25 March 2008

Lagi Cubaan Menjatuhkan Aku!

Populariti tidak semestinya indah belaka. Semenjak kebelakangan ini memang ramai orang yang berkunjung ke Tronoh, jumlah lawatan naik mendadak, peminat juga semakin ramai dan jadual seharian aku menjadi semakin padat dengan jemputan makan malam dari golongan wanita.

Untuk lelaki, aku hanya terima jemputan minum. Itu pun jika ada kelapangan.

Dan bila aku sudah popular, ramai pula yang tidak puas hati.

Mulanya rasa tidak puas hati ini ditonjolkan oleh sekumpulan Anonymous yang mungkin tidak puas hati dengan fahaman sosio-politik yang aku sebarkan. Mereka juga risau atas kemungkinan dakyah-dakyah Kristian yang aku sebarkan ke atas anak-anak dara Melayu di luar sana.

Dara? Aku rasa istilah dara ini agak ketinggalan zaman. Aku tukar kepada anak-anak gadis Melayu, tidak kira yang masih dara atau tidak. Yang penting tulen.

Malas mahu ambil pusing, aku biarkan saja. Pokoknya kalau aku paderi Kristian Mesir, Homer Jay Simpson mungkin Pope Benedict XVI.

Tetapi pelayaran ke dunia blogosfera Melayu hari ini membawa aku kepada satu lagi usaha anasir-anasir jahat untuk mengganggu gugat kepopularitian aku dan juga mensabotaj sokongan yang aku terima khususnya dari golongan wanita dan anak dara.

Maaf, maksud aku, anak gadis. Dara dan bukan dara.

Lelaki peha gebu yang perasan Korea mempertikaikan tentang keupayaan aku bermain bola. Bola apa yang beliau maksudkan, aku tidak pasti. Orang muda memang suka cakap lepas. Mungkin dia tidak tahu Didier Drogba, masa beliau masih bekerja sebagai pelombong blood diamond di Ivory Coast dulu, belajar bermain bolasepak dari aku. Sekarang sudah bermain untuk Chelsea, kaya raya dan ada duit untuk beli berlian dari De Beers.

Dan jika bukan bolasepak yang lelaki peha gebu perasan Korea itu maksudkan, aku juga boleh bermain permainan bola yang lain. Buktinya lihat saja pada sijil berhenti sekolah aku. Pernah mewakili Rumah Kuning dalam acara Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu, Bola Beracun dan Timbang Bola Takraw. Juga pernah menjuarai Pertandingan Makan Bebola Ikan semasa Hari Kantin Sekolah Rendah Tronoh dulu.

Apa kamu masih mahu main bola dengan aku?

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi penulis blog yang pernah tersohor juga menulis sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai cubaan menjatuhkan aku. Si lelaki pendek yang sekarang menulis catatan pendek dari neraka menyebarkan dakyah aku tidak ada sex life.

Salah. Yang tidak ada ada sex life ialah kucing jantan peliharaan aku di rumah. Dan juga lelaki yang tinggal sendirian di neraka. Aku? Life aku ialah sex.

Sextant ialah alat yang pernah aku guna ketika belajar dulu. SEX juga ialah teknik yang aku pelajari untuk menulis esei. Salah satu lagu Frank Zappa yang aku suka judulnya ialah Sex. Sex Pistols pula salah satu kugiran kegemaran aku satu masa dulu. Johnny Rotten, si vokalis Sex Pistols, diuji sebagai calon vokalis di sebuah kedai bernama SEX yang ditubuhkan oleh Malcolm McLaren di King's Road, dalam kota London.

Tahu di mana itu King's Road dalam kota London? Dalam daerah Chelsea. Chelsea!

Tahu di mana itu Chelsea? Tangga kedua dalam Liga Perdana Inggeris, atau dua takuk atas pasukan dari Merseyside itu. Apa nama dia?

Oh ya, Liverfool.

24 komen:

harakirimonkey said...

rock on, brother, ROCK ON!

Faisal Rocks said...

Aku mengalami kejadian mistik di hari Ahad lepas. Hujan lebat...dan kedai mamak di kawasan aku gelap. Setelah aku masuk kedai tersebut, aku nampak zombi-zombi memandang ke skrin layar besar di mamak itu. Lifeless. Anak mata mereka tak menterjemahkan sebarang glisten of hope. Mereka ialah penyokong Liverpool yang tertipu dengan dakyah Rafael Benitez dan cuba menyalahkan pengadil atas kebengapan mereka.

Bila anda lemas, salahkan pelampung.

Kata orang bijak pandai, kau kelarlah tangan ku dan nescaya kau lihat darahku biru..sebiru oblivion.

Anonymous said...

Ngahahaha!!!

johnhafiz said...

I ajak You berganding bahu dengan Pak Cik Pendek tu lawan futsal dengan Armada Rindu. Maaf, kalau I melukakan hati You.

Selalunya, orang yang lawan futsal dengan kami, hatinya terguris teruk setelah perlawanan itu selesai.

Ada guts?

Mr BeLO said...

jgn campur adukkan politik dengan agama..

teman *kolamhati itu agama..

berdosa..masuk neraka nanti...

johnhafiz said...

Oh ya, go Chelsea! Walaupun I tak minat bola padang, rumput dia buat I gatal, tapi, Chelsea buat I menang sesuatu tempoh hari.

babazahra' said...

tempat kedua dalam liga :)
tempat kedua ye? cuba tengok sekarang sapa kat atas hehe

j or ji said...

liver poopoo..apalah sangat! macam main petang-petang aje.

effizzul said...

Kawan...
Tengok orang main saxaphone,tonton dokumentari Nat Geo tentang sex haiwan, dan juga tonton video sex yang didownlaod dari internet tidak dikira sebagai kehidupan sex... OK?

TooLBoX said...

oleh kerana anonymous buat lu sexcited gua guna TooLBoX. Sebelum ni gua selalu komen guna bro anon. Jn ambil port sgtlah bro pasal komen2 tu semua. Take it positvely utk lu be a betterestest blogger heh

Lucius Maximus said...

harakirimonkey - handsome gambar monyet jepun tu

faisal rocks - kau bukan faisal tahir kan?

johnnyboy - dia pendek, macam mana nak berganding bahu dengan i?

mr belo - kalau kolamhati agama, chelsea itu kiblat

babazahra' - kat atas sekali, kedah, semalam derang dapat tiket free

jorji - haha, apalah sangatkan?

effizzul - lu apa hal bro? arsenal kalah, duduk diam-diam :p

toolbox - cantik muka kau?

Sailor Chan said...

Lucius, selain Sex Pistol, Joe Strummer The Clash pun peminat Chelsea tau. Dan juga Sailor Chan (Black Flag). Patut you tulis sekali.

yuzy said...

Anon pukimak tu dh bising2 jugak kat blog aku.Tapi tak pe.Pegi mampus sama dia.

Apa kecoh2 ni?Bola lagi.Kedah menang 5-1.Penonton bengang.Chelsea hebat.Man Utd sombong.

Selamat berjuang.Tapi Mike main dengan ko?Bimbang.

Ahmad Kamal Abu Bakar said...

Aku masuk sini rasa macam iklan gel rambut.

Salah masuk tempat.

Haha.

Kempen Lucius Maximus = Gay aku akan mulakan minggu depan. Harap-harap target kau tercapai sebelum hujung tahun.

Kalau ada gambar-gambar kau pakai singlet pink atau spender jaring sila email kepada aku. Dah lama tak guna Photoshop.

Lucius Maximus said...

sailor chan - haha, i take note of that!

yuzy - mike memang ada perasaan dengan aku, cuma aku je yang masih lurus

akab - jealous, mengalahkan perempuan...

amir syafiq said...

liverpool tetap juara eropah kali ni.tak kira la mcm mana dieja.heh.

greenlake said...

yes,chelsea kembali mengganas...
kini hanya tunggu giliran MU menjadi mangsa keganasan chelsea seperti ganasnya fru pada pendemonstrasi...
wuhuhu...

go for it...

Jannah said...

Abang,

Amek perhatian. Ada Registered Blogger User yang left a Kuasa Jahat comment in my Happy Moments blog entry. Dalam banyak2 tempat dia nak komen ada letak something tak senonoh like this kat blog post yang ada gambo anak2 saudara aku yang kiut2.

Liverpool. You'll never walk alone. Walaupun you break my heart each time lawan ManUre, tapi hatiku tetap padamu.

zewt said...

hahha... ada wanita ajak keluar... keluar la... tunggu apa lagi?

liverfool.... i like it... i like it...

Lucius Maximus said...

amir syafiq - tunggu dan lihat, tunggu dan lihat...

greenlake - yep, 7 games more and we will be done with it, next target, ManUre

jannah - adik, no worries. the force be with u...

zewt - ever since u left for the greener pasteur, i have to handle all the girls in bolehland, kind of tough, but fo manhood i deal with it. liverfool is the CORRECT way to spell it

niss said...

lol. ni my fave post.
tapi betul ke mike pendek?
haaaaa, bape tggi dia?

azumi said...

ape pun yang terjadi aku x kan meninggalkan merseyside bersendirian,liverpool..you'll never walk alone..THE KOP mesti champion tahun ni..

* realistik nih..

tanpagraviti said...

liber-fool target utk 'layak ke CL musim dpn' dh la

miahahahahaha

Lucius Maximus said...

niss - berapa tinggu u? tolak 5cm dari tinggu u and u got his height

azumi - *yawn*

tanpagraviti - then aku harap everton yang pergi ;)