27 March 2008

Ate, Ngape Nyaden Aje?

Emak aku kini di Kuala Lumpur atas urusan persatuan koperasi wanita beliau. Baru tiba tadi sekitar 8 malam, esok mahu ke Langkawi untuk program seminar selama 3 hari. Macam biasalah, mesti satu hari seminar dan lagi dua hari pergi membeli-belah.

Ini kali pertama aku bersua muka dengan Emak semenjak kali terakhir ketika aku pulang mengundi pada 8 Mac lepas. Macam biasa, banyaklah cerita tentang apa yang berlaku di negeri Perak sekarang, khususnya di Tronoh, semenjak kerajaan negeri bertukar dari BN ke pakatan DAP-PKR-PAS.

Dalam banyak sembang-sembang yang berlaku antara Emak dan anaknya, kisah yang berikut paling aku suka.

Ketika Emak di sebuah kedai kopi berdekatan pasar Batu Gajah, kedengaran ungkapan berikut yang terpacul dari mulut pakcik Melayu yang menjual roti canai.

"Hape ke yang deme bising benor pase UMNO kalah? Mase UMNO menang dulu teman jual roti canai, udah kalah pun menjual roti canai. Takde bezanye! Menang UMNO pun roti canai teman idak nye nyampe ke luor negeri. Rentikan le kome nyembah UMNO tu!"

Well said.

11 komen:

Point of View said...

konpem roti canai pakcik tu sedap!

effizzul said...

Bak kata Riz AF6, budak dari Grik; "Apekehenye yeop?!"

PS - Mungkin roti canai pakcik tu tak sampai ke luar negeri sebab dia tak masuk Persatuan Mamak Penjual Roti Canai se Malaysia..
Kalau dia masuk persatuan, mesti dah sampai Chennai atau Montreal dah roti canai dia tu... :-)

NeEM™ of Suicide Park said...

Pembetulan ayat pakcik tu,

"UMNO menang pun roti canai teman ni idaknya sampai ke angkasa lepas..."

Lucius Maximus said...

point of view - kurang pasti, kau kata sedap sebab dia anti umno yek?

effizzul - tu lah, aku ingat dia kena daftar ahli umno dulu, baru ada peluang nak eksport ke eropah

neem - haha, habis tu dr sms pegi angkasa bawak roti canai siapa ye?

johnhafiz said...

Rentikan le kome menulih pasei UMNO ni. Nulih je pasei John.

NeEM™ of Suicide Park said...

Hmm..misteri tu. roti canai siapa ye?

John, kalau tulis pasal you pun, you sanggup ke pegang tas tangan i?

Lucius Maximus said...

johnnyboy - umno=john

neem - betul tu neem. u kena boikot john

KI said...

pakcik ni boleh kawan dengan saya. idea sama.

sbb sbl pilihanraya, boss saya suka hantar saya terima "belasahan" boss dia. Dan lepas pilihanraya ni pon, saya yakin sama je.

Memang betul pon.

Najmi said...

Bak kat penjual roti Canai tronoh tu..PKR -PAS - DAP menang dia tetap jual roti...dah nasib..

"Mase UMNO menang dulu teman jual roti canai, udah kalah pun menjual roti canai. Takde bezanye! "

Moral of story.. jangan mengundi buang mase.. je

Lucius Maximus said...

habis tu nak expect apa, jadi tauke kilang roti canai sekelip mata?

thinker bell said...

jap jap. dulu UMNO janji ke dia ke nak eksport roti canai dia? hehehehe.

pakcik ni tinggi harapan dia ni.