Sekadar menyahut seruan jihad. Pada gadis pemblog ini, pendedahan kamu memang hebat, mungkin yang terhebat untuk tahun ini (walaupun 2008 masih terlalu awal).
Dan sebagai menyahut seruan spread the love kamu, ini bahagian aku. Sebuah puisi romantis karya E. E. Cummings, satu-satunya puisi yang aku hafal dan pernah didedikasikan pada gadis pujaan. Jangan panik, aku juga boleh jadi Cassanova once in a while. Heh!
Demi mencapai tahap Hudsonisasi yang tinggi, terjemahan adalah secara word by word (lalu heart jadi jantung, bukan hati). Here goes.
i carry your heart with me
i carry your heart with me(i carry it in
my heart)i am never without it(anywhere
i go you go,my dear; and whatever is done
by only me is your doing,my darling)
i fear
no fate(for you are my fate,my sweet)i want
no world(for beautiful you are my world,my true)
and it's you are whatever a moon has always meant
and whatever a sun will always sing is you
here is the deepest secret nobody knows
(here is the root of the root and the bud of the bud
and the sky of the sky of a tree called life;which grows
higher than the sould can hope or mind can hide)
and this is the wonder that's keeping the stars apart
i carry your heart(i carry it in my heart)
ee cummings
------------------------------------------
aku bawa jantung kamu bersamaku
aku bawa jantung kamu bersamaku (aku bawanya di dalam
jantung aku)aku tidak pernah tanpanya(ke mana
aku pergi kamu pergi,sayangku; dan apa saja yang dilakukan
oleh aku adalah perlakuanmu,kasihku)
aku takut
bukan takdir(kerana kamulah takdirku,manisku)aku mahu
bukan dunia(kerana keindahanmu adalah duniaku, benarku)
dan kamulah apa saja bulan sentiasa bermakna
dan apa saja matahari sentiasa nyanyikan ialah kamu
inilah rahsia paling dalam yang tiada siapa tahu
(inilah akar segala akar dan putik segala putik
dan langit segala langit sebuah pokok bernama kehidupan;yang tumbuh
lebih tinggi dari rohani harapkan atau akal sembunyikan)
dan ini ialah keajaiban yang menetapkan bintang bertebaran
aku bawa jantung kamu(aku bawanya dalam jantungku)
hudsonisasi oleh lucius maximus
30 January 2008
Sepuluh Ribu Itu Hanya Angka
Pos aku dahulu tentang matlamat mencecah angka 10 ribu sebelum tamat 2007, jelas sekali gagal dicapai. Hanya pada hari ini, 30 Januari 2008, sasaran ini akhirnya tercapai.
Terima kasih pada semua yang memberi sokongan padu selama ini dan sanggup membuang masa membaca karutan-karutan aku di blog ini.
Arwah Atuk aku pernah berpesan, dalam kehidupan kita di dunia ini mesti ada matlamat dan sasaran. Aku yakin orang tua itu mencapai segala matlamat dan sasaran hidupnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sebagai cucu kesayangan (Atuk sanggup jual TV hitam-putih dan beli TV warna demi memujuk aku pulang ke kampung) dan cucu paling menghampakan (aku dibuang dari sekolah agama berasrama walaupun Atuk mengharapkan aku bakal jadi ustaz), memang patut aku mengikut nasihat Atuk dan tetapkan matlamat serta sasaran dalam hidup aku.
Dan sasaran baru untuk blog ini, SATU RATUS RIBU SEBELUM TAMAT 2008.
Tolong ya?
Kemaskini: 30 Januari 2007 ditukar pada 30 Januari 2008, terima kasih parttimehousewife!

29 January 2008
Ini Sekadar Blog, Janganlah Cepat Melatah
Beberapa emel dari pembaca aku terima semalam dan hari ini. Sedikit sebanyak bersentuh tentang pos aku baru-baru ini yang pada pandangan segelintir individu, tidak dialu-alukan.
Apa hal?
Pertama tentang isu neraka dan sangkut paut keagamaan. Kedua pula tentang satu individu khusus dalam dunia blogosfera ini.
Kita mula dengan isu pertama. Aku dituduh memperlekehkan pandangan agama (Islam, dalam konteks ini) tentang kewujudan neraka. Suatu penyiksaan mutlak yang perit dijadikan bahan sindiran dan jenaka, mengikut pandangan seorang pengunjung.
Maaf jika tersinggung. Tapi sila ambil perhatian bahawa sedikit jenaka di dalam penulisan tidak bermakna aku memperlekehkan pandangan Islam tentang neraka (atau pun pandangan lain-lain agama). Juga sedikit pemikiran liberal dan di luar kotak tidak bermakna seorang individu itu boleh jadi sesat ibarat pengembara kehilangan peta.
Neraka versi Islam dikaitkan kerana ianya versi neraka yang aku arif (neraka versi Kristian, Hindu atau lain-lain adalah asing bagi aku). Dan tidak sekali-kali aku cuba mempromosikan kehidupan atau percutian di neraka. Cerita tentang 70,000 malaikat penjaga neraka yang mengheret rantai panas atau 70,000 ekor ular yang 70 hasta panjangnya, pada pendapat aku, bukanlah suatu prospek yang menarik untuk sesiapa pun.
Jadi jangan panik. Pos itu hanya tentang sebuah blog yang mempunyai perkataan neraka pada namanya yang aku kaitkan dengan kisah neraka di akhirat sebagai bacaan ringan kita semua.
Isu kedua agak berat sedikit. Ini tentang satu individu khusus yang aku sentuh secara langsung dalam pos sebelum ini dan juga dalam satu lagi pos tidak lama dahulu. Yang mengikut pada pandangan segelintir, bukanlah seorang individu yang disenangi dan layak untuk dijadikan tajuk perbincangan melalui blog ini.
Oh please. Blogging, atau memblog, sepatutnya menjadi satu pilihan dan kebebasan peribadi. Aku blog apa yang aku mahu. Dan tidak ada syarat kelayakan untuk mana-mana individu dijadikan subjek di dalam penulisan aku. Jika aku suka dia, aku tulis.
Jangan risau, aku bukan homoseksual.
Tentang isu sama ada individu tersebut seorang yang disenangi atau tidak, itu pilihan masing-masing. Masalah di kalangan kebanyakan kita hari ini ialah kita terlalu taksub untuk menilai keperibadian seseorang dan expect them to behave within our perceived perception.
Kan, aku dah merapu dalam bahasa penjajah.
Hakikat yang hakiki ialah kita semua akan berubah. Jadi apa masalahnya jika seorang manusia itu dahulunya tidak makan daging tapi hanya sayur-sayuran dan kini sudah gemar akan Big Mac? Apa yang kecohnya jika dulu dia tidak minum arak tetapi hari ini sudah menjadi si alkoholik tegar? Apakah isunya jika kepercayaan yang dia jeritkan di pentas dan coret di kertas kini sudah hilang dari sini (tunjuk kepala) dan situ (tekap dada)?
Kita semua mungkin teruna/dara sepuluh tahun yang lampau, tapi tidak lagi (bukan aku). Kita pernah berukur lilit pinggang 26 inci tapi kini sudah 36 inci (juga bukan aku). Kita mungkin ada yang pernah bergelar Trotskyist tapi kini bekerja di syarikat gergasi kapitalis (mungkin aku).
The idea is, changes are constant. Kita berubah dari segi fizikal dan juga mental. Kita juga mungkin berubah kepercayaan dan fahaman. Pokoknya, jangan cuba jadi hakim untuk menilai perubahan orang lain.
Jika kamu kecewa dan patah hati kerana perubahan pada individu tersebut bukan apa yang kamu harapkan, nasib kamu. Siapa suruh kamu jadikan dia ikon, idola dan role model untuk diri kamu?
Pathetic.
Akhir sekali, jika kamu ada perbezaan fahaman atau perselisihan pendapat tentang individu khusus tersebut, tidak perlu tarik aku dalam kancah peperangan kamu. Lebih-lebih lagi jika asal-usul argument kamu dan dia bertitik tolak dari zaman punk/HC kamu dulu.
Ya, politik punk/HC. Aku pun malas mahu tulis, sampai bila pun tidak akan habis. Kalah kemelut politik UMNO.
Letihlah.

28 January 2008
Teori Neraka Versi Lucius Maximus
Kamu-kamu semua; peminum arak, penzina, pengintoksikasi dadah, pembaca buku-buku eksistensialisme, anarkisme dan sosialisme; penggemar kugiran-kugiran indie, punk atau HC; pemakai baju-T SDN dan akhir sekali penciplak karya puisi orang lain (khusus untuk Natasha Hudson seorang); jangan panik dan jangan gusar.
Huru-hara tentang jelmaan malaikat Malik dalam bentuk manusia, iaitu Ahmad Kamal Abu Bakar; sudah pun menutup blog Semusim Di Neraka adalah tidak benar sama sekali. Jadi sekali lagi untuk kamu-kamu yang tersenarai dalam golongan di atas, jangan panik dan jangan gusar. Para penghuni neraka tidak sama sekali akan menjadi golongan homeless di akhirat nanti hanya kerana neraka sudah ditutup.
Kerana neraka tidak akan dan tidak boleh ditutup. Api neraka tidak akan padam. Kalau kamu tumpu perhatian lebih sedikit semasa kelas agama di sekolah dahulu, kamu pasti tahu api neraka dinyalakan selama 1000 tahun, mulanya berwarna merah. Kemudian untuk 1000 tahun lagi hingga bertukar menjadi putih, dan akhirnya untuk 1000 tahun yang terakhir hingga bertukar menjadi hitam laksana malam yang gelap gelita.
Api yang dinyalakan selama tiga ribu tahun mana mungkin akan padam, betul?
Jadi di mana Semusim Di Neraka sekarang? Kenapa setiap pautan yang diklik oleh si penggemar-penggemar neraka seperti golongan di atas berakhir dengan mesej, "page not found"?
Satu masa dahulu seorang pemblog (istilah aku untuk blogger, mahu tunggu DBP terbitkan isitlah rasmi mungkin lagi 100 tahun) pernah menulis tentang Teori 666 Semusim Di Neraka. Teori tentang formasi nombor syaitan (bukan Damacai) dan hubung kait angka 6 dengan Semusim Di Neraka.
Jadi adakah kita perlu tunggu selama 6 bulan lagi untuk Semusim Di Neraka muncul kembali?!
Jawapannya tidak. Malam tadi aku memunggah kembali segala himpunan kitab-kitab keagamaan dan dunia akhirat, merujuk khusus pada bab-bab berkaitan neraka. Cuba merungkai misteri kehilangan Semusim Di Neraka, kaitan angka 6, persoalan-persoalan pokok seperti benarkah Ahmad Kamal Abu Bakar seorang jantan pongget dan banyak lagi.
Satu malam suntuk. Letih.
Dan subuh tadi aku berjaya merungkai segala kekusutan yang melanda. Persoalan-persoalan pokok akhirnya terjawab. Angka 6 tiada kaitan langsung dengan misteri kehilangan Semusim Di Neraka; dan, ini agak mengejutkan; Ahmad Kamal Abu Bakar memang seorang jantan pongget.
Aku juga akhirnya menemui Semusim Di Neraka. Masih wujud. Masih ada. Masih seperti neraka lazimnya.
Macam sial. Tapi bila aku teliti tentang sebab-sebab kenapa Semusim Di Neraka sudah berpindah, aku tiba pada satu kesimpulan dan teori yang agak kukuh. Tidak mustahil lagi.
Sekali lagi jika kamu tumpu perhatian lebih sedikit semasa kelas agama di sekolah dulu. Neraka itu ada tujuh. Tujuh pintu yang terletak pada tujuh tingkat. Jarak perjalanan antara setiap pintu itu ialah 70,000 tahun. Berbeza dengan teknik kiraan bangunan apartment atau kondominium kamu, tingkat neraka yang pertama terletak paling atas dan tingkat terakhir, iaitu tujuh, terletak paling bawah. Pintu di tingkat bawah lebih panas dari pintu yang di tingkat atas, beza kepanasan setiap tingkat itu ialah 70 kali ganda.
Dan bersandarkan pada kajian ini, aku merumuskan Semusim Di Neraka sebenarnya baru saja berpindah ke tingkat yang lebih bawah, atau dalam erti kata lain, upgrade (dalam konteks neraka, turun ke bawah ibarat naik taraf, lagi dalam kamu turun, lagi hebat!).
Jika dulu ada SDN 1.0 dan kemudian bertukar pada SDN 2.0, kini kita sudah ada SDN 3.0. Dalam erti kata lain, Semusim Di Neraka yang kini berada di tingkat ke-3. Lebih panas 70 kali ganda barangkali dari yang sebelumnya. Kalau ikut kitab keagamaan yang aku kaji, sudah jadi Neraka Hathamah.
SDN 1.0 - Jahannam
SDN 2.0 - Luza
SDN 3.0 - Hathamah
Teori aku. Belum terbukti benar tetapi boleh dijadikan sandaran. Dan berdasarkan pada teori ini, tidak mustahil satu hari nanti SDN akan 'naik' (turun) satu tingkat lagi dan seterusnya hingga ke tingkat yang ke-7.
Bagaimana mahu pergi ke Semusim Di Neraka di tingkat yang ke-3? Aku tidak akan beritahu. Cari jalan kamu-kamu sendiri. Jika benar kamu ahli neraka, kamu pasti akan jumpa. Heh!
Neraka, 7 pintu, 7 tingkat, 70,000 daerah di setiap tingkat. 70,000 kampung di setiap daerah, 70,000 rumah di setiap kampung, 70,000 bilik di setiap rumah, 70,000 kotak di setiap bilik. Di setiap kotak ada 70,000 batang pokok Zarqum, di bawah setiap pokok Zarqum ada 70,000 ular dan kala jengking. 70,000 sengat pada setiap kala jengking, 70 hasta panjangnya setiap ular yang mengandungi lautan racun hitam yang pekat. Di bawah setiap pokok Zarqum ada 70,000 rantai yang setiap satunya diseret oleh 70,000 malaikat penjaga neraka.
Okay, mahu pergi solat!

27 January 2008
Bila Aku Malas Menulis
Wikipedia untuk pelajaran mitos Yunani kamu, dan I Can Has Cheezburger? untuk ketawa sendirian di hadapan skrin kamu.
23 January 2008
Macha!
Gua ingat mahu belanja lu makan dekat Chilli's ini hari, tapi sebab lu sudah cucuk-cucuk lidah dengan pipi, gua rasa mustahil untuk lu makan stik.
Dan tiba-tiba aku rasa sayang pada Pak Lah sebab beri aku peluang untuk duduk di rumah hari ini, menaip blog sambil pakai boxer dengan muka belum mandi.
Selamat Hari Thaipusam!

22 January 2008
Aku Memang Lelaki Alfa Melayu Sejati, Tapi Dapur Itu Masih Gelanggang Aku Jua
Kalau mahu masak asam pedas, memang tidak sah jika tidak ada daun kesum. Walaupun daun limau purut boleh dijadikan substitute, tapi secara peribadi bagi aku asam pedas yang sebenar mesti ada daun kesum (lihat bawah).
Tapi daun saja mana cukup, kena ada bunga sebagai pasangannya. Kalau sudah ada daun kesum pastikan pula ada bunga kantan sekali (lihat bawah lagi). Baru terangkat, silap haribulan kuah asam pedas pun licin kena bedal.
Ikan pari memang pilihan yang baik sebagai lauk untuk asam pedas, tapi lebih hebat kalau ikan terubuk. Cuma kalau guna ikan pari mudah sikit kerja kita, tidak perlu siang ikan. Hendak makan pun senang, tidak ada tulang. Ikan terubuk banyak tulang, leceh sikit.
Tapi daun saja mana cukup, kena ada bunga sebagai pasangannya. Kalau sudah ada daun kesum pastikan pula ada bunga kantan sekali (lihat bawah lagi). Baru terangkat, silap haribulan kuah asam pedas pun licin kena bedal.
Ikan pari memang pilihan yang baik sebagai lauk untuk asam pedas, tapi lebih hebat kalau ikan terubuk. Cuma kalau guna ikan pari mudah sikit kerja kita, tidak perlu siang ikan. Hendak makan pun senang, tidak ada tulang. Ikan terubuk banyak tulang, leceh sikit.Ikan tenggiri? Boleh juga tapi kureng sikit.
Kepada Si Tapak Sulaiman yang mahu masak asam pedas, harap gambar di atas sedikit sebanyak dapat membantu. Dan, selamat kembali ke blogosfera!
Memang betul kata mereka, the way to a man's heart is through his stomach. Dan pastinya asam pedas adalah pilihan masakan yang bagus untuk si dia.
Aku tidak boleh bagi resipi secara full version. Harta intelek emak aku. Dia pesan pada aku "ajar resepi asam pedas ni pada isteri kamu saja."
Sorry girls.
Suami ajar isteri memasak? Jangan terkejut. Ada sebab kenapa makcik belakang rumah aku pernah berfantasi aku bakal jadi menantu dia satu hari nanti.
16 January 2008
Kala Malam Bulan Mengambang
Aku belum tonton, tapi yang pastinya aku akan pastikan yang aku pasti akan tonton. Sebab?Yang pertama kerana ini ialah filem Mamat Khalid. Mamat Khalid bukanlah pengarah filem yang tersohor tetapi dalam konteks filem tempatan, beliau dan filem beliau mungkin lebih baik dari filem-filem hasil keluaran pengarah bertaraf professor madya itu. Komedi, tetapi tidaklah typical slapstick Malay comedy. Dan hakikat bahawa Mamat Khalid ialah adik kepada Datuk Lat, kartunis agung Malaysia, dulunya pernah melakarkan kisah-kisah Kampung Boy yang menjadi kebanggaan setiap anak-anak kampung dan dicemburui setiap anak-anak kotaraya (lukisan kartun mandi sungai dan pasang bubu, something you can hardly experience if you live in the city but surely any kampung boy can relate to).
Menonton filem Mamat Khalid mungkin tidak sehebat membesar sambil membaca komik Datuk Lat (aku simpati jika kamu tidak pernah membesar sambil membaca Kampung Boy), tetapi paling tidak hubungan adik-beradik itu faktor paling hampir untuk kita menikmati Lat dalam bentuk motion picture barangkali.
Sebab kedua ialah latar belakang dan lokasi filem-filem Mamat Khalid. Seperti abang beliau Datuk Lat dan komik Kampung Boy yang berkisar tentang kehidupan di Kota Bahru, Perak; setiap filem Mamat Khalid melalui penggambaran (jika tidak setiap babak) juga di lokasi sekitar Perak. Lang Buana (2003) dirakamkan di beberapa lokasi sekitar tebing Sungai Perak. Rock (2005) pula sekitar bandar Taiping. Man Laksa (2006) melalui penggambaran di Sayong Tebing, Kuala Kangsar dan Zombi Kampung Pisang (2007), seperti bagaimana judul filem tersebut, melalui penggambaran di Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak.
Dan bagaimana Kampung Boy adalah satu primer mudah dan santai untuk mendalami kehidupan anak-anak kampung di Malaysia secara am dan Perak secara khususnya, filem-filem Mamat Khalid adalah cara mudah untuk menikmati pemandangan lokasi-lokasi di Perak melalui layar perak dan juga peluang untuk kamu semua mendalami loghat Perak, lebih-lebih lagi dalam filem Zombi Kampung Pisang.
Yang membawa kita semua kepada sebab ketiga kenapa aku (dan mungkin kamu) pasti akan tonton filem terbaru beliau, Kala Malam Bulan Mengambang. Jika kamu mahu lihat panggung wayang klasik dan antik di Tronoh, ataupun melihat rekod tercatat di mana paling ramai warga Tronoh berlakon sebagai pelakon tambahan dalam sebuah filem, tontonilah filem ini.
Ya, filem terbaru Mamat Khalid, sebagaimana mengikut tradisi filem-filem beliau sebelum ini, melalui proses penggambaran di Perak dan kali ini lokasi yang dipilih ialah Tronoh, the heart and soul of Trankuiliti Tronoh, of course.
Dan ya, dulu kami pernah ada panggung wayang, Tronoh juga ada stesyen keretapi dan hospital. Itu semua lama dahulu di zaman British, ketika bijih timah menjadi komoditi yang lumayan.
Kini stesyen keretapi cuma tinggal landasan usang. Hospital pula bertukar menjadi bangunan sekolah rendah di mana aku pernah belajar dan berjumpa dengan hantu askar British tanpa kepala, serius!
Cuma bangunan panggung wayang masih kekal. Kali terakhir aku menonton filem di sana ialah 1989, sebuah filem murahan Hong Kong yang aku lupa judulnya, duduk di atas kerusi kayu tanpa kusyen. Sekarang sudah lama gulung tikar. Kini jadi mangsa Mamat Khalid untuk bikin filem.
Lalu jika mahu lihat dan kenali Tronoh lebih dekat, tontonlah Kala Malam Bulan Mengambang. Lebih mudah dari kamu semua berbondong datang ke rumah aku di kampung dan minta aku jadi guide bawa kamu pusing-pusing sekitar Tronoh (khusus untuk mamat dan minah berkamera SLR yang sibuk mahu aku bawa mereka ke Tronoh untuk ambil gambar bangunan klasik).
Mungkin lepas tonton filem, kamu semua boleh pergi ke Tronoh sendiri dan pusing-pusing cari objek fotografi yang kamu suka. Tidak perlu berbondong bertandang ke rumah aku. Pening kepala emak aku nanti.
Jika tiada aral melintang, ulasan filem Kala Malam Bulan Mengambang selepas selesai aku tonton filem tersebut. Harap ada masa terluang.
05 January 2008
Jumaat 5 Januari 2008 Bersamaan 26 Zulhijjah 1428
Sesiapa yang cukup arif untuk meneka tentang apa yang aku cuba sampaikan dalam pos aku semalam, tahniah! Kepada mereka yang tertanya-tanya tentang apa yang aku cuba sampaikan, berikut kisahnya.
Semalam, 4 Januari ialah hari ulang tahun tertubuhnya Persatuan Fabian, hari lahir Sir Isaac Newton dan juga hari kematian Albert Camus. Semalam juga ialah hari lahir Ahmad Kamal Abu Bakar.
Ya, Ahmad Kamal Abu Bakar. Juga dikenali sebagai AKAB, Mike, Mikon dan sebagainya. Penulis blog Semusim Di Neraka itu, lelaki eksistensialisme Melayu, punk rocker tua, abang atau uncle neraka, fantasi nakal gadis-gadis comel, bijak dan cool. Semalam umurnya genap 35 tahun, atau 25 tahun kerana beliau percaya beliau pernah hidup dalam kapsul masa selama 10 tahun satu masa dahulu.
Aku tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan kapsul masa 10 tahun, tapi kalau ianya 10 tahun tanpa seks kecuali 5 pukul 1, aku tumpang simpati, bro.
Aku kenal Ahmad Kamal, tapi tidaklah sebegitu rapat berbanding ramai antara kamu yang membaca blog ini. Ahmad Kamal yang aku kenal hanya sekadar melalui blog Semusim Di Neraka, itupun dari seorang sahabat yang terlebih dulu menjadi pembaca setia. Dan lebih sikit dari 10 tahun sebelum ini, aku kenal beliau sebagai Mike, editor zine punk rock Out of Step.
Ya, lebih sikit dari 10 tahun sebelum ini, tiada blogger untuk kita semua. Internet itu satu rarity dan zine adalah segala-galanya. Out of Step menjadi sumber inspirasi, bersama zine-zine lain seperti Sufferage dan Piss Of Mine, serta didokong pula oleh Blasting Concept kendalian Joe Kidd, untuk aku menulis zine aku sendiri. Solidaritas, tidaklah tersohor seperti Out of Step, cuma separuh sohor.
Dan hari ini Mike sudah menjadi Ahmad Kamal. Out of Step, barangkali berevolusi menjadi Semusim Di Neraka. Si penulis dan nukilannya yang semakin matang sejajar dengan umur yang semakin tua dimamah usia. Heh!
Jika benar Ahmad Kamal ialah kelahiran semula (reincarnation) Albert Camus, mungkin aku ibarat Jean Paul Sartre yang terpengaruh dan ketagih dengan pemikiran serta penulisan eksistensialisme dan gaya hidup hedonistik beliau.
Okay, tolak eksistensialisme, mungkin hanya gaya hidup hedonistik Ahmad Kamal.
Bukan aku seorang, tapi ramai lagi. Punk rocker tua dari negeri Minangkabau itu (tapi berdarah Bugis kata beliau) menjadi pengaruh dan sumber inspirasi untuk ramai lagi pembaca dan penulis blog yang lain. Siapa sangka, seorang budak kampung di kota metropolis dengan baju-T Bad Religion, umur pertengahan 30-an (atau 20-an) tanpa kerja tetap dan memblog dalam bahasa Melayu boleh menjadi kegilaan ramai individu segenap lapisan dan berbagai bangsa. Dari seorang punk rocker hinggalah ke kaki disko. Dari pelajar universiti pemalas hinggalah ke pegawai kerajaan dan eksekutif institusi kewangan. Dari anak-anak muda hinggalah ke bapa dan ibu kepada anak-anak muda.
Juga fantasi nakal gadis-gadis comel, bijak dan cool.
Lelaki, Ahmad Kamal ialah testimoni sahih bahawa apa yang ada dalam tengkorak kamu adalah lebih penting dari apa di dalam poket dan seluar boxer kamu.
Enough said.
Sementara itu, contrary to popular belief, tidak ada pakatan sulit atau persekongkolan antara aku dan John Hafiz. Pos kami tentang 4 Januari semalam tidak lebih dari satu kebetulan. Come on, wajah Korea John Hafiz dan kepala licin ala Yul Brynner aku sudah lebih dari cukup untuk meletakkan kami berdua, bukan satu atau dua, tapi tiga takuk di atas Ahmad Kamal dalam indeks kebarangkalian multi-orgasme di kalangan kaum Hawa. Seperti aku katakan, Ahmad Kamal memang fantasi nakal gadis-gadis comel, bijak dan cool. But me and John Hafiz, we get the real flesh.
Bro, you need more than just a Lacoste shirt with a copy of L’Etranger to match John Hafiz’s Korean look and my shiny Yul Brynner head. Hehe!
Apa pun, masih belum terlambat untuk aku secara jujur mengucapkan Selamat Hari Lahir Ahmad Kamal Abu Bakar! Maaf tidak dapat turut serta dalam parti ‘sederhana’ kamu semalam (selamat kad kredit aku!).
Semoga banyak lagi parti hari lahir untuk kamu dan harap tahun ini semuanya baik-baik saja. Teruskan menulis dan memberi inspirasi untuk kami semua.
Kamu sudah tua!

04 January 2008
Jumaat 4 Januari 2008 Bersamaan 25 Zulhijjah 1428
Tiada apa-apa yang menarik berlaku hari ini.
Hari yang biasa.
Tidak perlu huru-harakan dunia blogosfera.

02 January 2008
Menteri Kesihatan Yang Terlampau
"Apa nak jadi dengan menteri-menteri Malaysia ni?"
Komen seorang pakcik kaki masjid di kedai mamak semalam, sekitar waktu siaran Buletin Utama tentang Menteri Kesihatan itu.
Aku jawab dalam hati. Petanda kita sudah mencapai taraf negara maju.
Yang Berhormat Chua Soi Lek kini in the same league with Bill Clinton dan Jerry Springer. Seperti politikus-politikus Barat yang bercakap tentang membina kekuatan institusi keluarga sambil berhubungan sulit dengan perempuan (atau lelaki) simpanan yang lain.
Tapi aku kagum dengan Chua Soi Lek. Bukan senang bergelar suami tapi masih mampu screwing your own female friend. Gadis penjual bunga pula tu.
Cuma yang aku geli hati ketika laporan di Buletin Utama semalam, ialah bila Yang Berhormat Chua Soi Lek dengan tegas dan penuh bersemangat mengatakan bahawa dia tidak akan meletak jawatan tapi akan terus kekal sebagai menteri dan ahli parlimen bagi menjalankan tugas dan tanggung jawab beliau terhadap rakyat.
Dalam erti kata lain, Yang Berhormat mahu terus kekal makan gaji menteri dan wakil rakyat, mahu terus dapat gaji besar supaya lebih ramai florist yang dia boleh screw.
Biasalah, pegawai kerajaan di Malaysia. Flyover lebuhraya retak? Masih kekal dalam jawatan. Import kayu balak sambil tutup sebelah mata? Masih kekal dalam jawatan. Screw florist? Apalah sangat!
Juga yang agak lucu ialah sokongan padu dari ahli MCA, UMNO dan parti komponen BN yang lain ke atas menteri kesihatan yang terlampau itu.
Sila baca sebagai, sokongan padu dari parti-parti komponen BN yang lain adalah kerana mereka 'memahami' dan 'merasai' apa yang dilalui Chua Soi Lek. Sama parti, sama jugalah aktiviti sosial mereka.
Dan TV3 kemudiannya mempersoalkan tentang jenayah mencerobohi kehidupan peribadi seseorang individu, sambil Taiko Polis Negara, Musa Hassan dengan tegas memberi amaran kepada mana-mana usahawan CD cetak rompak yang menyebarkan rakaman tersebut boleh didakwa.
Hilang isu moral kerana yang terlibat adalah Yang Berhormat dari BN. Bukan DAP. Chua Soi Lek mangsa sabotaj berbau politik, kata mereka.
Dan baru sebentar tadi, aku terdengar akhirnya Yang Berhormat Chua Soi Lek mengaku kalah dan meletak jawatan. Mungkin tekanan dari pemimpin parti dan menteri yang berjawatan lebih tinggi barangkali.
Tidak apa, duit gaji masa jadi menteri dulu, mungkin boleh guna untuk buka kedai bunga.

01 January 2008
Lembu Pak Long Ajit
Yang sempat aku kenal untuk tempoh 4 jam sahaja, sebelum riwayatnya ditamatkan oleh golok tajam Haji Ramli.
Aku yakin, lembu Pak Long Ajit sekarang berada di syurga, makan rumput yang paling sedap sambil dikelilingi oleh lembu-lembu betina gebu dari baka Frisian.
Cemburu. Bukan sebab aku tidak dapat makan rumput atau bergaul dengan lembu-lembu betina gebu baka Frisian. Tapi sebab aku tidak dapat menjamah secubit pun daging lembu Pak Long Ajit yang dikorbankan.
Gingivitis punya pasal. Dalam 365 hari setahun, aku terkena gingivitis ketika raya haji yang bagi aku adalah satu perayaan makan daging besar-besaran. Rendang daging, daging bakar, sup tulang dan sup lidah.
Silap. Kecuali sup lidah. Yang itu aku rasa pertama kali di dalam panggung wayang di Ipoh dari seorang gadis tingkatan tiga. DSS, lidah kamu memang sedap! Lidah lembu tidak.
Sial, raya haji tahun ini, aku cuma makan kanji dengan sup kosong!
Subscribe to:
Posts (Atom)