05 August 2008

Oh UTPians

Kamu pernah keluar dating dengan teman wanita menggunakan teksi sebagai pengangkutan? Kalau pernah, kemungkinan besar kamu dan teman wanita kamu (teman lelaki jika kamu pembaca wanita atau kamu seorang gay) akan duduk berduaan di tempat duduk belakang teksi.

Tapi pada tahun 2002 ketika aku menuntut di Arau, Perlis dan sedang memadu asmara dengan seorang gadis dari negeri utara semenanjung, aku telah diajar untuk duduk di bangku hadapan bersebelahan pakcik drebar teksi.

“You duk depan ya? Toksah duk belakang, biaq I duk belakang sorang”, kata bekas teman wanita.

Aku setuju. Walaupun agak pelik tapi mengambil kira lokasi aku berada pada masa itu, aku tahu adalah lebik baik aku duduk di sebelah pakcik drebar teksi itu, lebih-lebih lagi bila pakcik itu siap berkopiah putih.

Kewajaran berbuat begitu kerana kami bukannya berteksi dari KLCC ke Ampang, tapi berteksi dari pekan Kangar balik ke Arau. Juga bukan sebab bekas teman wanita gadis bendang dari Pendang. Dia dari Pulau Pinang yang sebenarnya, cuma kebiasaan si bekas teman wanita dengan masyarakat utara semenanjung membuatkan dia arif dengan tatasusila sebegini.

Kena ikut tempat, kata bekas teman wanita. Aku faham. Kalau di Perlis memang kami jaga ‘air wuduk dari terbatal’, tapi mai Penang kalu, berkepit macam orang baru lepas nikah.

Benda seperti tatasusila berteksi ini mungkin nampak remeh dan kecil bagi kita yang kebanyakannya liberal, moden dan berjiwa muda.

“Naik teksi kat KL, aku berkepit dengan awek kat belakang drebar teksi tak bising pun, ni takkan nak duduk berdua kat belakang tak boleh langsung?”

Betul. Tapi kalau hampa rasa kelapaq sangat nak kena ceramah ngan pakcik drebar teksi, hampa try-lah.

Itu cerita masa aku belajar di UiTM Arau dulu. Aku juga terdengar cerita, lama dulu sebelum aku belajar di sana, ketika UiTM masih bergelar ITM, kursus Sains Kesetiausahaan (Secretarial Science kata orang putih) pernah ditawarkan di Arau. Selang beberapa semester, kursus tersebut dipindahkan ke kampus lain.

Faham-faham sajalah kenapa.

Di Malaysia ini memang lumrah kalau universiti dan kolej di bina di kawasan ceruk atau tempat jin bertendang kata orang Melayu. Macam di tempat asal aku, Tronoh, yang pernah mempunyai USM dan kini UiTM dan UTP.

Lazimnya seperti mana-mana universiti, para pelajarnya pasti terdiri dari individu dengan pelbagai latar belakang serta asal-usul. Ada yang datang dari KL, ada juga yang datang dari ceruk atau tempat yang lebih banyak jinnya bertendang dari lokasi universiti mereka. Dan masalahnya ialah bila ada pemuda-pemudi kota metropolitan yang tercampak di universiti tempat jin bertendang ini.

Seperti yang berlaku di Tronoh, lebih-lebih lagi bila melibatkan pelajar UTP.

Pos Seriyesli aku sebelum ini telah mengundang perasaan tidak puas hati beberapa pelajar UTP. Aku faham perasaan kamu semua. Kita memang agak sentimental bila melibatkan sekolah atau universiti tempat kita belajar. Aku pun begitu. So those UTPians have the right to defend their UTP.

Memang betul kes pelajar termengandung juga pernah berlaku di universiti lain. Juga kes buang bayi. Kes hisap dadah, tangkap basah dan yang sejenis dengannya pun berlaku di hampir semua universiti dalam Bolehland ini. UTPians tidak perlu berasa malu, sedih atau marah dengan UTP. Seperti kata kamu semua, UTP tidak bersalah. Yang bersalah ialah si pelaku itu.

Dan kamu semua UTPians juga boleh terus berhujah tentang si pelaku sudah termengandung lama lagi sebelum beliau bergelar UTPian. Fine, bukan benih pelajar lelaki UTP sendiri. Perempuan tu dah memang jalang sebelum masuk UTP lagi. Dia yang jahat, kesilapan teknikal saja entah macam mana dia dapat masuk UTP. Betul?

Namun wajar aku ingatkan di sini bahawa isu dia mengandung luar nikah bukan perkara pokok bagi aku. Yang menjadi isu pokok kepada aku ialah si pelaku yang membuang bayinya sehingga membawa kepada ajal bayi tersebut. Kes berat. Atas sebab itu isu buang bayi, bagi aku, ialah satu isu pokok yang besar implikasinya.

Tetapi sebagai budak kampung amnya dan sebagai budak Tronoh khususnya, aku arif tentang persepsi masyarakat setempat terhadap UTP dan pelajar-pelajarnya.Dan persepsi (perception kata orang putih) ialah satu perkara yang kita semua rasa macam taik tapi tetap tidak dapat kita elakkan.

Orang Melayu bercakap, masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak. Aku tambah lagi, masuk kandang babi, pandai-pandailah samak diri sendiri. Dan pastikan foto kamu di kandang babi tidak tersebar di Internet. Parah kena hentam dengan Melayu-Melayu yang lain nanti.

Kita kena pandai menyesuaikan diri. Lebih-lebih lagi bila berada di tempat yang masyarakatnya tidak berfikiran terbuka atau liberal seperti di tempat asal kita. Kalau di KL dulu kamu selalu ke pasar malam di Bangsar pakai hot pants, janganlah pergi ke pasar malam Tronoh pakai benda yang sama. Mengucap panjang Tok Imam di Tronoh nanti.

Tapi masalah di UTP ialah ada pelajar yang jenis tidak faham kaedah menyesuaikan diri ini. Bukan semua, segelintir dari mereka. Segelintir yang jenis dari kota metropolitan, anak orang berduit dan terasa diri itu bagus sangat. Itu pun bukan semua juga, segelintir saja. Segelintir yang jenis ‘ketegaq nak mampuih!’ kalau ikut kata bekas teman wanita aku.

Dan sebab segelintir yang ‘ketegaq nak mampuih!’ inilah yang boleh membuatkan satu UTP dipandang serong. Sebab orang Melayu pun ada bercakap, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Lagi pun memang Melayu Tronoh yang sangat concern dengan perangai pelajar UTP. Cina Tronoh tak kisah sangat kalau awek UTP pakai hot pants atau student kena cekup, melainkan ada apek sayur yang mati kena gelek dengan Honda Civic EK budak UTP. Yang itu satu Tronoh bangkit.

Semua itu persepsi. Memang rasa macam taik tapi tidak dapat dielakkan. Sebab satu dua ekor yang ketegaq ini, persepsi satu Tronoh terhadap UTP boleh menjadi buruk.

Bukan aku mahu kata orang Tronoh baik-baik semuanya. Lama sebelum ada UTP lagi, memang sudah ada budak yang hisap gam, hisap dadah atau hisap puting buah dada anak gadis orang di Tronoh. Sudah ada Mat Pet, Mat Rempit dan juga Mat Thai Song. Bukan aku mahu nafikan.

Tapi satu penyakit kampung yang kita kena ingat, budaya ‘anak aku baik anak kau jahat’ masih menular. Budak Tronoh tidak reti minum Thai Song kalau tidak kerana budak UTP yang tonggang Carlsberg dulu. Itu pegangan kuat orang kampung. Tidak percaya, sila rujuk drama-drama kekampungan Melayu di televisyen kita.

Ya, mereka lebih cenderung untuk menyalahkan anasir luar. Macam drama Melayu, kalau ada celaka, mesti orang luar yang baru pindah masuk kampung dituduh membawanya.

Dan yang ini di luar bidang kuasa aku untuk mengubahnya. Aku boleh terima UTPian di luar sana yang kaki botol, seks bebas, liberal, agnostic dan apa kejadahnya lagi tapi pada masa yang sama genius, bijak serta berkebolehan mencarigali minyak di muka bumi ini selepas graduasi nanti.

Aku boleh terima, tapi orang kampung aku, susah sikitlah.

Persepsi. Rasa macam taik tapi, kau orang sambunglah sendiri.

Jadi merujuk kepada kes buang bayi itu, apa yang si pelaku lakukan dalam amalan seks beliau bukan perkara pokok bagi aku. Itu ikut suka hati dia. Yang tidak okay bagi aku ialah tindakan membuang bayi tersebut sehingga bertemu ajal, seperti mana aku tidak approve mana-mana kes buang bayi di dunia ini.

Cuma dalam kes penerimaan masyarakat setempat, memang susah. Buang bayi mungkin tiap-tiap bulan berlaku di KL. Tapi kalau di Tronoh, hebohnya lagi hebat dari berita Anwar liwat Saiful.

Dan atas kapasiti aku sebagai budak kampung amnya dan budak Tronoh khususnya, aku menulis tentang insiden buang bayi di UTP ini.

Satu, aku penulis blog yang tidak suka pada gejala buang bayi ini. Dua, aku penulis blog yang asalnya budak kampung dan pernah juga belajar di universiti tempat jin bertendang. Tiga, aku penulis blog dari Tronoh yang arif persepsi masyarakat setempat terhadap pelajar UTP.

Jackpot.

Bukan aku jatuhkan hukum ke atas seluruh UTP pun. Macam yang aku tulis sebelum ini, kes buang bayi itu yang aku tidak puas hati. Lebih-lebih lagi bila bayi itu menemui ajal akhirnya.

Bonus, aku berasal dari Tronoh. Dan aku kongsi pengetahuan aku tentang persepsi masyarakat tempatan di Tronoh terhadap pelajar UTP melalui blog aku. Supaya semua UTPians tahu. Bukan persepsi aku, persepsi masyarakat Tronoh. Itu pun bukan semua.

Ya, persepsi. Oh,pandai pun. Belum sempat aku taip kamu semua sudah sebut dalam hati.

Di Arau dulu, pantang kalau pelajar perempuan berbonceng motorsikal dengan lelaki. Walaupun pada masa itu di UiTM Shah Alam pelajar lelaki bebas mengusung teman wanita ke hulu ke hilir di atas motorsikal mereka. Universiti yang sama, lokasi yang berbeza dan cara yang turut berbeza.

Contoh untuk kamu-kamu yang ‘ketegaq nak mampuih!’. Think global act local kata orang putih. Berlakon sikitlah kalau tidak mahu kena sembur.

Aku harap UTPians di luar sana faham. Bukan aku tidak suka kamu semua. Serius, aku suka UTP. Sebab adanya UTP pasar malam di Tronoh diceriakan dengan warga Afrika dan Asia Tengah. Aku suka kepelbagaian. Perlahan-lahan kamu juga membangunkan dan membuka minda masyarakat tempatan di Tronoh.

Dan kalau tidak mahu kena persepsi yang macam taik, pandai-pandailah sesuaikan diri. Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak kata orang Melayu.

“Masuk kandang babi, sendiri samak. Dan kalau boleh elakkan ambil foto peribadi bersama babi, kalau tidak mahu ambil risiko dimaki hamun.”

48 komen:

encikmasen said...

well said..

bila dah jadi buah mulut, memang susah nk halang..terima sajalah..

Puteri Gunung Ledang said...

too long make me fed up to read it all.
come on. all uni hav their own names and label...UM per say. oral on the stairs. UITM...all sorts of label. So y not UTP hav one rite? LOL. Chill.
NEway, UTPians are so call cream among the malaysians right. they are suppose to be up front than others.
Typical respons from the UtPians Creative la sket.
bukan salah universiti. salah budak2 dier.
Ah bosan la.. kandang babi ader ke org nak masuk.
kalau kate nak curik. ader ke org nak curik babi. kes org curik kambing n lembu byk. babi tak pernah plak dgr.

babazahra' said...

haha, naik teksi jantan kena duk depan. macam kat Arab plak. Tapi mau hormat budaya orang, ikut aje walaupun kat belakang tu bini sendiri. rasa macam taik, tapi bukan rasa betul2 pun, kan Max?

harakirimonkey said...

excellent piece as always. i must be truly out of the loop, but what or who is a Mat Pet and what is the meaning of "universiti jin bertendang"? jinn kickin' university?

(tried sending this via email, but apparently, your address is invalid)

oh, and dear princess, there ARE people who steal pigs out there. figuratively and literally. seriously. i guess you must be out of the loop too. haw haw.

Ferdows D. Isaac said...

Lucius,
bukan kursus sains kesetiausahaan saja yang pernah ditawarkan di UiTM Arau. Mass comm pun pernah di sana untuk sementara.
Sebelum ke puncak perdana dan kini di Melaka.
Well, you get the ideas. Mass comm students macam mana pula kan?
Aku yakin semua spesifikasi yang kau nyatakan di atas, ada pada pelajar mass comm. Ok, segelintir sahaja.
Heh.

tanpagraviti said...

gheti ckp utagha ghupanya.. haha

Point of View said...

“Masuk kandang babi, sendiri samak. Dan kalau boleh elakkan ambil foto peribadi bersama babi, kalau tidak mahu ambil risiko dimaki hamun.”

- mahu amalkan seks bebas, buat dengan bertanggungjawab. kalau boleh ambil langkah pencegahan, kalau tidak mahu ambil risiko termengandung.

betul?

heartbeat said...

naik teksi duduk depan? hehe..kami orang utara memang dah terbiasa. Satu lagi nak suruh belok masih lagi cakap

"kona kiri pakcik!"

Ekor Kepala said...

lucius,

haha. cool!

sebab sebab macam inilah kita perlukan orang yang makan garam untuk beri nasihat.

entahlah. tak pandai berbudi bahasa / mengikut acuan sosial semasa (berlakon?) adalah masalah besar 'budak budak baru nak naik' zaman ini.

tak mengapalah. aku nak jaga bontot sendiri.

apa apa pun, terima kasih ya :)

Dayana said...

Heheh. Senyum all the way. You want 'I <3 UTP' t-shirt?

usop said...

ya btoi!!

Anonymous said...

i think u shouldn't have pointed specifically on UTP.other uni in Malaysia are all having d same problem.n yea as someone above had mentioned, it's not university that counts but the individuals it is.tell you what.i know a guy from Tronoh.i've been to Tronoh.i was nearly became apart of Tronoh.the family was great.they were kind.but their son?a pharmacist UIA student who suppose to be faithful yet acted like a fool.who should be blamed?is it the university?Tronoh?huhhhh i bet u it's all his fault and individual it is to be blamed.be it throwing babies or what,it's not university that matters.comprehend?

Lucius Maximus said...

encikmasen - menghalang satu hal, tapi bab menafikan yang takleh tahan tu

puteri - ada gak orang curi babi. daging babi pun mahal apa, takleh makan selalu

babazahra' - haram! haram! pak arab jerit aku bila aku nak duduk sebelah perempuan kat madinah. perempuan tu, mak aku

harakiri - invalid? cannot meh! okay apa? anyway mat pet stands for kaki ganja who steal things like bicycle, chicken or shoes at the mosque. jin bertendang refers to far away places with not much human and development, and most likely populated by genie, ghost and aliens...

ferdows - oh didnt know that. apa pun pernah satu sem di dalam mass comm, major advert. selalu dijemput bermalam oleh rakan sekelas wanita supaya kami dapat bekerja lewat malam menyiapkan assignment :P

tanpagraviti - main redah ja pun. pulun takat mana boleh ja

point of view - pandai!

heartbeat - kalau tronoh, dah terlajak sikit akan cakap, gostan sikit yeop!

ekor kepala - makan garam tak banyaklah. tapi kicap tamin boleh tahan jugak la

dayana - heks, boleh juga!

usop - sontorian

anon - dear anon. ive stated that i pointed it to utp coz the incident happened there and i wrote bout it persistently coz i am a tronoh folk. and in no part im blaming the uni as a whole. heck even i myself admit its down to the individual themselves. and in no part of my writing that i mentioned tronoh people is jolly much better than angel. SO WHICH PART OF MY WRITING THAT YOU CANNOT COMPREHEND?! WHICH PART THAT DOES NOT COMPUTE TO U?!

i wrote numerously about how kampung people think and perceived. i also wrote about how its important the uni as a whole be able to adapt with their surrounding and blend with it nicely. i did not point specifically to a certain uni and said, "oh this is the one and only uni where the students suck! where they fuck like rabbit and throw babies into the lombong!"

did i wrote any of that?

u got shit with a tronoh guy, then im sorry for u. but i do hope u would at least read my post and comprehend it nicely. capish?

melayusemiproto said...

Biasa lah, sape yang makan cili, dia yang rasa pedas.

Itulah orang Melayu/Malaysia, sensitif sangat. Bila tegur walaupun benda betul dan berlandaskan fakta, mula la melenting tak tentu fasal.

Ye, semua U di Malaysia ada skeletons in their closet, tak payah la nak declare you all ni like angels from heaven. Aku pun produk IPTA Malaysia, aku pun bekerja dengan orang2 yang datang dari IPTA/IPTS/overseas, sama je akhirnya.

Tuan punya blog dah explain panjang lebar dah, tak faham lagi ke? Dia bukan anti UTP, tapi anti buang bayi, tak kira la orang tu minah karen ke, budak sekolah ke, kerani pejabat tanah ke, student U ke, dll. Itu pun susah faham ke?

Like he originally wrote earlier, since you are so smart to be accepted into UTP, why didn't you use contraceptives?

Bob Dyldo said...

Hahaha... betul! Sangat setuju dengan Lucius dan melayusemiproto.

Bagi penganut2 mana2 uni yang sibuk nak men"defend" uni mereka. Tolong la wei...

Masuk uni tak bererti korang dah masuk syurga. Free from all sins!

Isu pokok kat sini ialah conscience and responsibility. Hui penat! Rase cam bedebat ngan Shabery pulak (minus the bibir berbuih).

j or ji said...

hang kalau tulis panjang sungguh! lengkap dah...takda apa nak komen..cuma aku nak tinggal sedikit pesanan buat pelajar UITM,UPM dan 2,3 kolej di Kuala Pilah tu...

"kalau nak ke pasar tani pakai hot pants,anda dibenarkan...,naik teksi dua2 duduk seat depan sebalh driver pun boleh, .cuma jgn pakai hot pants pastu lilit serban pak haji kat leher..nanti kene lempang kat ustad Akob, aku tak jamin"

terima kasih.

p/s : bebudak ni,belajar tak abis lagi,duit pun harap bantuan mak+bapak lagi dah pandai buat bukan-bukan...

:P

Anonymous said...

tulisan yang berbaur liberal...

magenta said...

Nice post =)

Haha, baru tau nama geng yang curi kasut kat masjid tu ada gelaran rupanya. Mat pet. lol.

Letting the time pass me by said...

UTP nie dulu USM Tronoh, tempat aku belajar dulu ... zaman Anwar dulu, sekelip mata aje Petronas dapat U kat tronoh dan lepas tu USM kejuruteraan kena pindah ke transkrian ke?

selamat menyambut bulan merdeka dan diikuti dengan bulan puasa...

http://hishamjabar.blogspot.com/2008/08/satria-dan-serikandi-negara.html

Lucius Maximus said...

semiproto - thanx for the words, dah letih dah aku nak jelaskan semuanya

bob dyldo - harap ron jeremy tak berbuih mulut

jorji - aku kalau dah menulis susah nak berhenti. hehe! serban dengan hot pants, jangankan ustaz akob, arwah atuk pun boleh keluar sabit dia!

anon2 - habis tu?

magenta - widely used at my place. tak tahu la kalau orang tempat lain panggil nama yang sama

letting time - selamat untuk kamu juga

mister said...

hello mr. blogger
i find ur blog is very hot n interesting.ppl will agree,yes?i have read some blogs that featured the pregnant lady as their main topic.my comment:PATHETHIC. here and there, ppl talk bout the pregnant lady.whoa.. since this is the very 1st case ever came to public, you ppl always make it looks like a celebrity wave. wow.. cudnt agree more.

but keep in mind that,there are many cases similar to this.all around MALAYSIA,buddy. dont tell me there wasnt a case reported in U** and U***. i have brothers there~ we all know bout outside social life.but did we blog bout that? no.why? waste of time? why? why should we write something poor and low like that? we know the very fact that, we have moral value, either high or low.

i would like to urge you, to start thinking bout other things other than blog bout others. you know, not everyone agree with u.i hope the best in ur life,still.

erm by the way.. ppl, even if u r using condoms, there is a probablity of being pregnant. why? condom is not 100% safe as to avoid pregnancy. go and read. i would like to suggest u to blog bout current political wave.beneficial compared to trash like getting pregnant+dead baby. go for something that is pure KNOWLEDGE that open ur brain cell. this topic is already in the past.

Buenaventura Durruti said...

mr mister

i find ur comment is very pathetic. people will agree, yes? u must have failed to understand the message in the post. i suggest u go and read again. not everyone 100% understand what they read. why? because some people are very poor in comprehension. why? i dont know why. but i would like to urge you to really understand something before giving ur comment.

erm by the way... i hope ur not from utp. why? because if ur from utp, i feel sorry for ur KNOWLEDGE, ur poor writing skill and ur inability to comprehend.

im sorry i write up my comment like u did urs. but u must know why. why? because ur one lame ass stupid donkey.

Anonymous said...

salam
haihh..ckp senang la..cuba kalo korg yg jd pompuan tuh? pe korg nk wat kalo tetba terberanak snsorg dlm toilet? nape pompuan tuh je yg nk dipersalahkn, nape xde sapa pon nk bangkitkn psal jantan yg pregnant kn dia tu?? snang je jd laki kn, wat ank pastu lari..yg kne tanggung, pompuan je, n at last pompuan tu gak kne maki sume, yg laki tuh bhagia je, ntah2 projek pompuan lain lak..haih..pape pon xyah la ckp psal org..jga tepi kain sndrik,kta xtao pe yg bdak pompuan tu alami,.so xyah la nk komen lbey2..peace..adios..

Anonymous said...

aiyakkk..
bgus2..byk comment yg aku bce dr korg sume..

haa...u ckp u anti buang bayi kn???
so pk la sndri..
apsal pmpn tu t'pkse wat cm tu???
dah tentu laki tu xmo responsible..
kalo responsible sgt dh tntu laki tu msok minang die..
xde la pmpn tu buang anak..sbb kalo nk ade anak mesti la kne ade bapak..
apsal laki tu xnk kawen??
xde duet?? xmampu??

dah taw xde duet lg maw cr nahas..
g la bg ceramah psal laki yg ske cr nahas cm neh..

yela..laki skg pndai buat xbrani tanggung..
yg kne tanggung malu nye pmpn..
samdol t0l..

betol la kate2 org krn nila setitik rosak susu sebelanga..
so 4 blogger..
udah2 la tu..
cara u ckp cm nk ckp budak2 utp nie sgt teruk n sgt la sosial..
at least budak2 kt cni menunjukkan sosial diorg..
bkn cm kt u laen..dpn nmpk baek..
blkg cm hampeh...xyah wat2 baek la..
sory 2 say la..u laen pun same n lg teruk kot...

n 1 thing..
betol la kate puteri gunung ledang tu.. ade ke org nk msok kandang babi??
melain kn ade org nk sgt bli babi..
bg la peribahasa best ckit..

harakirimonkey said...

heeheeheee...hey bwanaventura, i tink mister pwned you in poor writtting skeelz!

Sarah is the One said...

mistake dia tapi kesian juga lah. dia tak ada kawan ke untuk dia sembang-sembang so boleh amik tindakan rasional sikit daripada macam ni. itu benda first aku fikir. itu yang memang kesian. eh he lucius, jangan pula kata, nak kesian buat apa dah memang bodoh buat jahat bla bla, sebab kalau jadi dekat friends sendiri atau family sendiri, tak tahu pula kan. benda yang tak menimpa kita memang senang kita boleh cakap. lagilah ini lelaki yang tulis. i bet you have no idea what she went through. harap dia jangan buat lagilah kalau tak insaf-insaf tak tahulah

Sarah is the One said...

forget to add one point. budak-budak ni macam bengang pula orang nasihat, tapi kau jadi orang tronoh pun mesti bengang dengar kes macam ni kan?

Anonymous said...

bob dyldo -
Masuk uni tak bererti korang dah masuk syurga. Free from all sins!

ayat paling bodo penah aku dgr utk d beritahu. sebab aku rase fakta itu bdk kampung xskola xknal abc pon tau.nak nsk uni bkn ade ujian timbang dose pale pon.

bagi aku org2 ni mrh pasal cara penyampaian blogger ni je.nk ckp psl kes buang bayi,tulis jela.xyah kot nak tulis as if die tau sume bnde dlm utp tu.

yeah,tpkse trime hakikat yang pemikiran owg mlayu kmpung kuno mmg ske menyibuk tmbh bab2 aib owg.aib sniri seboleh2nye nak ttp.
kena batang idung sniri kat anak bini die konpem tak tulis dlm blog.

melayusemiproto - Ye, semua U di Malaysia ada skeletons in their closet, tak payah la nak declare you all ni like angels from heaven. Aku pun produk IPTA Malaysia, aku pun bekerja dengan orang2 yang datang dari IPTA/IPTS/overseas, sama je akhirnya.

btul la tu.sume ade.sp plak rase die angel tu?ish3.mmg same je yg aku jumpe.unless if ko amik ntah kos pe nth yg cam xfamous tu, sains kesetiausahaan? aku nak tau subjek ape laa yg diorg ni blaja smpai blogger ni sgt pandai tulis.:)

erm said...

yg elok ikut,yg buat panas ati abaikan

Anonymous said...

yUp,i totAlly agreed u'r pAthetic..u'r being judgmental boUt utpIans.ahaks..speaking of which,ppl always jUdge US.when ppl heard bout UTP,then..they'll start saying.."oh,utpians this,that..".hOw do u thInk us,the UTpIans woUld feel?we'r as normal as others.we hav feeling..we'r sensitive tOo bout the surrounding.i bet if there's any other case such as 'bergado' or sumthing at pasar malam for instance, what comes 1st in ur mind or ur ppl is "Oh,bdk utp ker?".hurm.it might not be us..bare that in mind.People out there,we'r normal students that are struggling to make sure we'll hav a bright future and still searching for the purpose of our live just like u guys.but..u da blogger,spread things bout utpians that might not be us,embarassed us,dare to tell evry1 bout 'da lady'..which,even newspaper didn't mention which U aite.i'm not tryin 2 deny anythin but do u feel proud doing it?n,i bet 2 if its uitm or giat mara,they wont get as much criticism as we the utpians do.n,i agreed wif one of da ppl yg bg komen,atleast we'r being ourselves..remark that!hurh.humM.anyway,still i appreciate4 having this column for every1 to share their comments.last but not least,my apology if i accidently hurt any1 feeling n if ade slh grammar..coz i'm a normal ppl 2 who commit mistakes.
sincerely,a utpian,2nd yr 1st student.

lipas kudung said...

sgt WELL SAID !
love reading ur post,n more pls

sy seorg penduduk kampung,seorg pljr utp, seorg hamba allah dr utara

zureen said...

hehe anonymous yg marah2 tu mesti tergolong dlm kategori perepuan-emosi-sensitif-aku-adalah-feminis kan?

animal gangster said...

story psl bdk mengandung mmg dh biasa je....just coz it happen in UTP...bnd 2 cm take seyesli....actually bdk2 UTP xder la nak bjet hebat pown...

xsmstnyi ade kete nmpk cm bgos...ala kt mn2 u pown bw kete kot...so its not a big issue..

kl nk sbut nm2 u yg lg sosial mmg bnyk..coz ak bkn msuk utp since dr foundation...first time msuk cn..xterasa cm lg sosial...
kt luar 2 lg sosial kot..

ala..kl g psr mlm pakai hot pants pown...2 dh org 2 pakai...ala bdk kmpung mcm xpakai kot...kl nk tau ramai je...xder la nk ckp dk UTP smua bandar sgt...tp now world mg dh brubah..xleh nk predict kn.

yg nmpk baek pown wathal...kl bab mnum arak..2 ak rser kt luar ramai gak wei...jgn jdkn just UTPians jer nmpk salah...

bak kata nabil 'lu pikir sndri'..pndai wat..pndai tanggung...

bijen moretti said...

yup yup..
aku setuju sgt ngn post ko berkenaan cara kite mnyesuaikan diri..
mmgla kalo kite buang anak kt kl ngn buang anak kt tronoh dosa dia same jer level..
xde la kate dosa buang anak kt tronoh lg besar kan..
so sume ni pndgn dan mentaliti penduduk setempat..
brgantung kepada corak pemikiran dan tahap perkembangan dan penerimaan individu masing2..
mmg susah utk memuaskan hati semua pihak..
dan kita just cuba yg terbaik..
tp satu bnda aku nk try bwk korg sume berfikir..
macam mana kalo lelaki yg xpandai main tu yg buat pompuan tu mngandung merupakan org tronoh sendiri..
so ape pndangan msyarakat pulak?..
adekah lelaki tu akan direjam smpai mati?..
adekah dorg senyap seribu bahasa?..
adekah dorg akan kata pompuan utp yg goda laki tronoh?..
atau apa?..
just think out of the box..
bnde ni xde sape salah dan xde sape betul..
jgnlah keruhkan hbgn warga utp dgn msyarakat stmpat juga warga u lain..
kite semua hidup di dunia bermasyarakat..
so renung2kan dan selamat beramal..
=)

http://bejahnz.blogspot.com/

syukri said...

macam frust baru pas clash je bai hihi

Anonymous said...

eyh..eyh..sama ja laki n pompuan..sama2 buat..
kalo laki xmintak n pompuan tu xsanggup, xkan jd kes2 camni..
lainla kalo dia kna rogol..
dua2 salah..sama2 xdak rs tanggungjawab lps abes rs syok..
lps buang anak, bley syok lg lps ni..pastu buang lg..
sampai bila nk abes kalo dua2 jantina xsedaq diri..
aku rs apa yg en. tronoh tulis ni hanyalah utk mmbuka mata n minda
kita ttg dunia la ni..sbg santapan rohani..
xkesah la kat utp ka u mana ka, tronoh ka pendang ka kl ka..
sama ja..xkan nk tulis pasai semua u kat m'sia ni kot..
lg pjg la post ni..40 hari baca pon xabes..
pasai kes babi tu, mmg ada pon org pompuan melayu masuk kandang babi
amek gambaq mcm amek gambaq dgn anak kucing..biaq pi kat dia la..
pandai2 dia la nak buat pa lps tu..

littLE ChiLD fR0m hEaVen said...

aku pn anti buang bayi gak.....
mula2 aku dgr psl bdak ni buang bayi aku hangin gak kn.....
yela, pndai mkn pndai simpan la.....
aku pn dk kutuk2 la 'ap kes, main reti, anak xnk'
ad la suara2 sumbang yg menyampuk 'dia main dlu xpkai kondom ke?'

TETAPI,
lpas aku tau crita secara detail dr tman sepengajian bdak 2, aku bru tau, bdak pompuan 2 bkn xnk anak die, die siap lpas branak 2 bedakkan anak die, balut ngan kain mcm org lain buat, n dr yg aku dgr mmg die nk anak 2, namun disebabkn kelahiran yg xproper, ank 2 kehilangan nyawa disebabkn mslh pernafasan, so bdak pompuan 2 panik la,(bdak2 lg la katakan) die pn ltak dlm plastik dan menempatkn ank die dlm tong smpah kt tpi tndas 2, dan untuk pengetahuan smua die tidak dituduh membuang bayi tetapi menyembunyikan mayat dimana die xmelaporkan kematian ank die

littLE ChiLD fR0m hEaVen said...

aku rasa penduduk disekitar utp tidak la baik sangt, aku penah g kenduri kawin kt umah kwn aku kt bota, siap bwk maknyah buat show, ad tari menari ngan nyah2, pompuan, n seingt aku, aku tgk sndri sorg pakcik minum dgn selambernya.......

fawchert(xdak url) said...

yg brsalah adalah manusia2 xsdaq diri..
bukan salah u, tmpt, kwsn, negara, negeri mahupun daerah atau kg..
disbbkan manusia2 ni abes u dan tmpt2 ni 'jd busuk'..tggapan org pn trus mmbusukkan lg keadaan..

Bob Dyldo said...

Banyak sangat anonymous comments. tak tau mana satu yang aku nak tujukan... kang terasa pulak. Maklumlah semua aku tengok macam begitu feel dengan lagu 'Masih Aku Terasa'.

Tapi kepada anonymous yang macam pandai berbunyi seperti seorang yang "I'm hollier than thou.." yang mengatakan ayat aku...

"Masuk uni tak bererti korang dah masuk syurga. Free from all sins!"

adalah ayat yang paling bodo.

Aku tak kisah. Cuma aku kisahkan bila kau tak highlight ayat aku yang satu lagi.

"Isu pokok kat sini ialah conscience and responsibility."

Ha! Part ni aku tak suka...Rata-rata orang yang tak puas hati dengan tulisan brotha Lucius adalah orang yang "never read between the lines." especially yang bernama anonymous.

Aku rasa kau ada masalah pemahaman yang serious. Takpe aku boleh tolong secara percuma. I got a profile. You know where to find me.

Anonymous said...

apsal budak2 utp tak chill ni?
most of what this fella said were true if not all
aku yang dah grad ni pun tak cepat melatah
korang budak2 yang baru belajar nak jalan ni emo sangat nape?
pls be open to accept criticism
buat malu abang jah, auwww

i know we love our uni so very much
but to what extent?
and this fella here have the right to be mad
mende ni jadi kat tempat die
who doesnt right?

anon yang ke 100
muahaha

animal gangster said...

anonymous yg ke 100...bile lak utpians nk emo lebey2 nie...
ala cube ko gak..org caci mak ayah or bnd ko syg..sure ko emo gile babi ah...

eleh...mmg tuhan jdkn manusia ade emosi..kang kl smpn je emosi 2...rugi xgn ape tuhan dh bg kt kiter kn..satu nikmat 2...

kl ko rse malu..ttp je la muke ko ke ape2...

syafiqah said...
This post has been removed by the author.
Lucius Maximus said...

syafiqah - maksud jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga ialah jangan kerana perangai seorang habis semua yang satu kumpulan atau bersangkut paut dengannya turut terjejas. and i dont think u really understand what im writing bout here

Anonymous said...

kamu famous di kalangan bloggers.
kenapa kamu famous?
kerana tulisan kamu berunsurkan kritikan dan pandangan.
kenapa kamu suka mengkritik dan memberi pandangan?
kerana kamu mempunyai banyak masa untuk itu.
kenapa kamu mempunyai banyak masa utk itu?
kerana kamu tiada life.
kenapa kamu tiada life?
kerana kamu adalah loser.
daripada kamu menulis cerita tentang persepsi org tronoh kepada pelajar utp,saya sarankan supaya kamu membuat kempen supaya org2 tronoh tidak memberi persepsi buruk pada utp.
kamu seharusnya menjernihkan keadaan dan bukan memburukkan keadaan.
iye,org tronoh berhak rasa begitu terhadap pelajar utp memandangkan remaja2 tronoh amat baik kononya.
tetapi kamu harus ingat yg bukan semua pelajar utp negatif sifatnya.
kamu sebagai org yg berilmu kononya dan sudah pun menetap di kota metropolitan *berdasarkan profil kamu*,mungkin sudah tau bagaimana sikap anak-anak muda sekarang dan seharusnya kamu mengubah persepsi org kampungmu terhadap utp.
mereka berhak mempunyai persepsi buruk terhadap pelajar utp memandangkan tronoh agak pedalaman sedikit tempatnya.
saya tidak menyalahkan kekolotan mereka.
namun,kamu yang tidak kolot ini harus menyedarkan mereka dan tidak perlulah menulis blog ini supaya satu dunia tau yg segelintir pelajar utp ini sangat sosial.
nampaknya kamu masih kolot di situ.
seks luar nikah,buang anak memang banyak berlaku sekarang and jackpot! kes ini berlaku di UTP yg terletak di tronoh amnya.
mungkin kamu begitu obses dgn tempat asalmu sehingga kamu sanggup menaip karangan yg mungkin boleh dpt A1 dlm SPM.
jika kamu concern tentang kes buang bayi,saya sarankan kamu buat satu entri mengenai buang bayi.
jgn hanya menekan pada utp saja.
jgn bersikap terlalu judgemental.
saya tahu kamu ada hak utk menulis apa saja di dalam blog ini.
tapi igt blog ini adalah public.
semua org akan baca.
jika kamu ingin mengkritik tanpa mengguris perasaan mana2 pihak,simpanlah saja kritikan mu itu di dalam diary.
maaf kerana menggunakan anonymous.
bukan berniat untuk menyembunyikan identiti.

Anonymous said...

oh ye..sambungan dari komen yg sebelumnya..
sebelum saya terlupa..u're just making us more famous than before.
*walaupun UTP memang sudah cukup famous dgn mempunyai ramai pelajar berkereta yg sering memandu laju sehingga melanggar mati pejalan kaki atau pun org yg membawak motor kapchai kononya dan elaun bulanan yg lebih banyak dari pekerja kilang.*
tapi sekarang kami sudah bertambah famous.
bukan famous kerana kes membuang bayi tetapi famous kerana kamu secara tidak langsung sudah mempromsikan nama utp ke seantero dunia.
thanks for that.
-utp's student = 2yr 1st sem

Lucius Maximus said...

anon @ 1:53 n 2:00 - kamu memang bebal. bebal sebab kamu tidak faham apa yang kamu baca. maaf kalau tutur kata aku agak kasar, tapi memang aku sudah letih lagi mual terima komen dari manusia yang tidak mampu memahami apa yang aku tulis tapi masih ghairah mahu berhujah di sini.

"Bukan aku mahu kata orang Tronoh baik-baik semuanya. Lama sebelum ada UTP lagi, memang sudah ada budak yang hisap gam, hisap dadah atau hisap puting buah dada anak gadis orang di Tronoh."

mungkin kamu yang perlukan life baru untuk diri kamu. sedih tengok kamu membuang masa benda yang kamu sendiri tidak mampu fahami...

Bob Dyldo said...

Bro Lucius,

You did great. Keep it up!