereka akan jatuhkan setan dilangit menyembah bumi
hahaha

terime kasih kerana benci selangor.kami mmg pasukan paling kuat dkat malaysia.hehehe XP

masal bugduv said...

kapal terbang atau bas sekolah? haha.
(xdak id blogger)

Anonymous said...

wow man u the best writer in sports i ever read lol...

yeah agree 100% ...barca beat real with 6 goal right? thats a wow...

so bila Chelsea berjaya mengekang barca dengan 0-0, ianya satu PENCAPAIAN beb. sebab kalau Trio tu mmg power nak score, ianya tak jadi masalah walau semua pemain Chelsea berkumpul dibawah.

But they failed to score..they failed! salah sape tu kalau bukan salah barca sendiri hahaha...

karim bachik said...

"Tanya Rafa Benitez dan Liverpool yang bermain cantik musim ini, tapi masih juga BAKAL tidak memenangi apa-apa."

ini namanya compliment. sudah bertahun liverpool dilabel pasukan bosan. paling tidak liga inggeris kini byk drama tak mcm beberapa season lepas. sampai skang dalam hati fan2 man utd masih tak tentu arah walau mulut lancang berkata. itu semua tak boleh nafi.

dah lama tak merasa hype hari game terakhir liga inggeris mcm 90an dulu.

mr. hafis said...

rekod hiddink?

facts. he is a semi-finalist man. period.