Lagi bagus kalau jenis yang telah di-pimp seperti di atas. Boleh aku bawa ke tempat kerja bila tertekan kemudian muntahkan peluru pada rakan sepejabat. Kalau angka korban 10 orang ke atas, sah popular.Seperti apa yang dicapai oleh remaja-remaja negara demokrasi ulung itu.
Serius, hendak beli tiket kapal terbang ke Kabul pun aku tidak mampu. Kalau mampu pun belum tentu Tony Fernandez mahu buat trip Air Asia ke sana. Itu belum kira lagi dengan saki-baki Taliban di sana yang pastinya dengkikan aku.
Mahu mati kepala bercerai badan aku nanti.
Dan bercakap tentang Taliban, semenjak dihentam hebat puak fundamentalis beberapa hari yang lampau, tiba-tiba aku ketandusan idea untuk menulis.
Kepada seorang rakan tempat aku mengadu, ini jawapannya.
"Itulah kau, balasan Tuhan semua ni. Tulis lagi pasal benda-benda yang menyesatkan, sekarang hati dah benak, otak dah dungu, baru kau tahu!"
Heh, kau memang kejam. Bukan kau wahai rakan, tapi Tuhan.
Aku perlu pertapaan. Mungkin lepas ini aku boleh menulis lebih tentang moral. Penulisan yang memberi lebih pengajaran kepada kita semua.
Penulisan tentang kisah sang kancil dan buaya, sebagai contoh?