Kita tidak perlu jadi pakar sakit jiwa untuk mengenal pasti kenapa ada sesetengah lelaki yang ganteng dan ada pula yang agak lembut, ataupun ganteng dari segi zahirnya tapi lembut di dalam.Tidak percaya?
Di zaman persekolahan dulu aku hanya perlu tanya dua jenis soalan kepada budak junior lelaki yang kelihatan lembut.
Soalan pertama, berapa adik-beradik perempuan?
Kalau jawapannya 2, 3 atau 4 adik-beradik perempuan dan dia seorang sahaja yang lelaki, kena pula bongsu, faham-faham sajalah.
Jika bukan kerana faktor adik-beradik, aku akan tanya soalan kedua, dulu masa kecil suka main apa?
Permainan zaman budak-budak memang memainkan peranan penting. Seperti aku. Zaman budak aku dipenuhi dengan permainan kampung seperti Galah Panjang atau Konda Kondi. Aci Sorok juga turut menjadi pilihan dan lebih mencabar jika dimainkan sampai masuk waktu Maghrib, sebab ada peluang kena sorok dengan Orang Bunian. Selain dari itu permainan lain pastinya permainan bertaraf sukan olimpik seperti bolasepak, ataupun berlumba basikal menuruni bukit untuk menambah parut di kepala lutut. Permainan yang dipengaruhi rancangan TV popular pada zaman itu juga turut dimainkan, contohnya Combat.
Semua permainan di atas mempunyai persamaan dalam satu aspek. Ia melibatkan banyak aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal sangat penting dalam tumbesaran budak lelaki, ia membantu dalam membina perwatakan yang keras, maskulin dan menerapkan ciri-ciri Caveman dalam diri mereka. Ini bukan tentang seksisme atau egoisme lelaki, tetapi lumrah alam.
Tapi ada juga lelaki yang ketika zaman budak-budak mereka, lebih cenderung untuk bermain permainan yang lain. Permainan seperti masak-masak, kahwin-kahwin ataupun pondok-pondok. Ya, permainan yang menggunakan kata nama berganda dan dimainkan bersama budak perempuan.
Walaupun permainan perempuan ini bakal menjadikan mereka lembut dan lebih bersifat feminin, aku tiada masalah dengan lelaki sebegini. Lagi pun jika tidak, mana mungkin hari ini kita dirahmati dengan lelaki-lelaki seperti Chef Wan, Eric Casa Impian dan Jaafar Onn?
Aku bukan homofobik. Atau anti lelaki lembut. Aku sanjungi sumbangan Chef Wan dalam memperkayakan selera gastronomik kita melalui rancangan masakan beliau. Aku hargai Eric Casa Impian dengan inspirasi deko beliau untuk ruang habitat kita semua. Aku berterima kasih pada Jaafar Onn di atas, err, rekaan fesyen baju dengan corak bunga matahari beliau?
Okay, aku tidak berterima kasih pada Jaafar Onn. Tolak dia ke tepi. Maaf Abang Jaafar. Atau kakak?
Whatever.
Pokoknya di sini, kamu boleh jadi lelaki ganteng dan maskulin atau lelaki lembut dan feminin. Aku boleh kawan dengan kawan-kawan yang gay, asalkan mereka tidak menjemput aku masuk bilik sambil tangan mereka menggenggam sebotol Johnson’s Baby Oil.
Yang itu aku tidak boleh terima.
Tetapi jika masa zaman budak-budak dulu kamu suka bermain pondok-pondok di kampung kamu di Negeri Sembilan dan, selaras dengan arus kemodenan kini, sekarang pula kamu suka bermain bina-bina bandar di laman maya, teruskan.
Aku tiada masalah.
Aku tahu keseronokan kamu bermain permainan sebegitu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh permainan pondok-pondok dulu.
Tiada masalah.
Walaupun permainan sebegitu agak gay sebenarnya.
19 teguran:
Hehe.
Kau tunggu.
hahahahahahahaha 1-0
aku sokong neraka jaya...datuk bandar dia nak buat simulation neraka
ah upcoming project...neraka jaya 2...ada starbuck,jj....roundabout cukup
yang benar,
pemaju(Neraka Holding)
apasal you tak main doktor-doktor?
akab - im waiting...
erm - goodness will triumph over evil, ull see..
u, kalau ye pun nak taruk gambar lelaki, ambiklah yang tak berjambang
:(
entah kenapa sepanjang yg aku jumpa, kalau disyaki gay, biasanya memang gay. tapi kalau nampak macam tak gay, still ada kemungkinan jugak. however, sifat-sifat gay memang susah lah nak cover. as if lah org tak perasan. i bet u are not. (hopefully). prove me right.
aku berdoa pada tuhan agar kaum Adam (yang ada minat pada kau) dilindungi dari malapetaka yang bakal menimpa
amin...
Kau dengan AKAB ni aku nampak macam bertelingkah untuk jadi Diva Blogger pulak! hahaha... bagus tu... kalau di dunia sebenar, ada Azwan dan Aznil, di dunia blogosfera ada Lucius dan AKAB!
Satu persamaan yang timbul dari semua ini : Kau dan AKAB sama lembut macam Azwan dan Aznil... hahahahahah
Err..kalau lelaki yang tendang almari kat asrama kerana kecewa tak dikira alpha male ke?
HAHAHAHAHAHAHAH
Hahahahha!!!!
Kenapa sungguh tepat sekali rasanya?
A'ah, nak tanya gak, tak main doktor-doktor ke?
i, sina - ada main, tapi lepas sunat, hehehe!
laila - mati hup balik i tetap takkan taruh gambar beckham, if thats who u mean
sarah - u bet it right. romantic dinner on me :)
johnnyboy - u jeles kan kalau lelaki lain rapat dengan i?
effizzul - dude, bab akab jadi diva blogger, aku setuju. tapi aku sendiri bukan diva, aku lelaki beb, sejati, tulen, alfa, caveman lagi. tengok jugak dia tendang almari sebab apa, kalau sebab awek tak kira alfa lah kan. hari tu kau tendang sebab awek kan?
dayana - babe, u really know ur man. bright future for u ;)
neem - why? u nak i medical check up u?
wow, chabal sebagai model. memang definisi lelaki alfa.
saling gay-menggaykan..
haha..
sweet.
yeah, sebastien chabal! memang lelaki alfa. kau pilih ikon yang tepat!
err,
main 'tikam-tikam' jatuh kategori yang mana bro?
anon - yup, pastinya bukan beckham sebagai ikon
broken nigina - how straight i am, is obvious. noktah.
durruti - thanx dude, takkan nak ambil justin timberlake kot?
ikan yu - kategori lelaki genting kot?
do know that.
:)
but still,sweet though..
broken nigina - :)
gay mmg byk main game.
Catat Ulasan