Di dalam sebuah negara yang bermazhabkan Islam Hadhari, aku cuba meyakinkan diri pada sebuah pemerintahan berteraskan kesucian agama Islam, seorang Perdana Menteri yang tidak tidur di waktu majlis-majlis rasmi atau meraba aktres ternama, seorang Timbalan Perdana Menteri yang tidak meletakkan dirinya dalam keadaan menimbulkan syak bersama model sambilan Mongolia dan sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telus dan adil.Dan di dalam sebuah negara yang juga mencipta pelbagai rekod dan pencapaian membanggakan seperti roti canai terbesar dan pesta makan durian paling banyak dalam satu masa, aku juga yakin pada keupayaan mana-mana rakyat Malaysia untuk hidup jauh lebih lama dari bangsa-bangsa lain di dunia.
Tidak percaya?
Manusia tertua di dunia ialah Noraini B Abu Samad yang kini berusia 128 tahun, bukannya Edna Parker dari Amerika Syarikat seperti yang digembar-gemburkan oleh Buku Rekod Guinness yang hanya berusia 115 tahun.
Masih tidak percaya?
Silakan ke laman SPR dan semak daftar pemilih mereka. Masukkan nombor kad pengenalan 800311086231 dan saksikan dengan mata anda sendiri ketelusan serta keadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sebuah negara bermazhabkan Islam Hadhari.
Malaysia Boleh!
10 teguran:
sebenarnya banyak lagi ni beb...
aku jumpa blog yang tulis semua no i/c orang yang lahir tahun 1880-an.
bullshit, belum ape2, hantu dah keluar..
SPR kononnya dah padamkan banyak data-data yang tak boleh pakai. tapi makin hari makin banyak pula hantu registerkan diri mereka.
kalau pengundi nak orang baru, biarkan je lah.
apa la yang takut sangat kalau hilang kuasa. itu semua pilihan rakyat.
ada lagi?? bagi la add blog tu aremierulez oi...
ada lagi?? bagi la add blog tu aremierulez oi...
bro... macam mana bukti dia bukan 28 tahun?
semalam aku borak ngan orang boyan,cleaner kat opis aku ni (kebetulan dia sedang ambik sampah di bawah meja aku la)...aku tanya dia,sebagai penduduk tetap dia layak mengundi tak..dia kata tak layak..tapi..kalau undi BN,boleh lah..ehehe (dia gelak kecik)
aku tak tau la dia gurau ke serius.
undi hantu atau umur 128 tahun SPR dah tak pandang sangat...dgr2, mereka ada pengundi import.rakyat asing terus...dengar2 la...
parttimehousewife..
ini link nya...
http://merahmataku.blogspot.com/2008/02/macam-mana-ni.html
kau check la semua no i/c kat blog ni...semua nya pengundi hantu..
aremierulez - ya, banyak lagi. sumber yang aku dapat pun dari sahabat dari dewan pemuda pas. harakah pun pernah terbitkan nombor-nombor IC yang meragukan ini. apa pun terima kasih untuk pautan di atas
riise - hilang kuasa=hilang duit?
housewife - komen yang sama 2 kali? pakai pengomen hantu ye? :p
zewt - bro, explanation as per latest post :)
j or ji - patutlah kerajaan Bn tidak ambil tindakan tegas ke atas PATI
got it bro...
zewt - just doing my best for the 'rakyat'... hahah!
Catat Ulasan