Yang sempat aku kenal untuk tempoh 4 jam sahaja, sebelum riwayatnya ditamatkan oleh golok tajam Haji Ramli.
Aku yakin, lembu Pak Long Ajit sekarang berada di syurga, makan rumput yang paling sedap sambil dikelilingi oleh lembu-lembu betina gebu dari baka Frisian.
Cemburu. Bukan sebab aku tidak dapat makan rumput atau bergaul dengan lembu-lembu betina gebu baka Frisian. Tapi sebab aku tidak dapat menjamah secubit pun daging lembu Pak Long Ajit yang dikorbankan.
Gingivitis punya pasal. Dalam 365 hari setahun, aku terkena gingivitis ketika raya haji yang bagi aku adalah satu perayaan makan daging besar-besaran. Rendang daging, daging bakar, sup tulang dan sup lidah.
Silap. Kecuali sup lidah. Yang itu aku rasa pertama kali di dalam panggung wayang di Ipoh dari seorang gadis tingkatan tiga. DSS, lidah kamu memang sedap! Lidah lembu tidak.
Sial, raya haji tahun ini, aku cuma makan kanji dengan sup kosong!
10 teguran:
Welcome back.Abah sihat dah?
new year, new background nampak?ehe.
hey jgn bersedih, raya haji thn ni pon aku makan nasi ayam je, tau.
p/s: tak reissue solidaritas ke?
yuzy - heh, sihat walafiat buat masa ni
staircase pleasure - heheh, mana saja kau orang semua tahu pasal solidaritas ni?
di kelilingi lembu kobe,maybe?diorg pagi2 lagi dah minum beer.
hehe
"Aku yakin, lembu Pak Long Ajit sekarang berada di syurga, makan rumput yang paling sedap sambil dikelilingi oleh lembu-lembu betina gebu dari baka Frisian"
Inilah juga impian semua lembu-lembu pakistan dan afghanistan agaknya.
hales - aku ingat diorang minum red bull je...
47 - hahaha, most likely... like that indo terrorist of that JI, i forgot his name. dengan penuh yakin bercakap dia akan dikelilingi bidadari syurga kerana mati syahid...
Tak apa. Bukan elok sangat makan banyak daging. Boleh pening2. Silap2 high pressure pun naik.
sup lidah? haha, btw, gambar dalam post tu sangat mengejutkan!! ingatkan ada accident! lol.
mar - yep, thanx for soothing point
ruslina - dont let it inspire u in ur art blog, hehe!
brother in arms!
i would like to make a request.
i have lots and lots of indian friends.
they are at times nice, at times not nice to me. Nevermind lah. I also at times not oso. But now, i feel i must do something for them.
Seperti anda sedia maklum, ramai orang hindu mempersoalkan ibadah korban. Saya faham, mereka anggap lembu itu tuhan mereka. I was referred to your blog, when they want to make a point of the monstrosity of our ibadah here. Adakah anda akan rasa offended jika saya minta anda remove that picture of a cow, dying? Jika anda offended, saya minta maaf.
Good day. Nice blog anyway.
Catat Ulasan