[Ini hasil cuti selama 4 hari sempena Tahun Baru Cina. Celoteh sepanjang 12 mukasurat Microsoft Word tentang apa yang aku fikir perlu dilakukan jika kita mahu bolasepak Malaysia bangun kembali. Kamu bebas untuk mengedarkan artikel ini dalam Internet atau dicetak dan disebarkan. Apa saja, asalkan kita dapat mengubah nasib bolasepak Malaysia. Segala soalan lanjut atau luahan pendapat, sila kongsi di ruangan komen]
Ke mana arah kita, kini di kedudukan 158 dalam ranking FIFA, Liga Super kita di kedudukan 18 dan diberi Gred D dalam Asia dan selepas kekalahan memalukan 5-0 di tangan UAE masih segar dalam ingatan?
Bolasepak kita terus merudum jatuh. Dan kita masih tercari-cari formula untuk memartabatkan bolasepak kita sedang FAM terus dengan janji-janji membawa perubahan drastik mereka, seperti lazimnya setiap kali pasukan kebangsaan kecundang.
Serentak dengan itu juga pelbagai pihak muncul dengan idea dan saranan untuk mengubah nasib bolasepak Malaysia. Ada yang mencadangkan agar pucuk pimpinan FAM diubah, ada yang mahu pemain import kembali dibawa masuk dan ada yang mahu pasukan kebangsaan dibubarkan.
Ada juga, seperti yang aku baca di Utusan Malaysia, memberi idea yang tidak masuk akal, seperti menghantar skuad pelapis negara untuk bermain dalam liga simpanan di Brazil atau Argentina, disertai guru agama Islam dan tukang masak masakan Malaysia jika perlu.
Aku juga mampu untuk memberi idea dan saranan demi memartabatkan bolasepak Malaysia. Malah jika diikutkan hati aku boleh menyediakan satu kertas kerja dan pelan pembangunan setebal 1000 mukasurat jika perlu, disokong dengan fakta dan kaji selidik. Tapi aku bukan pegawai FAM, jauh sekali dibayar gaji oleh FAM. Dan berstatus sebagai orang luar peluang untuk idea aku diterima pakai oleh FAM agak tipis. Apatah lagi bila aku bukannya kerabat raja atau orang kenamaan berpangkat Datuk.
Oleh itu syor di bawah ini adalah seringkas mungkin idea dan saranan aku untuk bolasepak Malaysia. Ia bukanlah satu jaminan pasti yang akan mengembalikan martabat bolasepak kita, tapi paling tidak ianya adalah langkah yang perlu diambil dan dipertimbangkan jika kita tidak mahu bolasepak Malaysia terus hanyut dan tenggelam.
Apa langkah pertama kita?
Tuanku sultan wajib berundur. Sultan Ahmad Shah telah memimpin FAM semenjak 1984. Biarpun laman web rasmi FAM mendakwa Sultan Ahmad Shah telah memperkenalkan modernisasi dan profesionalisme dalam bolasepak Malaysia sepanjang tampuk kempimpinannya, kita semua tahu ianya hanya istilah kosmetik. Bolasepak Malaysia tidak kemana-mana sepanjang tempoh presidensi Sultan Ahmad Shah. Pasukan kebangsaan tidak pernah layak ke Olimpik sepanjang tempoh tersebut, apatah lagi Piala Dunia. Kita layak ke Piala Asia 2007 atas kapasiti tuan rumah bersama, hanya untuk diaibkan oleh gergasi Asia yang lain. Liga kita bertukar taraf dari amatur ke semi-pro dan kemudiannya professional, tapi umum tahu bahawa realitinya liga tempatan masih jauh dari berstatus pro. FAM yang pernah dikenali sebagai persatuan sukan yang kaya dan berduit, kini dilanda masalah kewangan yang meruncing. Begitu juga dengan persatuan-persatuan negeri yang kucar-kacir pentadbirannya dan lemah dari segi pengurusan kewangan. Setiap kali kita menemui kegagalan, Sultan Ahmad Shah turut meluahkan perasaan kecewa dan sedih, kemudian berjanji untuk melakukan perubahan drastik. Tapi hakikat yang sebenar bolasepak Malaysia terus diheret jatuh oleh kerana kegagalan pucuk pimpinan FAM sendiri. Selama 25 tahun di bawah presidensi Sultan Ahmad Shah, bolasepak Malaysia tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan. Adakah itu rekod perkhidmatan yang cemerlang atau sebaliknya?
Pertukaran presiden FAM, bagaimana pula dengan yang lain?
Mempunyai ijazah dari universiti luar negara dan pernah terlibat dalam program realiti TV bolasepak bukan satu kelebihan untuk memegang jawatan penting dalam pengurusan bolasepak Malaysia. Begitu juga bagi mereka yang mempunyai pangkat Datuk atau kedudukan politik. Sebaiknya FAM ditadbir oleh mereka yang mempunyai kredibiliti dalam bolasepak, yang pernah terlibat dalam sukan tersebut atau yang mempunyai kelulusan dan kepakaran dalam bolasepak. Posisi dalam FAM patut lebih terbuka dan ditandingi oleh mereka yang berkelayakan, bukan ahli politik atau orang kenamaan yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi dari pembangunan bolasepak. Angel Maria Villar (Presiden RFEF) ialah bekas pemain pertahanan Sepanyol manakala Theo Zwanziger (Presiden DFB) pula ialah bekas pemain amatur untuk kelab VfL Altendiez. Bukankah ini sepatutnya menjadi teladan untuk kita mengikut jejak kemajuan bolasepak Sepanyol dan Jerman?
Rombakan yang sama juga di kalangan persatuan bolasepak negeri (FA negeri)?
Sesuatu yang lucu, kerana kebanyakan FA negeri dikepalai secara automatik oleh menteri besar negeri tersebut. Maka apabila sesebuah negeri bertukar kerajaan pemerintah selepas pilihanraya (kes Selangor FA selepas 8 Mac 2008), FA negeri turut terheret dalam kancah politik. Pucuk pimpinan yang rata-rata terdiri dari orang UMNO terpaksa diganti dengan ahli politik PKR. Atas alasan munasabah apa yang digunakan sehingga memaksa jawatan dalam FA negeri diisi oleh orang-orang politik, yang belum pasti lagi mahir atau tidak dalam pengurusan bolasepak? Seharusnya FA negeri dipimpin oleh mereka yang mempunyai kemahiran dan pengalaman bolasepak, baik dari segi permainan atau pengurusan. FA negeri sebaiknya hendaklah bebas dari pengaruh politik, kerana badan-badan sukan lebih cenderung menjadi mangsa kepentingan peribadi ahli politik bila mereka terlibat dalam badan sukan tersebut. Mempunyai kedudukan politik bukan satu jaminan individu tersebut boleh menjadi pemimpin sukan yang bagus.
Bolehkah rombakan pucuk kepimpinan ini membawa FAM dan FA negeri keluar dari kemelut yang melanda?
FAM pernah bergelar persatuan sukan paling kaya di Malaysia, tetapi pengurusan yang tidak profesional dan kepimpinan yang tidak cekap kini meletakkan FAM antara persatuan sukan yang paling miskin. Senario yang lebih teruk pula melanda sebahagian besar FA negeri yang ada, hingga kes seperti kegagalan membayar gaji pemain merupakan satu perkara lumrah yang menjangkiti sukan bolasepak kita. Sudah tiba masanya amalan profesionalisme diamalkan dengan betul dalam setiap persatuan bolasepak, bukan sekadar dijadikan istilah kosmetik untuk menyedapkan telinga. Pentadbiran hendaklah ditadbir dengan cekap, pengurusan hendaklah diurus dengan telus. Dengan tiadanya ahli politik atau orang kenamaan yang hanya mengejar populariti dalam persatuan bolasepak, ianya hendaklah diganti oleh mereka yang datang dari bidang profesional masing-masing. Jika FA England mencapai perolehan sebanyak GBP237.9 juta untuk tahun 2007, sementara DFB (Jerman) diiktiraf sebagai persatuan sukan paling mewah di dunia, tidak ada sebab untuk FAM dan FA negeri gagal mencatat keuntungan hatta RM1.00 pun, asalkan mereka memupuk profesionalisme dalam persatuan mereka.
Adakah pertukaran pucuk kepimpinan ini memadai untuk mengembalikan martabat bolasepak Malaysia?
Aspek pentadbiran persatuan hanya berperanan dalam memastikan bolasepak Malaysia diurus dengan baik dan teratur. Namun begitu sebagai satu bentuk sukan, bolasepak hanya boleh maju melalui perlaksanaan aktiviti yang berterusan. Aku merujuk pada konteks liga tempatan, yang menjadi nadi pada pembangunan bolasepak di mana-mana negara.
Kita harus ingat, negara bolasepak yang kuat lahir dari liga yang baik. Tetapi liga kita diletakkan sebagai Gred D dan tangga ke-18 dalam Asia.
Apa yang tidak kena dengan liga tempatan kita?
Hampir setiap negara di dunia mempunyai liga bolasepak mereka sendiri. Liga bolasepak di Malaysia bermula semenjak 1982, pada masa itu ianya berfungsi sebagai pusingan kelayakan untuk menentukan pasukan yang layak untuk pusingan kalah mati bagi merebut Piala Malaysia. Hari ini sistem liga bolasepak Malaysia terdiri dari:
Peringkat 1: Liga Super - 14 pasukan
Peringkat 2: Liga Perdana - 14 pasukan
Di bawah peringkat 2, tidak wujud apa-apa liga atau kejohanan yang dapat dikenal pasti, here be dragons kata orang putih. Satu masa dulu FAM pernah menganjurkan Piala FAM, kejohanan untuk pasukan kelab sekaligus diambil kira sebagai liga peringkat ketiga. Namun kerana kurangnya sambutan ia telah dimansuhkan.
Hakikat bahawa liga bolasepak Malaysia hanya terdiri dari 2 peringkat dan disertai oleh 28 pasukan menunjukkan kemiskinan bolasepak kita. Jika setiap pasukan membariskan 25 pemain (utama dan simpanan) bermakna di Malaysia seramai 700 orang (25 pemain x 28 pasukan) bermain bolasepak secara aktif setiap musim.
Sebagai perbandingan sistem liga bolasepak Jepun terdiri dari piramid 6 peringkat, peringkat tertinggi, J-League I saja mempunyai 18 pasukan. Apa lagi England, yang mempunyai piramid sistem liga sebanyak 24 peringkat melibatkan 7,000 buah kelab atau pasukan. Malahan Indonesia sendiri mempunyai sistem liga terdiri dari 5 peringkat.
Jadi kita perlu gandakan peringkat yang ada dalam sistem liga bolasepak Malaysia?
Ya, kita tidak akan kemana-mana dengan hanya sistem liga 2 peringkat dan 28 pasukan. Malahan sistem yang terlalu kecil ini menghalang para pemain bolasepak dari terlibat dalam lebih banyak perlawanan semusim.
Kurang perlawanan semusim, maksudnya?
Format Liga Super dan Perdana di Malaysia ialah perlawanan timbal balik 2 pusingan. Kerana setiap liga terdiri dari 14 pasukan maka untuk satu musim sebuah pasukan akan menempuhi sebanyak 26 perlawanan liga. Bandingkan ini dengan jumlah 38 perlawanan liga semusim yang ditempuhi oleh setiap kelab EPL, tidak termasuk kejohanan lain seperti Piala FA, Piala Liga dan kejohanan peringkat Eropah bagi kelab yang layak. Jelas kita dapat melihat bukan saja jumlah individu yang bermain bolasepak secara aktif di Malaysia sangat sedikit (hanya 700 orang), malahan jumlah perlawanan yang mereka tempuhi semusim mungkin tidak lebih dari 40 perlawanan (mengambil kira Piala FA, Piala Malaysia dan perlawanan untuk skuad kebangsaan).
Bagaimana ini semua dapat membantu bolasepak Malaysia?
Jerman, negara bolasepak yang maju sebagai contoh, mempunyai 26,000 kelab bolasepak berdaftar dan sejumlah 2 juta individu yang bermain bolasepak secara aktif (pro atau amatur). Ini ialah kekuatan tenaga kerja bolasepak mereka, bezanya dengan apa yang kita ada ialah ibarat langit dan bumi. Dalam erti kata lain, they have larger pool of talents to unearth.
Mempunyai lebih banyak perlawanan semusim akan mendedahkan pemain bolasepak tempatan kepada lebih banyak aksi yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kecergasan mereka. Manakala mempunyai lebih banyak pasukan yang terlibat secara aktif dapat memberi peluang kepada lebih ramai individu terlibat dalam sukan bolasepak dan membuka potensi untuk bakat baru dicungkil.
Apa struktur atau format terbaik untuk sistem liga bolasepak Malaysia?
Sepatutnya Liga Super dan Perdana di Malaysia terdiri dari sekurang-kurangnya 18 pasukan atau lebih. Kita juga perlu mengembangkan sistem liga kita dari hanya 2 peringkat kepada 3 atau 4 peringkat, bergantung kepada keupayaan kewangan yang ada.
Pilihan alternatif yang lain ialah mengekalkan 2 peringkat liga kebangsaan, sementara mewujudkan liga-liga peringkat wilayah sebagai peringkat ketiga dalam sistem liga kita. sendiri. Lebih kurang seperti yang diamalkan di Jerman dalam liga peringkat 4 mereka, Regionalliga. Pasukan-pasukan dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang tidak layak ke peringkat Liga Super atau Perdana, mungkin boleh bersaing dalam liga wilayah atau tempatan sekaligus sebagai pusingan kelayakan untuk naik ke peringkat seterusnya dan dibarisi oleh pemain amatur.
Sebagai contoh:
Peringkat 1: Liga Super - 18 pasukan (pro)
Peringkat 2: Liga Perdana - 18 pasukan (pro)
Peringkat 3: Liga-liga wilayah atau tempatan (amatur)
Ia bukan format yang perlu diikut sepenuhnya, tetapi boleh diolah mengikut kesesuaian. Apa yang penting ialah memastikan setiap pemain (terutama yang bertaraf pro) bermain jumlah perlawanan yang cukup semusim dan wujud jumlah pasukan bolasepak yang banyak untuk memberi peluang kepada pemain bertaraf pro atau amatur terlibat dalam bolasepak secara aktif.
Tetapi kita hanya mempunyai jumlah pasukan negeri yang terhad dan pasukan kelab yang sedikit?
Inilah masalah kronik yang melanda bolasepak Malaysia. Di sebalik modernisasi yang dicanangkan oleh FAM, hakikatnya liga tempatan kita masih disertai oleh pasukan-pasukan bolasepak negeri, dicampur aduk pula dengan pasukan kelab yang pelik namanya dan tidak dikenali langsung. Sedangkan liga-liga bolasepak di negara lain terdiri dari kelab-kelab yang lazimnya mewakili bandar-bandar di dalam negara tersebut.
Sewajarnya liga tempatan ditandingi oleh pasukan-pasukan kelab. Kita tidak boleh berharap pada pasukan negeri yang terhad, Malaysia hanya mempunyai 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan.
Tetapi satu lagi masalah ialah kita juga tidak mempunyai banyak kelab-kelab bolasepak kerana melaburkan wang untuk membangunkan kelab bolasepak di Malaysia bukan satu pelaburan yang menguntungkan.
Bagaimana ini berlaku sedangkan di negara lain kelab-kelab bolasepak mendapat sambutan yang baik dari peminat bolasepak negara tersebut?
Kita harus melihat kegagalan kelab bolasepak tempatan dari sudut kewujudan kelab itu sendiri. KL Plus, UPB-MyTeam, Kuala Muda Naza, Proton FC, Felda United, Sinar Dimaja Mai Sarah FC dan lain-lain adalah antara kelab yang bertanding di dalam Liga Super dan Perdana. Persoalannya ialah apa relevan kelab-kelab ini kepada peminat bolasepak tempatan?
Adakah KL Plus khusus untuk kakitangan Plus Berhad, Kuala Muda Naza dan Proton adalah kelab untuk pemilik kereta Naza dan Proton dan Felda United untuk para peneroka Felda? Dan Tuhan saja yang tahu agaknya dari siapa dan untuk siapa kelab dari Pulau Pinang yang bernama Sinar Dimaja Mai Sarah FC itu.
Setiap individu menjadi penyokong kelab mereka kerana minat. Tetapi apa yang menjadi faktor lebih utama ialah kerana adanya hubung kait sesuatu kelab itu dengan latar belakang penyokongnya. Borussia Dortmund mempunyai gerombolan besar penyokong mereka dari bandaraya Dortmund, kerana di bandar inilah tempat lahirnya kelab tersebut. Di bandar Kashima (Jepun) pula, rata-rata penduduknya menyokong Kashima Antlers, kelab yang berpengkalan di bandar Kashima.
Begitu juga PSMS Medan (Medan, Indonesia), Adelaide United (Adelaide, Australia) atau Columbus Crew (Columbus, USA). Tetapi bagaimana agaknya Felda United, yang bermain di Stadium Petronas di Bangi dapat menarik kedatangan penyokong dari Felda Lurah Bilut yang terletak jauh dari Bangi? Atau menarik sokongan penduduk Bangi yang bukannya peneroka Felda, melainkan nama Felda United ditukar kepada Bangi United barangkali?
Jadi perlu ada satu hubung kait di antara sebuah kelab dan komuniti tempatan?
Sense of belonging. Setiap kelab perlu mempunyai kriteria tersebut, setiap peminat bolasepak juga perlu perasaan itu. Jika Sinar Dimaja Mai Sarah FC yang asalnya dari Kepala Batas, menukar nama kepada Kepala Batas FC dan bermain di pekan Kepala Batas, paling tidak 2 atau 3 ribu penduduk Kepala Batas merasakan sense of belonging dengan kelab itu dan majoriti rakyat Malaysia tahu asal-usul kelab tersebut.
Kerana tiadanya sense of belonging ini atau hubung kait antara kelab dan komuniti tempatan menjadi punca sebahagian besar kelab bolasepak di Malaysia gagal. Hasilnya pasukan kelab dalam liga tempatan bermain di dalam stadium yang hanya diisi oleh mungkin beberapa puluh penonton. Dalam jangka masa panjang, ia hanya akan merugikan kelab tersebut. Bagaimana sebuah kelab dapat menjana pendapatan bila mereka tidak ada kumpulan penyokong yang besar dan tiada wang pungutan hasil jualan tiket perlawanan?
Kita juga harus mengambil kira bahawa dengan adanya hubung kait antara kelab dan komuniti tempatan, ia boleh menjadi pemangkin dalam mewujudkan minat komuniti tempatan untuk terlibat dalam bolasepak. Ambil senario bolasepak di England sebagai contoh, kelab-kelab liga bawahan seperti Chesterfield atau Kettering Town FC mempunyai hubungan rapat dengan komuniti tempatan dan sebaliknya penduduk Chesterfield atau Kettering Town melihat prospek bermain untuk kelab komuniti mereka sebagai satu penghormatan.
Ini menggalakkan lebih ramai individu untuk bermain bolasepak secara amatur dan secara tidak langsung membantu dalam proses mencungkil bakat baru.
Bermakna kita harus biarkan pasukan negeri berkubur dan menggalakkan pertumbuhan kelab bolasepak untuk bersaing dalam liga tempatan?
Kebanyakan peminat bolasepak tempatan menyimpan nostalgia Piala Malaysia, salah satu kejohanan bolasepak tertua di Asia. Kita tahu Piala Malaysia sebelum ini ialah pertandingan bolasepak antara negeri dan kini atas rombakan FAM ia turut disertai oleh pasukan kelab.
Untuk memansuhkan kewujudan pasukan negeri akan mengakibatkan pasukan seperti Selangor yang merupakan sebahagian dari tradisi Piala Malaysia hilang dari lembaran sejarah. Bagi peminat bolasepak tempatan yang memendam nilai sentimental dengan pasukan negeri masing-masing, ia sesuatu yang sukar untuk diterima.
Oleh itu cadangan aku ialah untuk mewujudkan kelab-kelab bolasepak di setiap ibu negeri bagi menggantikan pasukan negeri masing-masing. Sebagai contoh Alor Setar menggantikan Kedah, Ipoh mengambil tempat Perak dan Shah Alam sebagai pengganti Selangor. Kelab-kelab yang berpengkalan di setiap ibu negeri ini dilihat sebagai pewaris kepada pasukan negeri yang dimansuhkan, dan setiap rekod pencapaian pasukan negeri menjadi milik kelab pewaris tersebut.
Jika Selangor pernah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 32 kali, Shah Alam juga akan diiktiraf sebagai telah menjuarai piala tersebut dengan jumlah yang sama, sebagai kelab pewaris kepada pasukan negeri Selangor yang dimansuhkan.
Tapi apa salahnya jika pasukan negeri dikekalkan?
Banyak salahnya. Kerana wujudnya pasukan negeri hari ini kita melihat setiap FA negeri lebih tertumpu dalam menguruskan skuad bolasepak mereka sedangkan peranan mereka sebagai persatuan bolasepak adalah lebih meluas. FA negeri sepatutnya berperanan untuk mengurus tadbir sukan bolasepak negeri masing-masing. Fungsi mereka ialah membangunkan bolasepak peringkat negeri dan menjadi badan bertanggungjawab dalam menganjurkan liga atau kejohanan bolasepak peringkat negeri.
Tetapi hari ini kita melihat FA negeri lebih tertumpu dalam menguruskan pasukan negeri mereka lalu mengabaikan pembangunan bolasepak negeri masing-masing, yang sebenarnya merupakan pembangunan peringkat akar umbi yang dapat meneruskan kesinambungan bakat bolasepak tempatan.
Lalu kita mansuhkan pasukan negeri dan wujudkan kelab bolasepak di setiap ibu negeri dalam Malaysia sebagai pengganti?
Ya, dengan 13 negeri yang ada kita bakal mempunyai 13 kelab berpengkalan di setiap ibu negeri, menjadi kelab utama yang mewakili negeri masing-masing. Oleh kerana kelab-kelab ini merupakan kelab pewaris dari pasukan negeri yang dimansuhkan, fanbase support yang besar adalah terjamin untuk mereka.
Dan kita juga harus ambil kira 3 wilayah persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) sedia ada yang juga dapat mengetengahkan 3 buah kelab lagi bagi mewakili wilayah masing-masing. Sementara negeri-negeri yang besar dan maju seperti Selangor, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah mempunyai potensi untuk mewujudkan kelab-kelab di bandar utama yang lain, seperti Petaling Jaya, Taiping, Batu Pahat, Miri dan Sandakan sebagai contoh.
Mengambil kira 13 kelab di setiap ibu negeri, 3 kelab dari wilayah persekutuan dan mungkin tambahan 10 lagi kelab dari bandar-bandar utama lain di Malaysia kita sudah mempunyai 26 buah kelab bolasepak, masing-masing dengan faktor belonging bandar yang diwakili serta hubung kait dengan penduduk bandar-bandar tersebut.
Dan dengan tumpuan tiap-tiap FA negeri dalam membangunkan kelab bolasepak di negeri masing-masing, prospek untuk bolasepak Malaysia mempunyai paling kurang 40 buah kelab bertanding dalam liga tempatan adalah cerah.
Menarik, tetapi terjaminkah peluang untuk kelab-kelab ini mendapat sokongan peminat tempatan?
Jika kamu tinggal di Kuala Pilah dan ada kelab tempatan bernama Kuala Pilah Rovers mewakili tempat kamu yang bersaing dalam Liga Super, adakah kamu akan menyokongnya?
Sebuah kelab bernama Bangi United mempunyai prospek untuk meraih lebih ramai peminat bila mereka beribu pejabat di Bangi, berpengkalan di Bangi, bermain di Bangi dan mempunyai perkataan Bangi pada nama kelab mereka. Ia jauh lebih baik dari mempunyai kelab bernama Felda United yang bermain di Bangi, sebuah kawasan urban yang tiada penempatan Felda.
Sepatutnya Felda United berpengkalan di Jengka, dan mungkin namakan kelab mereka FC Jengka. Aku yakin mereka dengan mudah boleh mendapatkan sokongan padu dari penduduk bandar Jengka.
Kita patut lihat pada Jepun dan J-League mereka, yang ditandingi oleh kelab-kelab yang mewakili bandar-bandar seluruh Jepun. Atau hanya perlu lihat di negara jiran Indonesia dan Liga Djarum Super mereka, yang disertai oleh PSMS Medan di Sumatera hingga ke Persipura Jayapura di Papua Barat. Setiap kelab yang bertanding mewakili bandar-bandar tempat mereka bermain dan mendapat sokongan padu dari komuniti setempat.
Sense of belonging.
Dan pengurusan kewangan kelab-kelab ini?
Sewajarnya ia diuruskan secara berhemah dan profesional. Setiap pengurusan kelab hendaklah diuruskan oleh mereka yang pakar dan berkelayakan dalam bidang masing-masing.
Adalah penting untuk melihat setiap kelab bolasepak yang diwujudkan sebagai satu entiti perniagaan dengan dua objektif utama. Pertama, memajukan kelab bolasepak itu melalui pencapaian dan kejayaan mereka dalam sukan yang diceburi. Kedua, pengurusan operasi harian kelab secara baik dengan matlamat untuk mencapai keuntungan kewangan demi kelangsungan hidup kelab tersebut.
Jatuh atau bangun setiap kelab bergantung kepada kebijaksanaan pengurusan mereka, dengan pengawasan dari pihak FA negeri masing-masing dan juga FAM.
Bagaimana dengan penajaan untuk kelab-kelab tersebut?
Aku melihat penubuhan kelab bolasepak di Malaysia boleh berlaku melalui dua cara, penubuhan yang dicetuskan oleh entiti perniagaan dan badan korporat yang bertempat di komuniti tersebut atau oleh komuniti tempatan.
Penubuhan kelab yang dicetuskan badan korporat bukan sesuatu yang asing. Malah di Korea Selatan dan Jepun kelab-kelab bolasepak kebanyakannya bermula dari inisiatif korporat seperti Hyundai dengan Jeonbuk Hyundai Motors dan Mitsubishi yang melahirkan Urawa Red Diamonds. Di Malaysia juga kita mempunyai kelab yang lahir dari inisiatif korporat seperti Proton FC dan Kuala Muda Naza FC. Cuma apa yang perlu kelab-kelab ini hendaklah mempunyai sense of belonging dan hubung kait dengan lokasi geografik tertentu.
Proton FC sebagai contoh mungkin lebih baik jika dikenali sebagai Tanjung Malim FC, kerana kilang Proton yang terletak di Tanjung Malim dan prospek mereka mendapatkan sokongan komuniti tempatan lebih cerah dengan hubung kait yang wujud. Proton boleh mengekalkan hak milik mutlak ke atas kelab tersebut dan bertindak sebagai penaja utama.
Bagi kelab yang dicetuskan melalui inisiatif komuniti tempatan, penajaan boleh diperolehi melalui pemasaran kepada badan-badan korporat yang lain, lebih-lebih lagi jika badan korporat itu bertempat di bandar yang sama dengan kelab tersebut. Contohnya Batu Pahat mungkin boleh ditaja oleh Harta Packaging atau Gurun ditaja oleh Modenas, yang mempunyai kilang pengeluaran di sana.
Malahan, kita juga dapat melihat bagaimana kelab-kelab kecil dan bawahan juga mampu memperolehi penaja dari entiti perniagaan tempatan, seperti kelab bolasepak Kajang yang mungkin boleh ditaja oleh Sate Kajang Haji Samuri.
Formula penajaan bolasepak adalah mudah. Para penaja berminat untuk memberi tajaan sekiranya jenama mereka dapat dilihat oleh ramai orang. Jika kelab-kelab bolasepak mempunyai belonging dan hubung kait, ia mampu menarik penyokong yang ramai dari komuniti tempatan dan membuka pasaran yang luas bagi para penaja.
Tetapi kelab seperti Sinar Dimaja Mai Sarah FC tidak mempunyai sense of belonging, tidak mampu menarik penyokong yang ramai dan bukan prospek pemasaran yang baik untuk mana-mana penaja.
Itu perancangan bolasepak di peringkat liga profesional, bagaimana pula dengan pembangunan untuk golongan remaja dan kanak-kanak?
Andai tumpuan menguruskan skuad bolasepak telah dilalihkan dari perhatian FA negeri, melalui pemansuhan pasukan negeri, peranan yang lebih besar boleh dimainkan oleh persatuan tiap-tiap negeri ini dalam pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi.
FAM mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dalam program pembangunan bolasepak di sekolah, tetapi sistem yang lebih baik ialah melatih bakat-bakat muda ini melalui program apprentice dengan kelab-kelab yang wujud di kalangan komuniti tempatan yang ada.
Ia secara langsung memberi faedah kepada kedua-dua pihak, kelab bolasepak mempunyai bekalan bakat baru yang mudah diperolehi dari kalangan komuniti sekitar sementara golongan kanak-kanak dan remaja dapat bergiat dengan lebih aktif dan berterusan dalam liga remaja atau simpanan peringkat daerah dan negeri.
Jika kita serius untuk melaksanakan ini semua, adakah mana-mana negara lain yang boleh dijadikan model untuk kita mencontohi program dan struktur bolasepak mereka?
Satu masa dulu, delegasi dari Japan Football Association (JFA) pernah datang ke Malaysia untuk belajar dari kita saat mereka mahu memulakan liga bolasepak profesional di Jepun.
Hari ini, J-League diiktiraf sebagai liga bolasepak terbaik di Asia dan antara yang terbaik di luar Eropah. Untuk tahun 2008 saja, J-league memperolehi jangkaan pendapat berjumlah RM373.7 juta. Berapa ringgit pendapatan yang diperolehi oleh liga bolasepak kita?
Model yang terbaik sekali untuk kita semua ialah Jepun dan J-League mereka. Biarpun mereka pernah menuntut ilmu dari kita tapi itu tidak bermakna FAM tidak boleh menebalkan muka untuk belajar kembali dari JFA. Yang pasti pentadbiran bolasepak Jepun lebih arif dan faham bagaimana untuk mewujudkan liga bolasepak yang bagus, sedangkan FAM pula pernah ditaja sejumlah RM300 juta oleh Dunhill tapi disia-siakan begitu saja.
Dan kita juga boleh menggunakan Jepun sebagai model untuk mewujudkan budaya kelab bolasepak. Kebanyakan kelab di Jepun bermula dengan insiatif korporat, tapi kini melalui pelan J-League Hundred Year Vision, kebanyakan kelab bukan lagi hakmilik korporat tetapi kini merupakan entiti yang bebas. JFA juga menggalakkan kelab-kelab bolasepak di Jepun untuk membina ikatan erat dengan komuniti tempatan mereka dan bergantung pada sokongan masyarakat atau syarikat setempat.
Sasaran J-League Hundred Year Vision ialah untuk mewujudkan 100 kelab profesional di Jepun yang mendapat sokongan dari komuniti tempatan dimana mereka berpengkalan.
Hakikatnya kita tidak perlu melihat jauh ke England atau Jerman, cukup dengan hanya mengambil Jepun sebagai contoh. Untuk 100 tahun lagi sekalipun belum tentu Malaysia boleh menjulang Piala Dunia, tapi jika kita boleh mempunyai liga seperti J-League, kelab-kelab seperti Kashima Antlers atau Jubilo Iwata dan layak ke Piala Dunia seperti Jepun, itu sudah bagus.
Maka, rumusan yang boleh dibuat ialah, untuk maju dalam bolasepak kita perlu mempunyai FAM dan FA negeri yang profesional, budaya kelab bolasepak di setiap bandar-bandar Malaysia, sistem liga yang komprehensif dan penglibatan segenap lapisan rakyat Malaysia dalam sukan bolasepak?
Andaikan senario di bawah ini benar-benar berlaku.
Presiden FAM bersetuju meletakkan jawatan, diikuti beberapa pucuk pimpinan yang lain selepas mesyuarat khas yang diadakan pada 31 Januari 2008. Untuk beberapa minggu kemudian rombakan besar-besaran berlaku di setiap FA negeri dan liga bolasepak yang sedia ada dibubarkan.
Bolasepak Malaysia melalui tempoh yang kucar kacir dan tidak menentu. Media menggelarkannya sebagai ‘revolusi bolasepak’. Namun menjelang Mei individu-individu dari golongan profesional bolasepak dan berkelayakan mengambil alih pentadbiran dalam FAM dan FA negeri.
Serentak dengan itu satu ketetapan tidak rasmi mula diguna pakai, sukan bolasepak Malaysia hendaklah bebas dari jangkitan politik atau pengaruh pihak istana. Setiap yang dilantik ke jawatan masing-masing dipilih berdasarkan merit, bukan pangkat atau gelaran.
Satu rancangan baru dirangka untuk pembangunan bolasepak Malaysia. Perubahan dibuat dalam struktur liga tempatan dengan pemansuhan pasukan negeri dan pertandingan dibuka untuk kelab-kelab bolasepak sahaja. Setiap pasukan negeri diganti dengan kelab bolasepak yang berpengkalan di ibu negeri masing-masing, dari Kangar ke Kota Kinabalu.
Menjelang penghujung 2009, 13 kelab bolasepak bertapak di 13 ibu negeri dalam Malaysia, dan 3 buah lagi kelab bolasepak wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Empat negeri bolasepak utama, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah (mengikut jumlah kemenangan Piala Malaysia) diberi kelebihan untuk membawa masuk kelab kedua, Petaling Jaya, Taiping, Butterworth dan Sungai Petani.
Pada tahun 2010, musim pertama Liga Super Malaysia bermula dan peminat bolasepak Malaysia menikmati buat kali pertama perseteruan antara bandar seperti Alor Setar lawan Ipoh ataupun local derby antara Shah Alam dan Petaling Jaya yang berjiran. Dua puluh kelab menentang satu sama lain bagi merebut kejuaraan liga.
Tahun 2011, pelawaan dibuka kepada setiap negeri untuk mencalonkan kelab dari bandar lain di negeri masing-masing untuk Liga Perdana Malaysia (liga peringkat 2). Kita melihat munculnya kelab bolasepak Sibu dari Sarawak, Kuala Lipis dari Pahang atau Segamat dari Johor (mungkin dengan nama penaja Jakel Trading tertera pada jersi mereka). Liga bolasepak Malaysia kini terdiri dari dua peringkat liga (Super dan Perdana) dengan hampir 40 kelab bolasepak di dalamnya.
Liga-liga peringkat 3 diwujudkan pada tahun 2012, Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), Pantai Barat (Perak dan Selangor), Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan Borneo (Sabah dan Sarawak), diurus secara bersama oleh FA negeri yang terlibat. Juara-juara liga peringkat 3 ini layak untuk ke peringkat 2 dan beraksi dalam Liga Perdana. Setiap FA negeri juga sudah mula menganjurkan liga negeri mereka, yang melibatkan pemain amatur dan remaja pada tahun 2014.
Menjelang 2016, populariti Liga-M mula menarik perhatian para pemain bolasepak dari negara-negara yang lebih maju bolasepaknya dari Malaysia. Namun begitu demi memastikan pemain tempatan tetap mempunyai peluang untuk beraksi, setiap kelab hanya dibenarkan kuota 3 pemain import. Jumlah penonton yang ramai memenuhi stadium, kerana wujudnya sense of belonging antara mereka dan kelab, menarik perhatian penaja untuk mencurahkan wang tajaan dalam Liga-M.
Liga Super mencatatkan keuntungan berjumlah RM101 juta penghujung 2017 manakala Liga Perdana memperolehi RM75 juta. Astro mewujudkan satu saluran khusus untuk siaran langsung perlawanan dan laporan harian Liga-M setelah mengenepikan bidaan RTM dan Media Prima untuk hak penyiaran bernilai RM50 juta.
Sejumlah 80 kelab wujud di seluruh Malaysia menjelang 2019, separuh darinya bertaraf profesional. Manakala seramai 2500 pemain tempatan status pro dan amatur beraksi dalam Liga-M, dari kelab besar seperti Shah Alam hinggalah kelab amatur seperti Keningau.
Tahun yang sama juga Malaysia layak ke kejohanan Piala Asia dan tahun 2020 layak ke Olimpik buat kali ketiga, selepas 40 tahun menghilang dari pentas Olimpik. Kini, tahun 2021, Malaysia sedang beraksi dalam pusingan kelayakan terakhir untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2022.
Itu senario yang mungkin hanya tergambar dalam mimpi, tetapi sebenarnya tidak mustahil untuk direalitikan.
53 teguran:
ini mencabar semangat 'melayu malas membaca' aku ni!
ini pos yang tersangat panjang
jadi aku sudah cetak guna printer pejabat, dan akan dibawa balik malam ini untuk ditelaah di rumah
rumusan dan pembacaan sepintas lalu aku, kamu memang punyai jawapan terbaik untuk merungkai kemelut bolasepak malaysia
kenapakah kamu tidak bekerja di FAM, wahai lucius?
kalau jadi ini mcm,setiap kali angkat piala dah tak perlu sembah menyembah.
bro,tak sabar gua nk tgk ulu klang fc lwn ampang fc.kompem kerusi stadium byk terabur atas padang
didn't read it but i actually scroll down to see how long it is and my gawd macam nak buat thesis!
masa cuti2 pegi lar pulau ka, sipadan ka, KB tamu ka. blink blink dah setahun di KK belum venture out of KK rugi tau :)
sumpah gua bincang pasal benda ni kat kedai makan malam tadi..!!
aku baca 60% je tapi aku rasa idea kamu bagus. Kuncinya hanya banyak pasukan ditubuhkan dan kerap pertandingan dilangsungkan bukan?
Tapi aku rasa mimpi je, banyak pihak kena libatkan.
post ini lebih baik dari post di blog lain yang memberi kritikan tanpa memberi solusi
fuhh,tak sia2 aku balik lambat.tapi bajet nak buat stadium mesti diambil kira gak...taiping kena guna stadium telekom,lumut guna tldm,teluk intan guna stadium mini jer..mesti kutip derma ni...
ni baru 4 hari..
>_<..
aaaaa...
terbaik..
kalau lah FAM baca blog kau dan ikut nasihat kau, mungkin Kaka tidak akan ke Manchester City tapi ke Sinar Dimaja Mai Sarah FC
tak sangka..aku baca dari A hingga Z.
siap bancuh nescafe. berat isu ni.
Rumusannya, ya, satu revolusi bola sepak diperlukan. Cuti 1 penggal untuk bola sepak barangkali. Aku sangat setuju dengan pengunduran Sultan Ahmad Shah tu. Kalau sultan ni taknak berundur, suruh agong masuk campur, kick him out. Aku juga tertarik dengan sense of belonging di mana lebih bernas jika dibandingkan dengan nama kelab sekarang. Mungkin bagi sesiapa yang berasal dari Alor Star atau Seremban dan bekerja di Bangi atau Ampang, boleh wujud sense of belonging terhadap 2 pasukan ni.
Dengan kertas kerja kau ni, aku yakin mak ayah akan sokong jika anaknya mahu bermain bola sepak di Malaysia. Situasi sekarang, bola sepak Malaysia tiada masa depan. Itu persepsi umum termasuk ibu bapa. Jika mereka punyai anak yang cemerlang dalam bola sepak dan juga akademik, sebolehnya mereka mahu anak mereka get rid of minat mereka pada bola sepak dengan tidak membenarkan masuk ke FA negeri.
Aku rasa benda ni sudah diamalkan, iaitu bagi pemain bola sepak yang mahu melanjutkan pelajaran, segala kos adalah di bawah tajaan FA tersebut. Ini lebih relevan dan mungkin melembutkan hati ibu bapa. Seterusnya, apa jadi pada pemain bola sepak selepas bersara? mereka boleh dijanjikan untuk bekerja dengan kerajaan berdasarkan gred tertentu(mengikut kelayakan dan keistimewaan demi menjamin masa depan yang lebih utuh).
Isu gaji. Gaji pemain sekarang macam melampau mahal untuk permainan yang tidak seberapa. Apa kata kalau sistem gaji dibuat berdasarkan nilai ranking Malaysia. Ranking 150 berada pada kadar RM2000 sebulan. Ranking 100, RM6000. Ranking 50 dunia, RM12,000. Tapi kalau ranking Malaysia antara 1-49, lebih baik mereka bermain di liga luar yang semestinya gaji berkali ganda.
Faktor bangsa. Kebanyakan pemain bola kita adalah melayu yang sikapnya suka berkampung. Jadi, memang sukar untuk mereka duduk lama-lama di kelab luar. Homesick. Ini satu kelemahan mentaliti yang patut di ubah. Kenapa sekarang kita sudah tak ramai pemain cina dan india kalau nak banding dengan zaman 70'an dulu? Equality itu penting, tak kisah lah dia melayu atau cina atau india atau yahudi sekalipun, dia berbangsa Malaysia dan mempunyai merit yang bagus dalam bola sepak, dia juga harus diserapkan ke liga pro. Aku pernah dengar satu kes(khabar angin), seorang budak cina dinafikan untuk bermain di liga tempatan atas kekangan FA Penang. multi-racial team. aku rasa itu key. penonton makin ramai, alor setar vs shah alam, kita dapat tengok kat sebelah segerombolan amoi-amoi mengangkat sepanduk "PULUN ALOQ STAQ PULUN" atau "Shah Alam the Cocky!".
Itu saja. Yang lain tak terbit lagi. Apapun, ko kena submit kertas kerja ni kat pihak atasan. Takpun bagi melalui wakil rakyat, boleh dia serah kat dewan parlimen. Hehe. Rakyat masih sayang sukan no 1 ni.
jawapan yang komprehensif dan tepat. bersemangat aku baca. kalau la dapat direalisasikan. apa pon syabas untuk rumusan yang hebat!
wahai lucius,
ini posting terbaik kamu selepas beberapa tahun entah saya mengikuti perkembangan blog kamu ini.
walaupun kita ada pandangan berbeza akibat posting kamu berkenaan sebuah kawasan bergolak timur tengah, tapi posting ini memang saya tabalkan sebagai terbaik pernah saya baca di blogsfera melayu kita.
jarang - jarang ada posting blog yang mampu membuat keterujaan yang sebegini rupa kepada saya.
luangkan lah masa untuk mencari perkataan ultracrocs di google mahupun wikipedia.
encik tronoh,
aku kopi pes dan masukkan dalam forum yob4ever. mungkin ramai orang dalam tu boleh bincangkan bersama.
salute untuk kamu! angan angan kamu adalah yang terbaik setakat ini.
aku cuba bayangkan derby antara ipoh dengan tronoh. parit dan kuala. taiping dan tanjung malim. bota main untuk liga perdana. ipoh pulak boleh bukak dua kelab. macam manchester. ade united, ada city.
wooooo....sangat indah.
satu pos yang merangsang pemikiran..ide bernas!
I always do think that FAM is full of corruption..just another body for politicion,Tan Sri/Dato' to make an extra few bucks, have never really had malaysia's football at heart.
bro,macam mana pun kau kena email pos ni ke FAM.Diorang baca ke tak belakang cerita.Mana tahu diaorang boleh gunakan cadangan ni
No harm in trying!
aku setuju sgt yg no 1 tuh..plg setuju..
100 tahun lg?aku berani kerat jari bahawa msia x kn ke piala dunia..piala asia pn terkedek2 nk layak, inikan pulak world cup..
helo bro :)
the best posting yet :)aku setuju benar berkenaan sense of belonging and club berdasarkan bandar/ daerah..
aku sbg anak watan bandaraya miri mmg teringin sgt nk tgk match Miri Oilers vs Shah Alam Giants kat final msia cup d bukit jalil satu hari nnt :)
sayangilah bolasepak malaysia :) tp bukan syg tuanku sultan
aku tak baca proper lagi.. tapi bila ko mention yang tuanku sultan wajib berundur, terus aku tergelak gelak dekat ofis. tahu kenapa?
sebab rata rata ramai yang fikir benda yang sama! cakap cakap rakyat! tapi,yelah, siapa yang berani cakap dekat "tuanku sultan" kan? nanti takut digelar "menderhaka" pulak..
malaysia.."50 years of independence".. (aku bahasakan, kita merdeka sign, bukan merdeka berjuang)we still need to do a lot of things to change the society mind although i do believe many people already starts questioning.. :)
tak sabar tengok team nama Titi Bakong FC beraksi...hahahha
idea yang sama untuk bersihkan alam sekitar malaysia,
biarlah orang yang ada ilmu alam sekitar jadi menteri.
tolonglah forward kan ke FAM. aku rayu.
bukan peminat bola, jadi malas membaca agak relevan, tapi tengok lah kalau ada masa. :D
j or ji hang kena baca juga! cabaq hang ni!
aku dah print.12 pages! tapi demi sayangkan bolasepak negara,aku sanggup korbankan kertas...kompeni!
idea kau terlalu BESAR.
terlalu jauh. (atau mungkin aku berfikiran pendek macam FAM?)
tapi kalau menjadi kenyataan idea ini...aku tak dapat bayangkan!
walaupun boleh direalisasikan,tapi,memerlukan banyak masa,wang,pengorbanan dan paling penting,kerjasama semua manusia peminat bola di malaysia ini.
Kuala Pilah FC boleh ditubuhkan.. main di Kuala Pilah,penuh stadium!
Pergi main di Tronoh FC,satu bas je datang..KOS!
Sense of belonging- aku setuju. MK LAND FC bagi semua staff free tiket utk semua perlawanan di stadium Selayang. beberapa kerat je staff yg pergi...lain semua banyak alasan. Ajak pergi makan2 pun mereka susah nak datang,inikan pulak ajak tengok bola.
selepas setahun, MK Land tarik diri dari liga Perdana kerana..KOS!
RM1 juta semusim tak cukup. Dan sebagai ahli perniagaan..mereka INVEST..mereka mahu RETURN....takda pulangan,mereka tarik diri.
Mahukan HArta Packaging sponsor Batu Pahat FC dan tiada pulangan? berapa lama mereka mahu bertahan?
Isunya KOS.
Di malaysia..smeua mahal.Hotel mahal..travelling kos mahal..kain baju mahal...setiap 2 minggu perlu keluar bandar dan tidur dihotel utk 20 orang satu pasukan ttidak termasuk support staff.
Tapi KOS boleh jadi alasan sahaj.jika mahu,semua jadi.
Perlu diingat, mentaliti melayu (mcm aku) yg suka berdebat dan berdiskusi,menentang sebarang perubahan mendadak dalam memperbaiki mutu sesuatu perkara.
dalam bolasepak juga akan ada pertelingkahan pendapat ini.
Buang politik,buang raja, hanya profesionalisme, mampukah rakyat biasa mengawal semuanya keserata pelosok negara?
Contoh yg diberi juga terlalu jauh dan kuat utk kita tiru dan angkat. Kita ambik singapura dan indonesia sahaj sudah cukup. German dan J-Leagu tu dah maju sangat. saingan kita di peringkat asia tenggara saja kita dah bungkus. Kita tiru aje langkah singapura dan indonesia.buat apa mereka buat.bersaing dgn mereka dulu,baru kita lawan korea selatan semula.
mentaliti pemain sangat penting.biar bangang matematik,asal pandai mengelecek dan tenang dalam permainan. hampir kesemua pemain inggeris tak masuk kolej.(statistik menunjukkan mereka dah masuk akademik bola semenjak berumur 10-14 tahun dan mereka diminta menandatangai perjanjian utk terus diserap ke kelab dan melupakan kolej ketika berumur 17 tahun)
Siapa pun kita letak dalam FAM,mereka perlu serius dan fokus.
Serius ada pada Sultan dan KJ..fokus TIADA. jadi mereka tak boleh.
Perlu manusia yg fokus 24/7 pada bola.jgn dihalang apa kehendaknya.
perlu jurulatih bagus dan jgn dihalang kehendak jurulatih.perlu disiplin..
disiplin pemain bolasepak malaysia...hancus! kecergasan tiada. mereka tak tau apa makna kecergasan.mereka tidak dilatih utk cergas selama 90 minit.makanan tak dijaga..tiada diet. bermain bolasepak adalah satu PERKERJAAn kepada mereka.sama macam kerani pos..despatch...pegawai MARA dan sebagainya...komitmen ala kadar.
ubatnya?
Serius,Fokus,disiplin,latihan dan komitmen.
Aku setuju dengan pandangan kau cuma bagi aku terlalu jauh dan besar untuk sebuah negara kerdil yg sedang melingkup mutu bolasepaknya.agaknya untuk jadi yg terbaik,mesti melingkup dulu.mungkin..
cuma..sumpah,kalau tak baca post ni,haram aku tak tau ada team bola namanya Sinar Simaja Mai Sarah FC!!! macamano bola nak maju laaaa...habaq mai la kat aku sapa peliaq loklak bagi nama lagu niiii?
kalau aku kaya raya pun,aku tak namakan team bola aku lagu tu aih..
aku selalu berangan jadi jurulatih malaysia...
turun padang jam 4,aku suruh semua lari 20 kali keliling padang..sapa gelak,aku suruh pack baju,balik...kene serius..masa gelak boleh gelak..masa serius kene serius...
sapa sampai padang jam 4.05 terus terkeluar dari senarai...malam rehat..esok pagi jam 7 dah ada kat padang semula..training lagi sampai jam 10...
manchester united buat macam tu.
susah nak habis ni...aku chow dulu.
nice aku letak dlm forum keter sagaiswaraclub nih...lepas nih diorg dh x men keter dh..men bola jerk...
lucius...ko wajib antar ini artikel ker surat khabar or fam dowwww.....wajib...x antar kt utusan pon, antar kt kosmo jadik la
nice aku letak dlm forum keter sagaiswaraclub nih...lepas nih diorg dh x men keter dh..men bola jerk...
lucius...ko wajib antar ini artikel ker surat khabar or fam dowwww.....wajib...x antar kt utusan pon, antar kt kosmo jadik la
harap2 hasbullah awang@ zainal abidin rawob dapat membahas artikel ini...
gua rasa la kan;
tak semestinya pasal felda main kat bangi dia takde identiti. i mean Fulham main di stadium sheffiled pada awal kewujudannya. same goes to Arsenal yang dulunya berkongsi ground dengan SPURS! yeah.. that crazy
sori aku bahasa mat saleh ye. aku bahasa melayunya masih gagal dan canggung.
sekarang pun peminat MANU sebahagian besarnya di Malaysia dan Singapura ( FACT). penyokong Liverpool leboh banyak di Dublin dari di Liverpool sendiri.
aku rasa tiada masalah stadium jauh pun.
aku ngaku aku tak folow bola malaysia pasal to be honest bosan. slow gila dan semacam bungkam. bukan tak patriotik tapi kalau tak sedap nak buat camne? macam roti canai. kedai depan umah aku ni jual roti. tapi tak sedap. aku sangup drive 5 minit pegi kedai Abas.. roti dia sedap. same goes to malaysian footie lah. fix dari bawah.
aku stuju dengan kamu.. sultan harus take responsibility for his failure. just because he is sultan does not mean he is absolve from failing. aku juga stuju dengan kamu pasal kamu hambat encik rembau. apa aje dia buat kat situ
tapi kalu lu nak tau.. at least dia main gak bola. president dengan anak dia tu main lagi ke bola? ke garu bola je?
hahahahaha
btw
abah aku selalu cakap. kenapa tak amik shebby. shebby dengan pemain amatur tak cukup stamina pun boleh draw dengan malaysia
takkan pasal tu FAM terus tarik muka tak nak amik Shebby?
ke ada sebab lain
orang dok marah dengan Sathianatham skang. aku cakap..... kalau bagi Jose Maurinho pun malaysia tak leh menang! Hardee Jaafar is a liability dari dulu lagi! GAH!
bak kata penyokong kedah.
kenapa ambik keeper negeri lain. keeper dia lolos paling sikit. keeper malaysia skang ni lolos 42 kali semusin berbanding keeper kedah 25 gol je lolos
apa kes ni? seleksi pun makan suap ke?
dude aku copypaste@link kat www.hijaukuning.com
.semua ni boleh jadi kalau kita nak tapi memang kena ada 'passion'. soal stadium tempatan semua tu memang bermasalah
En. J or Ji, tak perlu ikut J-League & Bundesliga semua pasal negara kita kerdil? Cuma perlu ikut Singapura?
Malaysia lagi besar daripada Singapura dan aku rasa kita memang kena target tinggi tinggi kalau tidak, sampai bila bila pun kita tak maju.
p/s: teringin tengok Taiping FC benam Aston Villa 2-0.
aku memang sangat setuju dengan entri ko nih, pasal aku pun baru siap draf satu entri utk psl model baru bola sepak malaysia - aku baca psl bola sepak di England, Jepun dan Asia Tenggara as model rujukan.
ko forward la idea ni ke tv3, media cetak, even to FAM sendiri.. tengok idea revolusioner ko ni dapat ke tak jolok ego derang yg dah membuncit tu?
dari dulu lagi aku rasa liga kita memang tak berdaya saing apatah lagi berdaya niaga.Profesionalisma hanya tinggal pada nama, etika kerja dan pengurusan rasa aku lebih kurang sama dengan pengurusan tabika kemas.
mengenai mentaliti pemain sebagai pekerja utama industri bolasepak tanahair, aku tak salahkan mereka kalau bermain sambil lewa, kerana liga yang ada sekarang memang semata-mata untuk bagi mereka gaji bulanan yang tetap walau main relax-relax, fitness tak sampai tahap yang sepatutnya, dsb, kerana mereka rasa selesa, dan main macam gampang pun aku tetap terpilih dalam 1st eleven dan gaji bulan2 aku dapat!
liga kita sendiri takde elemen pendesak kpd pemain2 kita utk terus mencapai tahap tertinggi dlm permainan mereka.
bagaimana bolasepak kita secara keseluruhan boleh maju kalau pemain itu sendiri tak mahu maju?
itu pendapat aku, berbalik kepada entri ko ni, idea ko ni sepatutnya FAM fikirkan masa awal penubuhan liga M dulu. Tapi jika dilaksanakan sekarang aku rasa untuk para penaja, pentadbiran kelab wajib projecting 4-5 tahun untuk baru balik modal, kerana idea ini mungkin terlalu alien bagi peminat bola sepak tempatan sekarang untuk diterima, kerana hanya semangat kenegerian yang mampu buat mereka ke stadium tapi tak tahulah aku selepas so call liga tempatan mula mendapat sokongan barulah mereka-mereka ini akan memberi sokongan, tapi ini telahan aku saja.
Dari sudut positif, idea ini sebenarnya mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dan tidak terhad kepada ball picker, linesman, referee, dan errr... FRU sahaja.
Pentadbiran kelab yang sepenuhnya profesional dan berdaya kendiri, pasti akan mewujudkan 'sikap bisnes' yang mementingkan untung, mengurangkan kos, lalu diharapkan pencarian bakat-bakat tempatan untuk diserapkan ke skuad remaja memungkinkan kewujudan talent-scout yang lebih serius yang boleh dijadikan kerjaya.
Bilangan pemain pro yang meningkat atas peningkatan kelab-kelab yang bertanding dan jumlah tier/division/tahap dalam framework liga kebangsaan akan menambah kebarangkalian wujudnya profesion ejen-ejen dalam liga tempatan dan nasib pemain akan lebih terbela dengan adanya wakil atau representasi dari pihak yang arif dalam bidang perundangan, rundingan dan dokumentasi.
Dari segi keselamatan, kemungkinan wujudnya pengawal-pengawal keselamatan/ stadium steward yang mempunyai kuasa mutlak menganalisa situasi dan bertindak untuk kemungkinan2 berlakunya kekacauan, keganasan dan kemalangan di dalam stadium supaya mewujudkan budaya menonton bola sepak dengan aman dan harmoni. Undang-undang khas harus digubal untuk membendung keganasan bola sepak ini.
Secara generalnya aku bersetuju dengan idea ini untuk diketengahkan dan dipraktiskan untuk mengembalikan bola sepak kita ketahap yang boleh dibanggakan, selagi kita stick dengan apa yang kita ada, entahnya anak cucu aku pun tak merasa nak tengok Malaysia jadi kuasa bola sepak utama di Asia Tenggara, apatah lagi di Asia atau dunia...
aku guna dua hari untuk baca article neh....
bro aku amek artikel hang taruk kat blog aku k.aku bagi kredit kat hang.Jgn risau aku x ciplak.
panjang bangat.. modal dan penglibatan byk pihak perlu ada.. sense of belonging.. i love that part.. rasional
walaweh!
aku harap2 sgt tahun ni ko dpt ganti khairy jadi timbalan presiden FAM..
dan ini 1st time aku tgk komen jorji panjang gilos..MK LAND=MU out!
aku dah baca sampai habis..tak sampai 10 saat..smart reading ler katakan..
komen aku paling bernas untuk lu:
lu sorang jek main untuk MALAYSIA..dah cukup..dari goalie sampai ler penjaga garisan..lagi mantap!
HIDUP KG SEBATU FC!!
ini sepatutnya keluar dalam New Malaysia Essay Vol 2.
btw, bro off topic sket, tp masih psl bola... hehehe...sori la eh, cuba lagi musim depan utk kalahkan Liverpool FC the great ye? hehehhe...
YNWA!
Idea yang sangat bernas..tapi bagi aku mane² pertubuhan kat Malaysia ni tak kira sukan atau kebudayaan, banyak sgt korupsi dan permainan politik..byk sgt mintak duit peruntukkan tetapi masuk poket..tu yg problem, tiada kejujuran lansung..dan aku percaya FAM pun sama jugak. Berlainan dgn tempat dan negara org lain, Di Cardiff cthnya, mempunyai sebuah liga dan sesiapa yang bermain didalam pasukan tersebut akan dibayar,setiap kali datang berlatih dan juga perlawanan. walaupun liga bola mereka liga yang amatur, mmglah bayar murah tapi at least bayar dan mereka gunakkan segala peruntukkan yang ada, takde masuk 'poket' pun kalau kat sini kite main utk team pemuda UMNO Sg buloh misalnya, aku percaya mereka akan belanja air je sebelum dan selepas perlawanan.. walaupun sebenarnya pengurus pasukan telah diberi peruntukkan..
sumpah aku takkan suh ko submit proposal ko ni pada sesiapa. aku sendiri akan spread posting ko ni ke merata2. kite tengok nanti. sekurang2nya ini yang dapat aku lakukan untuk majukan bolasepak malaysia. aku akan jadikan posting ko ni email berantai paling berhantu tahun ni. sumpah!!!
Cadangan-cadangan yang baik tetapi memerlukan rombakan yang drastik. Tetapi inilah yang sangat diperlukan oleh bolasepak tempatan. Sama ada cadangan-cadangan ini diterima walaupun 10% daripada nya terpulang kepada pucuk pimpinan yang semestinya di ubah.
gensecfam@gmail.com
Ni emel aku baru dapat dari website FAM. Ada sapa2 berani hantar? hehe
Anyway, aku dah paste dalam www.selangorfc.com
Kepala otak ko memang bagus LM. Dari masa kat Arau lagi aku dah tau kepala botak ko tu boleh dipakai..hehehe
pembaca sekalian,
panjang lebar komen dan sungguh kompleks isu yang kita bincangkan. aku tak dapat nak jawab kat sini tapi akan tulis dalam pos yang lain.
apa pun terima kasih dan majulah bolasepak untuk negara
p/s: special shout out to pinkcherry, kereta belum dapat lagi bah, macam mana mau jalan-jalan?
sense of belonging. itu aku setuju. aku pernah tengok felda united training kat bangi. bila aku tahu itu team felda united, aku tertanya. "apa kejadah diorang buat kat sini. apa kat felda tak boleh training ke?"
idea yg amat bernas bro~~
pnjam article utk disebarkan yer~
lucius
idea kau memang bernas.dari dulu aku canangkan pada kawan-kawan seperbualan bahawa bolasepak MALAYSIA ini sepatutnya ditadbir oleh orang yang betul-betul ada "perasaan" dan passionate about the game itself.
dan
SULTAN PAHANG have to step down in order to do the football revolution.
p/s : fuh,takleh bayangkan lah kalau ULU KOLANG FC titik MAN UTD 2-0 untuk pre season match!.
Assalamualaikum
Entry yang sangat menarik & bagus untuk dijadikan renungan serta diambil tindakan segera. Ada antara isi saudara juga sependapat dengan saya.
Oleh kerana saudara terlebih dahulu diizinkan Allah untuk meluahkannya, saya mohon izin untuk letak post/entry saudara dlm blog saya. Sudah tentulah nama blog saudara akan dimaklumkan sebagai sumbernya. Malah akan disediakn link terus. Boleh?
terbaik..
full of ideas..
less criticism..
;)
Aku dak tronoh.. ko sape eh? hidup tronoh FC.. hehehe.. Hussin coach bola tu pakcik aku dow.. hehehe
tahniah...wa respek sama lu....entry yang sgt bernas...padat dgn stats dna facts
salam bro... aku respek dgn idea ko.
Aku letak dalam forum ok utk tatapan semua...
bola cfs lagi hebat..
salam 1malaysia..minta izin guna pakai isian ini..sharing is caring..utk tatapan sahabat len..
sukan... sgt hebat memikirkan permasalahan ini... sgt bersemangat... jika anda sgt bersemangat, bolehlah buat post pasal permasalahan agama pula... isu yg juga penting untuk semua... contohnya pasal Islam... adakah benar Islam yg dipegang oleh kita sekarang?!
hi
sy dah baca post ni, dan terus terang mmg 100% mcm idea saya sendiri. boleh x bro emel saya utk discuss lg lanjut psl idea ni?
contact sy di wan.rohafizan@gmail.com... sy mmg tertunggu idea2 mcm ni.
liga fam ada lagi kan?
Catat Ulasan